Sunday, January 31, 2010

:: Otoshow ohhh otoshow ::

Otoshow siang tadi hampir hampir membuatkan aku mengamuk......!!!
aku rasa aku mmg tak leh tengok muka pompuan gemok yg menggesel gesel kat Mr Kitty!! Macam sial je perangai ko...kalau aku dah ilang sabar...mmg ko kene cepuk ngan aku....selamba je aku hempuk ko ngan speaker board aku!!!! Babi punya betina!!!!

Dah la bertembung ngan anaConda..!! Terkejoot dia tgk muka aku...haaaaaaa baru ko tau kan???
Dah..aku dah penat ...aku nak tido!

babai!

Saturday, January 30, 2010

:: Mengenangmu ::

Takkan pernah habis air mataku
bila kuingat tentang dirimu
mungkin hanya kau yg tahu mengapa
sampai saat ini ku masih sendiri
Adakah disana kau rindu padaku
meski kita kini ada di dunia berbeda
bila masih mungkin waktu kuputar
kan kutunggu dirimu
biarlah kusimpan sampai nanti aku
kan ada disana, tenanglah dirimu dalam kedamaian
ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
namun cintamu abadi


beberapa tahun lepas..ada satu nama yang tak pernah lekang dari bibir aku. sampai sekarang pon ingatan padanya masih tak luntur. Januari datang lagi....semoga dia terus bahagia di sana......kadang kadang aku jadi rindu bila aku terkenangkan dia.




Al-Fatihah..........

Tuesday, January 26, 2010

:: Believe ME!!! ::

to my dear Mr Kitty......you know how much i love you and sometimes i do hate you...well...today u pissed me off but i stay calm and cool but u can see how sarcastic am i just now right???

dun ever
make me
angry & full
of hatred!!!
i got guts to hate
anyone
dat i want
&
i wont even
look at their faces!!
so go to HELL!!!
she is a total SLUT...
just wait n see!
if
u
dun believe me!!!












ohhh by the way before i forget
♥p palang s : i Love you!♥

:: Cakap Kuat Kuat ::

Cakap Kuat Kuat ... ini adalah promosi terbatu dari TM untuk korang semua tau!!! Mana aku tau?? aku tau la sebab aku buat product terbaru untuk TM....kenapa?? tak percaya??? PERCAYALAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH~!!!!

























Di satu petang semalam sewaktu aku dalam LRT .... orang ini telah bercakap sekuat kuat kuat kuat kuat kuat kuat kuat hati! Aku tak kesah kalau orang nak bersembang....bergurau..berbual...cakap puas puas...apa apa je la yg seangkatan dengannya. Tapi jangan la berbuat demikian di dalam pengangkutan awam. Nak cakap boleh tapi jangan la sampai ke hujung gerabak 4-koc pon leh dengar!!!!!!!





"U tau....dia print my picture...nak bagi kat dat guy. Eh.how old is he haa???? If nak my picture just ask la...tak perlu suruh orang lain print it out for u...bla bla bla blaaaaaaaaaaaaaaaaaa"


"what time is the flight? 8pm?? meaning 12 la kat sini kan? ok have to do raincheck la later"


"I dah lama nak pegi vac....i really need to go far far away la!!!"


KEPALA PISANG ko!!! habis semua orang dengar!!! Aku sampai rasa macam nak muntah kat dia pon ada....paling dasat part dia dok la ulang citer orang print gambar dia tu.....hadeh laaaaaaaaaaaaaaaa..........aku ingat sepisis cenggini dah tak wujud lagi atas sebab kesedaran sivik yang tinggi di kalangan rakyat malaysia...rupanya...ada lagik...aku yang mempunyai tone suara yang tinggi ni pon ...tak buat cenggini. Have some respect to others la kak (oppppssss aku cakap omputeh ke????)


gambar selepas kejadian sebab bateri hempom dah habis :

Monday, January 25, 2010

:: Bosan ::


hari ni hari ISNIN ..
aku bosan...
dah la nasik goreng paprik yg aku order supaya tak pedas langsung di buat pedas GILA sampai aku tak leh telan sebijik pon!!!!
pale otak aku asyik nak ke lain je......
aku bosan!! bosan dan bosan lapan lagi bosan bosan bosan......!!!!


Sunday, January 24, 2010

:: DETEKTIF HUNNY ::

Aku tak sangka kije mengejar dan 'mengajar' PENCURI ni adalah satu kije yang ADVENTURE dan memenatkan!!!!

Trimas to Dean dan Mr Kitty serta sekutu sekutu aku dan yang terlibat untuk hari yang sangat mencabar ini!!!!
Hari aku bermula seperti biasa selepas aku dan Mr Kitty berbaik semula.
Aku dan Mr Kitty ada appoinment bersama seorang klien yang berminat nak main kitty di MyVi buruknya.
Punyalah kami berdua baik hati....cadangkan itu dan ini......
Selepas lunch. Mangkok ini pon ikootlah kami ke bengkel untuk melawat Kitty yang dah dua minggu di pusat rawatan.
Lama jugak lepak.....tengok orang cat kereta.
Tak lama lepas tu aku keluar sekejap. Pusing pusing konon nak test keta aku. Masa otw nak balik bengkel.
Bertembung ngan kereta buruk mangkok nih. Aku angkat tangan.
Tup tup sampai bengkel kecoh...WHAT??!! DUIT Epool hilang?!!!!!!!!
Hilang 3-40 tak pe beb.....RM500!!!!!!!
Macam haram.....Mr Kitty dan naik berang. Aku dengan sepantas kilat menyebarkan SMS kepada semua kaki kaki aku yang buleh dipercayai.
Menurut mangkok ini dia akan berada di Shah Alam pada petangnya untuk acara go-kart dan malam dia akan berada di Puchong untuk futsol pulak.
Mr Kitty memang da tak leh tahan sabar lagik. Kami terus redah ke Shah Alam. Sambil sambil aku mengkontek kaki kaki aku.
Sampai kat tempat go-kart..mr Kitty terus carik budak bdak club si mangkok nih (BUAT MALU NAMA CLUB je!!!!!)
Dapat sorang..nama mamat nih Hazeeq. Cerita punya story....rupanya mangkok ini mmg seorang yang bermasalah.
Haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....buat malu nama CLUB!! Sungguh aku cakap...kot ye pon nak mencuri..tooooooooooooooooolonglah jangan pakai baju CLUB!!!
Hazeeq sedaya upaya cuba memancing mamat ni...
Trimas to Bro Mat...Bro Bob....Bro sepet dan awek dan lain lain kerana memberikan kerjasama.
Actually....kami hampir hampir tak dapat cekup mangkok ini kerana ...dia dah tak jawap call or SMS.
Siap cakap dia kat Subang la....tetibe ada kat umh la...bla bla bla..dia dah GOYANG!!!

Last last kaki Mr Kitty telah mendapatkan alamat mangkok nih...POOOOOOOO%$%@$@%&658234#$#%$&...!!!
Dia cakap kat aku dok Taman Dagang!!! Padahal dak Kg Bharu!! Ini lagi memalukan!!!
Dapat je alamat...terus nak gegar sana!
Dah nak sampai Kg Bharu nih...tup tup aku dapat call....
"Hunn!!! Aku dah jumpa keta dak ni kat 18.....!!! Aku ngan yg lain dan blok keta dia!!!"
Memang nasib tak baik betul!!! Trimas to 'kaki' aku yang jumpa dia kat ole ole!!!!

