Showing posts with label persediaan. Show all posts
Showing posts with label persediaan. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

:: Idea Pelamin ::

-->

Idea ni ai dapat dari Cik Ana Farhana
mengumpulkan koleksi pelamin-pelamin anganku menjadi realiti BBF (blogger brides forever!!)

antaranya ialah...
















pelamin Puan Nana

pelamin Puan Lisa



last but not least....MY PELAMIN ANGANKU yg menjadi REALITY!







Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Thursday, May 26, 2011

:: Review : MUA Majlis Sambut Menantu > KaK Aleeya ::

Masa majlis sambut menantu sepatutnya ai menggunakan khidmat air tangan Zana De Touch, tapi di sebab kan benda yang tak dapat di elakkan. Terpaksa guna khidmat orang lain. Ai berkeras tak nak amik khidmat KAKAKABANG yang kat butik baju pengantin tu sebab...ermmm kalau ai tak cakap sekalipun forsure uolls tau kenapa kan?

so..dekat Taiping, ai menggunakan khidmat air tangan Kak Aleeya. From Aleeya Studio. Ternyata resultnya tak menghampakan.




sesape yg dok tepen ke dok mana2 ke nak khidmat kak Aleeya...terus je call dia : 019-5503980
dia pun leh amik2 gambar....sekian!

Saturday, April 9, 2011

:: TO DO List > Menjelang Hari Raya Eh Salah Hari Perkahwinan Anda! ::

6-12 bulan sebelum hari

1.                  Tetapkan hari dan tarikh perkahwinan anda.
2.                  Pastikan tarikh yang di pilih tidak bercanggah dengan mana-mana agenda keluarga lain.
3.                  Tentukan bajet serta anggaran kos perbelanjaan perkahwinan.
4.                  Kongsi simpanan untuk mempercepatkan serta menggandakan simpanan.
5.                  Sediakan ‘checklist’ perkahwinan anda supaya perancangan berjalan dengan lancar.
6.                  Lantik seseorang yang anda percayai untuk bersama-sama dalam proses perancangan majlis anda.
7.                  Tetapkan tema perkahwinan yang diinginkan mengikut minat dan kesesuaian.
8.                  Tentukan jumlah tetamu yang akan diundang.
9.                  Tempah segera tempat untuk mengadakan resepsi perkahwinan.
10.              Buat pemilihan catering dan menu untuk hari langsung.
11.              Sediakan daftar tamu untuk menganggarkan bilangan tempahan kad.
12.              Pilihlah pengapit wanita dan lelaki yang bertanggungjawab sebagai PA anda di hari langsung.
13.              Temui dan kunjungi pereka pakaian pengantin, tentukan serta pilih busana pengantin.
14.              Jangan lupa menjaga adab dan pantang-larang sebelum hari penting anda. Semuanya ada hikmah dan kebaikan yang tersembunyi di sebaliknya.
15.              Mula menjaga pemakanan untuk menjamin tubuh yang sihat di waktu persandingan.
16.              Kurangkan aktiviti social.
17.              Mula mengurangkan belanja seharian, usah boros dan mula menabung.
18.              Rancang percutian bulan madu anda, lakukan tempahan tempat, tiket serta kenderaan.

