Wednesday, October 17, 2018

:: Hello Kitty Dry Suit ::



Buat penyelam-penyelam yg minat HELLO KITTY!!

Introducing Hello Kitty Dry Suit for diving.






Price: US$ 6,445
Hanya ada 50 suit dalam dunia yang fana ni ye.


sumber gambar : Google

watermark

Thursday, October 11, 2018

:: Resepi Kari Ikan Tenggiri dengan Belimbing Buluh ::

Assalamualaikum & Hi,

Siapa yang tuduh ai tak masak hari tu? Meh sini meh....nak piat-piat telinga dia.
Ai ni kalau ikutkan banyak je resepi nak share. Akan tetapi disebabkan malas amik gambar, phone anak main, malas nak tulis, kadang-kadang tak sempat  nak amik gambar makanan dah goodbye sebab tu la ai tak share.

So dikesempatan ini meh ai share resepi kari ikan tenggiri (ikut suka korang nak ikan ke daging ke ayam ke) bersama belimbing buluh.



BAHAN-BAHAN:
Isi ikan tenggiri berapa kerat suka hati, pastikan bersih dan toskan
10 batang bendi muda, cuci dan toskan
10-20 biji belimbing buluh.
2 biji tomato, belah-belah tomato tu
1 cawan santan
1/2 cawan air asam jawa
3 1/2 sudu besar rempah kari ikan - allagapas is my fav
1 sudu cili kisar
4 biji bawang merah = kisar halus
3 ulas bawang putih = kisar halus
1 kiub ikan bilis "maggi" (optional)
1 inci halia, kisar halus
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa





BAHAN TUMIS :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu teh halba campur

CARANYA :


1) Bancuh rempah kari dengan 1/2 cawan air kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan.
2) Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bawang merah dan bawang putih kisar, tumis hingga harum, masukkan jugak halba campur n daun kari.
3) Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing.
4) Masukkan rempah kari, tumis hingga pecah minyak, gunakan api kecil dan kacau selalu.
5) Tuang air, kacau dan biar mendidih.
6) Masukkan ikan, kiub ikan bilis dan bendi, kacau perlahan dan bila mendidih,
7) Masukkan air asam jawa dan juga santan.
8) Masukkan garam secukup rasa.
9) Masak hingga bendi lembut.
10) Akhir sekali masukkan tomato & belimbing buluh, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
SIAP!
Seday weiiiiiiii....




watermark

Wednesday, October 10, 2018

:: Resepi Pajeri Mangga Sedap ::

Assalamualaikum & Hi,
Kali ni ai terasa macam nak kongsi resepi pulak.
Banyak sebenarnya resepi nak kongsi tapi...macam biasala jari jemari tak berapa nak rajin.

Bahan Utama :
Di mulakan dengan Bismillah dan beberapa biji mangga muda or akan-akan nak masak
kulit kayu manis (dalam 3 inchi)
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 sb rempah kari (kari ikan or daging can do)
1 sb cili kisar*
2 sb kerisik
1 sb asam jawa 
Gula
air 
garam secukup rasa

Bahan ditumbuk kasar :
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia
belacan
2 sb udang kering



1) Mangga muda tadi korang kupas kulit, ai preper mangga epal sebab ai suka mangga epal. Kupas kulit je tak yah potong or racik sebab takut nanti bila masak hancur.
2) Masukkan mangga tadi dalam periuk berisi air. Didihkan air dengan mangga. Tujuannya untuk buang masam mangga tu.
3) INGAT! Api jangan kuat.
4) Tambah air dalam periuk rebusan mangga kali ni dengan 1/4 cawan gula pasir. Rebus sampai gula larut. TOSkan mangga


**** Kalau guna mangga nak masak, rebus sekejap aje.

5)  Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sampai naik bau.
6)  Masukkan bahan tumbuk dan tumis lagi hingga naik bau.   Lepas tu masukkan rempah kari dan cili kisar.  Gaulkan dan tumis sekejap.  Kalau tak nak pedas, tak payah masuk cili kisar itu.
7)  Masukkan air bersama air asam jawa dan bila sudah mendidih, masukkan mangga tadi bersama 1 sudu gula, kerisik dan garam.
8)  Masak sampai mendidih dan bila kuah sudah nampak pekat sedikit, tutup api.
9)  makan dengan nasik panas & ikan masin = kombinasi power!


