Friday, May 21, 2021

:: Bani ISRAEL (Dari mana mereka ini?) ::


Kalau lah korang tertanya MANA datangnya BANI ISRAEL ni? Aiolls share untuk pengetahuan kita bersama. Aiolls ada edit sikit cara penyampaian takut ada yg tak faham bila baca.


PENULISAN INI AGAK PANJANG. BACA DENGAN MINTA YG TERBUKA DAN HATI YANG TENANG.

1. Kisah bermula dengan kelahiran Nabi Ibrahim. Baginda AS mempunyai anak bernama Nabi Ishak. Bermula dari Nabi Ishak, lahir kaum Bani Israel. Nabi Ishak ada anak bernama Nabi Yaakob. Nabi Yaakob pula mempunyai 12 orang anak berdasarkan al-Quran.(Surah Yusuf: 4)

2. 12 orang anak Nabi Yaakob melahirkan 12 suku dari Bani Israel kemudiannya. Antara anaknya adalah Nabi Yusuf AS. Kisah Nabi Yusuf di dalam al-Quran bermula dengan aduan mimpi Baginda AS kepada ayahnya tentang 11 bintang, bulan dan matahari yang tunduk kepadanya.

3. 11 bintang (adik beradik Nabi Yusuf), matahari dan bulan (ibu ayahnya). Adik beradik Nabi Yusuf dengki kepadanya lalu mencampakkannya ke dalam perigi. Dari situ, Nabi Yusuf dikutip oleh pedagang dan dijual ke Mesir. Bermula kisah Bani Israel di negeri Mesir.

4. Nabi Yusuf mendapat posisi penting dalam kerajaan Mesir yang dipimpin oleh puak Hyksos. Baginda AS menjada perbendaharaan negara Mesir. Akhir cerita, seluruh ahli keluarga Baginda AS tinggal bersamanya di negeri Mesir. Adik beradiknya bertaubat.

5. Nabi Yusuf wafat. Masa berlalu ratusan tahun. Puak Hyksos dikalahkan olh Ramses I (Firaun). Bermula era pemerintahan kaum Qibti dgn nama Firaun. Ketika ini, Bani Israel tinggalan Nabi Yusuf diseksa & dibunuh akibat mimpi Firaun bhw kerajaannya akn musnah dr tgn Bani Israel.

6. Lahirlah Nabi Musa. Duduk menetap di istana Firaun. Nabi Musa pernah menumbuk seorang Qibti kerana mempertahankan kaumnya. Nabi Musa diperintahkan berdakwah kepada Firaun. Ditemani oleh adik beradik kandungnya iaitu Nabi Harun.

7. Akhirnya Nabi Musa dan Nabi Harun memimpin Bani Israel keluar dari Mesir sambil dikejar oleh tentera Firaun. Firaun mati tenggelam. Bani Israel terselamat. Mereka menuju ke Palestin dan diarahkan oleh Allah berperang melawan kaum Jabbarin yg membuat kerosakan dalam Palestin.

8. Bani Israel ingkar arahan tersebut, dihinakan oleh Allah. Mereka tidak mempunyai negara seperti sebelumnya. Kemudian, masa berlalu dan lahirlah pula Nabi Daud AS. Kisah Nabi Daud adalah berperang melawan tentera Jalut di Palestin melalui kepimpinan Talut.

9. Nabi Daud berjaya mengalahkan Jalut. Bani Israel masuk ke Palestin dan Talut menyerahkan jawatan penguasa kepada Nabi Daud kerana Baginda dilantik menjadi Nabi. Ketika itu Jerusalem menjadi ibu kota Palestin. Saat ini Bani Israel menjadi mulia.

10. Kemudian, Nabi Daud wafat. Lahirlah pula Nabi Sulaiman AS memimpin Bani Israel. Kerajaan Baginda AS lebih hebat dan besar. Baginda membina masjid untuk Bani Israel. Bani Israel mulia pada zaman ini kerana patuh pada Nabi Sulaiman AS.

