Friday, June 20, 2014

:: Percutian Budget - Memandu Ke Krabi Part 4 ::

Sambungan dari PART 3







Keesokkanya perjalanan di teruskan ke Krabi.
Jujur saya cakap inilah perjalanan yang paling mencabar hati saya dan Incik Pinky terutamanya ketahanan KureSya.

Mana tak nya? Ada kawan bertanya. "Nak pergi Krabi lalu highway tak?"
Jawapannya - Ya, ada highway. 

Tetapi highwaynya......hanya Allah yang tahu dalam hati ni dok nyumpah apa.
Hehehehhee

Untuk pengetahuan semua, highway ke Krabi adalah separa siap. Separa cantik separa lagi haru biru dibuatnya! Masih tanah merah. So anda dinasihatkan untuk mempunyai hati yang kuat terutama buat mereka yang sayangkan kereta. :D



Nampak cantik bukan?






cabaran pun bermula......



Setelah berpenatan "melompat-lompat" dalam kereta kerana jalan tidak rata. Konvoi kami berhenti rehat di salah sebuah R&R "Cake Saijai" terletak di Trang,Thailand.

Di sini anda boleh berhenti untuk mandi,solat dan makan. Makanan yang disediakan adalah HALAL.


Kawasan rehat, mandi & solat.



Signboard besar. Di sinilah saya bertemu seorang lelaki Moscow yang minat Hello Kitty. Layan bersembang dengan beliau yang rupanya kecewa dan membawa diri ke Thailand.


Perjalanan disambung semula. Perlu saya ingatkan sekiranya anda memandu di dalam negara Thailand sila jadi pemandu berhemah walaupun sehandal mana kita di Malaysia.
Memang jarang nak nampak tanda had laju. Tapi jika nampak, sila patuhi sebab silap2 haribulan kena speedtrap!



Kami kemudiannya berhenti sekejap di Le Khaokob Cave.


Cantik tempat ni. Di mana sekiranya anda melawat tempat ini anda akan di bawa melewati sungai sehingga kedalam kawasan gua.


Entrance masuk

Kedai kopi berhampiran


sunbathing....gagagaga





Gua ini tak salah saya sepanjang 3km. Dan anda dapat dapat pengalaman menarik.
Tapi kalau anda takut tempat gelap. Atau takut akan kecuraman dan tempat sempit. Tak yah la ikut cukup tengok dekat luar je ye.

Hari tu tak dapat nak masuk sebab Mimi tidur lagipun tak sabo dah nak sampai Krabi.


Kalau korang nak naik sampan ni harganya 300B satu sampan yang boleh bawak 5 orang ye.


Hati melompat-lompat gumbira bila nampak signboard ni.
Lemaklum la 1st time sampai naik kereta oi!
Hahahahha



Alhamdulillah.....kami sampai di AoNang dalam jam 1500.
Lega rasanya. Tak sabar nak p sewa moto! (Bukan nak rehat tido!)


Kami menginap di Timber House (Nanti saya bagi review pasal Timber House)
Parking senang. Tempat tenang.


Ye.....tau semua dah tak sabar nak check in.

Ok....banyak pulak part-part cerita pasal pergi Krabi kali ni.
Oklah...nanti kita sambung lagi ok!
xoxo!




1 comment:

Azhafizah Md Nor said...

wahhh seronoknya ke krabi :)

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...