Apa lagik sepantas kilat dengan kelajuan out meter kitaorang samopai Shah Alam dari KL!!!!!!
Sampai sampai aje.....memang kereta dia ada. Orangnya tak de...tah pegi mana..masing2 dah kepong kereta dia.
Aku lak ditugaskan untuk mencari dia kat dalam shopping complex!
Aku pon pegi....habis aku round dia tak de!!!
Aku pon balik ke tempat letak kereta. Sampai aje....aku tengah tengok Bro Sepet tengah menerajang mangkok terbabit.
Barulah aku sedar bahawasanya....Bro Bob la mangsa yang diceritakan Hazeeq petang tadi. Bro bob ni....aweknya pernah di raba oleh mangkok itu!!!!!
Memang padanla muka..........
Tengah tengah nak tunggu polis. Mr Kitty citer. Mangkok ni SMS dia tanya samada leh tak dia pulangkan duit yg dia dah curi tu dengan cara BANK-IN.
Kepala pisang dia!!! Sungguh hebat pencuri zaman skang ek?? Leh main bank in duit lakkkk wakakkakaka...
bayangkan PEROMPAK cakap kat polis "bro...leh tak aku bank in kan hasil rompakan????"
Memang nak balik kene bungkus la...........

So....lepas polis sampai..polis lak skolah kan dia. Last last polis tu kata bawak la balik ke tempat kejadian.
Sampai kat tempat kejadian....dia terbarai lagi. Dah la muka dah barai.
Kereta lakkk kena barai.....aku dah tak leh pandang muka dia lagi!!
Sebab aku rasa macam nak ludah ludah je muka dia. BETUL aku kata!!!!!!

Kene sekolah budak tu kat bengkel...sampai pukul 0300!!!! Semua saksi sekolahkan dia...aihhh apa la nak jadik?!!!!!
Dah la tipoo cakap ayah dah mati. Memang takk la....
Ni pon tau lepas dia dah balik....esok bila dia bawak MR Kitty pegi kubur abah dia tu...if tak ada la....memang AMPOOOONKAN MAK KASSSIIMMMMMMMMMMMMMMMMM la jawapnya....

Dulu mangkok ni penah curi duit kat showroom perodua.....5K beb!!! 5K!!! dan dia terlepas...dari hukuman.
Kali ni....naseeb dia memang la tak baik...terkene lak mencuri dengan orang yang agak lahanat jugak...ekekkekekekek
masuk salah LUBUK memang kat ko tak tinggal habuk pon...!!!!
Mr Kitty sempat tanya aku ...kejam ke dia hajar mangkok tu cenggitu???
Aku cakap kalau aku memang aku tak pai hati.....tapi aku cakap kat Mr Kitty. If aku gangster yang tak de perasaan dan aku memang stok jahat...
"saya langgar dia dengan kereta dia...." itu jawapan aku. Terkejoot MR Kitty sebab dia kata jahat jahat dia ada hati lagi.
Tapi tu kalau aku jahat la...tapi aku tak jahat.....
So skang dah kul 0530...aku nak g tido...tapi aku tak ngantuk...
Aku rasa itu je citer aku yang adventure hari ini.....hmmm....
tak de benda yang aku tertinggal kot...........

Maka dengan rasminya aku merasmikan diri aku sebagai DETEKTIF HUNNY!!!! Ekekekeekkekek....

Friday, January 22, 2010

:: Bertahan ::

oraitttt...
korang nak tau apa berlaku selepas aku confess perkara sebenar pada si saiko????????
Perkara yang amat menarik berlaku!!!
Aku otw nak balik rumah. Mr Kitty call....dengan suara serius "apa awak bagitau dengan saiko?"
aku cakap la aku tak kasik tau apa apa...sebab aku tau akibatnya. Cuma aku yang agak tak ready nak
tanggung akibat perbuatan aku!
Last last kitaorang bergaduh besar!!!!!
Bertubi tubi Mr Kitty call dan SMS berselang seli dengan si saiko....naik JEMMMMMM hempom aku!
Aku pulak busy menangis. Aku SMS Mr Firfy dan Cik Puan Wani. Wani call aku...berjurai jurai air mata aku.
Tup tup 30 minit lepas tu Wani sampai rumah. pujuk aku sambil sambil tu inbox hempom aku dah FULL.
Mr Kitty mengamuk ngamuk dalam SMS dia. Aku wat tak tau. Saiko tak ngamuk kat aku
tapi dia telah play COOL dengan cara yang menakootkan!
Ada lebeh kurang 50 miskol dari si saiko. Last last aku angkat hempom aku depan WANI....LOUDSPEAKER!
Kitaorang berdua.....dengar....dengar dan dengar.....
"Aku rasa minah ni dah meroyan la..." itu kata wani.

Letak hempom je ....Mr Kitty call
"Ngape saya call tak angkat???" dia macam nak jerit jerit
Aku pon bagitau kenapa.
Last last dia cakap cenggini : dah la....bagi la otak saya tenang.
Aku pon SMS dia aku cakap : apapun keputusan awak saya respek. Saya tak ada niat nak sakitkan hati awak. nak kecikkan hati awak.

Lepas dari tu dengan kelewatan 1 jam.....aku g jumpa client aku. Nasib baik kawan kawan.
Kalau orang yang aku tak kenal....mampos!!!!
Kitaorang berbincang sambil berkaroke. Dalam kul 2330 urusan selesai.
Mr Kitty call dan pujuk aku. Lega sikit hati. Tapi tak berharap sangat.
Perkara yang berlaku bakal buat kami berdua rapat atau semakin jauh. Itu aje.

Khamis : Kami berdua ke Banting. Aku buat part time JOB terjun. Design body stiker untuk kereta.
Lawak je. Seharian aku dengan Mr Kitty. Dari job buat stiker. Sampai main boling 5 game (trimas to incik Psunk yg belanjo)
Miting dengan boards of director Cranckers. Dan berlumba dengan swift standard yang tak laju.

Kami adakan heart to heart session. Cakap punya cakap. Sembang punya sembang. Aku yang bendul ni pon
bagitau dia pasal si Sarah Jantan. Aku dah malas nak simpan. Dia perlu tau. Dan aku juga baru tau kenapa dia dah tak kawan
lagi dengan Sarah Jantan. Aku agak kecil hati dengan statment MR Kitty. Sampai aku menangis.
"Sampai bila saya nak jaga hati orang lain?? hati saya????" aku selamba menangis depan dia....kat meja makan depan orang ramai!
Nak sangat??? Hamekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!
Apa statmentnya....biarlah rahsia. Ekekekkekekekke
Masa nak balik "Awak lupakan apa yang saya cakap tadi. Kita hidup macam biasa. Tipoo kalau saya cakap saya tak sayang awak. Awak pandai jaga hati saya. Awak faham saya. Cuma kadang kadang awak ni bendul sikit ngan blur. Jodoh kita? Biar Allah tentukan. Tapi dalam hati saya sekarang ni memang saya sayangkan awak"

Wednesday, January 20, 2010

:: Haruskah?? ::

"you can see my heart beating you can see through my chest i'm terrified but i'm not leaving..."

