Monday, April 4, 2011

:: Sneak Peak : Baju Sambut Menantu...Kasut dan dot dot dot ::

Weekend yang baru ni adalah weekend yang sangat busy. Balik aje kije hari Jumaat lepas..terus pegi KL Sentral  ..kejar ETS nak ke Ipoh. Not a bad experience naik ETS..tapi ada sedikit tak best...di mana ETS leh blackout at anytime!!!!!!! 1st time naik..1st time merasa blackout tu! Tak pe la at least aku selamat sampai Ipoh dan di jemput oleh Incik Pinky kesayangan hamba itu…..

Esok siangnya kami ke DH Bridal Boutique kat Kamunting, Taiping, Perak…together with my MIL and Lil SIL …pilih baju bertandang..suka ke tak suka ke kene follow the leader aje…and waddayaknow…(tak tercapai impian aku nak pakai songket) – my MIL suruh pakai ala-ala English style gituh…ikut je ..jangan bantah sebab cadangan di tutup!!!!!


Lepas fitting…bayar deposit…settle la kan?

Dan terus kami bertolak balik ke KL lepas hantar my MIL & Lil SIL balik rumah..tapi on the way sempat singgah kat Cameron Highlands yang sejuk gedik gedik tu!!!! Beli bunga, sayur2 untuk my mom and apa apa yang patut.

Sampai KL pun dah malam sangat..tak sempat nak join BBF nyer gathering *sigh*

Ahad pulak..sempat pegi melawat Kak Mimie and her butik kat Pameran Pengantin PWTC.


Lepas tu pegi The Mall (tak besh) lepas tu pegi Sogo..mencari kasut..dapat la kasut putih untuk Incik Pinky dan Kasut putih Cinderella untuk bakal Cinderella celup tak siap ni nanti.



Lepas balik dari Sogo, singgah butik Teratai Kencana, jumpa ngan pembantu Kak Mimie. Pilih baju untuk Incik Pinky kononnya…wahhhhhhhhhhhhhhhh terus berkenan ngan satu baju melayu ala-ala bangsawan pahlawan yang memang SEKSI kat mata ai nih….awwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww..
terus cakap nak baju tuh!! Sebaik saje tengok incik pinky pakai walaupun baju tu menggelebeh..hik hik hik *gelak gatai*. Lastly tinggalkan baju melayu contoh kat kedai Kak Mimie untuk jadik bahan rujukan untuk kecikkan baju yang sangat HAWT itu!!!

**by the way kad jemputan kami pun dah siap. dan dah mula di agih agihkan (sila rujuk nama anda ada ke tak dalam senarai. Pastikan anda boleh hadir ke majlis ai untuk tujuan penyerahan kad nanti)


Tapi belum balik rumah lagik lepas tu..kami pegi beli pasembor ngan cendol untuk di bawak balik ke rumah. Sampai rumah Incik Pinky mandi manda…aku siapkan makan petang. Then dia makan n then dia pun balik Taiping……..

Begitulah hari hujung minggu ai..dan ai akan berjumpa kembali ngan Incik Pinky di hari pernikahan kami….maka denga itu hargailah pasangan anda ye…untung korang dapat jumpa hamper setiap hari..at least tiap tiap minggu..ai??? tak dapek la…….













Sekian!

4 comments:

  1. hilang dah mrajuk mail?
    hahaaha

    ReplyDelete
  2. udoh......tapi dlm dua hari tu berapa kalik gunung berapi keluar lahar hahahaha

    ReplyDelete
  3. wah..pakai gaun nanti utk majlis sambut menantu ye??
    hmm..kalo dari utara ke kl tiba2 ke cameron highlands tu..bkn singgah namanya..huhu..

    ReplyDelete
  4. singgah la tu kak...pegi kejap je

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post