Monday, July 30, 2012

:: Petua memudahkan bersalin & mengurangkan sakit bersalin ::

  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga
  • Bila dah start sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah (wekkk! tak sanggup saye)
  • Selain telur mentah, boleh minum milo/ susu/ kopi yang dah dibancuh dengan 2-3 sudu marjerin untuk laluan cepat terbukak. Sebelum minum, baca selawat nabi, al fatihah & doa nabi yunus (yg  ni member ai buat menjadi katanya...tapi dia buat ngankopi n 3ketul butter)
  • Rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit tu...
  • Amalkan baca surah Maryam
  • Masa dalam labour room, banyakkan baca doa nabi yunus berulang kali serta "Ya Fattah" banyak2 kali supaya laluan bayi cepat terbuka n kurangkan rasa sakit
  • Minum air selusuh (better suami yang bacakan)
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nak bersalin.
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan, jangan malas. 
  • Amalkan makan sayur bendi. kalau boleh hari2.. 
  • Untuk senaman pulak,  duduk mencangkung dengan tangan menahan kat dinding then cuba berdiri perlahan lahan. Buat banyak kali. Boleh dibuat apabila usia kandungan 38 minggu ke atas. 
  • Duduk bersila, temukan kedua dua tapak kaki, pegang jari2 kaki tu pastu tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa meneran dalam labour room, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina koyak/ koyak banyak.
  • Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling lubang faraj untuk melembutkan bahagian tersebut, so takde mudah koyak/ koyak banyak.
  • Petua dr Fadzilah Kamsah, rajin2 main dengan janggut suami, main camne tak pasti, urut2 kot... 
  • Masa tengah sakit tu, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit makin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2.
  • Baca surah Al Insyiqaq ayat 1-4
  • Baca surah Abasa ayat 20 
  • Baca surah An Nahl ayat 78
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali then hembuskan dalam segelas air. 
  • Makan ketam masak lemak 
  • Banyakkan "bersama" ketika nak dekat due
  • Kenapa org tua2 tak kasik potong rambut masa preggy maybe ada sebabnya yg ni ai dapat dari arwah nenek ai, my mom n my tok (nenek hubby) katanya..kalao mandi basahkan rambut lepas tu isaplah hujung rambut yg berair tu sambil selawat [[yg ni la paling ai lupa buat tiap kali basahkan rambut!!!!]]
  • Petua yg ni diberikan oleh seorang wanita indonesia yang i jumpa dekat hospital masa warded false alaram katanya dia masak santan sampai nak jadik minyak n buang hampas kelapa n minum satu sudu setiap kali sebelom tido hasil masakkan santan tadi





Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Sunday, July 29, 2012

:: Resepi - Pajeri Telur ::

Bahan-bahan:
~7 biji telur ayam } direbus keras dan goreng hingga kuning (yg ni suka hati nak rebus ke tak n berapa biji nak telur tuh)
~2 sudu besar rempah kari ikan } bancuh dgn sedikit air panas utk dijadikan pes
~2 sudu besar santan
~2 tangkai cili hijau } dibelah 2
~1 cm halia } dihiris memanjang
~5-6 ulas bawang merah }dikisar
~2 ulas bawang putih } dikisar
~garam dan gula secukup rasa
~air asam jawa secukupnya
~4 kuntum bunga lawang
~4-5 sudu besar minyak untuk menumis
** boleh letak udang kering skit kalao suka


Cara membuat:
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik baunya. Masukkan pes rempah.
Apabila garing masukkan gula, santan, sedikit air, air asam jawa dan garam.Biarkan seketika
Bila mendidih masukkan bunga lawang, hirisan halia diikuti telur dan cili hijau. Kemudian masukkan telur. (Saya lagik suka pecah telur satu per satu ala2 buat kari telur gitu)
Biarkan atas dapur sebentar. Angkat dan hidangkan.



** resepi ini jugak boleh di alter ngan letak daging ayam yg dihiris/potong kecil or apa2 yg korang suka!

selamat mencoba!

Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Saturday, July 28, 2012

:: Resepi - Sambal Ikan Bilis Kering::

kesahnya tu hari masa kat set..untuk makan malam caterer siapkan salah satu lauk iaitu sambal ikan bilis kering...halamak....sikit punya sedap daaaa...nak tambah tapi malu lak dgn abang-abang kat situ....



~ ikan bilis digoreng garing
~ 10-15 tangkai cili kering - tumbuk 1/2 lumat
~ 5 biji bawang merah - tumbuk halus
~ 2 ulas bawang putih - tumbuk halus
~ sedikit air asam jawa
~ sedikit belacan
~ minyak masak sikit
~ garam
~ gula
~ bawang besar - dipotong bulat

1) panaskan minyak masak n tumis bahan yang ditumbuk hingga garing dan berbau harum
2) masukkan air asam jawa dan masak lagi hingga kering.
3) masukkan belacan. kacau lagi hingga sebati.
4) masukkan ikan bilis yang goreng tadi serta bawang besar yang dipotong bulat.
5) masukkan garam dan gula.masak lagi hingga betul betul kering.
6) siap.

* boleh masukkan sedikit sos tiram dan sos tomato.. tapi pastikan gorengan kering..kalao nak basah skit2 pun tak pe sedap jugak!
** ada jugak org suka letak petai..kalao suka letak je la..hehhehe






Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Friday, July 27, 2012

:: Review - Maternity Shoot by Karl Feizal ::

Maternity Shoot - bukan perkara wajib dalam checklist pun. Tapi my brotha Karl Feizal nak bagi pwesent katanya...so layankan aje~ [[ sbb tu la dah menghitung hari baru nak bergambo bagai aku nih]]

@0900 - kami bergerak ke Sentul Park. Memang cantik tempat ni sangat cantik ngan bagunan lama (peninggalan stesen keretapi sentul i believe)
        malangnya shooting kat sana tak lama sebab rupa2nya tempat tu adalah private park n tak leh amik gambo. Tak pe akan ku repeat bawak kamera kecik! hahahahhahaa

@1030 - kami bergerak ke Tasik Perdana..mula-mula ngat nak p Tasik Manjalara..but terlajak ke Tasik Perdana pulak.

Macam biasala Pejal n kami memang dah serasi dari dulu lagi. So senang bekerja ngan dia memang tak kekok! Shooting tak lama. Short n steady n easy shoot je.
I Like...!! ai pun tak de la terasa penat..last2 kami lepak menyembang sambil cuci mata! Hahahhaa...tak sangka shooting time yang pendek n tempat pun setempat je
hasilnya memang vasss...kheleeeeeeeeeeeeesss adik Pejal aku skang ye?!


so far this is peoples choice ...





So dalam entry sebelumnya korang pun dah tengok snippets sedikit gambar2 yg di ambil. Ada lagi dalam facebook ai n Karl Feizal.
Sesiapa rasa berminat nak amik gambar kawen ke tunang ke family potret ke gambar baby...maternity..konvo or any occasion. Leh la call/sms/facebook/tweet Mr Karl Feizal.
Dia baik ramah murah senyum n suka gelak! Marilah kita membantu dia mengumpul duit nak kawen....hahahhahahaha..

sekian dari saya yang amat berpuas hati dan suka hati...
a 9 months pregnant mother.... Syahoney Kitty!

Semoga dipermudahkan urusan kami dan selamat sehat sejahtera kami semua..amin~




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Thursday, July 26, 2012

:: Maternity Shoot by Karl Feizal ::


Our Maternity Shoot
Trimas n Loads of Credit to : Karl Feizal (Link) -Feel free to contact dia kalao berkenan nak amik gambo..
We had a great time! N tu satu2nya baju 'awek' yg saye beli...hehheehheheh





Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Wednesday, July 25, 2012

:: Akar Siti Fatimah ::

This one? i yang rendam sendiri untuk diri sendiri, selebihnya (airnya) ayah ai yang uruskan. Trimas Ayah!

Nak besarkan gambiran? Klik aje~




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Tuesday, July 24, 2012

:: False Alarm ::

Hari rabu lepas hari yang agak memenatkan..memang rasa lesu & penat sangat, tak tau kenapa. Nasib baik dapat cuti rehat...so berehat la selagi mampu.