Yeapppp aku terrified....
wanna know what? benda yang aku simpan simpan selama ni akhirnya aku luahkan jugak. Atas dorongan kawan kawan dan exboyfren....
Tadi dalam 1-2 jam lepas aku berbual panjang dengan saiko. Aku cakap segalanya yang benar dipehak aku. Dia mendengar.
Tapi aku sebagai seorang perempuan lain yang kawan kawan aku katakan 'seorang yang tak pernah nak jaga hati sendiri asyik jaga hati orang lain'
have to put muhself in her shoe...aku tau dia terasa sangat dengan statment statment halus aku.
"Kitty cakap ko exGF dia...."
"Ko kene faham...aku dah 9 tahun dengan dia..."
Saiko asyik ulang ayat yang sama...sampai aku dah buat buat muka masa aku bercakap dengan dia.
Aku malas nak bergaduh sebab dok pikir dia belom habis pantang.
"Apapun terjadi Kitty tetap milik aku" - itu bukan ayat aku...tapi ayat saiko.
FINE ... FINE .....
aku jawap : Biar Allah tentukan semua tu
dia kata : ko rasa kitty sayang kat ko?
aku jawap : yes...dia sayang kat aku. tapi dia kesian kat ko sebab ko ngan dia dah 9 tahun
dia kata : ko tolonglah respek aku as awek dia
aku kata : dia kata ko exgf dia...

memandangkan aku tengok perbualan ni takkan ada ending if kitaorang berdua asyik cakap benda yang sama....maka aku pon terpaksa keluarkan ayat ayat politik.
Aku malas nak panjang panjangkan hal...even aku diam diam keluar air mata jugak. Aku leh dengan saiko dah nanges teresak esak.
Tetibe teringat artikel tentang MEROYAN yang aku baca semalam. Simptom simptom memang dah ada.
Cepat menangis...asyik menangis...cepat tertekan...cakap benda mengarut2...asyik cakap nak bunuh diri....nampak/dengar benda yg bukan bukan...insomnia...
woooooooo.......kata miss Vinko..."BIARKAN DIA MEROYAN!!!! KO TU SAMPAI BILA NAK JADIK BAIK?? LEMBUT HATI?? KO AJE YANG MELEPAS!! ASYIK KO JE!!!"
ye..antara tamparan dan cabaran yang hebat bagi aku.....tapi aku tak reti nak jadik SELLFISH!! cenggane nih??????

Last last saiko habis kredit....dia sempat anta aku satu SMS saiko....
"tak pe arr scha..thanks sbb terus terang. aku terima semua ni, ko ppm ko kene faham perasaan aku..ko kene respek aku sebagai awek dia..."
haruskah aku teruskan untuk bercakap/berhujah dengan orang yg aku rasa dah tak berapa nak waras?????
asyik suh aku respek dia as THE GURL in kitty's life ......atau aku layan je la....
AWEK..AWEK..AWEK...........siapa yang dulu g main kayu tiga siap amik gambar kat dalam bilik sama sama??? bukan aku kan???
Dah tu skang...??
aku lagik ke mangsa nih??
huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~

Aku pilih derita merinduimu!

Tuesday, January 19, 2010

::..and i cried...::

19/1/2010
1215
Ospis

kadang kadang aku terasa yang macam macam aku dah lalui terutama dalam personal life aku yang complicated nih.
Baru je sang Beskut buat aku menangis dengan kata katanya.......



[11:55] MunchYs: sebab tu gak ke hunn tak jadi kawen?
[11:55] MunchYs: maaf klu Mun tanye camtu
[11:56] MunchYs: klu Mun tak tanye.. nampak la Mun tak amek berat
[11:56] MunchYs: :)
[11:56] Hunn: haah the gurl bnyk tlg pasal duit
[11:56] Hunn: and yes...pasal ni la tak jadik kawen
[11:56] MunchYs: hurm..
[11:56] Hunn: one of the reason
[11:57] MunchYs: Hunn cam jenis ske kasi penyapu kt rumah sebelah, sedangkan umah sendiri berselerak
[11:57] Hunn: tak faham
[11:58] MunchYs: hurm.. Hunn ni cam jenis ske puaskan hati org lain, tapi tidak hati sendiri
[11:58] MunchYs: utamakan org lain.. tapi tidak sendiri
[11:58] MunchYs: tapi , maaf klu Mun salah ckp
[11:59] MunchYs: tu ape yg Mun rasakan.. :)
[11:59] Hunn: wuwuwuuu u make me cryyyyy
[12:00] MunchYs: Hunn.. sowie..
[12:00] Hunn: ishh tak de hal la
[12:00] MunchYs: tak bermaksud cam gitu..



..and i cried.

:: Ermmm dia sayang aku ke?? ::

0834 .. Ospis ....


Aku tidur 3 jam je. Plan asal konon nak balik awal la ape la....last last...LAMBATTTTTTTTTTTTTTT jugak.
Aku sampai di hadapan Apratment Cendana lebih kurang jam 2030. Kali ni aku tak tunggu lama. Dalam 5 minit aku nampak Mr Kitty berlenggang lenggok dari jauh.
Masuk masuk je dalam kereta ....
"Mama nak apa ni mama?!!!!!!! Apa lagi yang ko nak nih?? Ko tak faham ke aku cakap apa??? Weiii!!! ko dengar sini!!!! " rasa macam gegendang telinga aku leh berdarah bila bila masa.
Berdesing telinga aku.
Well...dia bukan marah aku pon. Dia marahkan si saiko. Maka petgadohan yang tanpa henti pon berlaku....TOPIK kali ini ialah ..... Meen Si Lawyer yang berstatus JANDA anak 1!!!!
Mr Kitty kenal lawyer ni melalui Mespes. Aku pon tak berapa nak setuju sangat dia berkawan ngan lawyer nih. Sebab muka...
1 tak buleh dipercayai.
2 lepas kes kawan baik aku kene tipoo dengan LAWYER jadian.. aku makin tak percaya kat sepisis penegak keadilan nih!!!!
3 aku tak tau apa lawyer ni nak ngan Mr Kitty tapi ayat ayat cinta dah mula didramakan.
Pendek kata AKU TAK SKE .. Mr Kitty tau tapi dia buat juge!
Gado punya gado punya gado...perjalanan kitaorang dah tertangguh hampir 30menet!!!!
Aku ingat benda dah settle...tapi derang leh sambung gado masa on the way nak g bengkel Din. Haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~
Lepas dari tu bertubi tubi SMS datang kat aku pulak dari SAIKO........antaranya :

"saiko saja seko cakap bukan2 kat dia....cz sayangkan dia"

"Entahla sejak buang babu 2. tertekan sangat.."

