Monday, June 29, 2009

:: Mohsen?? ::

Mohsen MOHSEN MOHSEN...siapa MOHSEN tu?????






Korang mesti terpuzzle puzzle terfikir fikir siapa MOHSEN tu kan???

Buat kawan kawan aku yang mengenali aku dan mengikuti TRIP KL-JB Kenduri Nasik Ayam....dah sah sah tau akan siapakah yang aku maksudkan.

MOHSEN......atau nama sebenar A.E.R [nama pendek] seorang yang concern mengenai rambutnya dan juga penampilannya. HEBAT?!!

Ya...dialah MOHSEN.
Lelaki yang meminati muzik INDIE dan juga SENI. Orangnya rendah diri dan suka bergurau..awwwwwwww




Dia juga adalah sahabat baik sepupu aku - Si Mr Lee. Abang angkat kepada seorang budak comel di selatan tanah air - Mat KOCOT [bak kata cik Oren].
Walaupon ada desas desus mengatakan bahawasanya dia seorang KAKAK ABANG , sebenarnya dia bukan begitu. Meskipon dia memiliki rambut yang panjang, ikal dan beralun....jangan di salahkan dirinya kerana dia juga mengalami masalah keguguran rambut seperti kita semua sewaktu salah memilih shampoo yang sesuai...maafkan dirinya kawan kawan.

Apa lagi yang perlu aku ceritakan mengenai dirinya???

Dia MOHSEN...satu satunya MOHSEN di hati ini...Awwwwwwwww~ [lalalalalalalaaaaa]





Ada sebarang pertanyaan?! ^.^

:: Penat!!! ::

aku sangat penat...sangat sangat sangat (infinity) PENAT~!!!!
Tapi penat yang berbaloi jugak la...

Perjalanan aku sepanjang hujung minggu itu hari....

KL > Seri Kembangan > Muar > Johor Bharu > Desaru > Johor Bharu > Machap > Pagoh > Seremban > Rawang > Wangsa Maju > Gombak > Kajang > Putrajaya > TTDI .....

Aku lengkapkan cycle ini bermula Sabtu [27 June 2009] - Isnin [29 June 2009 jam 1300]

Macam gila!
Aku nak tido tapi ada kije...
Laptop aku telah dimusnahkan oleh adik lelaki aku..CILAKE!

Saturday, June 27, 2009

:: The Peace Maker - bahagian 3 ::





Iye...tekalah siapa ada di depan mata (background lagu KRU - di depan mata). Nak larik macam dah tak sempat. Nak senyum macam tak kene ngan tema je. Nak gelak - perlu ke? Sengih KERANG sudah...(walaupun aku allergic kerang!).
'I think I know you...' katanya
'No!' cepat cepat aku jawap
'Yes...i saw you before, you're the one at the restaurant last monday aite?!' dia sambung.

Rasa rasanya boleh tak aku PENGSAN sekarang jugak?!

Mati laaaa!! Mati la~!!! jerit aku dalam hati. Aku tak tau kenapa lately aku ske sangat jerit dalam hati. =D

'Erm....Erm....' aku sengih sengih lagi
Terasa macam dalam novel pulak. Dia pandang aku.
'where are you heading?'
'Do you think i should talk to stranger?' Aku tanya dia
'Oh...hampir terlupa' mak aii skema pula mamat ini
'Carl.....' dia hulurkan salam [Maaf aku terpaksa guna nama samaran untuk tujuan keselamatan diri beliau.
'Hai..' aku sambut salam dia..tangan bak sutera - SAH! tak penah buat kije!
'And you are....?' dia pandang aku dan minah indon yang kije kat kedai bunge tu pon pandang aku.
'Hunny..' aku sengih lagi..nasib baik kulit aku tanned..tak de la nampak sangat kalau aku blushing! =D
'Well...i rasa you perhatikan i last Monday kan?'

Aku dah cakap dia tau!!!! Kata hati aku.
'Errr.....' apa aku nak jawap???
'It's okay...i dah tak ada girlfriend. She's history to me' dia bagitau

FUH!! FUH!! FUH!!!!!! -_-

'I resident sini ke?' dia tanya lagi
'Once...around 4 years back....'
'Okay..I live there' katanya. Perlu ke bagitau rumah dia kat mana???
'Ngeeeeee' aku sengih lagi dan lagi
'Wanna have a drink together?' dia bertanya
'Ermmm ermm' sejak bila aku tak reti berbahasa aku pon tak sure. Tapi sumpah aku tak nak dah amik gambar mamat ni.....SUEY!!!!!!!!!
Maka di waktu yang hampir petang itu kami berdua berjalan di JEJANTAS PERSAHABATAN menuju ke kedai kopi berhampiran untuk menikmati secangkir kopi...dan AKU TAK AMIK PON NOMBOR TEPON dia kerana aku telah menjadi benggong buat beberapa ketika!!!! DEMMM!!!!!!!

Sekian!

Friday, June 26, 2009

:: The Peace Maker - bahagian 2 ::

Re-cap dari episode lepas. Citer Peace Maker...





Ok....aku sambung citer. Aku ingat citer ni dah habis sampai situ je. Tapi aku ternyata BERSALAH dan SALAH. Bersambung pulak citernyer..ADEHHHHHH.

Tengahari yang tenang. Tak panas. Mendung je. Aku tertekan + excited dan agak happy (kenapa? tak sila rujuk pada entry 'jari'' aku itu).
aku suka sama bunga, bunga juga suka sama aku. Aku tengah seronok membelek belek bunga kat kedai bunga. Macam tengah ada SALE kat kedai bunga tu. Aku cadang nak beli SUNDELMALAM ngan fav aku - DAISY MERAH ..wuuuu sebab CALLA LILY tiada stok. Tengah tengah belek bunga yang merambangkan mata..

'Excuse me...' Eh...ada orang tegur aku la. Takut takut aku pandang sebab berDEBAR DEBAR pulak - Cis KEK!!!!!!
Terbulat mata aku....ERK!! ERK!!! Nak lari ke tak?!! Kaki rasa macam kene SIMEN!!!!! Adehhhh!! HELP!! HELP!!!!!!