Mak pulak kebetulan dah suruh rendam akar siti fatimah yg kembang mekar tak sampai 3 jam!!! Wallahu'alam la betul ke tidak orang cakap cepat kembang cepat la keluar baby/ senang bersalin...

Malam tu perut rasa macam senak skit....baby pun kerap je nak mengeras. Tapi ignore je..sebab benda biasa la tu. Macam biasa la makan,tengok tv, buat xtiviti skit ngan hubby n my bff bla bla bla...

Jam 0400 ...perut rasa makin senak, dada rasa sempit susah nak bernafas, rasa nak tershishi, nak terberak, terkentut2 macam montot bocor semua ada. Pegi la toilet....eh..apsal peha ada darah nih?!!!! AIYYOOOOKKK!!!!!

Tapi maintain cool, jangan panik, rilex.....
Masuk bilik cakap kat incik Pinky, "ada darah la kat peha..tapi perut tak sakit pun,"
"nak pegi hospital ke?" incik Pinky tanya
"erm..tak pe la..kita tunggu pai esok pagi"
"ok..kalao mcm tu esok pagi D pegi opis jap jumpa bos nnt kita pegi spital k"
"ok.."
lepas tu berbaring la konon nak sambung tido nih...kalih kiri tak kena kalih kanan tak kena...semua tak kena!!!
tak lama lepas tu rasa macam semacam...hurmmmmm...sakit perut bertambah kuat lak tetibe. Ngadu kat incik Pinky...

"sakit sangat ke? kita pegi spital skang.." terus incik Pinky bangun, capai tuala. Pergi mandi. Angkat beg pegi spital.
Aku pun mandi n bersiap darah n lendir memang keluar. Haih?!! takkan nak bersalin dah aku nih?????
Kejut mak ngan ayah. Jam?? 0455 ....

"Mak...honey nak p spital nih..macam dah keluar tanda je nih"
"ketuban ke?"
"tak la..darah ngan lendir"
"kalao darah ngan lendir tu...selalunya lambat skit tu nanti.....tapi kalao nak pegi spital, pegi la...mak dah suruh ayah buat air selusuh semalam..ayah ckp nanti dulu..." mak ketawa kecik

Tak de la sembang lama-lama...dekat kul 515 bertolak p spital. Sampai spital tak de orang pun nak check in bersalin ke apa ke..cuma ada sorang ni tengok darah bersepah2 kat peha dia..perut tak besar pun tumpah darah barangkali. Tak pe uruskan diri sendiri. Bagi buku pink...bla bla bla...

Dalam kul 545 doktor panggil masuk bilik..ohhhhh rasanya dah tau dokto tu nak buat apa. Aku ni nak kene seluk ni - cakap dalam hati. Oh yeah!!! Memang kena seluk!!!! rasakan!! muahahahhahahha...

Manual sudah..! seluk terus pakai tangan..oh yeah!!
Rasanya...hurmmm...maybe sebab ai dah bersedia untuk diseluk n fikir positif je. Pada yang telah berkahwin rasa di seluk ni macam make love je ngan hubby korang cuma mungkin dalam keadaan sedikittttttttttttttttt je xtreme..sebab pakai 5 jari! (sila buat muka terkejut!!) Terasa la digodek2 kat dalam tu..carik apa ntah..diam aje...doktor cakap kat nurse term2 yg kurang difahami - sebab bukan bahasa komputer.

sekali doktor tarik tangan dia keluar...nampak la darah2 kat sarung tangan dia tu. Lepas tu dia amik lak macam cotton bud panjang..korek2 lagik..n masukkan sample darah dalam botol. Ok Fine...
Lepas tu masuk jari pulak...alalalalal alalalalalalalalaaaaaa....ai? sambil belek2 kuku yang dah panjang. Hehehehe nak alihkan fokus kononnya..
"Eh...eh awak ni kuar darah ngan lendir skali ye?"
Aku pandang nurse " ye la..tadi kan saya dah bagitau.."
"ok" - nurse jawap.
"Tanda dah ada...jalan tak bukak lagi nih" nurse sambung
"Kita buat ctg.." sambung doktor

Maka bermulalah proses ctg. pong pang pong pang..last2 kene admitted. Bermalam la ai kat spital dengan jayanya..tido ngan mesin ctg. Kena amik darah bla bla bla....

