Thursday, November 26, 2009

:: Bicara Tanpa Suara ::

Plan malam tadi adalah aku sepatutnya ke Banting. Dalam perjalanan....aku dapat panggilan pulau dari Incik Orang Kanan (IOK) Mr Kitty..
Dia ajak aku pergi aktiviti 'menepung tawar' salah sorang kawan kitaorang. aku cakap ON aje.
Aku cakap ngan dia aku roger balik as soon as dia habis kije dalam jam 930.
Tup tup...sedang aku bersembang dengan Vin, Mr Kitty call.
Cakap punya cakap .. walaupon ade sedikit pergaduhan kecil disebabkan aku pergi isi minyak kereta dan jalan jem.
Aku terpaksa cancel semua plan aku dan pergi berjumpa dengan Mr Kitty yang telah memberikan ayat sedemikian kepada aku 'NAK MINTAK TOLONG DENGAN ORANG MEMANG SUSAH!"
Nak tau kenapa dia cakap cenggitu?
Dia teramat amat amat lah lapar. Dia kata duit dia tinggal 60 sen je. Gaji belom masuk lagi.
Aku cakap aku leh pai kat tempat dia dalam beberapa waktu sebab skang jalan jem ngan minyak kereta aku dah hampir barai.
Aku kene wat pitstop untuk isi minyak dulu.
Mungkin dek kerana kebuluran tahap Somalia. Aku telah kene sound!
Bukan aku sengaja nak tak de minyak kereta. Bukan aku sengaja nak jem kan jalan kat depan Flamingo tu. Bukan aku sengaja suh 6 bijik kereta berlanggar sesama sendiri sampai jem teruk!!!!
Tengah cakap cakap dia leh letak tepon. PANTANG!!!! PANTANG!!!!!!!!!!!!!!
Aku call balik. aku nak je sound JANGAN PERANGAI MACAM HANJING EK!! - aku cool downkan hati aku...tarik nafas dalam dalam..ingat Tuhan..ingat Tuhan....
Aku pujuk dia - padahal aku yang patut di pujuk.
Penat balik kije. Dengan jalan jem. Minyak keta dah terbarai. Sanggup cancel plan. Aku datang jugak memikirkan dia lapar tak makan lagi.
Aku sampai kat Taman Shamelin (kott nama tmpt tu) lebeh kurang kul 2100.
Sampai sampai...elok lak mood dia.
Fikiran aku lak KOSONG!
Dia ajak g makan. Aku cakap dah alang alang dekat ngan umah dia...pegi hantar kereta dia dulu. Tak pe g makan naik kereta aku.
Dah hantar kereta dia semua. Sekalik BOS dia lak call. URGENT MEETING kat KUCHAI!
Maka dia dengan perut kosong bergegas ke KUCHAI. Aku lak dipesan untuk tunggu dia sampai dia balik. OK.
Aku pun bagitau la dengan IOK dia. IOK dia cakap : alahhhh dia tak bagi ko pegi la tu...tak pe la aku balik umah je.
Rasa bersalah lak dengan IOK Mr Kitty. Aku mintak maaf. Tapi dia suh aku relax je. FINE!
Sementara tunggu Mr Kitty balik umah...aku men internet sampai rasa nak pitam. Hahahahahhaha dia cakap pegi kejap je.
Last last dalam kul 0000 jugak la dia balik. Maka pegi la makan.
BENCI betul!!! dah la air bersemut2 walaupon dah 7-8 kali tapis (ape nyer kedai la!)
Kene bayar FULL lak tu. Malas nak pikir dah!!!
Lepas makan, dia cakap....JAP LAGI TEMAN ORANG G CUCI KERETA ek...SEMAK TGK KERETA KOTOR!
Oraitttttttttttttttttttt~
Sementara tunggu dia mandi..bersiap..makeup bla bla bla...aku sempat tido kejap. PENAT!! PENAT!!!
Dia pon nampak macam faham aku penat..tapi dia tak nak komen ape ape.
"Naik kereta saya aje ye.." dia cakap intonasi suara mendatar.tak senyum.tak de reaksi. aku ikoot je. menguap berkali kali.
waktu? 0145.
Cuci kereta kat BTS. Pernah tak korang keluar berdua duaan dengan sape sape la terutama org yang korang sayang or partner korang tapi SEPATAH HARAM pon korang TAK BERCAKAP!???
Ya.................ya....................ya..............
Ia berlaku pada aku awal pagi tadi.
Aku cuma cakap dalam hati. Semua dalam hati. Termasuk ape aje yang aku nak cakap dengan dia...semua dalam hati.
Lepas cuci kereta teman dia g beli sabun mandi dengan nescafe 3 in 1. Lepas tu g kedai DVD pulak.
Aku dah ngantuk..tak ngantuk pon tapi rasa PENAT!
Hmmm......dia anta aku pai kereta aku kat umah dia. Masa tu kul 0245 kot.....salam. Dia pesan "bawak kereta elok elok"
ITU SAJA. Semuanya terasa macam lain macam.
Kenapa? Adekah lelaki akan jadi begitu bila belom GAJI?!
Aku sampai rumah. Golek golek atas katil mengharapkan dapat tido. Last last aku nangis. Terasa sedeh lak.
Aku terlelap tah kul berapa tah...terjaga time jam 0530.
Mandi.....buat ape yang patut....pegi kerja.
*sigh*?????










3 comments:

Ivy Metaga said...

hurmmm..kesian..tapi takpe..nt semua akan ok tu..biasa lah kita ppuan ni je pandai2 pujuk diri sendiri kan hehe

F A R Y N said...

mengada2 jantan tu...benci ar!

Dia.Honey said...

ivy ..tgh pujuk diri sendiri la nih


vin ..........

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...