Saya masih ingat lagi bahawasanya saya berhutang cerita "Kenapa Warna Panda Hitam dan Putih" dengan korang semua.
[[ gambar diatas adalah hasil illusi yang hebat! tapi bukan cerita sebenar]]
Asalnya cerita tentang warna panda ini sendiri ada lagendanya. Menurut lagenda, PUTIH adalah warna asal panda. Pada zaman dahulu...................ewah~
Panda merupakan haiwan yang harmless. Panda adalah haiwan yang sangat manja. Panda-panda ini tinggal disatu kawasan bukit jauh dalam hutan yang sejuk di kawasan pergunungan di Sichuan,China (Kat sinilah terletaknya Chengdu & Ya'an).
Pada suatu hari seekor anak panda telah diserang oleh seekor harimau dan kebetulan pada masa itu ada seorang manusia yang baik hati yang telah menggadaikan nyawa beliau untuk menyelamatkan anak panda tersebut Sungguh besar jasa manusia itu, panda-panda ini sangat terharu dan berterima kasih di atas pengorbanan beliau.
Tradisi di China pada masa itu apabila berlaku suatu kematian mayat akan dibakar.
Semasa upacara pembakaran mayat berlangsung kesemua panda-panda ini berkumpul sama untuk memberi penghormatan terakhir kepada orang yang telah menyelamatkan anak panda terbabit. Bukan sahaja kita manusia mempunyai perasaan. Panda jugak punya perasaan. Mengikut tradisi. Selepas mayat dibakar, sedikit abunya akan disapukan ke bahagian badan (tangan,kaki) tak salah saya bagi tujuan mengingati dan menghormati si mati.
Panda-panda yang kesedihan ini juga bergilir-gilir menyapukan abu mayat ke badan mereka. Panda-panda ini kemudiannya berjalan pulang semula ke kawasan mereka. Semasa dalam perjalanan pulang, orang-orang kampung bercakap-cakap mengenai si mati tadi betapa beraninya si mati sewaktu melawan harimau untuk menyelamatkan anak panda. Dek kerana terlampau sedih, panda-panda ini semua menutup telinga mereka kerana tidak mahu mendengar cerita yang sedih itu. Mereka juga mengesat-ngesat air mata kerana kesedihan yang termat sangat. Akibatnya sisa abu yang hitam itu akhirnya melekat di bahagian mata & telinga mereka.
Menurut lagenda inilah yang menjadikan beberapa bahagian badan panda menjadi hitam. Selebihnya Allah lebih tahu.
Lagenda ini telah diceritakan kepada saya oleh abang saya yang merupakan antara penjaga panda dinegara ini. Saya berbangga dengan beliau walau apa pun orang nak kata tentang panda ini. My brother mencari rezeki untuk keluarga beliau. Jadi tek perlukan anda-anda diluar sana yang masih tidak puas hati untuk pertikaikan hal ini.
untung la my brotha.....
itu real panda ok..baby panda. back in chengdu
bukan senang nak jaga panda ok...
tahniah my bro!
i'm proud of you!
Sekian.
p palang s : tahukan korang semua yang setiap panda mempunyai corak/'signature' yang unik pada tompokan mata mereka? Sama unik dengan thumb print manusia? **Fu Wa mempunyai corak seperti nombor '8' di mata sementara **FengYi bermuka kecil dan berhidung sedikit mancung. Cuba korang perhatikan betul2......hehehehe
No comments:
Post a Comment
komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!