Dalam kul 0300 tetibe tengah tido lena, nurse kejut.
"Dik bangun...nanti pegi bilik rawatan ye, dokto suruh masukkan ubat"
Dalam mamai-mamai tu.. "ok.." pikirla masukkan ubat kat tempat amik darah tadi kot..

Oh...!! sangkaan ku meleset...rupanya, KENE SELUK LAGIK!!! Kali ni SELUK+masukkan obat!! AYYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.....
berbeza dengan seluk biasa..seluk masuk ubat ni macam sakit skit..tak tau la berapa punya besar ubat tu..sebab nurse tu masukkan ubat memang sumbat sampai kedalam-dalam sedalam-dalamnya...leh rasa ooo pedihnya..memerinya.. T_T

Lepas masukkan ubat..cuba la tido balik, nasib baik berrjaya. huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
tepon incik pinky bagitau kena masuk ubat - risau dia dok dgr bini dia dok kene seluk je.
Nasib baik leh tido balik lepas tu. Esok pagi call emak bagi tau pasal masuk ubat tu, mak cakap masuk ubat tu sebab nak bagi terbukak jalan...if belom masa/tak rasi jalan tak terbukak la kena tunggu lagi.

Doktor pun dtg untuk check up pagi, merayu cakap kat doktor nak balik sebab dah tak de darah or lendir keluar lagi dah....doktor Danny cakap "Tak boleh" sebab kena monitor aku lagik cos ada contraction walaupun mild contraction je.. sedeh..nak balik..sabtu nak puasa!!!

satu jam lepas tu doktor pakar datang..hahaha doktor ni ai kenal la jugak tapi gitu2 je. Ai cakap kat dia ai nak balik, then kitaorg pun sembang2...bla bla bla.. YES!!! akhirnya dia cakap kat doktor Danny "discharge her.." oh yeahhhh...tq so much dr. Arun!!

Sebelom balik kena monitor contraction lagi...tapi tak de la pulak..heheheh anakku ini saje je nih!!! :P
So petang tu ai pun balik la rumah dengan happynya...yeyyyyy dapat la berpuasa kat rumah....alhamdulillah.


itulah pengalaman FALSE ALARMku yg agak menarik untuk di kongsi bersama.....until then..kita tunggu ye jalan terbukak n baby pun keluar. Semoga kami semua selamat n sehat...amin


Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Wednesday, July 18, 2012

:: Hidung sapa tu? ::


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.......

Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Tuesday, July 17, 2012

:: Check Up Menghitung Hari ::

11/07/2012 - entry ketinggalan keretapi....

Kesah pegi checkup minggu 'menghitung hari' je lagi (ye la...tak semestinya baby wajib keluar pada 40w..leh jadik awal..so bila dah masuk 9 bulan tu...pepaham je la ye). Well macam biasala..bersiap nak pegi kerja bla bla bla....dah on the way nak sampai opis dah ni terdetik hati nak check buku pink..sambil layan jalan jem kononnyer..
tup tup ternampak tarikh '11/7/2012 - 8am'
Ya Rabbi...macamana aku leh terlupa aku ada check up hari nih?!!!
dah kelam kabut nak patah balik rumah. Ye la..selalu check up hari Khamis. Sekali kene hari rabu..memang lupa la kan!!!

N nasib baik sempat sampai before 8am..siap sempat balik rumah tukar baju bagai. hahahhahahahaha...~
Sampai kat KKIA. Letak buku dalam bakul. Tak lama lepas tu nama kena panggil, nurse bagi number '2' - suka..number awal!

