Monday, March 28, 2011

:: Kenangan Terindah ::

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah.....




Life is short....AGAIN.
Al-Fatihah buat arwah ZulHaqimi (baju melayu hijau) yang telah pulang keRahmatullah pada 26 Mac 2011 (Sabtu) yang lepas.
Tiada siapa sangka tiada siapa menduga. Selama ni arwah memberikan HINT yang kami semua tak nampak. 'PERGI' ..'BALIK' antara perkataan FAV arwah sebelum arwah pergi.

Pagi Sabtu lepas pagi yang ceria sangat sangat...macam biasa arwah akan menyakat semua orang..buat lawak macam biasa...gelak sehappy happynya dengan semua orang. Tapi tak siapa sangka apa yang akan berlaku.

Susah ai nak bercerita kat sini..sebab perasaan ai yang RALAT ni masih ada lagi...masih terngiang ngiang perkataan 'Akak..abang Zul dan meninggal..' - macam DRAMA SWASTA je rasanya. Allah lebeh sayangkan dia. Redha sahaja.

Tak sangka..selama ini berulang alik dengan sampan yang sama..tak ada apa pun. Hari Sabtu lepas di saksikan oleh segenap alam. Sampan yang diaorang naik karam..semua pakar renang...tapi..malang tidak berbau..ajal maut Allah dah tentukan..BILA, DI MANA kita tak tau...

Akhirnya yang menjadi korban tasik itu adalah adik sedara aku, Zul. Sementara yang lain selamat termasuk adik lelaki aku yang masih Trauma sampai hari nih...rasa macam nak nanges tengok keadaan dia..kadang2 dia bercakap sendiri..tiada perkataan lain dia ulang selain 'DAH MATI DAH ZUL'.

Zul adalah teman paling rapat dia...semua derang kongsi bersama..ke mana pun sama-sama..kalau nak bersetongkol ape ape pun sama sama..tapi....

Semoga Allah menempatkan Zul di tempat orang orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga adik aku dan yang lain cepat pulih. Amin.

**RALAT**


4 comments:

  1. Takziah dear..smoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman...
    Al Fatihah

    ReplyDelete
  2. takziah, mudah2han arwah ditempatkan bersma org2 beriman...amin..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post