Pajeri mangga ni rasanya memang masam-masam manis. Tapi depends jugak kat keadaan mangga korang tu.
So...selamat memasak!





watermark

Tuesday, October 9, 2018

:: Mu Koh Lanta National Park (Apa yang menarik di Koh Lanta) ::



Assalamualaikum & Hai Korang!
Cantik tak gambar kat bawah nih?

Inilah Mu Koh Lanta National Park, Thailand.




Mu Koh Lanta National Park antara tarikan atau spot yang must visit bila korang berada di Koh Lanta. Terletak jauh nun dihujung pulau ini tempatnya memang breath taking dan tenang.



Kalau korang duduk berhampiran Saladan Pier/Khlongdao ia mengambil masa lebih kurang 40  minit jugak kalau nak sampai. Faktor jalan kecik dan berbukit-bukau yang sebabkan kurang lebih 40 minit tu untuk sampai. Tapi.....melihat keadaan sekeliling tak berasa pun.

Kalau korang stay di Khlong Dao atau Khlong Khong atau Long Beach, korang leh singgah-singgah pantai-pantai yang cantik sepanjang jalan.




Pantai yang menarik untuk korang singgah. Tak kisah la nak amik-amik gambar, explore, bersidai, buat aktiviti laut dan sebagainya. Ai senaraikan :

Secret Beach :
Atas sikit dari Long Beach/Phra Ae Beach. Pantai ni terletak ke dalam sikit dari jalan besar. Korang pasti akan perasan satu simpang kecil di kanan jalan kalau korang memandu secara SUNDAY DRIVE. Jalan masuk dia agak berbatu dan tanah merah. Tapi pantainya yang dipenuhi pokok kelapa serta lembu belaan (tapi lembu tak p pantai la) memang cantik.



// jalan nak masuk Secret Beach //




Diamond Cliff :
Selain dari view point yang terletak di antara Khlong Nin & Khlong Hin. Kalau duduk area Khlong Nin tempat ni dekat tak sampai 5 minit. Pantai dia lawa jugak tapi kalau nak mandi pandai-pandai pilih tempat sebab batu besar-besar & kalau air pasang ombak agak tinggi.





Nui Beach :
Antara pantai tersorok jugak tapi sebenarnya betul-betul sebelah Diamond Cliff je. Pantai ni masih berada di sebelah kanan jalan kalau  korang dari arah SALADAN. Pantai ni sesuai kalau nak melepak sebabnya time ai pergi bersidai-sidai para mat saleh dan minah saleh atas batu kat sini.







Pantai Rumpai Laut (Pantai ni ai belasah je nama dia sebab ai tak pasti apa nama pantai ni) :
Masih disebelah kanan jalan menuju ke Mu Koh Lanta. Betul-betul tepi jalan tau pantai nih. Bila air surut, pantai berbatu ni akan dipenuhi oleh rumpai laut yang buat dia nampak unik dimataku ini.




Ban Kantiang :
Haaaa..ni satu lagi pantai tersembunyi. Landmark yang korang perlu alert adalah elephant treking kat sebelah kiri nanti jalan depan sikit pantai ni belah kanan.





Nui Bay Beach :
Sila parking kenderaan korang ditempat selamat kat tepi jalan. Dan turunilah bukit itu dengan kaki secara berhati-hati. Pantai tersembunyi biasanya lawa. Macam ai kata kat entry ai sebelum ni, kat Lanta ni banyak tempat untouchable lagi. Terpulang pada korang nak explore.



