Tuesday, May 31, 2011

:: Review : Official Photographer ~ CANDID STAR ::

Masih belum terlambat lagi nak buat macam macam review pasal kenduri kawen Kittyku....hehehhehe...dan masih ada lagik orang yang ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU dan tak kurang jugak yang masih memberi hadiah. Trimas All...

hari ni mari kita membaca REVIEW tentang my OP ape ke benda OP tu??? bukan Opie Zamie..tapi Official PhotoGrapher...

Mereka adalah...CANDID STAR..asalnya ada 3 orang tapi sorang lagik dah balik JEPUN! Maka tinggallah my adik Pejal & Aem.

Kenapa ai pilih mereka? Kerana ai selesa giler bekerja ngan derang ni. Derang sangat COOL dan tak lokek idea dan tak lokek segala galanya!!! Walaupun derang tak de la BRAND sebesar SAIFUL NANG ke Ahmad Fairuz ke..tapi hasil kerja derang antara yang terbaik pernah aku tengok. Dan charge pun berbaloi amat!!! Ai tak de duit nak panggey OP yang stok2 leh KOMAkan ai....yang penting, ai selesa ngan derang and tak de jadik pepatung..ai leh jadik diri sendirik dan TIADA HALANGAN untuk ai bagi pendapat dan idea ai untuk share ngan derang!

Trimas to CANDID STAR yang sanggup travel alllll the way from Kuala Lumpur ke Taiping semata mata nak hamek gambar kawen ai kat merata tempat menarik kat Taiping kecuali...railway yang tengah renovated! (RALAT SUNGGUH!!!)

hasilnya pun dah di tuai minggu lepas..and i was so happy..tak sabar nak print canvas!!! lalallalala lalalallala...

sekali lagik trimas to Pejal & Rahem serta lighting man (BB) - korang rawks!!! tunggu next programme...post-wed ngan korang lak kat tempat yang aku cakap tu wonggeh?!!!!!!


dan aku doakan semoga korang murah rezeki....amin

BERMINAT UNTUK MENG"HIRE" CandidStar?
Call this number : 0126697547 atau 019-3757147 (cakap Syahoney suh call....hehehehehhhe)

Monday, May 30, 2011

:: HALO ::

Jumaat
Lebeh kurang jam 1230 
bertempat di Taiping


kelihatan matahari seperti gambar di bawah.......





apekah namanya fenomena ini?
GERHANA MATAHARI...???



atau......

ai pun tak tau......Allah Maha Besar...

subhanallah......



dan sebenarnya...ia di panggil HALO

wow!! inilah kali pertama melihat HALO....ALLAHUAKHBAR!


"Cause

  • The ring is caused by sunlight or moonlight being diffracted as it passes through cirrostratus clouds that are usually at altitudes above 20,000 feet. Cirrostratus clouds are composed mostly of small ice crystals that spread out into a thin layer. They are sheet-like, and the sun and moon can be seen through them easily.

Types

  • Halos are most commonly seen as a white ring around the sun or moon, but sometimes they can appear as a rainbow-colored ring with red on the inside and going to blue-white on the outside. This is seen more often around the sun than around the moon.

SIzes

  • Halos most commonly form at a 22-degree radius. A more rare halo is the great halo, which forms at a 46-degree radius.

Good for Predicting Weather?

  • A ring around the sun or moon in the warmer months is a good, but not guaranteed, indication there might be precipitation within 12 to 24 hours. Cirrostratus clouds usually come before a warm front, which often brings precipitation.

Origin

  • Halos around the sun and the moon have been recorded as far back as the time of emperor Constantine at the beginning of the fourth century, but it is unclear as to when halos began to be associated with weather prediction.


Read more: What Does a Ring Around the Sun Mean? | eHow.com http://www.ehow.com/facts_5232115_ring-around-sun-mean_.html#ixzz1NX6P1Zkm " trimas 
http://www.ehow.com..




gambar selanjutnya di bawah......gambar di ambil pada Jumaat, 27 May 2011, jam 1230pm...







Sunday, May 29, 2011

:: Smile!! your on CANDIDSTAR Camera! ::



ni antara gambar candid paling lawak sepanjang majlis perkahwinan ai...hahah tak leh blah sunggoh!!!

dress skitnye cantik....tapi pakai selepar je?!!! hahahahhahaa




alasan : ai pendek..dress ni labuh ..mana ada nampak kaki!! Ngeeeee~ nasib baik masa majlis ingt nak pakai kasut kalo tak...pakai selepar pink kegemaran ai ni je la.... :P

Saturday, May 28, 2011

:: Green Foundation ::

Terasa seperti  mengidam GREEN FOUNDATION selain daripada terasa macam nak beli jeans/slack warna putih....bolehkah begitu?

