6-12 bulan sebelum hari
1. Tetapkan hari dan tarikh perkahwinan anda.
2. Pastikan tarikh yang di pilih tidak bercanggah dengan mana-mana agenda keluarga lain. (bercanggah dengan kawan kawan...sedeh betul!!)
3. Tentukan bajet serta anggaran kos perbelanjaan perkahwinan.
4. Kongsi simpanan untuk mempercepatkan serta menggandakan simpanan.
5. Sediakan ‘checklist’ perkahwinan anda supaya perancangan berjalan dengan lancar.
6. Lantik seseorang yang anda percayai untuk bersama-sama dalam proses perancangan majlis anda.
7. Tetapkan tema perkahwinan yang diinginkan mengikut minat dan kesesuaian.
8. Tentukan jumlah tetamu yang akan diundang.
9. Tempah segera tempat untuk mengadakan resepsi perkahwinan.
10. Buat pemilihan catering dan menu untuk hari langsung.
11. Sediakan daftar tamu untuk menganggarkan bilangan tempahan kad.
12. Pilihlah pengapit wanita dan lelaki yang bertanggungjawab sebagai PA anda di hari langsung.
13. Temui dan kunjungi pereka pakaian pengantin, tentukan serta pilih busana pengantin.
14. Jangan lupa menjaga adab dan pantang-larang sebelum hari penting anda. Semuanya ada hikmah dan kebaikan yang tersembunyi di sebaliknya. (Ermmmm….ERmmmmmmmmmmmm)
15. Mula menjaga pemakanan untuk menjamin tubuh yang sihat di waktu persandingan. (Ermmmm….ERmmmmmmmmmmmm)
16. Kurangkan aktiviti social. (Ermmmm….ERmmmmmmmmmmmm)
17. Mula mengurangkan belanja seharian, usah boros dan mula menabung. (Ermmmm….ERmmmmmmmmmmmm)
18. Rancang percutian bulan madu anda, lakukan tempahan tempat, tiket serta kenderaan.
4-5 bulan sebelum hari
1. Tempah waktu dan tempat pernikahanan beserta dengan juru nikah.
2. Persiapan awal membolehkan anda membuat tinjauan akan harga dan reka bentuk kad yang diinginkan.
3. Bertindak lebih awal, anda boleh mendapatkan khidmat mak andam kegemaran. (tak merasa air tangan Kak Awin sebab Kak Awin taime ni kene Outstation!)
4. Membuat pilihan tema warna busana pengantin yang akan dikenakan serta bunga tangan mengikut kesesuaian. (Bunga Tangan DIY)
5. Menempah busana pengantin lelaki sepadan dengan pengantin wanita.
6. Beli atau sewa busana untuk pengapit pengantin wanita dan lelaki. (Busana sendirk je…tak de badget)
7. Mula tetapkan dekorasi ruang majlis/pelamin mengikut tema warna yang di tetapkan.
8. Mula tetapkan dekorasi pelamin mengikut kesesuaian tema serta pakaian.
9. Memberitahu seluruh ahli keluarga akan tema pakaian di majlis resepsi anda nanti.
10. Tempah dan hubungi jurufoto serta juruvideo sebelum majlis mahupun selepas majlis.
11. Membuat tempahan awal kenderaan pengantin dan pengiring pengantin(KureSya sudahhhhhh)
12. Tempah dan buat pemilihan kek pengantin mengikut tema majlis. (Trimas to sponsors)
13. Tetapkan pengerusi majlis yang bisa menghangatkan majlis persandingan anda. (Pak sedara aku sudah asalkan dia tak pasanglagu ayam Den Lapeh)
14. Tempah PA Sistem/ Sistem Bunyi bagi memainkan lagu-lagu pilihan anda. (Pak sedara aku sudah asalkan dia tak pasanglagu ayam Den Lapeh)
15. Lantik DJ yang bisa memainkan lagu selari dengan kehendak pengantin. (Pak sedara aku sudah asalkan dia tak pasanglagu ayam Den Lapeh)
16. Tempah kumpulan pemain Kompang untuk upacara lintas masuk ke dewan/khemah berlangsungnya majlis. (Atif n The GangSta)
17. Jika berkemampuan, anda digalakkan menjemput kumpulan pemain Gamelan atau Caklempong untuk memeriahkan majlis anda. (tak de baget)
18. Mungkin juga menarik jika menjemput Penari Kebudayaan atau Penyanyi jemputan begi menyerikan lagi majlis gemilang anda. (tak yah jemput penyanyi..aku punya suara pun dah sedap..kecuali ada org nak suh Anuar Zain kesayangan hamba nyanyi kat majlis hamba....sangat indah!!)