Khlong Chak Beach :
Kalau korang suka aktiviti kayak sini sesuai untuk buat perkara berkenaan selain dari pantai ni sesuai untuk bersidai.

Bamboo Beach:
Pantai terakhir yang korang boleh ada quite easy access adalah Bamboo Beach terletak kat bawah bukit jugak sila berhati-hati waktu turun.

Banyak lagi persisir pantai yang lawa lepas bamboo beach ni tapi korang sanggup ke redah hutan terjun gaung? Hehehehehe

Lepas dari Bamboo beach ni sampailah korang ke Mu Koh Lanta National Park.

Tempat yang daya tarikan nya adalah Rumah Api di atas bukit. Pantai bersih dan cantik selain dari banyak pokok palma. Serta monyet!
PLEASE DON'T FEED THE MONKEYS!






Sepanjang korang berada dekat pantai Mu Koh Lanta ni, sila jaga kebersihan ya.
Lepas tu korang nak lepak sepanjang hari sambil mandi manda pun tak pe asalkan jaga keselamatan.....jom layan gambar.



// Jalan menuju ke Mu Koh Lanta //


// bayar sebelum masuk //


// kaunter tiket //



// gambar mungkin tak berapa cantik tapi kalau korang tengok barisan pokok palma ni....kat tengah-tengah laman Mu Koh Lanta ni...memang cun habis //


// Aksi ini boleh di tiru tapi jangan melampaui batas //


// Lepak tanpa mandi pun dah puas hati, tapi...jaga barang peribadi korang monyet kat tepi pantai ni agak xtreme //




// geram nak mandi, tapi baju salin tak bawak..kita bukan style mat saleh pakai bikini serelum baju lain lak lepas tu...hahaha //



Untuk cerita penuh pasal trip ke Koh Lanta dengan hanya menaiki kereta dari Kuala Lumpur,
watermark

Friday, October 5, 2018

:: Review - KFC Zinger Waffle Burger ::

Assalamualaikum & Hi,
Setelah beberapa hari dok tengok iklan kat tv je. Alhamdulillah hari ni sampai jugak ke KFC.

Nak tau ai order apa?
Of course...
KFC Zinger Waffle Burger!



Dalam kebanyakkan orang review cakap :
INDAH KHABAR DARI RUPA.

ai pulak ada pendapat lain.
KENAPA?
sebab menu ni Sedap dan SANGAT menyenyangkan!


Ada orang kata kecik la apa la.
Tapi ai rasa ia bergantung jugak pada kitchen outlet mana.

Rasanya?
Kena kat tekak ai sedap tak pedas sangat.
Waffle dia tebal, tak basah sangat dan sedap!
Maple syrup?
Macam nak tak nak letak tapi berasa jugak cuma tak "kuat" sangat. Ai suka kalau maple syrup tu lebih sikit lagi.
Chicken strip..ada cuma kecut sebab kering sangat.
Daging zinger...rasa macam ordinary zinger.


Overall, walaupun ada pihak yang tak puas hati, tapi ai ada pendapat lain
SEDAP!
Ai bagi 4/5 sebab chicken strip kecut and i want extra maple syrup.
Nak try makan kat KFC MAHSA nnt sebab kat sana kitchen depa the best dlm KL/SELANGOR.

S


watermark

Wednesday, October 3, 2018

:: Khlong Nin Beach ::


Kalau mata tajam cuba cari perkara yang tersembunyi dalam gambar nih.
Have fun!






watermark

Monday, October 1, 2018

:: Cara Ke Koh Lanta Menaiki Kereta ::



Dah berminggu balik dari trip baru ada masa nak menulis. Ni pun baru balik dari Penang trip. Hahahaha. Ok, jom ikut ai.

Koh Lanta bukan satu destinasi popular dikalangan rakyat Malaysia berbanding Krabi. Nyatanya bila kawan-kawan tanya ai ke amna cuti panjang hari tu ai cakap ai ke Lanta.