GREEN FOUNDATION

jawapannya..BOLEH!!!!

ai telah jumpa my green foundation....
nanti malam (actually khamis malam jumaat) my BFF nak bawak ai pegi hunting for white jeans or slack pulak....hahahhaa...macam macam hal ai nih..kalau dah nak tu nak time2 tu jugak...tu yang tak larat tu!!! ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee


**ini adalah entry terlewat..sekian sebab auto post

Friday, May 27, 2011

:: 30 hari berlalu....Dulu & Sekarang ::

Pejam celik pejam celik sekejap je dah 30 hari ai bergelar PUAN. Perasaan?!! BANGGA siotttt!!! hahahahhaa..bukan senang nak dapat geleran PUAN ni okkay...bagi ai ianya lebeh bermakna dari pangkat DATIN KE SERI SERI tu ke..WHY?! it's a BIG responsabilities dan lebeh bermakna dari SERI SERI atau apa apa yang sewaktu dengannya...dun get it? ye la..ada jugak sesetengah SERI SERI itu yang CIK...hurmm...ok..enuff!

Mari bercerita tentang pengalaman 30 hari ai sebagai seorang ISTERI.
FUN
FUN
HAPPY
HAPPY
FUN!

hahahahha tak tergambar perasaan sebenarnya. Samapai hari ni orang cakap 'Selamat pengantin baru' infact sampai hari ni jugak ai dapat hadiah kawen. Dah macam HAPPY BIRTHDAY hari hari lak!!! :P

tak kurang jugak yang tibe tibe datang n pegang perut aku n bertanya 'dah ada isi ke belum?'
isi? mee hoon goreng mee hoon mari yong tau fu char kuey teow mee udang satey kfc adalah!!! hahahhahahahahaah yang tu....belum lagik. sabar ye kawan kawan!!! hehehehhehehehehe

tapi 30 hari sebagai weekend wife agak mencabar. mana tak nya orang lain jumpa suami hari hari. ai? jarang sekali. Rindu tu tak yah cakap la..hari2 tido ngan baju hubby!! oppssssss.....

itu je la kot pengalaman sepanjang 30 hari ni. sekian trimas.






Tingat lagik hubby cakap..

"dulu masa D mula-mula kenai honey...Ya Allah..takut rasanya nak dekat..takut kene belasah...!!"

hahahhahah benggong...ngatkan ai ni kaki  pukul ke?

"ye la....dulu kalau pakai tu jarang la nampak nak pakai lawa lawa sangat...simple nak mampos..ngan tshirt...selepar jamban..make up tak yah citer la...tak de pun rasanya...."

wahhh!! suke suke je cakap ai pakai selepar jamban!!! hello berpuluh2 hengget habis beli selepar tu tau!

"dengan rambut pendeknya...rambut dah panjang pun buat style rambut pendek..."

eh eh ehhhh..rambut ai ni ramai org suke okkay..tak kira la pendek ke panjang ke

"tu belum tgk dia bercakap ngan member member...memang takoot la nak tegur. macam gangster!"

hahahahhaha....ai ni sopan santun lemah lembut....mana ada gangster! dalam hati ai ada taman tasik ok

"lagi satu......kalau bawak keta tu...orang mesti cakap JANTAN....tapi bila tgk pompuan rupanya...haihhh berani mati sungguh bini aku ni kat jalan raya...jgn buat mcm tu lagi ye sayang...."

heheh sejak2 kawen ni mana ada sprint test sprint test dah......hahah kecuali ada org bakar line mcm haremmmmmmm

"dulu mana ada nak kuar pakai lawa lawa macam mak datin...sekarag..hehehehee"



bila hubby ai gelak gatai ai tau la sebab apa..sebab dia suka....kalau uolls nak tau...hubby ai ni skang amik tender sepenuh masa lekatkan fake eye lash ai setiap kali nak keluar...dia suke sesangat katanya..sebab tu dia sanggup pasangkan untuk ai....I  LOVE MY HUBBY!!!!



ini adalah diri ai satu ketika dahulu...dahulu ye dahuluuuuu...
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.






 dan ini adalah diri ai kini.....teruja dengan perubahannya? hahahahhaha..ai pun tak percaya okkay....maka percayalah!!! ngeeeee~



.....dan satu je yang tak pernah berubah. SENYUMAN ai...tetap seperti itu DULU KINI DAN SELAMANYA .......Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee xoxo

Thursday, May 26, 2011

:: SAH! ::


Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :

Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...

p palang s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik.. .
 




