Tuesday, May 26, 2015

:: Seram - Semalam di Hotel Berhantu, Cameron Highlands ::


Dah lama rasanya tak menyumbangkan cerita...hahahhaha..
ingat tak cerita yang lepas pasal pintu bilik meeting dalam opis iolls tu? Haaaa..makin kerap pulak jadik skang ni. Tapi terpaksa buat tak tau je la.

Jom iolls cerita kat uolls cerita terbaru yang baru berlaku pada 23/5/2015 baru2 nih. Ia bermula bila i telah diarahkan oleh doktor untuk berehat merehatkan minda yang letih. So, hubby iolls pun ajak la bercuti sambil ikut dia bekerja. 

Lokasi : Cameron Highlands



Hubby iolls kena masuk site kat area Ringlet 23/5/2015. Jadi i pun cakap kat hubby kita stay brinchang je la sebab tak nak balik hari. So, hubby pun hantar i dulu kat hotel yang kitaorg nak check in tu. Hotel ni i kira antara hotel yang menjadi pilihan jugakla kalau orang bercuti kat CH sebab walking distance to night market.

I masuk bilik awal sebabnya hubby habis kije kat site dalam kul 1630 macam tu. Panjang pulak rasanya intro....hehehehehe so malam pun menjelma p shopping kat night market segala sampai bilik balik lebih kurang kul 2100. Hubby i padam awal, i dalam kul 2330 baru lelap. Anak i dekat kul 0100 baru nak tidur. 

Tengah lena, tingkap i tutup ye sebab level kitaorang stay tak tinggi. Dan ini first time sebenarnya kitaorg stay kat hotel tu, selama ni kitaorang kalau tiap kali p CH mesti stay hotel yang sama. Kali ni je gatal nak check in hotel lain. Bilik ni ada kipas so tak de la panas. I tidur dekat ngan toilet kononya kalau nak terkucil tengah malam senang nak pegi.  Tetiba i rasa sejuk sangat macam ada angin luar masuk, padahal tingkap mmg tutup rapat. Tak semena-mena hati berdebar, tapi mata tak larat nak bukak. Kemudian i dengar bunyi pili air diputar dan bunyi air kat singki. I bukak mata sikit tengok hubby tido, anak tido. Ahhh...sudahhhhhhh...
elok je terdetik perkataan tu dalam hati, terus dengar bunyi toilet kena flush.


I ni jenis orang yang kalau ada benda pelik or terasa pelik kadang2 datang berani memang nak sangat tau. So, i beranikan bukak mata sikit....i nampak hubby i berdiri depan pintu bilik air. Tapi.....bila i kuis-kuis kaki dia...dia mmg tengah tido lagi. Terus i tutup mata rapat-rapat. Berzikir dalam hati tak berhenti sampai terlelap.

Tapi i tak berani nak cerita kat hubby i sebab dia jenis tak berani. Hehehhehehehe..so i diamkan aje menjadi rahsia i.

So itu ajelah ceritanya. Seram tak seram jugak la....sekian


watermark

45 comments:

  1. diri ini pun sebenarnya tak berani nak stay sorang diri kat office lama-lama...muahahaha... sebab macam ada benda jer yang mengacau...

    ReplyDelete
  2. erk?? hantu menyerupai hubby awk eh? seramnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  3. eee nape x tanye hubby terus...ape nape hotelnye...

    ReplyDelete
  4. gilaaaa tak serammm sbb nampak laki sendiri berdiri. uwaaaaaaaa

    ReplyDelete
  5. Syaaa! Nak lagi crita serammm kt Cameroon! Ko duk hotel mana ni? Apa hotel kat Cameroon yang selamat? Nnti nak jalan2 sana nak bawak anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy rase semua hotel ada penunggu nya..sbb yg stay campur2 bangsa...x tahu apa yg mereka buat halal haram/perkara khurafat ketika nginap hotel tu..klu hotel khas untuk org islam je mgkin jarang brlaku..mcm sy klu g cameron mmg x selesa tuk hotel..was2..tempat menginap yg selamat bg sy dri sebarang gangguan makhluk halus ialah di Ros Chalet Kg Tmn Sedia,chalet tu mmg khas tuk org islam..sejadah ada di sertakan dlm cabinet..sejak dri tahun 2010 sy nginap situ smpai skrg mmg rase aman damai je..nyenyak ank branak tido..biasakan ketika nk mlangkah masuk bg salam dulu,msuk kaki kanan..dh masuk bilik bukak lah bacaan yassin dlm hp tu..setiap kali balik dri jalan2 kena bg salam dulu sblum msuk bilik..takut x bg slm benda yg ngikut trus ikut masuk bilik kita sekali..nk tido bacalah dgn ank branak ayat kursi..insya Allah terhindar dri kejahatan mhkluk halus..

