1)Kenderaan well maintain, kalau boleh tayar kena baru, enjin dah service top up mana yang perlu, eksoz tak bocor, aircond ok.
2) Passport
3) Matawang Malaysia & Matawang Thailand
4) Geran kereta semoleknya yang ORIGINAL
Ini adalah dokumen untuk melayakkan anda ke stage pertama sekiranya anda ingin memandu sendiri ke Krabi.
Untuk pengetahuan semua, saya & suami memandu ke Krabi menaiki KureSya dari Kuala Lumpur. Nantikan entry seterusnya di mana saya akan bercerita lebih lanjut tentang perjalanan kami. Boleh saya rangkumkan percutian saya ke Krabi kali ini agak mencabar (kerana saya memandu kereta autoshow) tetapi sangat menarik serta memang menjadi pengalaman yang sangat berharga seumur hidup saya.
Percutian ini juga boleh di kira sebagai percutian budget kerana kos tidak begitu tinggi. Oklah, saya masih mencari mood untuk menulis ni. Tunggu ye....sementara itu saya hidangkan uolls dengan sedikit gambaran perjalanan.....see ya!

ohh bestnya.. tak pernah lagi pergi.belum ada rezeki :D
ReplyDeletewaahhh.. Krabiii.. tempat impian nak gi tuu.. bestnyeee
ReplyDeletekrabi tu apa?
ReplyDelete