Aku pon layan je la mana yang patut....Sampai je bengkel. Aku ngan Mr Kitty lak bergaduh. Aku tengah dalam mood 'NAK JADI PENDIAM' dia usik aku macam macam.
Bila aku tak respon dia cakap aku KEPALA ANGIN. Aku cakap. Aku tengah mood DIAM. Dia terus tarik muka cakap aku ni tak leh dibawak bergurau!!!
Last last aku layan perasaan sorang sorang dalam kereta. Aku rasa aku terlelap sekejap. Tup tup....
"JOM BALIK!!!! Saya lapar!!!" terjaga aku - rasanyalah!!
"Kenapa ni awak???" see..mood aku dah elok...sekejap je...kan???
Mr Kitty diam. Tetiba....
"Sekarang ko cakap ngan aku siapa yang PALAT sangat cakap macam tu?? Ko cakap?!!! Ko cakap!!!!!!!"
Seterusnya...segala ayat yang keluar dari mulut Mr Kitty adalah bahasa bahasa HARAM.....isk isk iskkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...
Maka aku menjadi saksi pergaduhan lagi..

PUNCA : Meen Si Lawyer yang berstatus JANDA anak 1!!!!
Makin berang aku tengok Mr Kitty. Tah hapa agaknya isi perbualan derang. Letak je tepon Mr Kitty terus tanya aku.
"Boleh ke kalau saya bagi SMS kat Meen ..saiko leh dapat copy????"
Aku jadik pelik...aku belom pernah dengar lagi SMS leh CC .. kalau email aku tau sangat la...hmmm.....

Akhirnya kami malam sama sama. Sepanjang proses makan aku sedar Mr Kitty asyik pandang aku. Tah apa dia cuba 'baca'. Dalam pala otak aku ngah nyanyi lagu AKU RINDU SAYANG KAMU.
'Baca'lah kalau nak baca...ekekekekekek
"Saya tengok awak cukup suka kuah kacang dal kan?????"
Aku pandang dia - SENYUM.
"Itu aje yang tak pedas" aku jawap. Masa tu aku di piring ke 2 kuah dal aku untuk sekeping roti telor. Ekekeekkekekekek

Sepanjang waktu makan....aku diganggu oleh SMS SMS dari si saiko yang mengadu nasib diri dia. Kesian pon ada.
Tapi aku rasa dia ni pon cuba saiko aku jugak....
"Sekejap lagi kita pegi serdang kejap ok...." kata Mr Kitty kat aku
"Orait..tapi awak drive ek...saya tak larat la..."
"Boleh..." dia senyum .. aku tak tau kenapa dia berperangai agak 'pelik' bagi aku. Tak tau la apa yang dia cakap kat Meen dan Meen cakap kat dia.
Dah tentu sebab tu.....takkan sebab Saiko atau aku?! Kan????
"Saya tak faham....." katanya
"Tak faham apa?" aku tanya balik
"Kenapa perempuan saiko tu suka sangat menggelabah......kalau awak awak macam tu tak?" dia pandang aku dalam dalam
"Selama awak kenal saya...ada saya tuduh awak tanpa usul periksa? Ada saya nak bergaduh dengan awak pasal orang lain?"
"Tak ada....." dia jawap
"Dah tu????" aku tanya
"Awak rilex je....tapi kenapa dia tak leh jadi macam awak?????" Mr Kitty angkat beg laptopnya bagi isyarat nak bertolak.
Aku ikoot je. Sampai di Serdang Mr Kitty jumpa kawan lamanya ambik barang kereta. Lepas dari tu terus pegi bengkel semula.
Balik dari bengkel. Mr Kitty yang drive lagi. Sepanjang jalan dia seeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeenyum aje. Tah hape sebab tah....


IKLAN :
Antara rangkuman SMS si saiko pada aku malam tadi ...

1 : Hunn (walaupon aku tak tau kenapa dia panggey aku scha..sebab idoong aku agaknya...dah kata nama aku Hunny.panggey scha jugek!!) macam ni arrr..scha bagi ar semangat kat saiko. saiko terlalu tertekan scha. klo scha ada kat tempat saiko...tentu scha akan jd mcm saiko. tapi saiko masih tabah (yg ni dalam hati aku terus kata....ko tak tengok lagi ketabahan aku...ko baru jumpa sorang tu aje....ko tak jumpa lagi deretan deretan koleksi penyamun hati aku!!) dengan apa yang dia lakukan. Bagi scha ...Kitty sayang tak kat saiko? kalao scha memahami hati seorang perempuan yg lain. tlglah saiko......

2: Scha kat ne? scha cuba tanya dia dengan ikhlas dia sayang saiko tak? cuba seko dia skit cakap cenggini "awak sayang n serius tak kat saiko? kalau awak niat nak main mainkan dia..tinggalkan je dia. drpd idop mcm tu. branikan diri. klo macam tu lambong je saiko kat orang lain." Nak tgk apa dia jawap ----> SMS yang ni aku tak faham. tapi apsal lak nak suh aku saiko Mr Kitty?? Tak nak la aku......wat pe??? Skang ni aku jadik penerima SMS terpantas je la..kan??? Dan aku pon kemungkinan besar dah tau jawapan yang akan Mr Kitty bagi.

3 : Scha ...saiko rasa macam nak bunuh diri.

4 : Scha....saiko bebetul tak ingt apa dah ni...ni pesan saiko kat scha..kalo jadik pe pe kat saiko. tolong jaga Kitty ..tolong yea (dan semua ditaip dalam CAPS LOCK!)

5 : 1 lagi..kalao saiko ada wat salah kat scha selama ni maafkan saiko. saiko banyak wat scha terasa. tapi jgn cakap ngan kitty apa2 dia tak tau saiko kat umah. saiko saje je cakap saiko kat luar tadi. scha tlg tengok2 kan dia. thanks scha sbb tanya tlg kitty n masa saiko dalam pantang sayang care. banyak bagi nasehat.


Sebelom sampai kat simpang umah dia kat tepik lite. Dia genggam tangan aku. Dah lama dia tak wat cenggitu. Dia pandang aku.
Dia letak tangan dia atas peha aku...pelan pelan aku alihkan tangan dia. Aku tak tau apsal aku tak biarkan macam selalu. Kecik hati barangkali???
Dia genggam tangan aku lagi. Hmm.................aku pandang dia. Pandang kosong aje. Tak de pertanyaan pun dalam hati.
Sampai kat rumah dia. Aku tunggu sekejap sementara dia nak beli mee goreng untuk housemate dia. aku anta dia sampai depan pintu jaga.
Aku cakap kat dia aku tak de duit belanja. Dia keluarkan RM15 bagi kat aku. Aku salam dia....dan perhatikan dia berlalu.
Dalam hati aku....

DIA SAYANG AKU ke?????



p palang s : HAPPY B'day untuk adik aku dan Mrs Kechik!

Monday, January 18, 2010

:: Kantoi ::

"If it yours..it's yours......"
Nice qoute from a stranger yang aku kenal selama 15menet. Aku rasa macam lebih motivated dan tenang. Sampaikan Pikachu pon naik pelik dengan perangai aku.