:: Review : MUA Majlis Sambut Menantu > KaK Aleeya ::

Masa majlis sambut menantu sepatutnya ai menggunakan khidmat air tangan Zana De Touch, tapi di sebab kan benda yang tak dapat di elakkan. Terpaksa guna khidmat orang lain. Ai berkeras tak nak amik khidmat KAKAKABANG yang kat butik baju pengantin tu sebab...ermmm kalau ai tak cakap sekalipun forsure uolls tau kenapa kan?

so..dekat Taiping, ai menggunakan khidmat air tangan Kak Aleeya. From Aleeya Studio. Ternyata resultnya tak menghampakan.




sesape yg dok tepen ke dok mana2 ke nak khidmat kak Aleeya...terus je call dia : 019-5503980
dia pun leh amik2 gambar....sekian!

Wednesday, May 25, 2011

:: Post Wed oh Post wed ::


sekarang sudah fening mana mau......dua dua macam best....huhuhuhuh..so how now?
semalam ada 2 offer menarik dari 2 photoG yang hasil kerja tangan mereka menarik..
Offer jugak menarik minat ai sangat-sangat cos ai mmg nak ada POST-WED dalam masa terdekat ni but masa ai ngan hubby ai sangat terhad!

tot of having it outside KL...tapi masa suntuk..CANDIDSTAR jugak kepenuhan masa. So i decided untuk bertanya pada Encik Aizat dan Encik Wan tentang hal ini because mereka berdua give a very great offer..and dua2 sgt mesra alam orangnyer


so setelah diperbincangankan dengan panjang lebar selama 2 hari berturut2..akhirnya....
ai pun amik je dua-dua2 hahah senang hati! puas hati....tak yah nak kompius2 lagi dah...TAMAK TAK?? hahahahha..memang tamak! =p



maka







degan itu











ai dengan beshnyer










mempersembahkannnnnnnnn





jeng











jenggg






jenggggggggggggggggggggggggggg




^
^
^

tema with AAA ..is santai2 saje

^
^
^
tema with WMM - suprise....nanti dah hamek gambo ai bagitau ekkk ngeeeeee~


maka dengan itu nantikan sahaja gambar2 post wed ai n my incik pinky soon ya......until then...


ciom skittttttt!!

:: Review - DIY Payung Hello Kitty ::

Payung buat sendiri je...tak de nak laec2 ke satin2 ke hape ke...TEMA - HELLO KITTY tetap di hati!!!!

Bahan-bahannya ialah :

PAYUNG HELLO KITTY x 2
Bulu2 Pink 6 meter
Dabeltape...

itu saje....senang? memang senang!!!!

lihatlah hasilnya!!!











dan lihatlah betapa comelnya payung berkenaan.......

Tuesday, May 24, 2011

:: Review : Dress Majlis Sambut Menantu ::

All White....
tema pengantin di hari Majlis Sambut menantu ai yang bertempat di Taiping yang kaya dengan syurga tempat best2 nak OUTDOOR!!!!

Sepasang gaun putih bersama suit Putih....sedikit splash silver di sana sini...LOVE my dress walaupun BERAT+PANAS berpeluh peluh memakainya...mula-mula ai agak SO-SO pada idea ini..tapi bila ai dah pakai..n bergambar..ai jadik suka pulak..cos...orang cakap ai SYANTEK!!! hahahhahaha....

Dress di pinjam dari butik pengantin DH - Kamunting. Bunga tangan - Sendiri. Tudung - sendiri. Inner Lace lengan panjang yg ada puff kat bahu - sendiri. Kasut - sendiri

Make up - Kak Aleeya (from Aleeya studio). Nanti ai review pasal make up kak Aleeya okkay...

ok gals n guys...sila jeles ye!! hahahahahahahaha

gambar yg lagi melampau ada kat FB tapi tak semua...to my B2B/BBF ..nnt kita buat satu gath tapi semua org kene bawak masing2nyer album gambar wedding k....tak syok la semua masuk FB kan kan kan?






Monday, May 23, 2011

:: Review - Make Up Reception [Part 1] ~ Magik!!! ::

Miracle that happen on my wedding day!