4-5 bulan sebelum hari

1.                  Tempah waktu dan tempat pernikahanan beserta dengan juru nikah.
2.                  Persiapan awal membolehkan anda membuat tinjauan akan harga dan reka bentuk kad yang diinginkan.
3.                  Bertindak lebih awal, anda boleh mendapatkan khidmat mak andam kegemaran.
4.                  Membuat pilihan tema warna busana pengantin yang akan dikenakan serta bunga tangan mengikut kesesuaian.
5.                  Menempah busana pengantin lelaki sepadan dengan pengantin wanita.
6.                  Beli atau sewa busana untuk pengapit pengantin wanita dan lelaki.
7.                  Mula tetapkan dekorasi ruang majlis/pelamin mengikut tema warna yang di tetapkan.
8.                  Mula tetapkan dekorasi pelamin mengikut kesesuaian tema serta pakaian.
9.                  Memberitahu seluruh ahli keluarga akan tema pakaian di majlis resepsi anda nanti.
10.              Tempah dan hubungi jurufoto serta juruvideo sebelum majlis mahupun selepas majlis.
11.              Membuat tempahan awal kenderaan pengantin dan pengiring pengantin
12.              Tempah dan buat pemilihan kek pengantin mengikut tema majlis.
13.              Tetapkan pengerusi majlis yang bisa menghangatkan majlis persandingan anda.
14.              Tempah PA Sistem/ Sistem Bunyi bagi memainkan lagu-lagu pilihan anda.
15.              Lantik DJ yang bisa memainkan lagu selari dengan kehendak pengantin.
16.              Tempah kumpulan pemain Kompang untuk upacara lintas masuk ke dewan/khemah berlangsungnya majlis.
17.              Jika berkemampuan, anda digalakkan menjemput kumpulan pemain Gamelan atau Caklempong untuk memeriahkan majlis anda.
18.              Mungkin juga menarik jika menjemput Penari Kebudayaan atau Penyanyi jemputan begi menyerikan lagi majlis gemilang anda.
19.              Menempah cincin kahwin untuk majlis nikah.
20.              Mula membeli barang hantaran satu persatu.
21.              Lakukan diet atau senaman untuk tampil sihat dan segak pada hari bersejarah.
22.              Semak destinasi bulan madu pilihan.
23.              Pastikan tempahan sudah di tetapkan.

2-3 bulan sebelum hari

1.                  Daftar kursus kahwin bersama pasangan dan hadiri bersama-sama pasangan anda agar segala maklumat dan ilmu dapat dimengerti bersama.
2.                  Mendaftar di pejabat kadi.
3.                  Isi borang permohonan serta sediakan segala dokumen berkahwin yang boleh didapati dari pejabat Jabatan Agama daerah anda mengikut kad pengenalan.
4.                  Sertakan bersama surat akuan bujang yang dimateri dengan cap syarikat tempat anda bekerja.
5.                  Kemudian dapatkan tandatangan jurunikah atau wakil jurunikah atau ketua kariah tempat anda.
6.                  Bawa bersama dua orang saksi semasa anda mendapatkan tandatangannya.
7.                  Lakukan medical check up seperti HIV test dan lain-lain.
8.                  Mohon cuti sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal.
9.                  Maklumkan tentang perancangan perkahwinan itu kepada ketua anda.
10.              Siapkan semua kerja di pejabat yang telah dimulakan. Agar tiada pihak yang rasa terbeban sementelah anda bergembira membuat persiapan.
11.              Pastikan segala urusan di tempat berbulan madu sudah selesai. (buat pasport jika perlu)
12.              Hubungi pereka pakaian pengantin anda untuk fitting.
13.              Persiapkan segala barang hantaran untuk dihiasi di atas dulang hantaran, lantik seseorang untuk persiapkan dulang hantaran.

6-8 minggu sebelum hari

1.                  Semak semula senarai tetamu.
2.                  Tulis dan atur pengiriman kad undangan kahwin.
3.                  Semak urusan dengan jabatan agama, jurunikah, saksi dan pihak yang terbabit dengan majlis akad nikah.
4.                  Atur serta menetapkan menu makanan dengan pihak catering perkahwinan anda.
5.                  Adakan sesi percubaan makanan bersama-sama caterer anda.
6.                  Mula menyiapkan cenderahati bingkisan buat tetamu yang hadir.
7.                  Lakukan make-up trial dan dandanan rambut bersama mak andam pilihan anda.
8.                  Mula membeli kasut dan acessories tambahan.
9.                  Susun dan garap muzik pilihan yang bakal didendangkan semasa majlis berlangsung.
10.              Buat satu temu janji bersama Pengacara Majlis untuk membuncangkan perjalanan majlis itu nanti.
11.              Diskusi juga harus di adakan bersama DJ serta pihak pengurus PA Sistem, agar perjalanan majlis selari dengan permintaan pengantin.
12.              Buat persiapan terakhir untuk semua kelengkapan.
13.              Sediakan jadual perjalanan majlis badi memudahkan orang yang terlibat.
14.              Membuat jadual penerimaan beserta checklist bagi memudahkan proses penghantaran daripada segala tempahan: kek, khemah, bunga-bungaan, cenderahati, hantaran, hiasan pelamin dan lain-lain.