"Hunn....Pika tak tau cenggane Hunn leh sabar gila. Dengan Kitty buat perangai..kereta hilang...Hunn boleh rilex lagi..buat lawak..."
Aku senyum dan terus ketawa.
"entah la Pika...terasa macam ..itu je the best thing to do untuk sementara waktu nih..."
"Kalau la Pika..ejard wat cenggitu..Pika dah ngamuk dah......kereta hilang dah nanges macam orang gila!"
Itu kata Pika.
Sabtu lepas kami ke education fair kat Shah Alam...lepas tu round semua shopping complex kat dalam shah Alam tu. Dah tak de kije sangat.
Dah la orang ingat aku ni dak baru lepas SPM bersungguh sungguh Pika ketawakan aku kat depan booth MMU ..cis kek!!!!!
Balik dari Shah Alam...aku terus ke Putera Mahkota menjemput adik aku. Balik dari amik adik aku. Lepak kat umah kejap tengok Nim's Island.
Lepas tu keluar melepak dengan Mr Kitty ngan housemate dia ngan anak housemate dia yang nakal tu!!!
Bawak budak tu jalan sampai pagi. Semua benda yang berlampoo dia cakap FUNFAIR!!! terjerit jerit dalam kereta sana sini ada FUNFAIR..aku pulak ketawa memanjang.
Sampai bengkel Din dalam kul 2330..
Mr Kitty tolong Din sikit sikit fiber simen kereta dia. Last last si Iman mengaruk ngaruk nak tido..Mr Kitty pon tidokan dia...amboiiii
terselah sungguh keBAPAAN dalam diri dia tu. Mr Kitty bawak Iman masuk dalam kereta aku ikoot...dia tepuk tepuk Iman sampai Iman terlelap.
Lepas tu dia keluar. Dia ajak aku..aku tak nak...last last ngan aku aku terlelap dalam kereta.
Terasa lama jugak la...tetibe terdengar pintu kereta terbukak.."Ni sapa yang tido nih?? budak ke mak budak???" dia tepuk bontot aku.
Siotttt je dengki tengok aku tido! Lepas tu dalam aku mamai mamai dia bawak kereta macam orang beracing. Tak tau apa yang dia nak laju sangat.
Telefon aku lak tak benti berbunyi Si Saiko tepon. Aku tak nak angkat. Dah la bateri dah low. Aku ngantuk. Ni mesti hal si Kitty nih.
aku pon biar je tepon tu berbunyi sampai bateri MATI!
Lepas supper ngan Mr Kitty. Aku pon balik umh. Charge hempom aku.
Dalam kul 0400 ..hempom aku berbunyi. Si Saiko lagi. Nak tak nak angkat je la.....
Soalan pertama : Ida nak tanya .....Hunny jawap jujur dengan Ida...kita sama sama perempuan. Hunny suka kat Kitty????
Terus aku ketawa besar di pagi hari. Ketawa kaver sebenarnya.....
Terus dia push push aku untuk mengaku. aku tak ngaku apa apa. Nak jaga hati dia.
Akhirnya dia keluarkan statment nih "Kalau Kitty nak pegi kat Hunny...Ida sanggup lepaskan dia"
WATTAFAKKKK??!!! dah macam drama Venezuela pulak rasanya!!!!
aku diam diam ketawa dan diam...tak nak keluarkan statment statment yang bakal buat dia ni bunuh diri.
Last last bila dia tak dapat pancing aku - mungkin. Dia keluarkan statment yang mengecilkan hati aku.
"Kitty cakap Hunny memang suka kat dia tapi dia buat tak layan je dengan Hunny.."
Rasa macam ada kabel terputus dalam jantung. Last last aku menangis sampai tertido......

Pagi pagi esoknya aku dikejutkan oleh panggelan mak aku. Terjerit jerit suruh aku bangun. Aku tengok jam kul 11. aku bangun. Mak aku suh aku
g skolah ayah aku sebab mak aku kata ayah aku tengah angkat buku skolah yang banyak banyak tu. Ayah aku kan tak leh buat kije berat sebab baru lepas
operation bypass jantung. aku pon mandi sikit sikit..terus merempit g skolah ayah aku. Sampai kat sana. Ayah aku suruh aku balik. Aku balik la...
Sampai rumah je...aku SMS Pika pasal apa jadik malam tadi.....dalam 2page jugak la SMS aku tuh. Lamaaaaa aku nak tunggu Pika balas. Tetibe...
hempom aku berbunyi Mr Kitty bagi sMS.......ADEHHH!!!!
Patutla Pika diam..aku bagi SMS yang aku nak antar kat Pika kat Mr Kitty!!!!!!! KANTOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII~!!!!
Aku slalu cenggitu!
Mr Kitty cakap : Apasal awak citer hal kita kat orang lain?
Aku pon secara politiknya menjawap dengan penuh politik..hahahhahaha
dia balas "Ada ke saya bebetul buat apa yang saya cakap tu??? Awak rilex je...saya cuma nak jaga hati dia..."
LEGA hati aku....ekekekekekkekekekekekkeke

Ahad....
Perancangan awal nak pegi Seremban nak tengok si Saiko yang dikhabarkan masuk Spital....last last tak jadik. Maka aku dok umah je pai petang,
Dalam kul 1900 pegi putera mahkota anta adik. Lepas tu balik rumah..lepak tengok katun. Dalam 2200 Mr Kitty sms ajak g tengok keta. Aku diam je.
Tunggu citer FAIRLY ODD PARENTS habis. Kul 2230 aku cakap aku on the way. Aku ngantuk tapi pegi la kejap.
Sampai je...Mr Kitty masuk kereta sambil terjerit jerit kat hempom. Gaduh ngan si saiko....setengah jam jugak la aku tunggu dalam kereta sampai tertido.
Aku diam je malas nak campoor!
Pegi bengkel Din. Din pulak tido. Adik dia adalah....
Lepas tu kitaorang pon balik...masa nak balik tetibe Mr Kitty mengeluh time tu kat roundabout kat umah dia..
aku tanya "apsal mengeluh??"
"Minah tu....tah bila nak berubah.....apala masalah dia....dia sorang je perangai cenggitu..pompuan lain tak macam dia pon. Awak tak macam dia pon. Apsal awak tak macam dia?"
Aku pandang dia....jungkit bahu.
Dia pandang aku....terus dia peluk aku..pelan pelan aku tolak. entah apasal aku buat cenggitu.
"Awak nak balik terus?" dia tanya
"Haah .. esok nak kije.."
"Ok...."

Aku pon anta dia .. balik umh...SMS cakap dah pai umh..cakap jangan gadoh3
Dalam kul 0130 Mr Kitty call cakap si saiko tengah terkandas kat tepi hiway balik umah mak ayah dia....kereta rosak.
Aku dengar je..tak de rasa nak tolong. Last last aku tido pai pagi dengan jayanya!!!!

Sekian citer hujung minggu aku....

Friday, January 15, 2010

:: Kure Kureku sayang ::

Syukur sangat sangat....
Kure kure aku telah ditemui...di Ulu Yam berdekatan dengan sebuah kuil...keadaan dalam kereta time jumpa tak yah cakap la....sana tercampak sini tercampak...bersepah sana sini..macam puting beliung....baraii baraiii yang hilang adalah duit duit syiling aku....ada dua bijik jam hello kitty aku...surat saman aku tak nak ambik pulak....sport rim dah calar balar...naseeeeeeeeeeeeeebbbbb body still ok...fuhh!! LEGA..........