Sekalung tahniah dan u r the best MUA team yg ai penah jumpa buat Kak Mimie & Kak Siti from Teratai Kencana..dengan harga yang berbaloi2 ai sangat berpuas hati..ai be coming back to u gals untuk 'plastic surgerykan' muka ai nih haaa nanti...muka Incik Pinky ai pun buleh kan??!!! hehehehehhe

ada sebuah kesah di mana pada hari resepsi selebah ai...MAGIC happen...bilamana my mother in law sendiri terkejut+tergamam+terTAK KENAL anak dia sendiri..why?!!!

My Incik Pinky ada tanda lahir kat muka....not a big issue for me pun cos..dia still handsome di mata ai dengan lesung pipitnya dan hidungnya yang menawan kalbu itu!!!

Tapi on our big day..ai dah plan a supsrise for him memandangkan dia nih memanglah sangat PEMALU orangnya...so untuk mengurangkan sikit kadar kemaluan dia tu....ai pun plan untuk mengMAKE OVERkan my HUBBYbi ini....

Dia pun jenis tak kesah di MAKE OVER..bertambah baguslah...!!!
First time sepanjang karier kakak berdua ni mengMAKEOVER lelaki....!! and the result?!! sangat membanggakan.......!!!!




Kak Mimie memang menawarkan pakej n air tangan yg bagus....kalau korang terasa nak rasa air tangan kak Mimie...terus call je dia...cakap  honey kitty bagi number. 0196205941



and it's already been 3 weeks 3 days!!!

Saturday, May 21, 2011

:: MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA ::

artikel ini ai pinjam dari . >> http://drazwan.blogspot.com/2008/01/mengira-waktu-subur-wanita.html

Assalamualaikum Warahmatullah.

Ada yang meminta saya menulis artikel tentang waktu kesuburan wanita. Saya tahu ada yang dah sangat mahir.. kalau tak mahir takkan ada 6 orang askar kat rumah kan... hehe. Tapi yang baru-baru nak mencuba tuh tentu ada yang malu nak bertanya. Baik juga kalau tahu, InsyaAllah boleh kongsi dengan suami atau adik beradik atau anak-anak dara kat rumah.

Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.



MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN


Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.


Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.


Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.



Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.



Selamat Mencuba!

Friday, May 20, 2011

::Theme Wedding - Hello Kitty ::

last few days my fellow BBF/B2B semua busy update entry pasal/merujuk/membalas kenyataan status seorang makhluk berkenaan blogger bride(s)

sila rujuk petikan kata-kata Cik Lyana MK >> "Br nak tido usyar2 status orang2 dlm fb..ternpk satu status "kenape wedding budak nie lagi hebat dr wedding blogger yg biase2 je"



tak de la nak terbako hati sangat..tapi ada jugak makhluk Tuhan yang masih berfikiran kolot sebegini..suk hat or la nak buat wedding derang cenggane!!! kan kan kan? grand ke tak grand ke..duit orang yg sebuk2 ape hal kan? kan kan?


tak faham sungguh tak faham....suk suk hat je cakap and buat rules...kalau jadik blogger brides kene wedding grand2 macam anak Naza ke?!!!


hadoila......tak de otaknya punnnn orang itu punnnnnn....!!!!!


well...untuk makhluk itu....
ai got my hello kitty theme wedding realized by me and my whole family termasuk my frens...KAU HADO?!!!!







Wednesday, May 18, 2011

:: Review - Hand Bouquet Majlis Sambut Menantu ::


Bunga tangan atau HandB atau Hand Bouquet untuk Majlis Sambut Menantu di Taiping, Perak...ai buat sendiri...

perjalanan seawal jam 0800 pagi dari KL ke Taiping dengan menaiki KTMB (interCity) pda hari Jumaat 6 May 2011

Sampai sahaja di Taiping, Incik Pinky dah tunggu...dia pegi solat jumaat dan tinggalkan ai kat Hotel tempat ai bakal bersiap hari Sabtu 7 May 2011.

Selepas solat jumaat ai terus runner pegi amik baju untuk Majlis resepsi dan jugak beli bunga untuk buat HandB sendiri sebab HandB yang butik tu bagi sangat DISASTER yang amat sangat macam TSUNAMI!!!!

ai pun beli je ape je bunga yang ada..sebab tak banyak bunga yang ada pun..so i pick up few white roses and pink purplelish roses and also white peacock...sebab mmg dah tak de pilihan pun!!!

sampai kat hotel...Incik Pinky balik rumah dia cos ada lagik benda tak settle kat rumah..ai sorang2 kat hotel meneruskan projek HandB ai tuh...terkejut Incik Pinky bila tgk ai siap bawak macam macam TOOLS untuk my DIY projek!! hehehhehee.....ai bukan setakat pandai bawak tool box untuk kereta tapi untuk DIY 'the aweks things' pun ai ada tau!!!