Lanta ni terletak antara Trang dengan Krabi sendiri tapi dalam daerah Krabi. Nak ke sana tak susah pun dan pulaunya lebih tenang. Jom ai cerita!

Koh Lanta ni terbahagi kepada dua iaitu Lantai Noi dan Lanta Yai.

Selepas di fikir-fikir mana nak pergi akhirnya ai buat keputusan untuk memandu ke Koh Lanta  bersama Incik Pinky dan 2 anak kami.




Kali ini kami masih menggunakan border kegemaran kami iaitu border Dannok.
Dan untuk makluman semua terutama kepada mereka yang belum ada pengalaman masuk ke Thailan menggunakan jalan darat. Korang mestilah buat/beli insurance + white card sebelum masuk border. Macam kami singgah di Changloon. Tempat yang selalu kami buat white card serta insurance adalah di Naluri Aman. Sebab apa kami pilih Naluri Aman?

Sebab parking luas, tandas bersih leh mandi segala lepas tu ada tempat tukar duit dan makan sikit-sikit. Yang penting segalam urusan white card & insurance awek kat kaunter yang akan uruskan from A to Z tak yah korang nak tulis tangan bagai sebab dia yang akan uruskan dan masukkan semua maklumat dalam borang.

Apa yang perlu ada?
1) Passport
2) Geran kenderaan yang original (lebih baik) atau geran photocopy yang SUPER jelas!

Dekat kaunter tu jugak ada jual sim card Thai. Bagi dia duit ngan phone dia setup-kan.

Selesai urusan kat kaunter insurance Thai. Sila lah ke arah Border Dannok. Kami suka pergi pagi subuh sebelum kaunter bukak.

PERINGATAN!!!!
Kalau korang pergi time PUBLIC HOLIDAY MALAYSIA - harap bertabah sebab border confirm sesak!
Masa trip kali ni kami sampai dalam jam 0530 dan disebabkan kereta banyak selesai urusan dalam jam 0720 macam tu.

PERINGATAN 2 :
Masuk negara orang sila bersopan santun beradan dan ikut peraturan.
Sampai dikaunter sila maniskan muka walaupun muka pegawai depa tak manis mana...cakap la Sawadeekap/Sawadeekha.
Bagi yang bawak kereta tak yah susah-susah nak turun dari kereta. Beratur je ikut lorong kenderaan yang disediakan. Sampai turn kereta korang baru turun p serah muka kat kaunter. Serah passport,white card segala. INGAT! kalau anak tidur kejut la sekejap sebab derang nak jugak amik gambar muka orang yang masuk tak kira apa. DUIT? Tak yah nak selit-selit depa skang selamba mintak, kalau mintak bagi kalau tak mintak buat dunno!

PERINGATAN 3 :
Selesai urusan cop passport. Keluar dari kaunter booth sila park kereta kat tepi dalam petak parking.
Owner kereta sila bergegas ke kaunter seterusnya untuk urusan CUSTOM FORM KENDERAAN. Bagi kat pegawai bertugas geran. Derang akan print kan korang form in & out. Simpan.

Selesai perkara-perkara di atas!

WELCOME TO THAILAND!

So korang leh la teruskan perjalanan korang ke mana-mana pelusuk Thai yang korang suka tapi semestinya jangan nak lain sangat dari dalam borang daftar ye.

Berbalik kepada cerita ai.
Macam biasa ai punya peel kalau masuk border mesti singgah 7e, tak cari sim card cari benda hello kitty (HAHAHAHAHAHA).




//berenti makan sat sebelum non-stop drive to Lanta//



Rasa excited nak sampai Lanta padahal Dannok pun belum lepas lagi. Si Bidadari pulak kali ni mabuk datang mana tak tau asyik la nak muntah. Berenti-berenti banyak kali jugaklah.
Nak pergi Lanta ni tak susah dari Dannok border korang terus je menuju ke arah Trang. Ada waze guna waze tak pun siapa biasa pergi Krabi ikut je jalan menuju ke Krabi terus.
Sila teruskan pemanduan ke arah Trang/Phattalung. Sampai di Phattalung amik simpang Trang.