Bersambung lagi....lalalalalalalalalalalaaaa

Thursday, June 25, 2009

:: The Peace Maker - bahagian 1 ::

Aku sebenarnya ada citer menarik nak citer kat korang ni sebenarnya citer yang dah terlambat beberapa hari tapi ..... citernyer terbersambung pula...nak tau citer penuhnya?

Begini..Isnin yang lepas aku pegi makan tengahari sorang sorang kat stu restoran ni..saje nak mencuba menu baru yang agak besh juga. Tengah aku seronok menjamah makanan depan mata dan macam biasa mata wartawan aku ini akan melilau mencari 'mangsa' manala tau leh buat bahan berita...kan?????

Mata aku sebenarnya tertarik pada seorang awek yang agak comel yang duduk di luar 'tempat makan leh smoking' aku duduk kat dalam je kat luar panas!!!! Aku pon sekali sekala pandang pandang la awek tu. Kat meja dia ada 3 orang .. Kita namakan dia Angela (pepandai je aku ni). Selain Angela...ada Balak Angela yang dari awal aku perhatikan terlentuk lentuk kat Angela dan mungkin kawan baik Angela, Regina ..(wahhhh ske ske je). Tengah aku suap Canjun Fries ke dalam mulut aku tetiba aku tengok Angela berlari ke dalam .. 'uik!! kenapa pulak ni' bisik hati aku.
Aku pandang aje Angela yang comel tu (kalau la aku dapat..GggrRRrrrrrr). rupanya dia berlari ke arah seorang lelaki - Carl (ewahhhhhh). Angela tarik Carl ke tepi...diheretnya Carl ke meja berdekatan.

Angela : I'm so sorry....(suara Angela tenggelam timbul)
Angela : She's said sorry , she never xpected such thing could happen. Please forgive her....bla bla bla..listen to her explanation...bla bla bla bla


Oh...Angela ni ala ala PEACE MAKER rupa rupanya....so, Regina tu kira macam awek Carl la....
Selepas Angela memberikan sepatah dua kata....mereka keluar ke meja makan mereka lah..aku perhatikan je. Sebab Carl ni kira leh tahan jugak lew rupanya....Nyummmmm!!!

Carl duduk dan terus teguk minuman Angela. Muka toyer je...macam tak de hati nak cakap atau dengar apa apa. Yang aku nampak..Regina mengangkat tangannya seperti Karam Singh Walia...mungkin menerangkan sesuatu. Angela dan Balaknya cuma memerhatikan mereka sambil isap rokok. Sekali sekala aku tengok Carl menguap - mengantuk agaknya. Aku pulak sebuk snap gambar aksi Carl yang mana aku rasa aku kantoi!!!!!!!!!! Buat bodoh sudah!!!! Story tetap story!

So..selesai sahaja Regina menerangkan situasi dia yang tah apa apa tah..Carl pula mula bercakap. Muka dia serius habis, macam nak mengamuk pon ada tu yang buat aku jadik takut untuk snap lebih banyak gambar!!!! Tak pasal dia masuk campak aku ke bawah restoran...dari derang jadi bahan berita aku pulak masuk BERITA! Sekali sekala kali ini aku nampak Carl pandang pandang aku - MATI la!! Mati laaa!! Kata hati aku...MAMPOS!! Sahh dia dah nampak!!!!!!!! Aku pon buat buat tak pandang dan terus makan je.

Tapi satu benda la yang aku tak faham dekat PEREMPUAN. Kenapa perempuan kene jugak bercakap masa lelaki bercakap menerangkan sesuatu??!! Padahal lelaki boleh je dengar apa apa aje yang keluar dari mulut perempuan bila perempuan sedang menerangkan sesuatu?? Dalam kes PEACE MAKER ni..ia berlaku. Masa Carl tengah berackap dengan Regina...Regina sebuk jugak nak bercakap padahal masa dia bercakap tadi Carl tak bukak mulut sesaat pon kecuali time dia menguap tadi! Haih~!!! Dalam hati aku cakap budak Regina ni memang saja cari PASAL!!!!!! Mampos la ko kena tinggal!!!

Beberapa saat lepas hati aku cakap macam tu..Carl bagun. Muka dia dah merah....dia angkat angkat tangan macam Polis Trafik pulak...lepas tu terus dia BLAH!!! WOOT!!!!!!!
Dari belakang Balak Angela ikoot.
Sebaik sahaja dia masuk aku terdengar dia cakap 'I'm through with her!!! Mampos la dia!' Woooooooooooooooo!! Carl sangat marah. Aku hanya pandang Carl dengan ekor mata dan dia pandang aku!! Aku buat tak tau sebab kalau aku pandang tepat memang dia akan datang dekat aku. So buat tak tau. Carl akhirnya menghilangkan diri bersama Balak Angela. Dan aku tengok Regina menghentak hentakan kepalanya ke meja! - KENE DUMPed la tuh.....adehhhhhhhhhh!!!!
Angela pulak KAGET tak berlagu....


Bersambung.......

Wednesday, June 24, 2009

:: What The Fruit?!!!! ::

WTF?!!!!!

dua bulan lepas cakap report tu okay....hari ni baru nak kasik email cakap tak complete?!!
ni sape yg tak buat kije sebenarnya ni? Aku ke ko wahai 'bos' aku?!!!!!


BABEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! PALACHIP lu la!


nah ini untuk ko 'Boss'!!


Monday, June 22, 2009

:: Percuma!!! ::


Tak sangka pegi konserto PMI3 dapat tengok 'benda' PERCUMA!! Wuuuuuuu....dasat!!!!!

:: Gara Gara Nak Amik Berkat ::

Dear All,

Aku maseh lagi mempunyai beberapa simptom MORNING SICKNESS...


Aku maseh peneng dan rasa
macam nak muntah!!

eh kejap telepon berbunyi ..'ku ta
k peduli....bila ku benar benar cinta maaaaaaaaaaaaaaaati' Oh..Mr Zann bagi SMS - :P

untuk pengetahuan semua aku akan bakal menaip beberapa entry lambat sebab semalam aku tido awal. Aku tido kul 1700 sampai pagi tadik kul 0730!!
!!!

