Wednesday, November 18, 2009

:: Ape dia??? Biarlah Rahsia?? ::

Tarik nafas dalam dalammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm lepassssssssssssss....
huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~!!!! (aku tengah ade peluh besar berketul ketul belakang kepala aku nih)
Tadi....seperti yang aku cakap pada awalnyer.
Aku keluar DINNER dengan Mr Kitty.
Keadaannyer??? Agak dingin. Sedingin malam yang mana anginya sejuk sekali.
Kenapa? (ini pertanyaan Vin pada aku dlm sms sewaktu aku mengadu secara live kat dia tadi)
Jawapan : AKU TAK TAU
Menu kami sama malam ini. Aku tak de selera nak makan. Tapi sumbat jugak mengenangkan nanti dia akan tanya.
'Kenapa tak makan?'
Sambil sambil makan. Akhirnya dia bukak mulut.
"Ada kawan orang suka dengan awak....."
Aku pandang dia dan ketawa..
"ahhh.....borak la!!!"
"betul.....Gebeng pun suke kat awak..."
"Gile ke ape si Gebeng tu?? Dia tu kan dah kawen??? Dia tak tau ke saya ni dengan awak?"
Mr Kitty diam.
"Kawan orang lagi sorang pun suka awak..."
"Siapa pulak???"
"Azman..."
"Heh?? Azman mana nih??"
"Kawan orang.....awak tak ingat kot kat dia..tapi dia cakap kat orang dia suka kat awak.."
"Dah tu awak cakap ape?"
"Orang kata usha la sendiri.."
"Elok la...cakap kat derang malam sikit..tak berminat!" aku terus je sumbat char mee tadi dalam mulut.
"Kenapa tak berminat?"
"Saya berminat ngan boyfren saye je....mintak maaf la...tak berminat dengan orang lain"
"Eh..dah orang suka kat awak,"
"Mampos derang la....saya tak berminat..ok.."

Lepas tu dia diam. Entah nak test ke ape ke aku tak tau. Yang penting....aku tak berminat dengan orang yang berminat dengan aku! Titik!
Aku tengok dia sebuk dengan hempomnya lagi.
Aku usha usha jugak...tapi tak berapa nak nampak sangat nama yang tertera.
Hmm....
Tapi ada satu peel pelik. Dia dah pandai angkat telefon jauh dari aku.
Tak lama lepas tu Gebang datang. Join kitaorang makan.
Aku buat dek je ngan Gebeng. Lantak ko la kat situ. Ade aku kesah pasal ko????
Aku kesah pasal Mr Kitty aku je.
Sembang punye sembang. Sekali Mr Kitty bukak mulut.
"Awak nak tengok SMS perempuan gile?"
Aku pandang dia....dia bacakan satu per satu SMS yang masuk termasuklah SENT item.
Kisah dia bergaduh dengan EX-Tunang dia.
Aku cakap la : Itu hari kata dah jumpe...dah settle semua...dah tak nak tau ape ape....ni pe cer??
Mr Kitty : Entah ape tah yang dia tak puas hati ngan orang lagi....


Haaaa.....sebelum aku terlupe.
Sebelum Gebeng datang .....

Mr Kitty : Awak...orang ade benda nak cakap dengan awak sebenarnya
Aku : Ape dia?
Mr Kitty : Ermmm....tak pe la rasanya masa dan keadaan tak sesway

Dia senyap lepas tu. Aku lak tak de nak tanya ape ape sebab Gebang tetibe muncul.
Aku jadik tak keruan sebenarnya. Pala otak aku pikir negatif. Tak tau kenapa.
Ade sedikit rasa tak sedap dalam hati lebih kurang 30%. Ape dia??? Ape dia??? Ape dia yang dia nak cakap tapi tak nak cakap???
Aku SMS Vin, Adik aku, Best fren aku, bodigad aku ngan spy aku.
Aku jadik rasa macam semacam. Ape dia nih????????????????????
Telan air liur.
Buat buat macam tak de menda. Tapi ade menda. Relaxxxxx relaxxxxxxxxxxxxxx.......

Lepas makan aku ikoot dia pegi isi minyak.
Dalam kereta.
"Orang sebenarnya tak clear nih" katanya
"Tak clear?????"
"Semalam kene barang"
Aku pandang dia....
"Dah agak dah......berapa lama tak kene?"
"Bertahun tahun lamanya....ni seminggu baru clear ni..tadi ingat nak minum air kelapa tak de lak"
"Apsal tak cakap...kat rumah tu ade orang jual air kelapa" - seronok tak dapat gf macam aku??? balak tak clear pon relax je!
"Hmmm.."
"Sapa bawak barang smalam??" aku tanya
"Gebeng....."
"No wonder la gelak terbarai barai....honey dah agak dah...ade dua benda je dalam pale otak ni waktu honey call tu..."
Mr Kitty ketawa. Dia ingat aku nak marah agaknya.
"Malam ni nak kene lagi ke?" aku tanya
"Eh...tak la....cukup la...ni kang barai sampai pagi lak"
"Nak kene barang lain?? Kalau nak cakap...orang ade kaki" - itu kata aku. Ini bukan galakkan tapi PERLI!
Tapi dia tau...aku memang ade kaki untuk barang barang cenggitu.
Selebihnya aku diam sampai rumah.
Sebelum balik dia bagitau dia nak KELUAR SEKEJAP. Pergi mana tak tau.
Tapi aku agak 4 tempat.
-Kelana Jaya
-Brickfileds
-Seri Petaling
-DownTown

Terpasang telinga terdengar..ada 'makanan' . Makan yang jenis ape. Aku malas nak teka!
Itu semua tak jadik isu.
Yang jadi isu skang???
Yang jadi isu skang adelah benda yang buat RAMA RAMA terbang dalam PERUT aku skang ni...
BENDA YANG DIA NAK CAKAP TAPI MASA DAN KEADAAN TAK SESWAY....
Ape yang dia nak cakap??
Adekah aku sepatutnya berSEDIA untuk THE WORST or THE BEST???

Doakan yang baik baik ye......takooooot ni!!!!!!
p palang s : macam ade citer yang tertinggal ...tapi ape dia?

2 comments:

deatH_luVer said...

aduh..kamoo neh terlampaU baek lar..kamOo..jgn lar jadi BODOH sbb lelaki...huhu..takOt la ngk kamO jadi baek sampai canni..

Dia.Honey said...

saye mmg cenggini...adehhhhhhh~
saye sendiri pon risau....huhuhuuhuhuhu

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...