Thursday, October 8, 2015

:: Jurnal Si Bidadari - Day 2 ::

Day 2 -
doktor pakar datang buat round waktu pagi dan ai dibenarkan keluar. tapi ai kalau keluar pun ai nak ke mana? bukan ada keluarga rapat berdekatan bukan ada rumah.

hati dah sayu...dah nak runtuh air mata. tanya nurse boleh tak  ai tumpang duduk kat hospital. katanya 'p tanya kat wad 12'.
ai pun p la wad 12 bertanya kalau ada tempat tinggal untuk ai....alhamdulillah ada katil kosong dalam dorm ibu. ai pun n la apa yg patut ke dalam bilik. selesa juga biliknya.

dan untuk pertama kalinya lepas berpisah seketika ai dapat tgk bidadari ai. dalam incubator. keadaannya stabil dan aktif.

geram nak peluk cium tapi tak boleh. yang boleh hanyalah tengok je....sedih tapi redha.

waktu ni bidadari ai masih lg dalam mode 'puasa'. tapi ai dah disuruh buat stok susu.

maka gigihla ai marmet akibat ketiadaan kelengkapan 'menoreh'. alhamdulillah...adalah jugak walaupun tak meriah.

nurse bgtau ai, untuk permulaan bidadari akan diberi 1ml setiap sesi. mujur cukup. so bermula hari ni ai set untuk ada dan mesti ada progress untuk setiap sesi menoreh bukan hanya cukup makan.

minta jasa baik uolls kat luar sana untuk doakan bidadari sihat dan cepat naik berat ye. nak kena achieve at least 1.7kg ni. trimas!

2 comments:

cik puan aini said...

Tak sabar tunggu update bidadari lagi..😊
Biasanya spital ada pam..ce la tnya..pinjam spital pnya dlu utk menoreh stok buat cik bidadari omey..
Selamat berpantang!

Chekgu Azrine said...

Semoga ur bidadari dpt gain berat yg diperlukan...selamar berpantang sis

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...