Monday, December 16, 2019

:: Mencari Harta Karun di Jalan Jalan Japan ::


Hai korang!
Lama tak berceloteh dekat sini memandangkan memang bz dan jalan pintas memang fokus dekat instagram je.

Hari ni nak bercerita tentang satu tempat shopping yang tengah trending dua tiga menjak nih (kalau kat ai lama dah trending). Pernah dengar JJJ?

Apa?!!!
JJJ = Jalan Jalan Japan.




Haaaaaaaaaaaaaaaaa...ni bukan agensi pelancongan tau, tapi..tempat shopping yang buat sedikit sebanyak rasa korang shopping kat Japan. JJJ ni menjual barangan pre-loved & new dari Jepun pendek kata nak senang faham kedai bundle la (tapi ada jugak barang baru).

Inilah tempat yang mana korang boleh jumpa pelbagai "HARTA KARUN" dari yang tak berapa rare sampai la yang RARE habis!



Dekat mana lokasi Jalan Jalan Japan atau JJJ ni?
Biasanya ai akan pergi JJJ dekat M3 Mall (Taman Melati dekat dengan Rapid Taman Melati).
Selain dari tu JJJ ada di :

- One City Sky Park USJ (ni yang pertama sekali bukak. dulu memang ulang-alik sini je)
- 1 Shamelin Mall Cheras
- CenterPoint Seremban
- M3 Mall Taman Melati
- KIP Mall, Bangi.


Siapa yang bukak JJJ ni?

Jalan Jalan Japan ini dibuka kerjasama antara Bookoff Corporation Limited, Koike Malaysia Sdn. Bhd, Koike Corporation Limited dan Bok Marketing Sdn. Bhd.


Kalau ditanya pada ai, apa yang ai suka sangat dengan JJJ nih? Haaaa..sebagai seorang COLLECTOR tegar karektor animasi Hello Kitty & Anpanman, inilah lubuknya!






Selain dari tu memang minat beli surf board (ada la 3-4 kali beli)  dengan kasut dekat JJJ ni jugak Sebab kita tak tau apa yang bakal kita jumpa, bak kata Incik Pinky, ai "Pergi JJJ ni macam mencari harta karun".



Rumah ai memang dekat dengan M3 Mall ni so JJJ ni antara tempat wajib singgah jugaklah setiap bulan (at least..sebab TAK RUGI!!)

Kat JJJ ni bukan sahaja jual kain baju pre-loved (bundle/terpakai) tapi yang BARU pun ada tau!
Cakap je nak cari apa? Macam-macam ada!






  • Stuff/Soft toys
  • Pakaian, kasut berjenama (dewasa & kanak-kanak serta bayi)
  • Barang dapur macam kuali, frying pan, periuk, ice shaver (ni antara perkara yang ai collect), pancake maker
  • Pinggan mangkuk
  • Cawan, gelas
  • Pelbagai jenis bag : Bag sekolah, bag kerja, beg balik kampung
  • Kelengkapan bayi : carrier, baby cot, car seat, bed sheet, bed
  • Permainan kanak-kanak/Perabot rumah
  • Kelengkapan surfing, camping, golfing
  • Collectibles items
  • Barang elektrik pun ada tau!






Haaa.......bundle + one stop center!


Kali ni pergi JJJ dengan niat nak cari baju anak-anak. Bukan main mencabar lagi bershopping dengan budak-budak ni sebab, anak-anak ai ni kalau sampai JJJ memang dia akan browsing barang sendiri je, sebab dah tau nak pergi mana nak cari barang apa termasuklah barang kegemaran mama dia.

Fashion sense anak-anak ai pulak lebih kepada casual looked je derang tak suka sangat berdress-dress bagai. Meh ai belanja sikit budak-budak ni bergaya dengan baju derang. Ada dua, tiga yang pre-loved selebihnya...NEW!


//Nah..penuh bakul Mimi.//



// Pilihan Mimi //



// Pilihan si Bidadari //



Jom ai belanja korang gambar sikit apa yang ada dalam JJJ M3 Mall sambil-sambil melayan kerenah anak-anak ai.



// kasut NIKE //


//  Bidadari kalau pasal bergaya bagi kat dia //



// tunggu sampai korang tengok beg RM 10 tu //

// kasut Hello Kitty by Sanrio //


// ta-daaaa!!! sepanjang-panjang dalam JJJ dia pakai tak nak lepas //



// topi yang Bidadari dapat dari hasil punggahan kat rak pakaian beragam //


// nak sangat dia baju tidur ni sebab katanya "i nampak cute la mama" //


// "i nak baju burger ni mama...so cute!"//


// seterusnya keadaan jadi tak terkawal seketika //


// Mimi yang sangat behave...jeans Edwin RM5! //


// kasut VANS //


// persalinan yang ni paling Mimi suka //


// kasut  RM5 tu beli sebelum trip yg ni sebenarnya, tapi asalnya JJJ la //




// dia amik semua dari cardigan, baju belang, jeans & bag. TOTAL? tak sampai RM50 //




// sedondon dengan kasut katanya //


// antara perkara yang takkan pernah lepaskan di JJJ .. ANPANMAN! //


// WHAM! //



Akhirnya selepas beberapa jam dari 10 pagi sampai 2 petang.............
Mimi & Bidadari berjaya checkout dari JJJ bersama hasil "pukatan" yang tak sampai RM100!!!




Hasil memukat barang sendiri?
Pun tak sampai RM100! Hehehehehe
Trimas Jalan Jalan Japan kerana menggembirakan hari kami..SENTIASA!





Untuk maklumat lebih lanjut dan berita semasa serta nak tengok lebih #hargagiler, boleh la ke :

Website: https://www.jalanjalanjapan.com.my/
FB: https://www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/



watermark

Top Post