Wednesday, March 7, 2012

:: Baby Boy ke Baby Girl nih?? ::

Lelaki Atau Perempuan? Jom Kita Teka

Sambil mengusap-ngusap perut anda, mungkin anda tertanya-tanya apakah jantina bayi di dalam perut anda, lelaki ataupun perempuan?

Walaupun jantina bayi sudah boleh diketahui melalui ujian ultrasound, namum bukan semua berjaya dilihat. Lagipun lebih seronok jika main teka-teka bukan? Apa salahnya, boleh menghiburkan hati anda juga.

Jika anda ingin main teka-teka jantina bayi anda, anda boleh cuba perhatikan tip di bawah ini. Lihat tanda-tanda berikut dan cuba anda teka tanda yang anda alami lebih banyak berada pada bayi lelaki ataupun perempuan.

Tafsiran ini bukan untuk anda percayai sepenuhnya, tapi tidak salah untuk dijadikan hiburan dan kebetulan mungkin juga betul. Jadi, nak tahu lelaki atau perempuan, jom kita lihat.

Tanda Bayi Lelaki
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit  (159/minit)
  • Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin (SUKE2)
  • Suka makan daging dan keju  (SUKE2)
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk (YES)
  • Tangan selalu kekeringan  (YES)
  • Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya. (HAHAHA badan hubby mmg naik!)
  • Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil (ada org ckp ye ada org ckp tak)
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala  (YES)
TANDA BAYI PEREMPUAN
  • Mengalami morning sickness di awal kehamilan  (YES)
  • Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya (NO)
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan yang manis  (NO)
  • Sukakan buah-buahan  (NO)
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam (Ice Lemon Tea setiap pagi)
  • Anda lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil (ade jerawat halus yg banyak)
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya (selama ni makan roti mmg takkan buang kulit..membazir)
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

11 comments:

  1. i pon xtau mine nanti girl or boy..heheehehe..i xksiah..yg penting sumenye selamat n sempurna :)

    ReplyDelete
  2. kawan ai cakap campur2 dia pun ada gak morning sickness suka makan manis...tapi anak2 dia dua2 boy hahahhaa....Allah yang tentukan..kita doa je la...~

    ReplyDelete
  3. ehehe campur2 lah honey walaupun dah scan and dah boleh nampak jantinanya dgn terang...

    dah tahu ke baby apa? ppew pun tak kisahlah ppuan ke laki ke janji dia lahir nanti sihat sempurna kan...

    ReplyDelete
  4. Baby awak boy ke girl..? Hari tu tengok rasanya girl..hahahaha **Gurau :)

    ReplyDelete
  5. kitty..u tanda2 yg mna2?hehe..yeay..xlma lg ada kitty junior..hehe

    ReplyDelete
  6. shura - u agak2 bby girl ek?? kalao ye...legasi hello kitty diteruskan la~

    ReplyDelete
  7. nida - nnt ai update tanda yg mana ai ada ngan tak de ye...yg penting bby dalam tummy ai ni sehat n sempurna..amin

    ReplyDelete
  8. mcm gegurl la..hehe.. semoga baby & mummy sentiasa sehat k =)

    ReplyDelete
  9. niza : hehehehehe...tak tau la...mmg asal bby sehat n sempurna n mummy dia pun sehat sejahtera

    ReplyDelete
  10. hhhmm..kalo ade sikit tande baby boy @ sikit tande baby girl cam ner plak ek???hehehe...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post