Kemudian keluar ke arah Krabi, korang akan lalu Andaman Gateway  nanti korang leh nampak ada banyak gajah kat situ (sebelah kiri jalan ye).Terus je lagi. Sampai korang nampak Koh Lanta punya signboard ikut je kiri.










//nak tak nak kena isi minyak jugak sebelum masuk pulau. Harga minya sila refer board tu ye. Sila isi 95//

PERINGATAN 4 :
Sila beli tiket CAR FERRY korang sebelum naik ferry ye.
TIket bot ni korang boleh beli kat satu kaunter yang terletak beberapa ratus meter sebelum sampai jeti. Tak yah turun kereta pun drive thru je. Petandanya korang akan nampak seperti gambar di bawah.



// Jalan kampung sila behave! //


//rupa kaunter nak beli car ferry ticket . Kat sini la korang kena beli tiket car ferry ye..kalau terlepas sila patah balik. Kat sini je yg jual tiket.//


//sila berhati-hati dan bersopan //






// mat saleh ni dari mana tak tau la naik moto sewa //


Harga tiket dalam 240bath (all-in) pergi-balikSatu kereta termasuk orang dalam kereta.  Simpan tiket!

Jangan salah letak or terbuang ye. Sila beratur dengan sopan berada dalam kenderaan ketika menaiki feri. Ikut je arahan.






Zaman dulu sebelum Sri Lanta bridge wujud kena naik feri 2 kali sebelum sampai ke Koh Lanta, sekarang ni korang naik sekali je feri sampai Lanta Noi dari Hua Hin kemudian boleh memandu naik bridge je untuk sampai ke Lanta Yai (Saladan Pier).

Perjalanan atas feri dari Hua Hin nak ke Lanta Noi tak lama mana pun dalam 10 minit macam tu.




Lepas berlabuh korang terus je keluar dan teruskan pemanduan, please be alert dengan signboard sebab jalan nak p Lanta Yai kena masuk lorong kiri. Jangan terlajak nanti kena U-Turn!
Dari jeti Lanta Noi nak ke Sri Lanta bridge dalam 10 minit jugak. Sampai Sri Lanta Bridge korang terus je..so sampailah ke Lanta Yai, inilah tempat yang ramai pelancong luar terutama Germany kalau high season.










    Jalan menuju ke Sri Lanta bridge....jalan laju-laju.






Sampai ke Lanta Yai, bawah jambatan ada light house.





// Amik KIRI ke kawasan pantai peranginan //


Koh Lanta ni terbahagi kepada beberapa kawasan yang boleh korang duduk. Terpulang pada citarasa masing-masing.
Bermula dari Khlongdao, Phra Ae Beach, Khlong Khong,Khlong Nin,Khlong Hin (ni yang recomended).

Makanan HALAL bukan satu masalah sebab penduduk kebanyakkan MUSLIM (termasuk pengusaha hotel dan travel). Mostly datang dari wilayah YALA.

Khlongdao : 

Tempat paling happening dalam Koh Lanta, restoran & 7e bersepah. Memang ramai orang. Pantainya agak berlumpur kalau air surut, sesuai kalau bawak anak kecik dan keluarga. Hotel korang boleh dapat dari harga RM60-400. Kat sini kalau nak shopping memang best la tapi.....kalau korang pergi time low season weekend market pun tak bukak ye.




Masa kitaorang pergi banyak jalan tengah baik pulih. Mungkin masa korang p nanti jalan elok dah.

