Thursday, March 22, 2012

:: E-Filing ...dah buat ke belum? ::

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia telah mengumumkan pembukaan Sistem e-filing LHDN online untuk borang e-BE, e-B, e-M, e-P,dan e-E bagi tahun taksiran 2011 disediakan mulai 1 Mac 2012. Kini segalanya sudah berubah menjadi serba moden dengan adanya Sistem e-filing LHDN secara online.

Anda boleh membaca panduan e-filing LHDN cukai pendapatan di bawah:-

Panduan Lengkap e-filing Cukai Pendapatan LHDN Malaysia

Bagi pengguna sistem e-filing LHDN kali pertama, anda perlu membuat permohonan no.pin melalui e-mel ke pin@hasil.gov.mymenggunakan alamat email sendiri dan permohonan harus disertakan dengan:-
1. No. Rujukan Cukai Pendapatan
2. Alamat terkini
3. Salinan MyKad (muka depan dan belakang)
4. No telefon
Selain mendapatkan no.pin e-filing melalui online, pengguna kali pertama juga boleh hadir sendiri kepejabat LHDN terdekat bagi mendapat nombor pin untuk akses sistem e filing LHDN Malaysia.
Bagi yang pernah melakukan e-filing, anda boleh menyediakan semua perkara yang disenaraikan di bawah:-
1. No. Rujukan Cukai Pendapatan & no.pin.
2. Penyata gaji daripada majikan cth. borang EA
3. Resit dan dokumen penting untuk mendapat pelepasan cukai.
4. Dokumen sokongan tidak perlu menghantar borang EA atau EC dan dokumen pelepasan cukai (cth. resit).
5. Dokumen sokongan harus disimpan selama 7 tahun bagi LHDN menyemak kebenaran tuntutan anda.
Selepas anda mendapat no.pin anda perlu melakukan segala arahan di bawah:-
1. Pilih kategori pembayar cukai samaada (cth. gaji atau peniaga)
2. Masuk ke laman web sistem e-filing LHDN
3. Pilih kelas (cth. Be-gaji / B-berniaga)
4. Masukan angka gaji bagi yang mengunakan kelas Be
5.
Bagi kelas B pastikan penyata akaun untung rugi dan kunci kira-kira. Pastikan semakan oleh akauntan dibuat untuk mengelakan kesilapan.
Tarikh akhir penghantaran borang cukai pendapatan adalah pada 30 April 2012. Denda sebanyak RM200 akan dikenakan jika lewat. Akan datang Encik Cerita akan menyenaraikan semua panduan cukai pendapatan e-filing LHDN online dan juga jenis pelepasan cukai pendapatan di entri akan datang. Anda juga boleh melawat ke hasil.gov.my.


**ai belom buat! hahahaha april dah nak stat dah nih~ T_T



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

4 comments:

  1. thanks 4 the info..i pun br start nk buat e-filling ni..hahaha

    ReplyDelete
  2. I tak perlu buat..gaji i sikit je :)

    ReplyDelete
  3. owhh kena bt bnd nih eh..
    huk3..thanx tau fir da info!!
    folo n link u alredi

    http://miszatie.blogspot.com/2012/03/my-3rd-year-anniversary.html

    ReplyDelete
  4. tak buat pun...tak declare pun income.dah deduct dah...halal je la.untuk anak sekolah nanti...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post