Sambungan dari Part 2.
Sesampai sahaja di Dannok. Sekiranya anda adalah 1st timer ke negara ini. Anda di nasihatkan untuk membeli 'starter pack' number telefon Thailand.
Tak usah risau bersepah-sepah 7-11 yang menjual starter pack.
7-11 ni kat Dannok je...keluar-keluar border jalan je terus....tengok kiri, nanti nampaklah 7-11 ni!
Saya beli topup saya kat sini je.
dalam 7-11 derang ada juai macam-macam termasuk VCD & buku resepi. Mimi tak sudah-sudah dok belek VCD lepas tu dok belek buku pulak.
Saya pula hanya menggunakan nombor lama yang pernah saya beli- cuma perlu top up.
prefer TriNet sebab internet derang laju giler-giler. 190B untuk 4GB internet seminggu. yang saya beli ni 300B untuk kegunaan sebulan. Hehehehhe
Kalau korang tak berapa nak perasan kat mana 7-11 tu. Ini landmarknya KPK hotel.
Untuk perjalanan 30/5/2014. Kumpulan kami bercadang untuk bermalam di Hatyai.
Perjalanan di teruskan ke Hatyai
Tempat pertama sesampai sahaja di Hatyai adalah Magic eye 3D museum. Ia terletak berhampiran dengan Central Festival Mall,Hatyai.
shopping mall dekat hatyai - baru bukak je mall nih
muka kena cover sebab muka penat sangat....! Hahhaha
mimi yang gembira sebab dapat berlari. duduk dalam kereta penat!
tut-tut-tut
antara kereta RARE!
dak kecik ni pantang jumpa kucing...
Kami berhenti rehat disitu - makan,solat, pegi toilet etc. Di sana terdapat foodcourt, sila berhati-hati kerana terdapat makanan yang Non-Halal juga di food court berkenaan. Sebenarnya di sini kalau menjelang malam meriah sangat sebab banyak jualan. Baju-baju murah, accessories dan macam-macam lagi!
Non-halal ye....sila berhati-hati
Haa...ni nak bagitahu waktu kami berhenti makan di sini saya dan incik pinky makan kerabu sohun sedap terangkat uolls.....!
oh sedapnya makanan ini~
Selepas berhenti makan dan rehat seketika. Kami terus ke hotel Greenview. Kami bermalam disitu. Harga murah dan berpatutan. Boleh berjalan kaki ke pasar pagi. Kalau nak di ikutkan ke kawasan central Hatyai (Lee Garden Plaza) pun tak jauh.
kawasan hadapan + perking yang luas
lobby
ayie bagi briefing tentang aktiviti malam
Jumlah harga bilik 1 malam =semurah RM65!
Bilik besar dan selesa. Kawasan penginapan bersih. Parking besar. Pekerja mesra alam.
Aktiviti malam itu saya ajak Incik Pinky ke floating market dan Lee Garden Plaza. 1st time dia jejak kaki ni. Kalau tak ikut orang sangat memang banyak tempat nak bawa dia dalam Hatyai ni!
Floating Market (Buka 1600. Tutup 2100) :
Tempat ini adalah sebuah tempat yang menarik kalau nak bawak keluarga dulu floating market ni kecik je sekarang derang dah upgrade sikit semakin banyak kedai disekitarnya (bukan dalam tasik).
Antara yang menarik anda patut cuba bila anda sampai ke floating market? Air dalam tembikar atau buluh. Pilih saja. Boleh bawak balik. Jangan takut. Macam ada sorang kawan kitaorang ni siap tinggalkan lagi tembikar tu sebab takut nak bawak balik kerana murah harganya. 20B setembikar!
Satey ayam 20B
Lee Garden Plaza :
Selepas ke floating market saya dan Incik Pinky ke Lee Garden Plaza. Dekat sini malam-malam agak happening. Bukan takat happening ngan night life,makan,jualan,tempat urut..macam-macam ada kat sini. Haaa...gajah pun ado!
sotong kering
gajah. Boleh bagi makan tebu kat gajah ni satu bekas 20B
Regency. Pernah duk sini
cakap je nak makan pulut ngan apa?
Kawasan Lee Garden yang meriah
Kalau korang nak tau kat kawasan Lee Garden ni ada lubuk barang Hello Kitty tapi sayangnya time kitaorg sampai tu dah tutup pulak. Tak pe next time ada.
Dekat sini, kami beli barang sikit. Selipar (sebab tak bawak selipar), seluar pendek Incik Pinky dan pulut ayam kegemaran Incik Pinky. Semua-semua tak sampai 50B.
Oh ya....Dari hotel ke floating market ke Lee Garden kembali ke hotel, kami naik tut-tut. Upahnya 200B.
Ok...sambung next pulak. Perjalanan dari Hatyai ke Krabi! See ya!
nnt na pergi jugak~~gajah tu memang terbiar dekat situ ke kak?
ReplyDeletegajah kat bandar memang rare..hee
ReplyDeleteaah...gajah tu berlegar2 je
ReplyDelete