Tuesday, May 21, 2013

:: Petua/Pantang Larang Demam Campak Halus ::


Dear Mimi,
Ini adalah catatan mama buat mimi, manalah tau berguna kemudian hari nanti bila mimi pulak dah ada anak...hehhehehe

Tanggal 17/05/2013 badan Mimi macam dedar sikit, kejap panas macam demam kejap macam normal lepas tu panas balik. Mama ingat demam biasa, so mama pun bagi la makan ubat demam & lap-lap badan mimi dengan air sejuk.

Esoknya bila mama nak mandikan mimi, mama pelik sebab badan mimi merah-merah macam naik ruam. Mama terus tunjuk kat nenek...nenek cakap 'Eh....mimi kena demam campak halus ni!' sungguh konfident nenekmu wahai mimi...sangat konfident. Mama pun tanya la kat nenek. "La...mana mak tau ni demam campak halus, tah-tah ruam tak?"
Nenek dengan konfident jawap lagik..."Meh bawak dia kat cerah sikit..."
Dalam keadaan mimi yang comel tak berbaju tu, nenek inspection mimi.."Haaa...tengok nih...dah sampai ke betis dah..takkan ruam habis satu badan, ni demam campak halus nih...." sekali lagi guru pencen tu menegaskan kata-katanya. Ewahhhh!!!!

So Mama pun redha je la..Mimi kena demam campak pada usia mimi tak sampai 10 bulan.

Nenek pun mula la mengeluarkan segala jenis ilmu di dadanya serta cerita pengalaman mama,pak ngah,maklang,pak chik & pok cu bila zaman kami terkena demam campak halus nih.

Mula-mula nenek kata :

[1] "Jangan duduk kat dapur time orang tengah memasak...tak elok"
[2] "Beli air kelapa ORI..hari2 mesti beli kelapa baru or beli je banyak2 buat stok..sehari mesti sebijik kelapa fresh, untuk buat mandi, minum and campur dengan bedak sejuk"
[3] "Disebabkan masih lagi breastfeed, sila elak makanan yang boleh menyumbang kepada keGATALAN. No Ayam No Telur!"
[4] "Jangan pakaikan Mimi dengan baju yang tebal2..baju lubang sudah..nanti berpeluh bertambah gatal"
[5] "Cari daun semambu..untuk buat lapik tidur & mandi"
[6] "Jangan bagi kena hujan! Nanti bentan!"


Fuh!!!! Mencabar jugak bila mimi terkena demam campak halus nih.
Tapi Mimi demam semalam sahaja. Esoknya dah sihat wal'afiat tak de demam, tak de selsema ataupun batuk. Selebihnya AKTIF macam biasa.


So, kepada semua mak/mama/mommy/umi/bonda kat luar sana....kalau anak diserang demam campak halus jangan panik ye...meh la amalkan petua-petua serta pantang larang yang ada ni...


ni la rupa daun semambu/bambu tu






3 comments:

  1. Thks fr sharing..nw mimi dh ok kan? Baby sy berusia 2 bln pon now mcm campak jer

    ReplyDelete
  2. anak sy pon aritu campak halus camni jgk. kompiden je cakap ruam. sebab kecik kecik camtu. tapi satu badan ruamnyaaa. haha. yang paling banyak area kaki. hihi.mak cakap tu campak air.. (macam macam nama campak rupanya :p) tp alhamdulillah anak xmeragam. demam xpanas sangat. just selalu sapu bedak xnak bg dia gatal je.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah! Terima kasih atas perkongsian. saya try ubat kampung pakai bedak ruam bayi powder memang berkesan untuk anak saya yg ada ekzema (Psoriasis)

    Penawar Psoriasis, Ruam Bayi Dan Semua Jenis Penyakit Kulit

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post