11. Setelah Nabi Sulaiman wafat, kerajaannya berpecah dan ditawan oleh Nebuchadnezzar dari Babylon. Saat ini Allah tidak utuskan Nabi untuk mereka. Mereka dihina oleh Babylon dan mereka berpecah dan tersebar ke Afrika, Eropah dan Tanah Arab.

12. Ada yg masih di Palestin. Nabi Isa AS dilahirkan di Bethlehem memimpin mereka. Sebahagiannya ingkar & melakukan percubaan m'bunuh Nabi Isa. Nabi Isa diangkat oleh Allah. Bani Israel hilang pedoman lagi & mereka menanti pula Nabi akhir zmn yg disebutkan dlm taurat & injil

13. Mereka melihat tanda Nabi akhir zaman lalu berhijrah ke Yathrib kerana mengkaji tanda-tanda tersebut. Tunggu punya tunggu, Nabi Muhammad lahir dari bangsa Arab. Bani Israel jadi ingkar lalu bermusuh dengan Nabi Muhammad.

14. Zaman Nabi Muhammad, kaum Yahudi dihalau keluar dari Madinah dan Khaibar selepas perang Ahzab dan perang Khaibar. Lalu sekali lagi mereka berserakan di atas dunia seperti ke Eropah dan Afrika. Mereka dihina kerana tidak mengikut Islam.

15. Zaman Saidina Umar, Palestin dibuka oleh umat Islam. Palestin menjadi milik Islam setelah berperang melawan Rom. Waktu ini tiada berita mengenai orang Yahudi. Sejarah dipenuhi dengan pertembungan antara Islam dan Kristian sahaja.

16. Kemudian, Kristian tawan semula Palestin. Lalu lahirlah tokoh Islam, Salahuddin al-Ayyubi dari bangsa Kurdi mengalahkan Kristian di Palestin dlm banyak siri peperangan salib. Umat Islam kembali membuka tanah Palestin & memilikinya dari Kristian. Bkn Bani Israel yg berperang.

17. Sehinggalah zaman moden, Palestin diperintah oleh Islam sehingga zaman Uthmaniyyah. Palestin di bawah kekuasaan Syam pada waktu itu. Uthmaniyyah jatuh dan kalah perang dunia pertama. British dan Perancis buat perjanjian Sykes-Picot bahagikan tanah Islam.

18. Palestin diserahkan kpd British. Tahun 1917, British lakukan deklarasi Balfour dgn mnyatakn Palestin diserahkn kpd Yahudi. Bermulalah era org Yahudi b'tpk di Palestin. Sblmnya pd awal tahun 1900, Theodore (Yahudi Zionis) mohon Khalifah jual tnh Palestin utk langsaikn hutang.

19. Masa berlalu, berlaku peristiwa Nakbah 1948. Imigrasi besar-besaran kaum Yahudi masuk ke Palestin melalui bantuan UK. Mereka mengumpulkan semula orang Yahudi yang bertebaran di Afrika dan Eropah untuk masuk ke Palestin. Populasi mereka meningkat.

20. Sehingga hari ini, pelbagai siri serangan dan perang seperti Yom Kippur telah berlaku kerana untuk menempatkan kaum Yahudi di Palestin. Hakikat sebenar mereka bukanlah kembali kepada tanah yang dijanjikan. Sebaliknya mereka kembali ke dalam kubur yang digali sendiri.

**Sedikit tambahan kot ada yg confius. Dari Nabi Ibrahim lahirnya bangsa Arab & bangsa Israel.

Hasil pernikahan Baginda & Siti Hajar, lahirlah Nabi Ismail, iaitu Bangsa Arab sehingga kpd Nabi kita Muhammad.

Hasil pernikahan Baginda & Siti Sarah, lahirlah Nabi Ishak, Bani Israel.

-- Kredit Saudara Abdul Razak Ramli & Saudara Syahrul Azlan --





watermark

Top Post