      Delete
  6. salam & hye hunny 8-)

    wow,menarik cite entry ni...
    bkn apa,saya jrg pergi CH ni,n slalu dgr cite seram kt genting..
    jarang plak dgr cite seram kt CH...so agak menarik citer hunny ni..

    saya susah nk dpt peluang mcm apa yg hunny alami kt dlm hotel mcm tu...
    beruntung la hunny dpt merasa...hahahhahaha

    ReplyDelete
  7. Laki awak yg dlm toilet? Atau laki awak yg tido tu? Eee serammm. @j@

    ReplyDelete
  8. Sis Roses Cttge - Saya pernah p Ros Chalet dah kenal ngan owner. Tapi selalunya singgah je...hehehe

    ReplyDelete
  9. As salam, boleh saya tahu ape nama nama hotel tu ? sbb saya bakal kesana lagi beberape hari hekhek

    ReplyDelete
  10. Wany..leh email saya dekat s0undl4cks@gmail.com ye...

    ReplyDelete
  11. Apa nm hotelnya hunny sy skrng kt CH nk cek in..plz

    ReplyDelete
  12. kenape tak tanya hubby..amacam kalau yg tidur kat sebelah tu bukan hubibi awak...muahahahaha...

    ReplyDelete
  13. Apa nama hotel nya. Supaya kalau pergi CH tak tidur kat hotel tu

    ReplyDelete
  14. Bukan Copthorne, sb dulu namanya Equatorial Hotel terletak di Kea Farm. Kalau night market tahun 2015 masa tu di Brinchang. Kalau walking distance, mungkin Rosa Pasadena, Star Regency atau Country Lodge.
    Memandangkan Rosa Pasadena takde kipas, boleh dikeluarkan.
    Star Regency lebih bentuk apartment.
    Yang tinggal ialah Hotel Country Lodge.

    Hehe!

    ReplyDelete
  15. Star regency ke? Hotel tu mmg sebelah pasar mlm je..sy pernah kena(first time kena) so bila first time jadi mmg x ecpect apa2.. time naik lif tiba2 berhenti kt tingkat 2, padahal tingkat tu hanya ade cafe hotel je..dan cafe tu pon dah tutup. So gelap je..saya siap tinjau2 lg dlm cafe tu, tiba2 bru tersedar something wrong, kelam kabut masuk lif balik. Malam tu start lps pkol 12, siling bergegar2 dok dengar orang hentak2 kaki sambil berjalan(macam mundar mandir) ,bunyi hempas2 pintu, bunyi seret sofa/kerusi, orang flush jamban, tp bila check keadaan bilik ok je takde apa2..(bilik tu kami kongsi 2 family) so mmg ramai dlm tu,ade yg nyenyak tido, ade yg terbangun xleh tido sebab bising). Seb baik takde jelmaan ke ape..Dekat subuh baru berhenti bunyi2 tu. Basically mmg xleh tido lah kami 1 malam. Nasib baik kami stay 1 malam saja.

    ReplyDelete
  16. Eii seramla... nasibla dia xkacau level ekstrem kan. Meremang dah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kalau level exkstrem mau kita pacak video cam hahaha

      Delete
  17. resenya yg dkt ngn night market tu hotel strawberry park ..dpn hotel night market/pasar mlm..

    ReplyDelete
  18. Alamak.. menakutkan je dengar.. hotel mana ni sha? TB dulu selalu gak pi cameron highland tapi tak bermalam.. kalau bermalam tu 2x macam tu jer.. itu je satu tu hotel kerajaan, satu lagi baru hotel biasa.. tapi hotel tu.. Alahai.. menyedihkan.. hahahah

    ReplyDelete
  19. mmmmmmmm laki kita boleh jadi geng. Kalau benda seram macam ni memang yang lari dulu tu laki saya la. sebab pernah kena kacau kat rumah sewa lama kami dulu, dah la saya tengah sarat, boleh dia melompat lari keluar rumah dulu, lepas tu panggil saya cepat keluar. Hati rasa nak lempang je. rasa takut tu bertukar jadi "api". hihihihihi "benda" tu pun takut bila seorang wife marah. Tapi syukur lah ada perubahan sedikit kat laki saya tu sekarang. Cuma kalau jumpa lipas, tetap dia juga la yang jerit-jerit suruh saya halau lipas.