Phra Ae Beach atau Long beach : 

Pantai yang bersih. Ramai jugak mat saleh suka duduk sini biasala asal long beach je macam WOW! Pada pengamatan ai pantai dia ok la leh lepak santai baring-baring. Tapi, kalau nampak bendera merah terpacak awas ye! Pantainya jugak agak berbatu kalau nak berenang-renang sila ke arah utara sikit dekat pantai ni. Makanan HALAL jugak senang dapat tapi terhad. Harga hotel kawasan ni agak mahal.



Khlong Khong :
Pantai kebanyakkan memang berbatu tak berapa sesuai untuk aktiviti berenang-renang. Tapi tempat agak tenang sebab dia dah jauh dari pekan utama.SIni  banyak hotel or rumah yang boleh korang sewa dengan harga yang murah.Restoran halal ada, tapi terhad jugak lah.




Khlong Nin :
Terletak ditengah-tengah Koh Lanta. Pantai yang cantik memang sesuai untuk bersantai-santai dekat pantai. Sebab jauh dari orang tapi kena pandai pilih hotel or resort bukan sebab mahal tapi sebab ada pantai yang berbatu.Harga hotel kat sini dalam RM80 ke atas tapi semua oklah! Makan? Haaa..makan korang memang kena sewa motor dan keluar dari kawasan ni sebab kedai makan sangat-sangat terhad. The best beach for SUNSET viewing!







Khlong Hin :
Kawasan ni kena naik bukit sikit tapi pantai memang cantik tapi kebanyakkan agak tersorok so korang kena explore lah. Hotel tak banyak langsung sebab kawasan bukit.Makan...korang kena keluar jugak dari kawasan, alah motor sewa senang sangat dapat.



Peringatan 5 :
Kalau nak datang Koh Lanta ni better datang time HIGH SEASON sebab time ni depa anggap musim tak de hujan walaupun LOW SEASON kadang-kadang berminggu jugak tak hujan.
Kenapa? Sebab time LOW SEASON ada tempat/hotel tak beroperasi. SO, korang kena call hotel yang korang nak stay tu dulu.

Kitaorang check in lewat jugak hari tu. Ai pilih nak duduk Khlong Nin sebab ai jenis tak suka sangat hectic place kalau p pulau nih. Dan tempat ni kat tengah-tengah so senang nak p utara & selatan. Owner hotel yang kitaorang duduk adalah pasangan askar pencen, pasangan muslim dan sangat lembah lembut. Siap iring p bilik tanya okay ke tidak segala. Lepas check in rehat dan buat apa yang patut kitaorang jalan kaki seberang jalan je sewa moto. Dapatlah RM20 sehari. Lepas tu terus p cari makan! Lapar weeeyyy!




Bilik kitaorang yg no 3 tu





Habis makan dah Maghrib. So masa nak balik hotel tu singgah Masjid lepas tu siap beli pancake dari akak manis kat bawah nih. Tak sangka lepas siap je order hujan turun punya lebat! Udahnya lepak bawah payung akak ni sampai hujan berenti. Amik gambir pancake pun tak sempat so amik gambo akak nih je la.






Tempat yang menarik nak pergi kat dalam Koh Lanta ni tak de la banyak sangat tapi...kalau korang jenis suka explore pantai-pantai kat sini memang best untuk bergambar dan melepak.

Lagi satu tempat wajib korang pergi adalah Mu Koh Lanta National Park. Pantai kat sini superb! Serious rasa macam nak melepak sampai sunset! Ai stay kat Khlong Nin perjalanan naik motor dari hotel ke sini dalam 20 minit. Tapi tak berasa pun sebab dok asyik tengok view yang cantik.
Nak masuk National Park ni ada tiket ye. Sila bayar sebelum masuk. Korang yang sukakan ketenangan dan suka hiking pasti suka tempat nih!













PERINGATAN 6 :
DON'T FEED THE MONKEYS!

Selain National Park, Koh Lanta ada air terjun tapi jauh dalam hutan jalan tanah merah. Dan jugak korang boleh p OLD TOWN Koh Lanta (tapi tempat ni sunyi sikit dan sesuai untuk kaki pancing).