4-5 minggu sebelum hari

1.                  Kad jemputan perkahwinan mula di edarkan kepada tetamu serta VIP.
2.                  Ambil pesanan cincin kahwin.
3.                  Mula memesan traveller cheque/mata wang asing untuk berbulan madu.
4.                  Orang-orang yang bertanggungjawab untuk melancarkan perjalanan majlis mula agresif dalam proses terakhir.
5.                  Membuat semakan checklist untuk memastikan segala perkara berkaitan sudah ditempah dan dilakukan.
6.                  Bertemu dan berbincang bersama jurufoto majlis anda tentang konsep serta gambaran majlis yang anda mahukan di dalam gambar kenangan anda nanti!
7.                  Tidak ketinggalan, pastikan juruvideo juga tahu akan perjalanan majlis serta tetamu mana yang anda mahukan berada di dalam rakaman videao itu nanti.
8.                  Pastikan dulang hantaran telah siap mengikut warna tema yang telah ditetapkan.

2-3 minggu sebelum hari

1.                  Jadual acara telah ditetapkan, buat salinan dan edarkan kepada orang-orang penting majlis: keluarga pengantin, para pengiring, jurufoto dan juruvideo.
2.                  Kemaskini jumlah tetamu yang diundang dan hal-hal lain yang diinginkan kepada pihak hotel atau catering.
3.                  Tetapkan semua pesanan dan detail untuk bunga, sewa kenderaan, jurufoto, dekorasi, kek, band music dan lainnya.
4.                  Sediakan susun letak pelamin, kerusi meja, kanopi atau dewan serta lain-lain supaya kelihatan tersusun.
5.                  Mencuba busana pengantin lengkap dengan aksesorinya. Periksa ukuran, keselesaan dan sebagainya, bila ada yang harus disempurnakan.
6.                  Pastikan juga pakaian tema untuk pengapit pengantin lelaki dan wanita agar selari dengan konsep persandingan anda nanti.
7.                  Biasakan menggunakan kasut yang akan digunakan di hari pernikahan agar terasa lebih selesa.
8.                  Siapkan barang-barang yang akan dibawa ke rumah mertua.
9.                  Lakukan urutan badan serta spa untuk menaikkan seri pengantin.
10.              Tidak ketinggalan, lakukan rawatan rambut agar kelihatan kemas, menarik serta mudah di uruskan di hari persandingan anda.
11.              Rawatan muka juga perlu agar muka tidak kelihatan lesu di hari langsung.
12.              Jangan lupa juga, jalani rawatan manicure dan pedicure.
13.              1 minggu sebelum hari
14.              Berehat dan yakinkan diri dan pasangan anda semuanya akan beres.
15.              Pastikan semua perkara berjalan dengan lancar.
16.              Lantik seorang ahli keluarga terdekat untuk meneliti kelancaran acara.
17.              Kumpulkan segala hantaran.
18.              Mula berkemas untuk berbulan madu, lengkapi dan beli keperluan yang penting.
19.              Pastikan sekali lagi semua pesanan yang telah dilakukan, sekadar untuk mengingatkan.
20.              Bila tiba sehari sebelum hari langsung, lantik seorang pengukir inai untuk melukis inai di jari jemari bakal kedua mempelai.

Hari Berlangsungnya Perkahwinan

1.                  Kosongkan fikiran serta nikmati masa untuk bersendiri untuk menenangkan hati dan fikiran sebelum upacara akad diadakan.
2.                  Bagi yang beragama Islam, eloklah sekiranya majlis Khatam Al-Quran diadakan di waktu pagi sebelum upacara pernikahan berlangsung.
3.                  Jangan terlalu memikirkan tentang perjalanan majlis kerana ada orang yang bertanggungjawab telah mengambil alih tugas tersebut.
4.                  Bertenang dan ukir senyuman manis di waktu pernikahan.
5.                  Semasa acara resepsi luangkan sedikit masa untuk bertegur sapa serta mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir.
6.                  Pastikan senyuman sentiasa terukir di wajah kerana lensa kamera sentiasa fokus kepada kedua mempelai.


Tuesday, April 5, 2011

:: Review : W-Day Card ::


Alhamdulillah,
Kad Jemputan Kenduri ai dah pun siap. Sedang dalam edaran. Kepada yang tak dapat kad lagi sila check GUEST LIST di sini.

Oklah....meh kita bercerita skit tentang W-Day card ai nih. Design/artwork ai buat sendiri. Cuma telah di alter kat sedikit bahagian untuk mendapat keseswayan BLOK yang derang buat..tu je...

end result..saye suka!!!

ada Gambar ai dan Incik Pinky..ada gambar kereta ai..ada gambar encik Pinky dan bunga sakura!!!!
cuma yang tak syok adalah kad ni telat beberapa hari...vendor lak bila call dah takut nak angkat tepon. tu yang kurang enak skit la..selebehnya baik baik aje...so untuk vendor vendor kad kawen pada masa akan datang ..angkat je la phone kalau client call..kalau terlewat bagitau je sebab apa...jangan lak tak angkat tepon MACAM SEOLAH OLAH KORANG ADA HUTANG YANG BANYAK NGAN BANK ATAU ALONG atau bagi ALASAN..AKU TAK ANGKAT TEPON KALAU NUMBER TAK KENAL...lagi baik tak yah buat bisnes kalau cenggitu kan!?

ok....apa apa pun Trimas to my W-Day card Vendor for such a great job!!! (please CLICK HERE to know more)








..akhirnya...Masanya tiba jua...  8)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21

Bunga mawar berwarna merah
Wanginya hingga menusuk kalbuku
Salam dihulur Kad di serah
Jemputlah datang ke majlis perkahwinanku


Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu







Assalamualaikum dan salam sejahtera..
dengan lafaz Bismillahhirrohmanirrahim...

Ai..SYAHONEY...ingin menjemput tuan/puan/Cik/Encik/Pak Cik dan Mak Cik...untuk menghadirkan diri ke majlis Resepsi ai..yang akan berlangsung pada :


30 APRIL 2011
bertempat di DEWAN MUHIBBAH TAMAN BOLTON (belakang BHP Batu CAVES Seberang GIANT BATU CAVES)

dari jam 12thari sehingga 4 petang..

kehadiran anda amatlah penting supaya RANTAI MAKANAN tidak terputus....!!

Sekian..Trimas!



“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "

- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -






psssssssssssssssssssst : NEXT Entry..DIY W-Day Shoe!!!

Tuesday, March 22, 2011

:: W-Day Card on the wayyyyyy ::

Dear All,

Baru ni tadik ai dapat email dari ai punya W-Day Card Vendor....(Creative Biz Services) creativebiz.services@gmail.com  terbaik la derang nih.....tengok je kad terus jatuh hati golek2......ape ai nak semua derang taruk!!!!

kalao ada yg belom tempah kad kawen ke kad ape ape ke.....korang try la ctc derang derang nih...servis dan PR baguih sangat!!!! tak macam satu KAD VENDOR yg TERNAMA BERJENAMA yang penah ai contact tu...PR macam SIAL! ..

ok kembali kita kepada hal W-Day Kad ai....tak sabarnya nak tgk yang dah siap print....!!! (maybe ai ske sebab gambar ai super shining kot....hahah gambar Incik Pinky ai mmg di request untuk buat agak blur dari gambar ai..sebab dia yang nak sangat...dia kat dia malu kalau org tgk gambar dia.......dasat tak bakal hubby ai tu??????????)


nak tgk rupanya???

.
.
.

.
.
.
.

.
.
.

.
.

.
.
.

.
.
.
.

.
.












ai saje je BLURkan....heheh sehingga ai dapat hardcopynyer.... 



:: UPDATE : Senarai Semak - Lagi 38 hari ::

Pihak Lelaki
1. Mendaftar untuk kursus kahwin
2. Mengikuti kursus kahwin
3. Dapatkan sijil tamat kursus
4. Mengisi borang permohonan untuk berkahwin
5. Surat akuan bujang dengan cop company
6. Dapatkan tandatangan juru nikah
7. Bawa 2 orang saksi semasa mengambil tandatangan
8. Serahkan borang yg lengkap kepada pihak perempuan

 COMPLETE!!!!!

Pihak Perempuan
1. Mendaftar kursus kahwin -DONE
2. Mengikuti kursus kahwin -DONE
3. Dapatkan borang yg lengkap diisi daripada pihak lelaki
4. Isikan borang permohonan untuk berkahwin
5. Lampirkan surat akuan bujang
6. Bawa wali & 2 orang saksi ketika penyerahan borang 


COMPLETE!!!!!
OK..dah BOLEH KAWEN dah!! hahahahaha

Continue..




A) Date / Time
1. Nikah (29 April 2011 /Lepas Asar)
2. Malam Berinai & Marhaban
3. Khatam Quran & Berzanji
4. Bersanding (30 April 2011 / 1300)
5. Majlis Potong Kek (30 April 2011 / 1500)

B) Warna Baju
1. Nikah (Cokelat+Krim)
2. Malam Berinai
3. Khatam Quran
4. Bersanding (Pink+Silver)

C) Persalinan Pengantin
1. Nikah
a) Bride
.: Baju Nikah - Sendiri - Belum Siap
.: Veil + Tudung - Sendiri
.: Aksesori - Teratai Kencana
.: Kasut - Sendiri (D.I.Y)
.: Bunga Tangan - Teratai Kencana

b) Groom
.: Baju Melayu
.: Kasut
.: Butang Baju Melayu
.: Sampin + Songkok

2. Bersanding
a) Bride
.: Baju Sanding (dah siap!)
.: Aksesori (deposit paid!)
.: Kasut  (DIY)
.: Bunga Tangan (buat sendiri??????)

b) Groom
.: Baju Sanding (deposit paid!)
.: Kasut (sendiri)
Payment:
1st Payment (RM 500 paid!)
2nd Payment
Final Payment


**Payung Kitty 2 sets - DONE

3) Booking Tukang Tangkap Gambar (CandidStar)
a) Nikah (Pejal)
d) Bersanding (Pejal)
e) Outdoor (Pejal)
Payment: 
1st Payment - March 2011
2nd Payment
3rd Payment
Final Payment

4. SPA & Kecantikan
.: Slimming (20% under treatment) - aku tak de masa la nak pegi adoiiiii~
.: Facial Face
.: Pedicure; manicure
.: Berandam
.: Henna????? (perlu ke? yg vass sampai tangan ke kaki tu?)

5. Hantaran
Nak senaraikan panjang sangat sebab semua dah settlekan masa bertunang tu hari 23 vs 17 tak silap...hahahahaha so masa Nikah nanti..bawak ape yg patut je...
- duit hantaran
- mas kahwin
- gelang nikah

For Him :
cincin Nikah 
(dia setuju nak Jam Tangan je..lepas tu ai nak kene pegi hantar upah ukir nama lak)
- kek/buahbuahan

6. Legal Document
a) Kursus kahwin – Done at my side la (cos I took kursus kawen 4 years back)
b) HIV Test
c) Borang Perkahwinan
d) Saksi

7. Make Up
a) Nikah - Teratai Kencana
d) Bersanding - Teratai Kencana

8. Bilik Pengantin
a) Set Perabot - bila nak pegi booked nih? 
b) Cadar - mak seponser 
c) Langsir - mak tengah jahit 
d) Dekorasi - aku buat sendiri nanti
-Pomander Balls
-Cat Pink
-Bunga Sakura Wall Paper
-Langsir Katil
-Rak Dinding [IKEA]
-Lampoo tido 



[IKEA]
9. Catering
a) Nikah - Member Ayah 
b) Bersanding - Suprise!!

10. Door Gift
b) Bersanding
.: Goodies(dah beli tinggal nak packing)

e) Keluarga Pengantin Lelaki
.: Door Gift

11. Kek
a) Wedding cake - Hello Kitty (trimas to my BFF : Vin,Kiko,Matt)
c) Kek hantaran - Mak Cik Mona

12. Majlis
a) Dewan - Booked Dewan Muhibbah Taman Bolton, Gombak
b) Meja + Kerusi + Dekorasi
d) Pelamin
e) Deko bilik pengantin - SENDIRI
f) set Jug/Gelas Pengantin Kitty - DONE

13. Hiburan
b) Kompang - 'Atif n The Gang
c) PA system 
d) Lagu2 pilihan (done!)
14. Stationary
a) Kad jemputan - In Progress
b) Guest Book + pen - Tunggu Finishing
c) Papan tanda - 10% in progress 
f) Bunga Manggar Sakura Style- 10% siap

15. Honeymoon
a) Destination - Cameron (May), Cherating (June-BOOKED), Desaru (Julai), Bali (September)
b) Air ticket - 
c) Accommodation - Impiana Cherating








Last last ai pon cakap cenggini kat diri sendiri RILEX SUDAH!!!! 


so skang ai bagi uolls intai-intai skit persediaan ai...

 ini Guest Book...tapi ngah tunggu finishing.....



 ini Borang Perakuan Nikah.....uiyoooooo first time tgk borang nih




 ini ape???? ni BAJU untuk majlis RESEPSI ai kat Gombak nnt...hehehehehehe




Top Post