:: Where do you sleep??? ::

14 Januari 2010 aku akan ingat sampai bila bila...kenapa???
sebab hari ni banyak benda pelik jadik dalam hidoop aku.....

perkara pertama :

Kereta aku hilang!!!!!! HILANG beb!! HILANG!!! Nyawa aku tu!!!!!!!! Hadehhhhhhh saat ini aku terlalu merindui kure kure ku itu.....aku tak lalu makan....fikiran melayang layang..kat manala dia tido malam nih??? Lebeh baik ilang Mr Kitty dari aku hilang kure kure aku......sob sob sob!!!




perkara kedua :
Si saiko tepon aku menangis nangis merayu rayu supaya aku faham dia sebagai seorang wanita lain. Dan macam macam hal lain jadik yang sangkut paut dengan Mr Kitty....dan kisah ini akan makin complicated!!!! Sebab sampai saat ni dah kali yang ke dua puluh kot dia call aku dan kitaorang bersembang dan macam macam citer dah kuar.......

perkara tiga :

Aku nampak orang simbah petrol kat BOX TNB!!!


apa kene ngan DUNIA??!! why?? why?? whyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!

Thursday, January 14, 2010

:: Jeng jeng jeng ::

Tak sempat nak menghapdet blog dua tiga hari ni..busy seyy!!! Busy ngan analysis busy ngan life busy ngan macam macam hal yang aku nak buat dalam tahun ni!!!
Ok kita mulakan cerita kita dengan citer hari Isnin.....jap aku pikir apa yang aku wat masa hari Isnin itu hari ek???

11 Januari 2010 ....
Dear Diary (ecewahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh)
aku tak ingat apa yang aku wat hari isnin...selain dari g kije ngan tengok cinta balqis. Trimas!

12 Januari 2010
Dear Diary....
Pertama kalinya sejak 4 bulan yang lepas. Aku buat benda nih. Aku pegi Mines dengan kawan kawan Mr Kitty. Main boling ngan berkaroke!
Ekekekek..sukanya aku!!! aku men boling pai jari aku melecet lecet...kesian jari aku. Hahahhaaa...bila Mr Kitty call masa aku kat Mines tu..aku tak angkat.
Aku cakap bateri low lepas untuk SMS je...padahal aku tengah meronggeng rokiah tanpa dirinya. Balik dari Mines dalam kul 0000 Mr Kitty call..
aku cakap aku baru balik dari umh sepupu aku!! - Tipoo lagi!!! Sorry ekkk sayang!!!

13 Januari 2010
Dear Diary..
Aku kije luar hari ni...dah telepon aku nyer kaver jatuh dalam longkang. Malamnya lepas tengok Cinta Balqis..aku pegi jumpa Mr Kitty katanya nak g klang nak
amik bonet wira aerobek. Aku pon bawak la kereta sentra aku...sekali leh tak jadik lak....aku pon balik rumah. tido! Sebelom tu g bengkel...baraikan cat
kereta Mr Kitty. Haaaa.....masa on the way nak pegi bengkel tu..Mr Kitty cakap cenggini. "awak...awak tau tak?? Mak saya suruh saya kawen cepat cepat ngan awak"
Aku Diam. "Tapi saya kata ngan mak saya ... saya tak sedia" . Aku diam tak pandang dia pon. "Biar Allah yang tentukan jodoh kita" . Dia pandang aku.
Aku diam. Buat muka tak de perasaan dalam hati menyanyi lagu Di Alam Fana Cintamu.

Kenapa dengan tiba tiba mak dia suh kawen nih?? Jeng jeng jenggggggggggg.....

14 Januari 2010
Dear Diary,
pagi pagi buata Mr Kitty dah SMS. Tanya dah bangun ke belom. Harus la aku dah bangun time tu dah dekat kul 0800! Dia cakap nak anta si saiko balik Nilai.
Aku pon cakap cenggana nak g sama. Aku kan kije. Dia diam. Sampai je ospis aku call dia. Dia cakap pompuan tu dah merambus. Ok..disebabkan tak berapa nak sedap hati.
Aku call dia balik dalam kul 1000. dia cakap si saiko datang balik sebab tumpah darah. Huh!!! Dia blah pagi tadi pon pasal derang bergaduh.
Gaduh pasal apa tau? Pasal Mr Kitty ada SMS sorang dak yang bernama PiePie nih...budak tu kalau aku dapat pon aku cepuk!!!! Tapi aku diam je tak nak cakap ape ape.
Aku cuma sengih dan senyum je. Malas nak tanya. Sebab dia yang cari pasal..bukan aku! Tadi Mr Kitty bagitau malam ni dia kene pegi Terengganu dengan housemate dia pai ahad!
YAHOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!! Bujang bujangannnnn!! lalalalalalaaaaaaa~

Monday, January 11, 2010

:: Berita Hujung Minggu ::

Aku sebenarnya tengah marah dengan mespes yg hanya membenarkan aku mengupload gambar one at a time...!! Macam haram!!!
Barai la nak upload satu astu dah la gambar beratus ratus!!!!!
Hari ahad semalam telah menyaksikan aku yang agak kecewa dengan permainan POLITIK AJL!!!!!
Kalau nak diikootkan lagu yang menang tu leh dikategori sebagai KAVER SONG yang mana pengacara sendiri cakap..lagu tu asalnya dari sebuah lagu KOREA!
Well...whatever!!
Dah la pembukaan macam SIAL sebab diSIALkan oleh lantunan suara yang paling CHOY dan teramat HAREM!!!!!
Pendek kata..AKU TAK SUKA!!!!!! Merosakkan lagu dan suasana....leh nampak la ko terkacip kacip kat stage tuh!!!
Tapi aku nak SALUTE abang Pejal Taher aku walaupon seperti OKU tapi dia tetap grand dan tetap kuat semangat!!!
Korang perasan tak rata rata artis semalam yg buat performance..semua nak pakai ala ala Mikel Jekson...tak pon nampak macam WARRIOR apa tah....
Rambut tak yah citer la baik pompuan baik lelaki masing masing dah muka macam kene rogol...!!!

Ok..cerita pada siang Ahad. Aku ke UKM atas urusan AUTOSHOW dah la aku salah tempat menunggu....lawak king je aku nih!!!
Padahal aku sampai 0830 disebabkan salah tempat aku pai tempat sebenar 0930...hari buduh aku kott semalam. Dah la kejoot Mr Kitty tak nak bangun bangun.
Dah kekurangan satu kereta kat AutoSHow tu. Sampai kat UKM dekat dekat tengahari. Aku setup kereta semua siap. Terus g melepak lepak. Panas GILA!
Rasa macam kulit dah tertanggal!!!
Kat autoshow je semalam leh habis RM50 - beli air je punya pasal!!! Mangkok betul!!!!!
Dah la sampai tak muat kawasan autoshow tu....banyak sangat kereta XTREME!!!! Nasib baik kereta aku kecik cenonet macam aku jugak!
Lepak punya lepak...masa aku tengah tengok kawan aku setup PASSO dia..rambut aku kene tarik!
CIS KEK!! Macam sial je kan?? Mr Kitty sampai tersengeh sengeh dengan si Boya...dua dua berbaju MoonEyes..heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee AKU BENCI BOYA tuh!!!
Last last dalam kul 1630 Mr Kitty ajak aku balik. Aku terpaksa balik la even aku sebenarnya nak melepak lagik.
Mr Kitty ajak aku teman dia balik Nilai jap. G amek sweater si saiko tu.
Sampai KL dalam kul 1730. Aku terus balik rumah dan berehat rehat sampai waktu AJL.

