BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Tuesday, December 29, 2009

:: Di Suatu Dinihari ::

Tidur aku yang lena telah dikejutkan oleh pekikan Cik Norkiah yang terlantar di bawah bantalku. Tertera di screen telefon 'Mr Kitty'.
Aku angkat telefon.
Mr Kitty : Honey dah tido?
Aku : haah..ngape?
Mr Kitty : saya accident
Aku : (terus segar bugar) ape?!!! awak kat mana? awak ok tak??
Mr Kitty : Kat exit highway keluar dari bangi....saya ok
Aku : Kitty???
Mr Kitty : halfcut depan habis...cermin pecah
Aku : awak ni biar betul??????? awak ok tak nih?? (aku dah cemas)
Mr Kitty : saya ok..awak jangan risau
Aku : Awak tunggu sana..saya datang. Kejap nak roger yang lain.
Mr Kitty : eh....tak payah la..buat susah je
Aku : dah tu skang cenggane?
Mr Kitty : ermm....awak datang je saya rindu. Hati saya yang accident. hahahahhahaha
Aku : tak senonoh!!!! buat jantung gugur je!!!!


Last last Mr Kitty datang jemput aku dan kami berSUPPER bersama. aku yang selebet mengenakan sweater 'kambenk' (bak kata kawan kawan yg lain sbb sweater tu ade tanduk)
dan jeans...

Ok guys and gurls...be ready. Ade story nih! hak hak hak
Aku tengok Mr Kitty asyik tengok aku.
"Ada benda awak nak citer ke nih?" aku tanya
"Memang ada" Mr Kitty jawap
"tapi sebelum tu biar saya citer..citer saya dulu leh???"
"Apa dia?"
"Siang tadi saya kena maki dengan si tetek"
"Dia kata apa?"
"Dia maki kat mespes..dia cakap : KO NAK SANGAT JANTAN NI AMIK LA..AKU LEPASKAN DIA..BAIK KO UBAH DIA SEBELOM DIA KENE PIJAK PIJAK"
"Cakap kat dia..berani datang la pijak!"
"Saya tak nak layan orang cenggitu la.."
"Tak de..nanti jap lagi online..awak balas Kitty cakap..bak datang la pijak...tak de hal!"

Aku diam...aku malas nak layan sebenarnya si Tetek tu.

Ada la beberapa saat kitaorang PAUSE. Lepas tu sambung balik. Ni Mr Kitty punya citer.

Mr Kitty : awak tau apa jadik semalam dengan hari nih?
Aku : dah tentu tau...janda awak tu datang KL kan??
Mr Kitty : tak tenteram hidup. 2 hari ni asyik bergaduh tak berenti
Aku : apa lagi yang korang gaduhkan????
Mr Kitty : entahlah dia tu. ade je benda yang dia nak ungkit
Aku : dia tido umah awak?
Mr Kitty : tak ..dia dok umah kakak dia kat pandan indah
Aku : baik awak citer kat saya apa sebenarnya jadik
Mr Kitty : Dia nak bunuh diri!
Aku : dia tu biar betul...tak de otak dah ke sampai nak bunuh diri?
Mr Kitty : dah la buat kecoh kat sini..terjerit jerit macam orang gila!
Aku : Haih....makin pening la housemate awak tu
Mr Kitty : hahahhaha....
Aku : amenda sebenarnya yang dah jadi ni awak??
Mr Kitty : dia pregnant...anak bf lama dia
Aku : dah agak dah.......(aku geleng kepala). jadi dia nak awak jadik pak sanggupnya????
Mr Kitty : haah....dia tak dapat terima awak ada dalam hidup saya. tu yang menjadi sebab tambahan dia nak bunuh diri
Aku : adeh dia tu....dah berapa bulan dah???
Mr Kitty : 1 bulan 3 hari
Aku : nak gugurkan jugak?????
Mr Kitty : dia yang nak gugurkan
Aku : awak nak tolong dia???
Mr Kitty : dah tu sapa lagi nak tolong dia?????? dah la dia semalam macam orang gila
Aku : hmm..
Mr Kitty : ni last la..lepas ni tak de dah la...saya dah penat
Aku : bukan ke dari dulu awak patut ignore dia???
Mr Kitty : memang saya tau..saya tau silap saya yang layan dia lagi. tapi awak faham sebab apa kan?
Aku : memang saya faham. jangan sampai nanti dia kaitkan benda ni dengan awak dah la...


Selepas itu bertalu talu SMS dan panggilan dari si Saiko. Tapi Mr Kitty tak jawap or tak balas. Sampailah satu SMS masuk.
"Saya dengan seseorang ni...jangan sampai awak menyesal kalau awak tau siapa orang tu"
Mr Kitty terus call - YES!! pancingan yang berjaya!!!

"Ape kene ko nih?? Ko ngan sapa nih?? Ko dah gila ke??? Ko ni dah tak betul. tadi aku cakap ape?? Rehat kan? apa kau buat nih?? jantan mana pulak ngan ko tu??"
Dan pergaduhan tercetus...aku dengar aje.
Butirannya tetap sama dari dulu kini dan selamanya......
Last last Mr Kitty berjaya convincekan Saiko untuk tidur dan berehat.

Mr Kitty anta aku balik dan dia online Mespes dan delete semua wanita wanita yang tak patut ada dan TAMBAH wanita wanita yang dia gatal nak berkenal.
Lantak dia la...hak dia kan????

Aku pulak meneruskan peniduran....malam ni nak g LCCT anta orang naik kapal terbang......sekian citer aku di dinihari tadi.

:: Trilogi cinta ::

Aku asyik terfikir lak apasal masa sesi berkaroke dengan saiko yg mana ada aku skalik..Mr Kitty nyanyi lagu nih .... adekah dia menyanyi untuk ditujukan pada salah sorang dari kitaorg atau menyanyi bagi pehak hati aku????

Setahun sudah ku mengunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untukku melupakanmu
Kerna Kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Andai kau pinta untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan