Saturday, June 11, 2011

:: Merancang Jantina Anak ::



sila lihat/klik kalender di bawah  ini bagi menentukan tarikh paling sesuai untuk conceive.

Merancang anak lelaki
Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan. Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa kromosom X. Bergantung mana yang bercantum XY (anak lelaki) XX (anak perempuan). 

Ciri-ciri benih lelaki berbeda benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:
1. Makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan oleh isteri selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. Juga banyakkan makanan beralkali seperti ulam2 (yg pahit tanda beralkali).
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah- kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan “douching” atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi. 
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses “layering”, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bilamelahirkan anakperempuan.
5. Jangan adakan seks 3-4 hari sebelum hari ‘ovulation’ iaitu kira-kira 14 hari dari hari pertama haid. Terus melakukan seks pada hari ‘ovulation’ atau 24jam sebelum ‘ovulation’. Suami perlu pakai seluar dalam yg longgar. 1 jam sebelum seks, suami perlu minum kopi – ini utk mencergaskan benih XY (lelaki).

Tips untuk dapat bayi lelaki: 
1. Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat,  
Maksudnya : ” Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.” 

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari ke-21 hingga hari ke-28 /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon suami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sbb first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki) 
3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami) 
4. Selepas bersama, amalkan tidur mengiring ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan mengiring ke kanan) 
5. Isteri juga perlu mencapai kepuasan yang tinggi kerana boleh mengeluarkan cecair beralkali semasa persetubuhan, ini akan meransang pergerakan kromosom Y 
Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin): 
1. Banyakkan makan laut (seafood) 
2. Makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka dan
minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. 

3. Zat-zat logam kalsium dan magnesim diperlukan. 4. Amalan minuman kurang manis 
Merancang anak perempuan
Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;
1. Digalakkan isteri memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari
hari “ovulation” yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman “Kesuburan dan Kemandulan”
3. Melakukan “douching” dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
4. Lakukan seks setiap hari dari hari 1 ke 5 selepas haid berhenti, kemudian berhenti 3 hari sebelum ‘ovulation’. Suami perlu mandi dengan air panas-suam sejurus sebelum seks – ini utk mematikan benih XY (lelaki) supaya yg tinggal majoriti benih XX (perempuan). Semasa seks, perempuan tidak perlu sampai ke peringkat ‘orgasm’ (anzal) kerana ini akan merembeskan alkali pada faraj dan menyebabkan benih XX (perempuan) cepat mati.




Tips untuk dapat bayi perempuan :
1. Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat - dr buku harun din pemberian my mom  Maksudnya : “ Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.” 
2. Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari ke-11 hingga hari ke-19 dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi. Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulasi ...
3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami. kawasan pintu rahim lebih berasid, ini akan melemahkan kromosom Y dan
membiarkan kromosom X sampai ke pintu rahim...)
 
4. Tidur mengiring ke kiri selepas bersama (sila minta izin suami dulu kalau terpaksa membelakangi suami yer ) 
5. Kedudukan suami di posisi bawah juga membantu anda mendapat anak perempuan ~ ngehngehngeh Rolling on the floor laughing 
6. Isteri tidak perlu mencapai kepuasan yang tinggi 
Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin): 
1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali. elakkan dari memakan makanan laut 2. Banyakkan makan buah-buahan 3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu yer) 4. banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan 



kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada manusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.

4 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

bestnye pikir pasal anak pulak

Hunny Kitty said...

tau tak pe...hehehehe

ElyaElmo said...

pernah baca info ni..tapi dulu takambik port sgt..
skang leh jadikan bahan rujukan.ekek

Hunny Kitty said...

dah kene amik port skang...mana la tau ada rejeki kan?

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...