    ReplyDelete
  20. Seram nyaaa. Kalau kita memang dah kejutkan si husband tu. Bagi sama2 takut. Tak berani nak sorang2 celik.

    ReplyDelete
  21. Pernah stay kat hotel. Bila masuk bilik sekali cakap eh kenapa bilik ni hapak je bau. Malam kan bila nak tidur rasa takut sebab apa?. Terasa ada orang tengok padehal tak nampak pun sesiapa yang tengok. Hotel kedua pula waktu tengah mandi waktu maghrib ada orang ketuk pintu bilik air. Lepas tu memang takde siapa ketuk pun....Haaa siapa yang ketuk?.

    ReplyDelete
  22. Memang ada banyak kisah seram kat sana kan - Rawlins jadi takut nak bermalam everytime my friends ajak bermalam kat sana. Sudahnya Rawlins sanggup pergi balik hari. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhe...kalau sanggup balik hari tak pe u...tapi i cadangkan pakai je jalan sungai koyan or simpang pulai. tapah bahaya skit

      Delete
  23. Omg seram lah plak setakat ni gi sana xpernah jadi macam ni lagi lah .Takut juga kalau lepas ni apa2 jadi kan. Nasib baik dorang usik je xde apa2 jadi kan.

    ReplyDelete
  24. Alahai seram plak baca entry ni malam malam .Sebenarnya mana mana hotel mesti ada oenunggu kan cuma antara nasib baik dan tak je .Kira Sha okeylah diganggu dengan bunyi bunyian dan nampak "suami" depan toilet .Kira berani juga nak tengok .Kalau saya memang taklah nak tengok. Sejenis penakut .Tapi tak lah takut yang melampau sangat kan.

    ReplyDelete
  25. Setakat ni kalau tidur hotel memang tak pernah kena kacau pape. Kalau boleh, memang tak nak lah sebab saya ni bukan jenis yang berani jugak hahahaha

    ReplyDelete
  26. Alamak. .Seramnyaaa. .Nasib baru lepas bercuti dekat sana.. Kalau kena dekat kita mau takbtidur ni.. Hehehe. .Ce cakap hotel mana. .Hehhee

    ReplyDelete
  27. Seramnya kita pun takut juga sekarang ni kalau hotel yang harga murah-murah ni boleh boleh percaya kalau tak menda pelik orang yang pelik banyak kat situ wakakakkaka...

    ReplyDelete
  28. Wahh... Ada hotel berhantu! Ok, seriusly u kena cerita kat hubby u. Haha. Seram la jugak

    ReplyDelete
  29. hihihi..kan mmg org kata kawasan berbukit atau tanah tinggi mmg byk penunggu.. wahhualam.. tapi seram gak la kan..nasib liez tak pernah alami lagi pengalaman bila stay dkt CH ni..sebab liez stay dekat apartment parents in law

    ReplyDelete
  30. Lor...baru nak menghayati kisah seram.. Last2 ehh mne seramnya .. Hihi.. Normal kalau rasa lain automatik akan terjadi bnde tu.. Tp leh tau hotel yg mne ni? Sbb nk g cameron akhir bln ni

    ReplyDelete
  31. Alaaa cite seram pulak. Nasib baik baca siang2. Kita ni dah la penakut huhu. Kalau baca malam2 ma xleh tido sat lg

    ReplyDelete
  32. seramlah pulak....tak pernah rasa pengalaman hantu kat CH...tap bukit fraser yess...siap kitaorang kena halang dengan kucing hitam masa balik dari fraser....mmg pengalaman betul

    ReplyDelete
  33. alamakk...... tak sukanya kalau ada experience mcm nih... pernah ada bad experience mcm ni masa zaman sekolah jer... huhhuuu

    ReplyDelete
  34. Huhu, scary yer.. semoga Allah lindungi ni diri dari gangguan makhluk halus especially time bercuti, rosak habis mood holiday nanti

    ReplyDelete
  35. Kalau pergi cameron pernah sekali je tido hotel. Tu pun xdapat nak tido lena.
    Sebab kena kacau. Bukan dengan hantu. Tapi dengan orang jabatan agama islam.
    Stress sngt. Masa tu baru kawen.
    Tapi kalau pergi pun takmo tido sana. Sejenis manusia tak tahan sejuk.
    Jadi tak boleh tido.
    So kalau pergi balik hari je.
    Ikut dari umah mak kat ipoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oklah umah mak u dekat ipoh mmg asal balik boleh la naik,

      Delete
  36. OMG! Takutnya... menakutkan lah!!! Sy pun jenis penakut jugak.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post