Monday, October 12, 2015

:: Jurnal Si Bidadari - Day 4&5 ::

Day 4- Doktor terpaksa 'puasa'kan bidadari sebab dia muntah 2 kali pada 2 sesi minum susu hari ni. menurut  doktor, mereka perlu xray untuk pastikan tiada sebarang masalah.

btw, doktor baru naikkan sukatan susu dr 1ml ke 2ml. 'puasa' susu tapi doktor tambah 1 beg ekstrak zat makanan, dimana ianya dimasukkan melalui darah.

oklah...yang penting walaupun puasa, bidadari tetap aktif.

sementara tu ai tetap menoreh walaupun susu tak berapa meriah. kat hospital ni tak ada pam susu yang boleh dipinjamkan. makanya terus marmet je la.

Day 5- Bidadari dah boleh minum susu semula .sukatan masih 2ml/sesi.

alhamdulillah...susu pun semakin bertambah. yang tak menokok tambah adalah kekebalan hati. fragile sangat rasanya tanpa incik pinky di sisi.

tadi baru lepas p tengok bidadari. doktor dah remove pulse machine,tapi diganti dgn apneoa respirator monitor. tak sempat jumpa doc hari ni nak tanya derang ada detact AOP kat bidadari ke?

hurm....rindunya kat family kat kl.tak tau la nak taip apa dah. Rasa nak nangis je ni....huuuu

2 comments:

cik mah said...

Semoga awk kuat n tabah..n bidadari cepat sihat ye..

Chekgu Azrine said...

Be strong ye sis..dlm pantang kena jaga emosi elok2

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...