Resultnya...ai sangat happy dan berpuas hati!! bunga tahan sampai 2 hari!!! lalalallala....alhamdulillah....
Next entry kita citer pasal baju carik menantu ai okkay..eh salah!!! SAMBUT MENANTU........so enjoy!


Tuesday, May 17, 2011

:: My Hello Kitty Wedding Day!! - Part 2 (entry yg hilang)::

DISCLAIMER : Actually ini adalah entry AUTOPOST....tapi tak terpost sebab masa tu BLOGGER DOWN!!! patut la ada part yang HILANG!!!

so today..ai manually submitted the entry.....so enjoy reading!!!
CLICK HERE for part 3
CLICK HERE for part 4




Setelah berpenat penat di hari pernikahan yang jatuh pada 29 April 2011.
Hari Sabtu lak menyaksikan kedua dua mempelai iaitu ai n my hubby di majlis resepsi HELLO KITTY kami. 

Trimas to all yang terlibat...
Trimas to My Parents and Family, My Frens, My MUA, Dba and Hana (yang dah terpacak pagi2 kat rumah ai), My OP (pejal n Aem - Candid Star) and Ann (Forensic PhotoG), Frens from car club (Kitty,Kelisa,Parasite,UO3C) and also CB Team yang menjadik official superpower marshall for the day.

Mana nak mula ye?

Make up?
Pelamin?
HandB?
Kereta??
Makan? Minum?
Photosut?
Baju?

Kek???
Bilik Tidur??

Ape ye ape ye???

Kita mulakan dengan Bismillah.....(hehehheheehe)

Ok..uolls boleh refer pasal my reception make up kat entry ini...SILA KLIK SINI . And ai sangat happy dan happy dengan kerja tangan Kak Mimie and Kak Siti on the day..sangat besh dan puas hati dan semua orang suka....she has done MIRACLE!!!! why? nanti ai akan cerita....



  


















Pelamin adalah sumber inspirasi diri ai sendiri dan direalisasikan oleh kak Mimie and team!!




the sakura arch....

 


...

ehhhh bersambung la pulak!!!! hehehehehheee

Monday, May 16, 2011

:: Blog Updated ::

Dear All,
Ai bukan tak nak update blog...tapi mood ni ON/OFF la....beginilah/beginikah rasanya bila dah jadik PUAN?!! hahaha jeng jeng jeng.........


Sunday, May 15, 2011

:: DIY Kasut Sambut Menantu ::

**entry tak cukup sifat...sudah di edit!!! Review bilik tidur, guest book akan di up kemudian**

Kasut Sambut Menantu

Kasut putih ini adalah hasil kerja tangan ai....kasut kosong yg jadik tak kosong....hehehehehee






ai DIY je..tak susah manapun...the outcome?!!!
ai bangga dengan diri sendiri okkay...



p palang s:

ini adalah autopost...ai sedang on the way berhorny2moon dengan my hubby..be seeing u guys!!!!!

Saturday, May 14, 2011

:: My Hello Kitty Wedding Day!! - Part 4::

kita dah citer pasal pelamin...pasal baju...pasal HandB..pasal kereta.....skang kita citer part makan2 lak..sebelum ai review to uolls pasal 

Bilik n GuestBook ai yang ai buat sendirik dan jugak citer pasal lain2 benda yang ai DIY...hahahhahaha

kita sambung citer kita..


Konsep makan dan minum adalah konsep santai di tepi pantai..hahahha tepi dewan..bermenukan
1. Nasi Ayam
2. Nasi Campur lauk kampung
3. Mee Hoon Sup
4. Mee Kari
5. Roti Canai

ada air teh tarik, air oren, air sirap


Kek pulak?
Di tempah dari Kak GG : Facebook or Blog  >> kek Hello Kitty ini sangat amatlah comel dan rasanya sangat kick!!!! sila tempah ye.....


Akhir skalik kami beroutdoor potosut di Putrajaya yang sungguh indah cuacanya....(gambar later2 la ai upload)

Ai selaku wakil keluarga dan majlis ingin mengucapkan trimas juta2 kepada semua yang hadir memeriahkan majlis dan ampun dan maaf di pinta sekiranya terdapat kesalah kesilapan kekurangan di majlis kami....


Sekali lagik..trimas all........





PISSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!


for more story mory morning glory and picture...please tune in to my FB ya!

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...