Dan lepas je AJL aku terus tido...sampai pagi dengan nyenyak!
Sekian berita hujung minggu.........

Sunday, January 10, 2010

:: Mak Kata......::

Selamat pagi ahad yang permai!!!
Hopefully permai la hari nih....if not....entah la it will ruin muh weekend selepas impian aku berbujang musnah mlm kelmarin!!!!


Malam tadi aku telah diarahkan untuk melawat si saiko. Siap kene bawak nasik ngan lauk orang patang lagik tu. Kononya nak happykan dia...nak buat kawan dengan dia and buat dia rasa disayangi. Memula bergaduh jugak dengan Mr Kitty. Last last macam terpaksa mengalah.

Aku sampai je ...masuk bilik. Tengok minah tu tengah berselimut. Fine lah...tapi SEKSI yang amat. Terus aku sound 'Apasal pakai cenggini?? Kalau masuk angin nanti...kan susah??? Rambut tu apasal main sepit sepit je???? Rambut kene ikat ketat ketat la.....'
Kata nak sehat cepat....diri tak nak jaga. Mak aku kata...orang yang kes cenggini penjagaan PANTANGnya kene lagi rapi dari orang bersalin normal. Mak aku kata lagi kalau tak jaga bebetul mau mau demam...kalau demam tu bertambah teruk leh MEROYAN!!! Nak ke??? Nak ke???????????? Aku tak nak!!

Malam tadi sekali lagi aku dipertemukan ngan MAMAT BOYA tu...MR Kitty sendiri mengaku yang Boya mengajar dia benda yang bukan bukan. AKU BENCI MAMAT TU!!!! Aku just senyum kelat je..malas nak kasik komen panjang panjang. Sebab aku tau Mr Kitty tengah skendel dengan pompuan BOYA! CELAKA betul!!! Tak pe..we will see nanti bila Mr Kitty dapat susah! Hadehhh laaaa ske beno nak carik pasal!

Hari ni pagi pagi aku dah bangun. Nak pegi AUTOSHOW.....itupon Mr Kitty cakap aku leh naik keta dia..IF NOT aku dah plan nak MERAJUK!! Later aku nak kejutkan Mr Kitty bangun....till then...WHATEVER!

Saturday, January 9, 2010

:: Tak Bujang! ::

2330 .....
aku keluarkan hempom aku dari dalam beg. 15missed call!!!!
erk...aku check "Mr Kitty" erkkk erkkk....aku check sms : "Awak call saya balik nnt"
Aku sebenarnya time tu tengah seronok berkaroke....
aku keluar ke koridor...tempat yang ala ala diam skit.
Aku call Mr Kitty ...

"Awak kat mana nih??" Mr kitty tanya
"Ermmmm ermmm..umah Nane" - Tipooo!!!!
"Oh.....saya on the way balik KL"
"What????"
"Saya on the way balik KL...."
"Eh...kata seminggu kat sana?????" - terkejoottt
"Tak jadik...saya ngan dia nih..bawak dia balik KL" - katanya.

Dan time time tu jugaklah aku tahu bahawasanya impian dan harapan BUJANG aku MUSNAH!!!
"Sekejap lagi saya nak jumpa awak....bla bla bla bla" panjang hujahnya adalah lebeh kurang 10 menet jugak kami berbual.
Ada sekali sekala aku bercakap lak ngan Miss Saiko tu. Hadoiiiyaiiiiii!!!
MASALAH!!!
Aku dah atur jadual skit nyer cantik untuk pai next week!!!!

Dah Mr Kitty suh aku berbuat baik dengan saiko tu la ape la...ehhh tak de kije aku heh!!!
Dia suh masak untuk si saiko tu...nasehat buleh...MASAK??!! Wayyyyyyyyyyyyyy NOOO!!!!!

Balik dari acara boling + Karoke aku g makan ngan kawan kawan aku. Melepak sampai kul 0137. Hempom sengaja aku tinggalkan dalam kereta!
Mr kitty call aku dalam 10 menet lepas aku bertolak dari Bangi. Dia tanya kat mana. Aku cakap kat Bangi. Dia ngat aku melepak ngan kawan kawan dia...padahal..TAK!
Dia suh aku datang jumpa dia. Aku cakap MALAS!
Dah tu...?????

Baru je berangan nak berbujang bujang. Last last????????????
Hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiii Mr Kitty....apa la anda nih??
And know what?? aku rasa dia ada something BIG yg dia sorok dari aku.
Dia nak g anta keta cat on Monday. Padahal aku tau duit dia tak cukup lagi 500(RM). Aku tanya mana dapat duit? JAWAPAN dia : ADALAH...HA HA HA~
Haih?? dah jadik GIGOLO balik macam dulu dulu ke??

Friday, January 8, 2010

:: Party Bujang!! ::

dengan rasminya malam ini aku bakal meronggeng dengan kawan kawan aku kat Mines....!!
Main Boling ngan Karoke jamban pai meletop!!! wkakakkakaka
inilah yang terjadi bila sowank sowank........
jeng jeng jeng!!!!!





waktu entry ni di post aku tgh meronggeng la nih!!! GEGAR!!!!!

:: Bujang Bujangan ::

2 jam yang lepas aku menghantar Mr Kitty kat sg besi...hantar pakai kereta dia...hahahahaha. Dia nak balik somban katanya ada urusan ngan pak su dia dan esok pagi pagi nak uruskan miss saiko. aku pesan macam macam ngan dia...sebab kesian pon ade dalam hati nih....tapiiii bio laaaaaaa.
Tak sampai beberapa menet. Mr Kitty anta SMS 'I'm gonna miss u' aku nak gelak pon ade nak senyum pon ada nak nanges pon ada...aku bio je....
Lepas dari tu aku g kedai Bobo..melepak dengan kawan kawan Mr Kitty. Semua dok tanya mana dia...aku ckp la dia balik kampung. hak hak hak solo molo aku seminggu nih!!!!!
Maka esok bermula lah hari bujang saya!!!
woot!! woot!!

ohh lupe nak cakap...abang Rela dah start tepon tepon aku balik....hadehhhhh


Wednesday, January 6, 2010

:: No Cayunk....No... ::