Aku penat sangat!
Balik PMI3 jam 0300 kot...tido..kul 0700 dah bangun siap siap nak menerjah resepsi seorang teman agak rapat aku Mr Dewa (kebetulan lagi nama macam kene mengene ngan PMI3) nama betul dia memang DEWA nak wat cenggane!!! ekekekkeke Sorry ek DEWA...!! Sampai di sana. Ibu DEWA beritahu bahawasanya dia tiada di rumah keluar sebentar menjemput rombongan pihak perempuan. - WOOT!!!

pertama kali mendengar yang PENGANTIN Lelaki jemput keluarga Pengantin Perempuan. Aku dengan selamba masuk je rumah. Kelihata
n Abby sedang bercakap di telefon. 'Eh...hunn!!!!!' Abby terus peluk aku. Aku gelak je. Sambil tunggu DEWA sambil sembang sembang dan amik gambar syok sendiri. 'Hunn....bila lagi?' Abby tanya 'Entah...' 'Dewa cakap Hunn dengan budak Cooper tu ek skang' 'Haah...dia sebuk kot' terus teringat kat Mr H - HAIH!!!!! Tengah seronok seronok bersembang dengan Abby. Tiba tiba Ibu DEWA datang. 'Dia boleh jadi pengapit....' sambil tepuk bahu aku ALAMAK!!! Pengapit?!!!!


Adehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!
Maka aku jadilah pengapit terjun. Nasib baik aku pakai mengikut tema..kalau tak....huhuhuhuhuuhuuuuuu... Dah la aku telah di usha oleh seorang mamat melayu yang berbaju melayu silver...dia photographer rasanya. Asyikla mengacukan lensanyer ke arah aku....aku ni pulak pantang nampak kamera... =D Teringat kat Mamat Nama SHAM (Applemint Photographer) yang aku jumpa masa PMI3 ekekekekk dek kerana LIDAH aku ni kami berkenalan..... Ngeeeeeeeeee

Balik dari rumah DEWA
aku terus ke Janda Baik - ada kenduri lagi satu nak kena attend. Ni semua gara gara nak amik berkat. Last-last BARAI...balik rumah terus tidur selepas bershopping sayur sayuran dan buah buahan kat BUKIT TINGGI ...












ini adalah aunty yg sebuk menerangkan tentang magga RAJA yang mahu di beli....







ini adalah sayur sayur segar yang baru di petik..kononya la...
















Nama buah ini adelah DRAGON FRUIT..selain digunakan untuk tujuan prayer oleh uncle Peng aku..aku sgt suka buah ini...makan sudeyy!!!










Laici ini sangat sepesel....walaupun ianya laici tempatan..tapi..isinya sangatla tebal!!!













3 sepuluh!! 3 sepuluh!! untuk jagung madu.....fav aku lagik!!!



Sekian untuk kali ini...aku macam nak tido lagi je nih~! dah la pagi tadik nampak orang mati kat MRR2...CHoY!!!!! Daaaaaa

Sunday, June 21, 2009

:: Fuh!! Penat! ::



Ucapan TRIMAS yg tak terhingga buat Cik Faryn ku sayang yang telah mengseponser aku kali ini ke PMI3 - enjoy!! ko ada DEWA!!!!!! Teriak!! Teriak!!!

Okehhh mau tidur...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz






sekian.

p palang s: TRIMAS buat Mr Jet..hopefully everything will be just fine tomorrow.......

Saturday, June 20, 2009

:: Perempuanku ::


Aku terbang melayang mendengar bingkisan ini...
Mengharapkan dia yang akan mendendangkannya ke telingaku...
Dan aku jadi RINDU .............

Friday, June 19, 2009

:: Email Lama ::

Aku saje je membongkar email zaman dulu dulu....and tak sangka aku terjumpa satu email yg aku sendiri tak akan jangka aku akan jumpe...rasanya banyak lagi email lama yang bakal dibongkar dan mengingatkan aku pada kenangan lama....this email is between me and late Indra.....kinda miss him. =D


2.1.2007 - love u sayang!Tuesday, January 2, 2007 12:42 AM
From: "hunneyz@jaring.com" View contact detailsTo: tkgdra@yahoo.com

sayang..

good morning!!! kiss skit!! ekekekekekek ( i pon dah gelak macam u.. :P)
i keje pagi this week...kejap lagi masa tengahari nak teman JoJo pegi amik kunci rumah baru dia kat mentari court....sayang..i miss u so mucho!!! i igt u akan call i masa tahun baru...tapi tak de pon..maybe u busy tolong mangsa banjir kat sana..it's good anyway dan mungkin sbb tu u tak de masa nak call i kan? i'll wait sayang...

-0837-

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

sayang,
kat opis ni org pasang radio bunyi Takbir Hari Raya ..tersentuh hati i (sebab semua org ada mood yg sama kot tak kira bangsa)...rindu la ngan u sayang..sangat rindu...u sihat kan hari nih? seronoknya kalao u ada ngan i waktu macam nih....tah bila agaknya i akan dapat peluang tu kan? i sentiasa berdoa agar jodoh kita panjang...becos i really sincerely love u...i tak kisah sapa u..and i hope u feel the same way too....miss u so much..

-1005-

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


sayang....
i baru balik dari tengok umah JoJo kat mentari court tu..boleh tahan gak umah tu..umah yg ujung sekali....living room pon kira besar la jugak..bilik ada tiga tapi dapur sempit skit...tapi oklah....hehe bila kita nak ada umah sendiri neh..? ekekekkekekek....sayang...!!! rindu la!!! nak ciom!! hehehe

-1604-

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


sayang..unfortunately yahoo ada problem hari ni so i have to write in my mail through this webmail...ahahahahha dah lama tak pakai webmail nih..macam kelakar je..jap lagi petang nak g tolong JoJo kemas umah...boleh ek i pegi..nantikan u kita g carik umah untuk kita lak k....senang la i nak rogol u nanti...ekekekekkekee...sayang i rindu sangat la ngan u...bila la nak jumpa u nih...?? rindu sangat dah ni sayang...
sayang..i nak dtg JB tapi u senyap je..cenggana nih? bila u nak balik JB? or bila u nak turun KL? u sayang ngan i kan?
ermm....sayang have to go la balik awal sikit hari nih...nanti u call i ek...miss u!!!

love,
honey bunny of yours forever!