19. Menempah cincin kahwin untuk majlis nikah. (tak mo cincin dah)
20. Mula membeli barang hantaran satu persatu.
21. Lakukan diet atau senaman untuk tampil sihat dan segak pada hari bersejarah.
22. Semak destinasi bulan madu pilihan.
23. Pastikan tempahan sudah di tetapkan.
2-3 bulan sebelum hari
1. Daftar kursus kahwin bersama pasangan dan hadiri bersama-sama pasangan anda agar segala maklumat dan ilmu dapat dimengerti bersama.
2. Mendaftar di pejabat kadi.
3. Isi borang permohonan serta sediakan segala dokumen berkahwin yang boleh didapati dari pejabat Jabatan Agama daerah anda mengikut kad pengenalan.
4. Sertakan bersama surat akuan bujang yang dimateri dengan cap syarikat tempat anda bekerja.
5. Kemudian dapatkan tandatangan jurunikah atau wakil jurunikah atau ketua kariah tempat anda.
6. Bawa bersama dua orang saksi semasa anda mendapatkan tandatangannya.
7. Lakukan medical check up seperti HIV test dan lain-lain.
8. Mohon cuti sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal.
9. Maklumkan tentang perancangan perkahwinan itu kepada ketua anda.
10. Siapkan semua kerja di pejabat yang telah dimulakan. Agar tiada pihak yang rasa terbeban sementelah anda bergembira membuat persiapan.
11. Pastikan segala urusan di tempat berbulan madu sudah selesai. (buat pasport jika perlu)
12. Hubungi pereka pakaian pengantin anda untuk fitting.
13. Persiapkan segala barang hantaran untuk dihiasi di atas dulang hantaran, lantik seseorang untuk persiapkan dulang hantaran.
6-8 minggu sebelum hari
1. Semak semula senarai tetamu.
2. Tulis dan atur pengiriman kad undangan kahwin.
3. Semak urusan dengan jabatan agama, jurunikah, saksi dan pihak yang terbabit dengan majlis akad nikah.
4. Atur serta menetapkan menu makanan dengan pihak catering perkahwinan anda.
5. Adakan sesi percubaan makanan bersama-sama caterer anda.
6. Mula menyiapkan cenderahati bingkisan buat tetamu yang hadir. (nak buli kiko suh dia tolong)
7. Lakukan make-up trial dan dandanan rambut bersama mak andam pilihan anda.
8. Mula membeli kasut dan acessories tambahan. (DIY ..sepasang je lagi belum jumpa/siap)
9. Susun dan garap muzik pilihan yang bakal didendangkan semasa majlis berlangsung. (senarai dah ada belom compile je)
10. Buat satu temu janji bersama Pengacara Majlis untuk membincangkan perjalanan majlis itu nanti. (script done...tinggal nak diskus)
11. Diskusi juga harus di adakan bersama DJ serta pihak pengurus PA Sistem, agar perjalanan majlis selari dengan permintaan pengantin. (script done...tinggal nak diskus)
12. Buat persiapan terakhir untuk semua kelengkapan.
13. Sediakan jadual perjalanan majlis bagi memudahkan orang yang terlibat.
14. Membuat jadual penerimaan beserta checklist bagi memudahkan proses penghantaran daripada segala tempahan: kek, khemah, bunga-bungaan, cenderahati, hantaran, hiasan pelamin dan lain-lain.