Aku sebenarnya agak TACHING dengan perangai Mr Kitty sejak sejak dia rapat ngan budak B0YA ni!!!
Bukan apa...even muka ada ala ala REEFA+DAMIEN tapi dia adalah seorang umat yang hati aku cakap TAK BOLEH PERCAYA!
Ok..FYI .. Mr B0ya ni dah kawen - BARU DUA (2). Sorang bini kat Penang. Soang bini kat Pandan Indah. Yang merisaukan aku adalah. Dia ni suka hasut
Mr Kitty dengan kerja kerja yang tak berfaedah!!!! Siap jadik supplier CD Blue lagik!!! - HARAM JADAH betul!!!
Yang paling besh...malam kelmarin masa aku lepak dengan derang. Dah la aku kene pow...bukan tu je. B0ya ni leh on FB dia kat E71 dia dan tunjuk kat aku betapa ramai PEREMPUAN dalam FB dia!
Yang lagi besh!!! Dia siap ngayat sorang awek ni depan aku!! SETAN tak?!!!
Aku tak ske Mr Kitty kawan dengan dia! Tapi ... derang berdua dah rapat semacam. Aku tak sure kenapa.
Mungkin B0ya ada janji nak bagi pompuan kat Mr Kitty kot. Yang aku tau dan rasa (hati aku cakap nih) B0ya just nak gunakan Mr Kitty untuk naikkan nama dia dalam dunia otoshow.
Rasanya dia baru nak main kereta. So dah ada orang leh kenekan...silakan je la!
Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...apa lagi dugaan yang datang nih?!!!

Semalam Mr Kitty tak jadik g Seremban menemankan si Saiko tu. Mr Kitty cakap hari ni baru nak pegi. Aku call tadi tak angkat pulak. Tengah tido lagi gamaknya.
Malam tadi FIRST TIME EVER aku tolak pelawaan Mr Kitty untuk keluar bersama. Entah.....tak tau kenapa aku ada GUTS untuk say NO!!!!
Bukan apa....terdengar nama B0ya terus ilang MOOD!!!!



I'm so sorry,,bukan sengaja..but i have to say NO this time. Not tonite cayunk..not today....so sorry.....

Apa lagi nak jadi nih?!!!!

..dan sebenarnya jauh dalam hati aku ada RALAT dan kesedihan yang tersembunyi....*sigh*

Tuesday, January 5, 2010

:: Aku dak Baik ::

Tadi siang aku kene marah dengan Mr Kitty...habis habisan dia mengamuk dengan aku - tanpa sebab!!!! Padahal aku cakap dah habis lembut. Agaknya dia tingin nak dengar kelangsingan suara aku yang bisa mambuatkan speaker hempm dia pecah gegendang telinga dia berdarah dan terus pekak seumur hidoop agaknya. Tapi macam biasa aku SABAR!
Aku tau dia tengah kusut....
dan disebabkan aku malas nak bertekak...aku hantar SMS cenggini kat dia :

"Saya cuma nak pesan kat awak. Nanti awak jaga dia baik baik. Jangan bagi dia mandi air sejuk. Makan kene jaga...ayam tak buleh. Makanan sejuk tak bolah. Kalau tak tau...nanti apa apa tanya saya ok....jaga diri awak tau. Sayang awak!"

Baik tak aku?? Baikkan?? Mana nak carik awek macam aku nih?? Bf nak g jaga exGF pon leh rilex lagik.....Hmm....

Ape yg bakal jadik lepas ni....aku berserah je lah........





:: Setiaku Di Sini ::






Ku terasa kesyahduan
menyelimut malam ku sepi
kumenanti kepulangan mu
kau janji-janjikan suatu masa dulu

Hanya kau kasih kau ku kasihi
kata-kata yang dilafazkan
mengikat jiwa dan cinta
hingga tak termimpi pengganti yang lain

Biar ku dicengkam gelisah
dibuai rindu yang mendalam
resah mendamba belaian mu
yang teramat ku dahaga

Kumasih lagi setia
biar pun takdir mencabar kita terpisah
ku masih lagi di sini
berpegang teguh kalimah cinta

Kubisikkan dalam tangisan
yang gugur berderai ke bumi
menjadi bingkisanku yang akhir
untuk bekalan jalanmu
mencari mahkota menghiasi pelamin kita

Monday, January 4, 2010

:: Babai 2009 ::

sedutan b'day Mr Kitty :






Ini adalah catatan pertama untuk tahun 2010. Selalunya aku wat jendela 2009. Tapi belom tulis lagi. Nantilah ek...
So...meh kita bercerita tentang apa yang berlaku baru baru ini.
31 December 2009 :
Siangnya la..Mr Kitty datang rumah. Sambut b'day kat rumah aku lak..ekekekek Mak masak spesel3 dalam 7 jenis lauk. Semua untuk bakal anak menantu (konon konon la).
Malamnya aku ngan Mr Kitty keluar. Celebrate bday dia kat Banting. Dah la dia buat peel pelik dia..ade ke keluar ngan aku pakai jubah ngan serban. Nasib baik aku tak berapa nak seksi malam tu.




Selepas di tahan polis dan JPJ beberapa kali
sewaktu balik ke Cheras...dengan perut aku yang lapar...Mr Kitty ajak lak aku melepak dengan kawan kawan dia
yang berpangkat 'unce uncle' kat kedai mamak!!! Terus tak berselera aku nak makan. Tapi aku simpan dalam hati je. Banyak kali uncle uncle tu tanya Mr Kitty "tak ajak honey makan ke?"
dia jawap "dia ni mana makan nasik!!!" - rasa nak nanges...tapi ku tahan Jebat!!!!


1 Jan 2010 :
Mr Kitty melepak kat rumah lagi kali ni sebab nak siapkan projek L5 kancil lagi satu. So seharian la kami berdua kat rumah tu.













2 Jan 2010 :
Cakap nak pegi autoshow kat Batu Pahat. Tapi tak jadi sebab last last rakan muda panggey dia buat show off kat Dataran Merdeka pulak. So dia pun kelam kabut siapkan L5 yang satu tu..ngan keta dia skalik.
Tapi dia tak bawak aku pegi Dataran pon. Sebab dia cakap nak loneranger. Aku kasik je. Malas nak bertekak lelebeh. Lagipon aku dah cakap dalam hati.
If ade jodoh aku ngan mamat ni...adalah. Tak de...redha je la!
3 Jan 2010 :
Melepak kat rumah lagi. Akhirnya interior L5 siap juga!



Dengan bangganya Mr Kitty masuk bakul angkat sendiri. Dia pon dengan selamba bercerita..secretary club kawan dia nak ngorat dia.
Bukan main lagi. Dalam hati aku cakap la..."BERANI LA....ko tengok apa jadik nanti!". Tapi yang beshnya dia selamba je citer benda benda ni kat aku.
tah ape motif tah...hmmmmm...



4 Jan 2010 :
Aku mula bekerja. Mr Kitty pon dengan kerja kerja dia yang tak berfaedah tu. Apa ek nak cakap. Senang citer la.
Aku memang sayang Mr Kitty. Sayang sangat sangat. Tapi dia tu?? Entah la....

so slamat tinggal 2009...selamat datang 2010....aku tak tau la apa nak jadik ngan aku tahun nih!!!

Mak aku telah membuka tirai 2010 dengan kata kata ini "Ape ape majlis pon kita ON masa 10.10.10 nanti" - dalam maknanya tu Mak oiiiiii

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...