Masa aku tgh bercinta with late Indra this song adalah lagu kami berdua......[eh kebetulan pulak esok PMI - Pesta Malam Indonesia]





http://sukaconteng.blogspot.com/2009/05/malam-pesta-muda-mudi.html

Thursday, June 18, 2009

:: Miliki Aku..Miliki Kamu ::


Mungkin ada sedikit kekesalan dalam hati dan rasa bersalah yang amat sangat lately. Mengeluh? Tak guna lagi kot. Dulu aku anggap dia 'SEMUA TAK KENE' ada aje salah dia kat mata aku - bukan ape, aku takut sebenarnya bila tahu dia sayangkan aku. ERK!!!!! Takoot yang BIG TIME. Takoot kene GAME lagi bahasa kasarnya!

Dan kebetulan pula dia bukan aku punya taste. Sebab .. aku ada sebab sendiri. Tapi aku berada diZON yang selesa tiap kali aku dengan dia. Aku have fun bila hang out dengan dia atau kawan kawan dia. Dan dia juga selesa bila hang out dengan aku dan kawan kawan aku.

Salah aku ke yang minta tempoh masa dari dia dulu? Ataupun dia menganggap 'I PERLUKAN MASA' sebagai satu REJECTION??? Time tu aku tengah ragu ragu lagi...ye la baru lepas CLASH ngan monyet sekor tu....rasa macam belum ready and dia aware pasal perkara tu. Hampir tiap tiap hari dia sebut yang dia sayang kat aku ske kat aku bla bla bla....bukan aku tak ske kat dia ...aku tak ready je...adeh...!!!!

Skang?!!! Skang orang cakap ...kita tak tau bila cinta tu datang aite? One morning bila aku bangun suddenly aku RINDU kat dia...AYARK!!!! Rasa mcm tak syok tak happy bila tak ada dia..tak dengar suara dia...tak dapat sms dari dia. Tiap kalik telefon berbunyi aku harap sangat dia yang sms or call.

Tapi dia dah berubah..merajuk agaknye ataupon dia cemburu dengan seseorang yang rapat dengan aku (Mr D la..sape lagik??).[ Pls yayunk....dia kawan i aje..remember?!]

Skang aku dah ready nak ada sumthing ngan dia. Yeap..nobody's perfect until you fall in love with that person [ lebih kurang bak kata Msley dalam shoutnyer hari ni]...

I really dunno what to do dah skang nih....
cos i think i need him.....hmmm....

Wednesday, June 17, 2009

:: The Miss Dr. LOVE ::

Well...
for those yang kenal aku, memang akan tahu aku ni dari dulu adalah seorang Miss Match + Wedding Planner (yang mana belum kawen sampai sekarang) and suddenly today aku menjadik Dr. Love pula..wow!!!




