Monday, November 16, 2009

:: Aku yang tak mengerti????? ::

Ahad....(skang kul 0250 - isnin)
biasenya kalau orang ade bf yang tak bekerja di hari ahad..kalau tak duduk jauh atau dipisahkan benua
atau lautan...kompem kuar deting.
Aku?
Aku duduk rumah je....
sebab??
Sebab Mr Kitty kata dia kerja.
Bile aku call lebeh kurang kul 1845 dia cakap...dia kat mid valley dengan orang kanannya!!!
Hmm......kecik hati? IYA!
Mr Kitty cakap...DATANGLAH!
Sebaik sahaja letak telefon dia SMS - TAK YAH DATANGLAH!
Sakit hati? - IYA!
Aku tak tau nak kata ape dah...aku sms orang kanan Mr Kitty.
Hmm...selang 3-4 SMS. Talin bagitau..Mr Kitty nampak sms dia dan aku..Mr Kitty suruh aku datang.
Aku tak balas SMS Talib. Selang 5 minit cenggitu. Talib SMS tanya aku dah OTW ke?
Aku tak balas.
Hempon aku lagi satu berbunyi....Mr Kitty SMS tanya aku nak datang ke tak sebab dia dah nak balik.
Aku tak BALAS. Sebab??? Sebabnya korang pon tau kalau korang jadi aku!
Tak lama lepas tu dia call...
"KENAPA TAK BALAS SMS???" (korang tau kenapa aku gunakan CAPS LOCKS!)
"tak tau apa nak cakap....."
"Orang dah nak balik nih..."
"Kata tadi nak pegi KLCC..."
"Nak pegi KLCC la nih...."
Talian dimatikan.....aku sedeh. Aku bagitau Vin ngan Cik Nane...
Last last Vin ajak keluar - Blanje aku makan. TRIMAS!!!!!
Masa tengah deting dengan Vin..Dua kali Mr Kitty call...DUA KALI AKU TAK ANGKAT!
Lamaaaaaa lepas tu aku sms...cakap tak sedar (poyo je)
Lepas tu aku call...
Dia suh aku bukak email dia...bos dia bagi email.
Aku hantar Vin. Aku balik umah. Bukak Email dia. Call dia nak bagitau isi kandungan.
Nak tau ape jadik???
"Saya nak bacakan email awak nih..."
"TAK PAYAH! Dah tau dah...."
Ok..skang ni, aku ke yang tak faham ape dia cakap...atau dia yang tak tau ape yang dia buat?
Hmmmmmmm...COMPLICATED???
Oh.....citer ni belum habis lagi..panjang lagi malam aku nih.
Aku pon gatal mulut tanya dia kat mana.
"Kat Cheras..."
"Ermmm Cheras?? Tadi masa honey call..cakap kat Pandan Indah dan nak pai umah nak balik???" aku kan cepat kompius...sebab tu aku tanya.
Nak tau dia cakap ape??
"APA YANG AWAK TAK FAHAM NI? TADI KAN SAYA CAKAP KAT PANDAN INDAH..SAYA PEGI JUMPA KENNY...HANTAR GAMBAR YANG DIA NAK..LEPAS TU PEGI CONNOUGHT CARI KEDAI CUCI KERETA..SKANG NI NAK MAKAN TAK FAHAM KE?"
wooooooooooooooooooo!!!!! keras sekali intonasi suaranya.
Terasa hati?? - IYA!!!!
Aku diam. Apa aku nak kata?
"Ermmmmmmmmmm...."
"Nak datang...datanglah...."
"ERmmm..."
"Kalau rasa tak susah ...datang aje...ingat..awak tu PEREMPUAN!"
Aku diam. Kenapa aku diam? Aku tak tau.
"Datang je la...orang tunggu...."
Last last aku capai kunci kereta. Aku keluar rumah.
Bla bla bla bla bla....
Sampai kedai makan.
Ada Mr Kitty..Talib dan aku.
Citer citer sikit...sekali dia nak hangen kat aku depan Talib.
Talib cuit dia.."nak marah...sikit sikit nak marah.." Talib tegur Mr Kitty.
Aku diam. Tak pandang sangat dia ataupun Talib. Buat buat tengok TV.
Sementara tu...nak tau sape sebuk SMS aku???
Seorang manusia yang bernama NOH.
Noh cakap kat aku - Alah....clash je ngan bf u tuh...i kan ade.
PALACHIP dia....dia ade gf kott....!
Noh cakap...i sayang kat u...i takkan sakitkan hati u...bla bla bla.
Sepanjang ade kat meja makan tu...aku selamba berbalas SMS dengan Noh.
Hati aku cakap Mr Kitty dah mula berubah.
Telinga yang hampir hilang lubang tindikan dah berisi dengan subang berlian.
Terang terang dia bagitau plan dia ngan Talib minggu depan - ICE SKATING!!!
Aku?? - DUDUK RUMAH lagilah jawapnya. Sape GF dia skang? Aku ke TALIB???!
Fine....fine....
Lepas bayar makan. Balik.
Aku salam dia depan Talib. Ingatkan dia tak nak sambut salam aku.
Ye la nak jaga SAHAM.....
Dia pulangkan jumper cable aku. Aku pon jalan ke kereta.
Ade orang ngorat...buat tak tau. Tak de mood nak senyum pon!
Separuh jalan pai rumah.
Mr Kitty SMS : Sayang..besok kejut orang kul 10 erk...Org tdo dulu k...bye. Luv you....
Maka dengan itu....................????

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...