Balik dari hampir setengah hari kat Mu Koh Lanta, memang dah dahaga & lapar sangat-sangat sebab cuaca Ya Rabbi panas menyengat kitaorang singgah kat kedai makan kat tepi lereng bukit menuju jalan balik area NUI Beach tak silap. Kat situ memang banyak kedai suka hati korang nak makan kat kedai mana pemandangan sama je. Harga agak pricey tapi disebabkan pemandangan awesome makan je la.









Korang jugak kalau nak pergi tengok sunset boleh p Diamond Cliff (sini kira view point derang la)







Menghabiskan masa kat pantai adalah my fav selain island hopping dan kejar sunset.


ai suka pantai...biarpun rentung




sambut birthday kecil-kecilan. Trimas jiran bilik sebelah si Wendy yang rajin masak!

Macam ai kata tadi, kitaorang duduk kat Khlong Nin, kat sini ada satu tempat yg dipanggil Mr Love Bar, bila malam ada pertunjukan orang main api...bau gasoline sampai masuk dalam bilik nak tunjuk punya close la bar tu dengan bilik. Merasa jugak la tengok.




Kalau air surut pasti nampak batu...




Sorry bilik bersepah dah nak balik baru teringat. Hahahaha


pantai sekitar hotel


 Sunset ohhh sunset




Budak paling setia dalam mana-mana roadtrip mama & papa dia..next? 
Lopburi ye Mimi...are you ready? Mimi jawap : YES! YES!




Island Hopping adalah antara aktiviti tak wajib tapi takkan korang tak nak p tengok pulau yang cantik kat sini? Antara yang ai recommend adalah Koh Rok & Koh Kradan! Kat sini banyak pulau-pulau lain jugak tapi yang ai sebut tapi antara yang MUST VISIT!




Balik dari Lanta kitaorang singgah Hat Yai. Ya rabbi tak pernah kitaorang tengok Hat Yai seHECTIC tu. Rasa macam HAIH!

Dan kat sini ai nak cerita kat korang kalau lepas ni korang nak rasa keluar dari Thai tak berapa nak jem ke sesak ke, ikutlah Ban Prakob/Durian Burung menerusi Nathawi. SELESA!







Jalan belum siap sepenuhnya, tapi tak de orang sangat pun yang buat korang rasa selesa.








Sampai immegresen.
Turun dari kereta untuk cop passport.



Lepas tu serahkan balik borang kastam kenderaan. Dan sila la menuju ke arah sempadan Malaysia!
Alhamdulillah masuk dah tanah air tercinta walaupun ai cinta Thailand juga. Hehehehe


p palang s : banyak lagi gambar sebenarnya tapi tak leh nak upload semua. Nanti kot kemudian nak share ai share okay!

Summary :


Jarak Perjalanan KL-Koh Lanta : 1600km (lebih kurang)
Minyak : RM300 (pergi balik) enjin L5 (kalau korang naik kcar lebih kurang ni jugak la harganya.
TOL : RM120 (tak salah la) - malaysia sahaja
Tiket Feri : RM25 (cincai kira)
Hotel : RM220 (AGODA) untuk 3 hari 2 malam. Bilik 2 katil queen. bilik style rumah sebuah depan pantai.
Makan :
Pancake : RM5 (untuk 2 pancake)
Makan hari 1 : RM27
Makan hari 2 : RM15 (breakfast pulut ayam+ big cup), RM50 (lunch mahal sikit sebab tempat cantik sangat!) + RM30 (makan kat area BanKhan Tiang sila cari kedai  makan depan 7e sedap!)
Makan hari 3 : RM20 (Incik Pinky bantai makan pulut ayam sebanyak mungkin)
Belanja lain-lain : RM100 (lebih kurang jugak). Ni sebab ai dan anak-anak tak boleh nampak 7e.






watermark

Top Post