Miss Cattz:Hunn
Miss Cattz:need ur help
me:yeap...what can i do for u lalink?
Sent at 4:22 PM on Tuesday
Miss Cattz:Hunn
Miss Cattz:i got a fren
me:yeahhhh??
Miss Cattz:die dah kuor dgn sorg mamat ni
Miss Cattz:n tak sure
me:ok
Miss Cattz:whether mamat nih suke kat die ke tak
me:pulak dahhh...
Miss Cattz:leh tak dia directly ask mamat tuh suke kat die ke tak
Miss Cattz:be frank
me:la kenapa?
me:nervous? or dun have gutts?
Miss Cattz:ye la
Miss Cattz:boleh tak die tya
Miss Cattz:do u like me?
Miss Cattz:kat mamat tuh
Miss Cattz:ye la
Miss Cattz:tak ya la ssh nak terhegeh2 kalau da taw kan
me:ok dia dah tanya la nih
Miss Cattz:btul tak?
me:yeap
Miss Cattz:lom
Miss Cattz:die lom tya
me:oh belom lagik?
Miss Cattz:so now die nak tya
me:oh nak tanya...
Miss Cattz:yup
Miss Cattz:supposed ckp
me:dan masalahnyer ialah....?
Miss Cattz:i like u
me:yeap
Miss Cattz:or do u like me
me:kalau i la..
me:i akan cakap .. 'i like u..'
Miss Cattz:yup
Miss Cattz:wic 1 better?
me:and tanya lelaki tu balik if he like me too
Miss Cattz:nak ckp mcm mane
Miss Cattz:wahahaahaah
me:hahahha
me:giler evil
me:nak ayat munge2 ke?
me::P
Miss Cattz:ha
me:ooh memula stat la conversation mcm biase
me:then cakap la ada confession nak buat
Miss Cattz:hi helmi..sorry kacau u..4:23 PM just to make sure 1 thing4:23 PM or..just want to clear things4:23 PM i like u4:23 PM if..u dont like me just ignore my msg..no need to reply so that i clearly get the msg4:24 PM ke tak ok4:24 PM eeeeeee
Miss Cattz:ok x ni?
me:meti lelaki tu rasa mcm nak terkencing
Miss Cattz:ha
Miss Cattz:a
Miss Cattz:ok x ayat my fren nih???
me:hayyoo very the tak de tapisan
me:ekekeke mmg buleh je tapi mcm agak kasar kat ayt last
Miss Cattz:ha la
Miss Cattz:erk
me:takoot nnt dari ada mcm ske skit jadik benci terus
Miss Cattz:ok2
Miss Cattz:abis mcm mane
Miss Cattz:ok please
me:sebab ape yg kawan u nak buat skang adalah sumthing yg u both shud feel easy ye tak?
me:kalau tak selesa nnt ..kang jadik lain lak betul tak?
Miss Cattz:tolong bg kasi nmpk cun
Miss Cattz:yup
Miss Cattz:please
Miss Cattz:help me
me:i tak setuju part yg ignore msg tuh
me:yg lain dah ok kot...
me:so mcm ni u suh dia cakap...
me:i have sumthing to say seriously ...
me:maaf if u tak comfy but i have to make a confession ....
me:i selesa ngan u selama ni...u are bla bla bla *puji2 skit*
me:u know what? i think i like u...
Miss Cattz:ok then
me:jgn la bunyi macam seyes sgt nnt takoot lak mamat tuh kan?
me:ok sambung
me:i think i like you...
Miss Cattz:hahah
me:i happy bila ngan u...
Miss Cattz:lagik
Miss Cattz:lagik
me:what do you think about me?
me:gelak2 manje skit
me:then biar lelaki tu lak yg cakap
me:remember eye contact is very important...and body language
me::D
Miss Cattz:kalau nk sms bleh tak?
me:sms tak besh la tak macho
me:ekekekek
me:benda2 mcm ni kene wat libve
me:*live
me:baru kita leh tau yg sebenar2nyer
me:tapi kalau kawan u tu nagn mamat tu dok jauh giler2 better call
me:sms..naah i dun trust sms that much...untuk benda2 mcm nih
me:cos dia leh make things up
me:kalau bercakap at least u leh dgr sama ada dia nervous...keep on pausing or ada filler words
Sent at 4:33 PM on Tuesday
Miss Cattz:mcm mane nak ckp
Miss Cattz:i will get the message if u dont call back
me:mcm yg i tulis tadik la sama je sentence dia
Miss Cattz:or text me back
me:i tak setuju kalau sms
Miss Cattz:ok
Miss Cattz:mcm mane nk bgtaw kalau die tak suke kite
me:suh call je or jumpe
me:macmana nak bagitau kalau dia tak ske kita?
me:means bila kawan u confess mamat tu cakap i tak suke u pon??
Miss Cattz:ha
Miss Cattz:kan kalau kite ckp
Miss Cattz:call back after i hang up means u suke i
Miss Cattz:otherwise x ske
me:jap jap...means that kawan u nak call mamat tu n just cakap 'call back if u like me??' then letak phone?
Miss Cattz:a'a
me:frankly speaking...
Miss Cattz:nk taw jawapan mamat tuh
me:itu cara budak2 skolah
me:dun do that
me:kita masing2 dah besar
me:lelaki ni banyak jenis..
Miss Cattz:so kalu die tak call means die tak suke
Miss Cattz:n my fren leh move on
me:kalau yg mcm budak2 boleh la dia layan call mcm tuh
me:kalau dia jenis yg mature??? dia akan anggap kawan u poyo giler tak pasal je
me:suh je kawan u call n terus cakap
me:tak yah nak letak2 phone bagai
Miss Cattz:ayakkk
Miss Cattz:bistuh
Miss Cattz:just call
me:just call
me:n macam i cakap earlier
Miss Cattz:n ckp ape yg u mention td then what?
me:confess terus or jumpa je
Miss Cattz:wait for him to response?
me:cakap je suggestion i tadik
me:n lepas tu cakap la kat mamat tu 'what do u think of me?'
me:if let say -ve
me:just act cool and say 'ok...i just want u to know that i like u...and hope we can still be frens.....'
me:lepas dari tu....slowly jauhkan diri dari dia
me:tak de la terasa sgt....sbb if kawan u still nak buat cara hang up call then call back tu...sangat kebudak budakkan
me:zaman zaman skolah dulu leh la buat mcm tuh
Miss Cattz:wuuuu
me:cube u pk ek....u jadik mamat tu..tetibe dapat call...org yg call tu cakap 'call me back if u like me' then letak tepon panas hati tak?
me:and terpinga pinga
me:rasa macam nak cakap WHAT THE...?????? lepas tu garu2 kepala
me:sebab tak faham
Miss Cattz:huhuhuhuh
me:kalau i jadik mamat tu..dah kompem2 i akan cakap 'giler ke ape' lepas tu i takkan call sbb i tak fham
me:berapa umur kawan u??
me:..and the mamat?
Sent at 4:45 PM on Tuesday
Miss Cattz:same jugak
Sent at 4:50 PM on Tuesday
me:okkeyyy
Miss Cattz:mintak2
Miss Cattz:good news kan
Miss Cattz:i plak yg seram
me:yeap
me:ekekekkekee
me:relaxxxx
Miss Cattz:nasib baik azab i da lepas
Miss Cattz:muehehehehe
me:hahahahahha tahniahhh :D
me:well think +ve
me:if mamat tu untuk kawan u....
me:ape pon berlaku she will still be with him
me::)
me:haa ckp mcm tu kata kawan u ek
Miss Cattz:yup
me:n cakap i kata gud luck
me::D
Miss Cattz:ok
Miss Cattz:ngeeeeeeeeeeeeee
me:buruk ke baik ke jawapan mamat itu ... take it as +ve things
Miss Cattz::d
me:everything happen for a reason :)
Miss Cattz:woker
me::D
Miss Cattz:;)
me:so kawan u nak jumpe the mamat or just wanna ring him?
Miss Cattz:i guess she will call him
me:hope so.....jgn la sms benda2 mcm ni sms can really do a big damage
me::-SS
Miss Cattz:betul gak kan
me:yeap sbb dari sms u really cannot listen to the pulse of the mamat voice n all
me:better if they can meet each other
Miss Cattz:lagipun
Miss Cattz:denjeres kan
me:yeap..sbb dia leh tipoo je dari sms
Miss Cattz:tuh la
me:paling teruk langsung tak jawap nnt kasik alasan tak de kredit la ape la...
Miss Cattz:tapi if it is me
Miss Cattz:i wont lie
me:better call terus or jumpe..senang citer
Miss Cattz:no matter sms or phone call
me:itu kalau u...n u adalah perempuan....we're talking about guy nih...
me:derang kan selalunya have sooo many reason to sooo many thingsssss
Miss Cattz:ermmm
Miss Cattz:even my whaley nizzy?
me:hahah dia tu?? dia dah tua he shud be matured enuff to say apa apa pon
me:btw pesan kat kawan u
Miss Cattz:aha
me:if the guy paused during the answering session means dia ada a bit hesitation
Miss Cattz:takleh ke that guy hv sometimes to think
me:but jgn risau ..if it's a +ve hesitation it can be fix
me:boleh je if the guy said pls give me sumtimes to think
me:but as for me the question yg kawan u akan tanya is 'what do you think of me?'
me:takkan la itu pon need time to answer
me:is not like ya fren going to ask him 'will u be muh bf or will u marry me'
Miss Cattz::P
me:betul tak?? just nak tau what he think of ya fren oni....
me:if he said 'i like u too..'
me:itu sudah cukup bagus..aite?
Miss Cattz:ngeee
Miss Cattz:harapan yg cerah kan?
Miss Cattz:baby
Miss Cattz:gtg
Miss Cattz:erk
Miss Cattz:tata
Miss Cattz:ngeeee
me:hopefully
me:cross ya finga
me:tata

Tuesday, June 16, 2009

:: Kesinambungan Saat Ku Pejamkan Mata ::

"Tuhanku tolonglah beriku restu
Ku dalam pelukannya di saat itu
Saat daku dipejamkan mataku ..."


