Thursday, January 14, 2010

:: Jeng jeng jeng ::

Tak sempat nak menghapdet blog dua tiga hari ni..busy seyy!!! Busy ngan analysis busy ngan life busy ngan macam macam hal yang aku nak buat dalam tahun ni!!!
Ok kita mulakan cerita kita dengan citer hari Isnin.....jap aku pikir apa yang aku wat masa hari Isnin itu hari ek???

11 Januari 2010 ....
Dear Diary (ecewahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh)
aku tak ingat apa yang aku wat hari isnin...selain dari g kije ngan tengok cinta balqis. Trimas!

12 Januari 2010
Dear Diary....
Pertama kalinya sejak 4 bulan yang lepas. Aku buat benda nih. Aku pegi Mines dengan kawan kawan Mr Kitty. Main boling ngan berkaroke!
Ekekekek..sukanya aku!!! aku men boling pai jari aku melecet lecet...kesian jari aku. Hahahhaaa...bila Mr Kitty call masa aku kat Mines tu..aku tak angkat.
Aku cakap bateri low lepas untuk SMS je...padahal aku tengah meronggeng rokiah tanpa dirinya. Balik dari Mines dalam kul 0000 Mr Kitty call..
aku cakap aku baru balik dari umh sepupu aku!! - Tipoo lagi!!! Sorry ekkk sayang!!!

13 Januari 2010
Dear Diary..
Aku kije luar hari ni...dah telepon aku nyer kaver jatuh dalam longkang. Malamnya lepas tengok Cinta Balqis..aku pegi jumpa Mr Kitty katanya nak g klang nak
amik bonet wira aerobek. Aku pon bawak la kereta sentra aku...sekali leh tak jadik lak....aku pon balik rumah. tido! Sebelom tu g bengkel...baraikan cat
kereta Mr Kitty. Haaaa.....masa on the way nak pegi bengkel tu..Mr Kitty cakap cenggini. "awak...awak tau tak?? Mak saya suruh saya kawen cepat cepat ngan awak"
Aku Diam. "Tapi saya kata ngan mak saya ... saya tak sedia" . Aku diam tak pandang dia pon. "Biar Allah yang tentukan jodoh kita" . Dia pandang aku.
Aku diam. Buat muka tak de perasaan dalam hati menyanyi lagu Di Alam Fana Cintamu.

Kenapa dengan tiba tiba mak dia suh kawen nih?? Jeng jeng jenggggggggggg.....

14 Januari 2010
Dear Diary,
pagi pagi buata Mr Kitty dah SMS. Tanya dah bangun ke belom. Harus la aku dah bangun time tu dah dekat kul 0800! Dia cakap nak anta si saiko balik Nilai.
Aku pon cakap cenggana nak g sama. Aku kan kije. Dia diam. Sampai je ospis aku call dia. Dia cakap pompuan tu dah merambus. Ok..disebabkan tak berapa nak sedap hati.
Aku call dia balik dalam kul 1000. dia cakap si saiko datang balik sebab tumpah darah. Huh!!! Dia blah pagi tadi pon pasal derang bergaduh.
Gaduh pasal apa tau? Pasal Mr Kitty ada SMS sorang dak yang bernama PiePie nih...budak tu kalau aku dapat pon aku cepuk!!!! Tapi aku diam je tak nak cakap ape ape.
Aku cuma sengih dan senyum je. Malas nak tanya. Sebab dia yang cari pasal..bukan aku! Tadi Mr Kitty bagitau malam ni dia kene pegi Terengganu dengan housemate dia pai ahad!
YAHOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!! Bujang bujangannnnn!! lalalalalalaaaaaaa~

No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post