Mengelakkan Muka Sembab Dan Menjadikan Wajah Berseri
1] 1 biji putih telur, 1/4camca teh madu lebah segar, minyak zaitun 1/4 camca teh, sebiji limau nipis(perah dan ambil airnya) 5 kuntum bunga melor sedang mekar, dan 5 biji badam(kupas kulitnya). Kesemua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit kemudian bilas. Amalkan seberapa kerap yang mampu.
2] Beras 1/2kg, 3 biji limau nipis (ambil airnya). Beras dibasuh bersih dan toskan. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Goreng kering tanpa minyak dengan api perlahan. Goreng sehingga hitam.
Sejukkan dan kisar halus dan ayak. Bancuh dengan air tapisan (filter) secukup rasa (pekatan macam tepung untuk menggoreng pisang). Ratakan dengan jari perlahan lahan sehinggga kering dan kemudian bilas.
3] Air kelapa muda 1/2 gelas kacau dengan sebiji telur ayam kampung dan minum pada waktu tengahhari. Amalkan 3 hingga 5 kali seminggu.
Untuk menghilangkan kedut, menegangkan kulit:
10liter air dicampur dengan 500gm daun teh(terbaik jika dapat menggunakan "white tea" jenis daun teh cina yang tidak diproses peram). Dicampur dengan 300gm gambir. Rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga air tinggal separuh. Embunkan semalaman 3 malam berturut turut, sebelum matahari terbit, sapukan pada kulit muka dan leher. Lakukan setiap pagi dan lihatlah hasilnya.
2] Atau anda juga boleh mencuba petua ini yang juga boleh menambahkan seri wajah. Ambil sebesar ibujari lempuyang wangi, kunyit juga sebesar ibujari. Bersihkan dan kisar halus, campurkan 1 gelas air, Ramuan dibahagi 2 untuk 2 kali minum. Campur madu dan kuning telur pada bahagian yang hendak diminum dahulu.
3] Boleh juga anda mencuba rangkaian petua lama yang juga boleh digunakan untuk mengekalkan awet muda. Selang selikan amalanya.
A] Daun Katuk atau Cekur Manis 10 lebar dikisar lumat. Campurkan dengan 1/2 cawan air yang dimasukkan pecahan hempedu ayam. Ratakan pada wajah dan biarkan 10minit dan bilas bersih. Lakukan setiap malam.
B] Campurkan 1 biji kuning telur dengan 1 camca teh minyak bijan. Sapu pada wajah . Biarkan kering dan bilas bersih.
C] Ambil pisang embun 2 biji. Lumatkan bersama 1/4 cawan susu. Ratakan pada muka. Bila kering bilas bersih.
D] Kulit dari 2 biji pisang dikikir dalamnya sehingga tinggal kulit luaran sahaja. Jika kulit anda jenis kering, Kisarkan atau (blender) dengan 1/4 cawan susu, jika kulit jenis berminyak, kisarkan dengan 1/4 cawan campuran tepung beras dan air. Guna kapas dan lumur perlahan lahan sehingga 5 minit. Biarkan kering dan bilas.
Untuk Menghilangkan kesan parut:
Parut Berlekuk:
1] Ambil sebiji timun, buang kulitnya. Kisar dan tapiskan airnya. Ambil hampas dan tempelkan pada muka. Tunggu 1/2 jam dan bersihkan.
2] 2 helai daun sireh muda dikisar dan di tempelkan pada parut. Tunggu hingga kering dan bilas.
3] Ambil segenggam Daun Pengaga bersama akarnya sekali dan kisar lumat. Campurkan dengan sedikit campuran tepung beras (1 camca teh tepung beras dilarutkan dengan 3 sudu makan air). Lumurkan dan biarkan semalaman.
Amalkan 3 kali seminggu
Parut Hitam atau Berwarna:
5 helai daun cekur dikisar halus dan dicampur dengan (1 camca teh penuh tepung beras dicabancuh dengan 2 sudu besar air). Satukan dan ratakan pada bahagian parut. Biarkan semalaman. Amalkan selalu.
Petua Mencerah, Menghalus dan Melicinkan kulit:
1] Satu biji buah tomato masak dicampur 1 camca teh susu tepung. Lenyekkan dan perlahah lahan gosokkan pada muka dan leher. Lihat sahaja hasilnya. Lakukan 3-5 kali seminggu.
2] 1/2 genggam kacang hijau dicampur 1/2 genggam kacang dhal, rendam semalaman. Keesokan harinya dikisar bersama yogurt. Ratakan pada muka dan leher, tunggu kering dan bilas. Lakukan seberapa kerap yang boleh.
3] Sebiji timun dibuang kulitnya dikisar, tapiskan. Ambil airnya sapu pada kulit muka dan dibiarkan 20min. Bilas dengan air bersih.
4] 1 biji sengkuang dan 1 biji karot dikupas. Rendam segenggam beras untuk 3 malam. Kesemua bahan ini dikisar halus. Sapukan pada muka setiap hari untuk 20-30minit dan bilas.
5] Semasa tanak nasi dan apabila nasi hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi(cecair likat). Lumurkan pada muka dan leher sewaktu masih suam. Biarkan kering dan bilas.
6] 1 biji kentang, buang kulit dan campur dengan 1 biji kuning telur. Lumurkan pada muka dan bila kering terus bilas bersih dengan air suam.
Menangani Masaalah Kulit Kering
1] Satu camca madu asli dihangatkan dan sapu perlahan lahan pada muka menggunakan jari. Lakukan 10minit. Bilas dengan air suam dan terus bilas sekali lagi dengan air ais.
2]Satu camca besar Susu tepung dikacau dengan sedikit air. Ratakan pada muka. Biarkan sehingga kering dan bilas, terus diikuti dengan bilasan air ais.
3] Sebiji Mangga, elok yang lembik. Kupas dan kisar lumat. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Bilas dengan air.
4] Selain dari khasiat untuk kulit kering, petua ini juga penyeri wajah:
Ambil sekuntum bunga mawar segar sebelum habis subuh. Ambil embunnya disapu pada muka dengan selawat dan niat. Lakukan tiga kali. Kemudian dengan tangan kanan genggam dan hancurkan bunga tersebut selumat boleh, dan sapu rata pada muka. Jangan dibilas.
Kulit Muka Anda Berminyak Cuba Petua Ini:
1] Daun Peria 1 helai, cuci bersih dan ramas. Perlahan lahan sapukan pada kulit sebelum tidur.
2] Segenggam Daun Saderi dikisar halus dengan sedikit air. Sejukkan dan sapu rata pada kulit. Bila kering bilas.
3] Segenggam Daun Bayam dikisar halus dengan sedikit air. Campurkan sebiji kuning telur dan 1 camca teh madu lebah. Tempekkan pada muka dan biarkan 30 minit sebelum bilas.
Petua yg sangat3x berguna.. Jrg tgk blogger cite pasal petua ni :)
ReplyDeletetrimas....trimas...awak cuba la salah satu....hehehe...more petua coming up soon....
ReplyDelete