Rasanya dah 3 tahun berlalu. Tapi aku masih teringat saat aku menghadapinya. Bait bait ayat di atas pernah memberi impak dalam hidup aku. Terkocoh kocoh aku kala itu. Memandu seperti tiada pemandu lain di jalan raya. Ada sedikit memori yang hilang sebenarnya tetapi ada juga yang masih jelas di ingatan.

Indra ......siapa dia?
Dia adalah sebuah memori yang tak mungkin aku lupakan. Hangat tanganya. Manis senyumnya. Kata kata yang menyejukkan hati - sungguh. Tapi Tuhan lebih sayangkan dirinya.

Aku mahu lupakan segalanya yang hitam. Tidak perlu aku menangis lagi kerana dia sendiri mahu aku HAPPY. Yes, like you always said to me and my friends : I want you to be happy until forever.....

eh, apa yang aku mengarut nih???
Sorry cuma mengimbau kembali sedikit masa silam. Tak sedih sangat dah pun. Hakikat diterima dengan jayanya.


Lebih kurang setahun selepas itu...aku accident teruk dan di masukkan ke ICU - aku akui incident malam tu buat aku lupa beberapa perkara...memang aku ada short term memory lost and sorry to say sometimes i tend to forget things VERY fast. Yes...i bumped muh head kat stereng wheel!!!! I tought i'll be dead that night...but heck!!! NOPE! I'm still alive and kickin' sista!!!! and LUCKY to be alive too......Hurmmmmm...and still i'm not afraid of anything xcept GOD. SPEED - naah ... i even have MORE LOVE to SPEED!!!! Yikes!!!!!

ok.....tah menda tah aku ngarut..so cut the crap OFF....boring and dunno what to do. Had muh fav Mee hoon Curry for Lunch and now craving for sum ice blended.....and listening to KRU all day long because when i woke up this morning i heard this song playing in muh HEAD again and again... :























:: Saat Ku Pejamkan Mata ::

Badan masih lagi sakit-sakit dari pulang bercuti dengan keluarga...ak sakit yang berbaloi.....

Bila bangun pagi ni ada satu perasaan yang datang .....





.....dan cerita ini bakal bersambung.

Sunday, June 14, 2009

:: buat Aku terSenyum ::

Mungkin perasaan yang ada pada aku kini hanya untuk sementara - untuk buat aku bahagia. Aku takkan tahu, takkan pernah tahu. Mungkin juga perasaan ini akan ada untuk selamanya. Tak ada apa yang sempurna di dunia maya ini......

Ada rasa takut kadang kadang sangsi kadang kadang bahagia...esok lusa tak siapa tahu.

Jauh di hati yang terdalam........aku hanya mahukan bahagia yang aku rasakan kini berkekalan....tapi langit tak cerah sampai bila bila. Siang akan jadi malam juga. bulan pun akan gerhana.


Tapi satu perkara yang aku tahu..dia buat aku tersenyum dengan kegedikan dia...dengan memek muka manja dia dan senyuman dia...hmmmmmmm

Datanglah sayang
Dekap tubuhku
Usap keningku
Tenangkan aku dipelukmu

Dengarlah sayang
Cuba rasakan
Keluh kesahku
Penatku dan juga resahku

Karena hanya dirimu yang mengerti aku
Karena kaulah yang sanggup menenangkan aku

Genggam erat tanganku
Buat aku tersenyum
Wahai..
Kekasih hatiku ....


Apa agaknya Mr H tengah buat ye?
Itulah dulu nak masa sangat, sekarang bila dah tak ada masa.....??
Rasa rasanya macam aku akan terbang ke Jakarta sorang ....huhuhuhuhuhhuuuuuu

Saturday, June 13, 2009

:: Aku terasa macam ...::

Leh tak aku terasa macam nak memusnahkan sebuah stadium tatkala ini!!
warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

Thursday, June 11, 2009

:: Selamat Ulang Tahun! ::

Selamat hari lahir yang ke 30 buat abang aku yang DOL!!!!
Semoga abang aku sedar yang dirinya telah TUA BANGKA dan sebenarnya layak berKAHWIN dengan segera. Ini tak asyik la membelek KOMPUTER dan GITAR yang tak boleh buat anak tuh!!!

Silalah sedarkan diri dengan segera wahai abangku yang DOL!!! Kesian kat KAKAK IPAR yang menunggu hari untuk disunting..nasib baik kakak ipar muda mudi lagik kalau sebaya?? KIJAM la abang aku nih....

Nak beli hadiah ape ek untuk dia??!!!!!


So abang...kek yang mana satu anda mahu?!! ekekekekkee (leh buatkan masa kenduri kawen nanti)






ataupon yang ini??








so...HAPPY BIRTHDAY again muh BROTHA!!!
PLAY SAFE...dun do DRUGS!!!!!!
HAVE a HEALTY SEX and GOOD LUCK!

Wednesday, June 10, 2009

:: MAYBANK erghhhhhhhhhhhhh???!! ::

Aku nak mencaroot secaroot carootnya!!!!
Hari aku dimulai dengan beberapa orang mangkok tingkat cakap 'dear..u have glow on ya face!!!' WHATEVVVVVV berseri sangat ke aku ini hari?!!!

adekah kerana aku dapat langsir superDIVA berwarna ungu lembayung malam tadi atau kerana apple jus pagi ni?!!

WhatEV jugak!!!!!!


Dah la aku banyak kije!!! PAN la PAN!!!!! Dah dekat 1200 tapi sekor pon aku tak nampak batang idung nak berstadi dengan aku..padahal semalam dah kasik tau stat jam 0900!! tak paham bahasa ke derang nih!!! PALACHIP!!!!!!!!