4-5 minggu sebelum hari
1. Kad jemputan perkahwinan mula di edarkan kepada tetamu serta VIP.
2. Ambil pesanan cincin kahwin. (belum beli untuk sang suami)
3. Mula memesan traveller cheque/mata wang asing untuk berbulan madu.
4. Orang-orang yang bertanggungjawab untuk melancarkan perjalanan majlis mula agresif dalam proses terakhir. (semua rilex sebab aku pun rilex)
5. Membuat semakan checklist untuk memastikan segala perkara berkaitan sudah ditempah dan dilakukan.
6. Bertemu dan berbincang bersama jurufoto majlis anda tentang konsep serta gambaran majlis yang anda mahukan di dalam gambar kenangan anda nanti! (pejallllllllllllllllllllllll oooooooooooo pejal)
7. Tidak ketinggalan, pastikan juruvideo juga tahu akan perjalanan majlis serta tetamu mana yang anda mahukan berada di dalam rakaman videao itu nanti.
8. Pastikan dulang hantaran telah siap mengikut warna tema yang telah ditetapkan.
2-3 minggu sebelum hari
1. Jadual acara telah ditetapkan, buat salinan dan edarkan kepada orang-orang penting majlis: keluarga pengantin, para pengiring, jurufoto dan juruvideo.
2. Kemaskini jumlah tetamu yang diundang dan hal-hal lain yang diinginkan kepada pihak hotel atau catering.
3. Tetapkan semua pesanan dan detail untuk bunga, sewa kenderaan, jurufoto, dekorasi, kek, band music dan lainnya.
4. Sediakan susun letak pelamin, kerusi meja, kanopi atau dewan serta lain-lain supaya kelihatan tersusun.
5. Mencuba busana pengantin lengkap dengan aksesorinya. Periksa ukuran, keselesaan dan sebagainya, bila ada yang harus disempurnakan.
6. Pastikan juga pakaian tema untuk pengapit pengantin lelaki dan wanita agar selari dengan konsep persandingan anda nanti. (PINK/SILVER tapi jangan vass sangat)
7. Biasakan menggunakan kasut yang akan digunakan di hari pernikahan agar terasa lebih selesa. (masih tidak boleh kerana kaki belum fully recover...kaki please cepatla baikkkkkk)
8. Siapkan barang-barang yang akan dibawa ke rumah mertua. (oh ekkkk????????)
9. Lakukan urutan badan serta spa untuk menaikkan seri pengantin.
10. Tidak ketinggalan, lakukan rawatan rambut agar kelihatan kemas, menarik serta mudah di uruskan di hari persandingan anda.
11. Rawatan muka juga perlu agar muka tidak kelihatan lesu di hari langsung.
12. Jangan lupa juga, jalani rawatan manicure dan pedicure.
1 minggu sebelum hari
13. Berehat dan yakinkan diri dan pasangan anda semuanya akan beres.
14. Pastikan semua perkara berjalan dengan lancar.
15. Lantik seorang ahli keluarga terdekat untuk meneliti kelancaran acara.
16. Kumpulkan segala hantaran.
17. Mula berkemas untuk berbulan madu, lengkapi dan beli keperluan yang penting.
18. Pastikan sekali lagi semua pesanan yang telah dilakukan, sekadar untuk mengingatkan.
19. Bila tiba sehari sebelum hari langsung, lantik seorang pengukir inai untuk melukis inai di jari jemari bakal kedua mempelai.
Hari Berlangsungnya Perkahwinan
1. Kosongkan fikiran serta nikmati masa untuk bersendiri untuk menenangkan hati dan fikiran sebelum upacara akad diadakan.
2. Bagi yang beragama Islam, eloklah sekiranya majlis Khatam Al-Quran diadakan di waktu pagi sebelum upacara pernikahan berlangsung.
3. Jangan terlalu memikirkan tentang perjalanan majlis kerana ada orang yang bertanggungjawab telah mengambil alih tugas tersebut.
4. Bertenang dan ukir senyuman manis di waktu pernikahan.
5. Semasa acara resepsi luangkan sedikit masa untuk bertegur sapa serta mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir.
6. Pastikan senyuman sentiasa terukir di wajah kerana lensa kamera sentiasa fokus
kepada kedua mempelai.