Dah la karipap kegemaran aku kat MAK CIK KEDEKUT habis!!!!! Cuti aku kene BURN!!!! SIALAN!!!!!!!!

Malam tadik dah la mimpi Mr D dalam kesusahan!!!

Mr H terus berdiam diri..lagi?!! lagi ?!! ape lagik??!!!

Ni lagi satu hal SETAN nih...pantatnyer MAYBANK (oppsssssss tertaip jugak akhirnya..). Aku memang tau kalau dapat EMAIL yg bukan bukan dari pihak yang meragukan PERSETANkan aje!!!! Tapi secara logikanyer penah tak derang fikir benda benda macam ni kene benteras dari AKAR UMBInya (meaning kalau la seseorang insan tu dapat EMAIL TIPOOO pasal akaun tak leh masuk ke ape ke lepas tu di arahkan pegi satu URL BABEH ni..bla bla bla). Kalau orang tu IT LITERATE kompem la dia tak ikooot..kalau kata insan tu agak BEBAL?!!!! tak ke naya..
So sepatutnya pihak MAYBANKoteyy yg SIAL ni kene la amik tindakan..andai kata ada aduan pasal benda benda macam ni..contoh aku forward email pentipoo tadik kat pehak berkuasa Maybankoteyy aku cc kat SKMM bla bla bla sepatotnya INVESTIGATE la SETAN!!!! bukan buat bodoh n suh kastemer buat BODOH...BINGAI la korang ni!!!!




Macam budak budak IT korang yang BODOH cam TUMIT KASUT PARIS HILTON tu tak reti nak bekerjasama ngan mana mana pehak TRACE dari mana EMAIL tu datang..eh lupa pulak korangkan BODOH macam MANGKOK JAMBAN!

dah MANGKOK JAMBAN memang kompem la tak reti pikir kan?!!! Kesian la sikit kat orang yang tak reti sangat tu pasal benda benda macam nih..HAIH!!!!!

So MAYBANKoteyyyyy ku sayang..sila la amik berat sikit pasal email email SETAN nih.....nak benteras dari ROOT bukan dari KEBODOHAN korang yg berlagak macam RIMAU sial tuh!!!!


tah tah sebab SEMUANYA KIJE ORANG DALAM SENDIRIK sebab tu TAKOOOOOT kan?!

Sekian!!!!!!

:: Cinta Budak Tadika ::

Korunks pernah bercinta masa kecik kecik tak?? Time paling kecik korang pernah jatuh cinta......



aku ingat lagi nama mamat tu ..LOKMAN. Aku ingat lagi mata sepet dia, kepala botak dia, kulit putih kuning langsat dia, kurus keding dia. Yeahhhh itulah LOKMAN. Orang pertama yang aku macam ala-ala jatuh cinta zaman aku budak budak kecik dulu. Aku bertemu dengan LOKMAN dekat tadika. Kitaorang satu kelas meja kitaorang tak jauh pun. Aku dari kecik semenangnya telah di latih menjadi ala-ala pompuan TOMBOI ...aku memang suka buli budak lelaki!!!!!! Tapi dengan LOKMAN aku suka buli buli manja terutama time recess dengan acara sukan.



aku sedar LOKMAN tu bak enggang dalam kelas sebab dia ANAK SEDARA CIKGU ROS. Dia di minati ramai (ramai ke?). Yang penting aku ngan LOKMAN selalu compete dalam apa apa bidang pun. Hinggalah satu hari aku telah menolak dia dalam acara lari dalam GUNI! Sebab dia tak nak dengar cakap aku time aku dengan dia berpasangan dalam acara IKAT KAKI SAMA SAMA (aku tak tau apa nama saintifik acara sukan nih). Dia bukan tak tau aku tak ske kalah!!!



LOKMAN...LOKMAN kenapala ko comel sangat?!!!! Cinta aku akhirnya berakhir di tadika itu juga. Kali terakhir aku meliohat LOKMAN adalah pada hari aku menerima SIJIL PELAJAR TERBIJAK kat TADIKA. Selepas itu aku dah tak dengar khabar dari dia. Sekarang dah lebih dari 20 tahun ...aku masih lagi ingat pada LOKMAN. bila aku lalu tepi rumah CIKGU ROS aku rasa macam nak berenti...ketuk pintu ...tanya 'CIKGU...LOKMAN mana??????'




LOKMAN ingat kat aku tak rasanya???!

Tuesday, June 9, 2009

:: Sebuah Cerita di HUJUNG MINGGU yang GILA! ::

Salam sejahtera..mintak maafla kerana susah lak skang nak menghapdet benda alah ni...lemaklumlah Lappy belom sehat sangat. Virus MALWARE DOCTOR yg mcm haREm tu belom nak BLAH!

Aku nak bercerita tentang hari hari aku yang agak adventure......kita mulakan dengan hari jumaat...

~~HARI JUMAAT~~

Macam biasala hari jumaat aku akan dihiasi dengan PARTY PARTY yang agak liar dan tak berapa nak terkawal. Seperti yang telah di rancang 3minggu lepas. Malam Jumaat (5 June 2009) aku dan sepupu aku Mr Lee dan kroni kroni kami ke L..kali ini aku telah di seponser oleh Mr Aie yang hensem di dalam gambar lain gilos di luar gambar (baget FOTOGEDIK la tuh).
Maka tepat jam 2300 aku dan Mr Aie sampai di L. Aku pulak telah diFOLO oleh seseorang sampai ke dalam L. Yang mengejutkan bila Mr Aie turun makan, seseorang itu telah datang meghampiri aku..
'are you alone?' dia merupakan seorang MAT SALEH yang dalam lingkungan 60 tahun barangakali.
Aku pandang tepat ke dalam matanya dan menjawap 'i'm sorry i'm not alone and i'm a lesbian'
si TUA tu seakan kecewa pabila aku yang berDRESS merah menyala yang menyerlahkan keayuan aku ini menolak pelawaannya yangbelum dipelawa apa-apa. Not muh TASTE ok!!!!!!

Malam itu bermula bila kesemua 'AHLI' sampai. Malam yang gila!!!
Mr D telah membawa 3 orang awek yang bakal di'BAHAM'nya malam itu.
Mr Lee pulak merupakan official driver untuk Mr Jet.

Party aku habis awal...SEDEH aku. Mana taknya? Mr Aie ahhhhhh cilake betul MUNTAH-MUNTAH macam orang mengandung sejak jam 0200!!!!!! Nasib baik ada kawan yang tabah macam aku nih!

Mr Aie akhirnya merayu rayu kat aku yang dia nak kuar dari L...dia sedar tak nak turun dari L kene guna tangga. Aku ni pompuan yang tak de otot ketul ketul macam getah buku. Kalau aku ngan dia tergolek kat tangga cenggane??!!! Nak tak nak aku kene jugak la papah Mr Aie....nasib baik la MAT SALEH meja sebelah kitaorang datang to the rescue....THANKS!!!!

Sementara menunggu yang lain lain selesai...aku melepak kat PALNTER BOX kat bawah L..dan Mr Aie dah terbaring atas kaki lima pulak - CAM HAREM!!!!



Tetiba datang seorang MAT SALEH lagi, dia pegang tangan aku dan cium tangan aku berkali kali. Mengucapkan kata kata yang sangat manis - MALANG..mat saleh itu ORANG TUA!!!!
'I'm Steve....you're so beautiful...you have a sweet face..' bla bla bla bla bla...
Dia lepas tu cium pipi aku kanan dan kiri. Kemudian cium tangan aku kanan dan kiri berkali kali kali kali kali..
Aku pon sound dia
'Steve..you're so sweet but i'm really sorry i have to take care of my friend can you please sit down??'
Dan Steve pun duduk bersandar kat tiang palnter box - tunggu kawan dia agaknya!

Jam 0300 yang lain turun.
Mr D datang kat aku peluk aku. Cium dahi aku - apsal tah lately suka sangat cium dahi aku. 'Hunn..thanks, i kena hantar minah tu balik..see you okay,' dia peluk aku kuat-kuat sambil memberikan satu pandangan yang mengelirukan. Sementara itu Mr Jet dah berbaring atas planter box. Keadaan memang agak KELAM KABUT. Mr Lee jaga Mr Jet. Aku jaga Mr Aie.

Haih......
aku dan Mr Lee akhirnya memapah dua ekor makhluk ni ke kereta Mr Jet. Bagi derang berehat sekejap. Kekalar betul...sorang tak berenti renti muntah sorang tak berenti renti kencing!!!!!

Aku sebenarnya dah mati akal. Leh pulak Mr Aie tak hengat letak kereta kat mana. Aku kaloot ahh aku last last tepon 'JANDA' Mr Aie. Mintak tolong dia uruskan hal Mr Aie. Masa tu jam 0400 - kesian minah itu....maafkan aku minah. Sementara Mr Lee cari kereta Mr Aie. Aku pegi jemput minah tadi. On the way back ke tempat kejadian Mr Lee call aku.
'hunn!! hunn!!!' terjerit jerit Mr Lee
'apsal cuzn??'
'Jet jatuh longkang!!!!' katanya - BERDERAI ketawa aku!!!!!
'cenggane leh jatuh longkang?!'
'Dia nak kencing tapi dia pegi masuk longkang pulak!!!' Mr Lee sambung ketawa aku.
Adehhhhh macam-macam hal!!!!


Acara ini berakhir pada jam 0600 di mana Mr Jet membawa kereta sendiri pulang dan di eskort oleh Sonata musim salju Mr Aie yang di pandu oleh Mr Lee dan mereka-mereka ini telah pengsan sampai ke tengahari kecuali Mr Lee yang bangun awal pagi untuk meluangkan masa berkualiti bersama kelaurganya di Port Dickson!

Aku jugak bangun tengahari kerana penat. Bangun je terus menjemput Ms Vie untuk ke Rawang. Balik dari Rawang hantar Ms Vie berjumpa dengan POK CIK nya dan kemudian aku ke BBQ party di rumah Mr Firfy yang baru di rompak.
Aku tak tahu tujuaan BBQ party tu yang sebenar kerana ia seolah-olah meraikan rumahnya dirompak orang!!!!!! hmm.....balik dari BBQ party jam 0130. Sampai rumah JEM lagik.

Esoknya bangun jam 0900 dan bersiap untuk ke resepsi Mr Udin di Puchong. Dan aku tiba di rumah jam 1700 dan terus tido. Peniduran aku di kejutkan oleh panggilan telefon dari Sis In Law aku yang beritahu abang aku akan datang jemput aku jam 2000 untuk kami bersama sama makan malam di restaoran STEAMBOAT KAK EITA - macam giler aktiviti tak berhenti!!!!!
Aktiviti hari ahad di akhiri pada jam 2300 di mana aku SAKIT KEPALA dan tido awal.

Maka berakhirlah kisah HUJUNG MINGGU aku. Sekian!!!!!! ChiaaaaaoW!

Wednesday, June 3, 2009

:: Bagaimana? ::

I'm sooooooooooooooooo in LOVE right now...
Ms Vie oso in LOVE
Mr Lee oso in LOVE
sure for Mr Ann he's in LOVE
muh close fwen Miss Tazz oso in LOVE with Mr Beng
Muh close collage fwen oso in LOVE with someguy from Eygpt and they gonna get MARRIED this year...


*smile**smile**smile**smile**smile**smile**smile*




Tuesday, June 2, 2009

:: Kau Telah Pergi ::

Ini adalah sebuah catatan untuk lelaki-lelaki yang pernah aku cintai..........
Saje je..
tak de kije...




kautelahpergi

Monday, June 1, 2009

:: Mantok & Penat ::

Mantok...mantok mantok...mantok ek bukan MANTOL!!! atau PENTUL......ekekekekkekekk
Penat pon ada..tapi berbaloi..
KL>JB>KL

satu perjalanan yang seronok dan banyak DRAMA berlaku yang penting aku bangga dengan diri sendiri.
Mata dah berat....macam nak tido. Tapi tengah fikir pasal murtabak & mee rebus tulang yg zass tuh!!
Bandung Soda lagik...huhuhuhuhuhuhu

Jb...Jb...miss you already!!!
Tapi lagik miss muh H!!!!!

huaargggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg~~~~~~

Top Post