Macam biasa la p shishi - check shishi.
P amik HB...hadohhh ramai la pulak beratur nak amik HB..adalah gap dekat 8 orang. Beratur la kami semua yang mengandung tu. Yang ada perut yg tak nampak perut yang baru bukak buku, semuala!
Sampai turn aku ..nurse tanya berapa week - jawap
dia cocok jari..amik darah masukkan dalam mesin yg aku ragui keputusannya (hahahha)
macam biasa..keputusan semerah darah - 10.8 (hah!!! makan kerang hari2..makan ikan bilis..bayam... pun tak naik2??????)
Malas pk....

so tunggu turn kena panggil. tak sampai 15 minit. nama dah kena panggil....heheh suka!!!

timbang berat - berdebar la jugak..takoot terlebeh naik ke apa ke kan?
check perut...jantung baby.. - ok ..semua ok..Alhamdulillah~

tak sempat duduk lagi nih ngadap nurse - "eh...apasal berat turun nih? awak ni selera makan ada ke tak nih?"
"saya makan macam biasa je hari-hari, maybe sebab saya hari2 jalan naik turun bukit kot kat opis tu"
n baru teringat semalam aku kemas bilik kaw-kaw sampai sakit pinggang!!! hahahhahahahha....

Nurse tu terus tulis-tulis lagi dalam buku.
"HB awak ni maintain je.."
"aah..tapi kan saya tak de la pulak rasa penat melampau..nak pengsan ke apa ke..ok je.." ni ckp kat mulut, cakap dalam hati.."mesin korang tu rosak agaknya"

Nurse cakap lagi "beg semua dah kemas?"
"Dah...." heheheh baru kemas!!! :P

"tau tanda-tanda nak bersalin?"
"Tau..." wahh konfident aku jawap...bla bla bla
Nurse macam teruja dengar jawapan aku...sampai dia cakap
"Oh...tau. saya tak yah xplain banyak-banyak la macam tu.."
Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~ sengeh je...

Lepas dia handover balik buku pink kat aku. Aku pun nak balik la...jam baru 830..giler awal habis check!!
Aku pun saje je jalan-jalan kat pasar moden tu. Beli kerepek, beli jajan...kedai tilam bantal tak bukak lagi pulak. Amik keputusan nak p lepak mamak..pekene roti telur. Sorang2 pun jadi!
Hehehehhehee...

Balik dari breakfast. P singgah kedai dobi, hantar selimut toto n baju nikah (nak dry cleaning).
Lepas tu...p singgah giant. Beli itu ini..sakan dok dalam giant tu macam tak reti nak balik. sampai kul 11 jugak la lepak dalam giant!!

Balik tu. tengok TV..pai terlelap. Tau-tau hubby call cakap nak balik rumah lunch! yeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy~
N disebabkan terlampau letih akibat mengemas bilik,almari n stor pada hari sebelumnya...ai pun terlelap lagik sampai ke petang.....lalalalalalalalala~ dah la hujan makin indah tidoku!!

Bangun dari tidur p mandi bla bla bla..masuk bilik, cabut langsir semua. nak basuh kononnya. Tapi tak basuh lagi la. nak kene rendam dulu.
Lega dapat berehat lama-lama macam tu..dah makin menghitung hari ni makin senang sakit pinggang la. kejap je dah rasa tak larat..dulu kalao p downtown ke uptown ke pusing la 7-8 kali tak penat!
Skang separa jalan je dah tak nak jalan dah...hehhehehehehe

yang penting ai menghitung hari je lagi ni haa....semoga dipermudahkan n selamat dan sehat kami anak beranak. WAH!!!!!!!!!!!!!! anak beranak tu...khelesssssssssssssssssss.......!!!
doakan kami ye.... =)




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Monday, July 16, 2012

:: Tanda-tanda nak bersalin ::

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.

Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
sakit perut, memulas
kerap buang air besar
kerap terkentut


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Bila Perlu ke Hospital??



Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

~kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
~keluar air ketuban.
~pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
~keluar darah dari vagina.
~apa saja masalah yang dialami.




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Friday, July 13, 2012

:: Adab Menyambut Kelahiran Bayi menurut Islam Part 2 ::

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.
Aktiviti :

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :

Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.
Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi' r.a. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.

Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :

Maksudnya : "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya".


5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.
Memberikan nama yang baik.

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu". Riwayat Abu Daud

Membaca Doa ketika memberikan nama anak.

Maksudnya : "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin diwaktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

Mengaqiqahkan anak.

Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu'akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya". Riwayat abu Daud

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.

Maksudnya : "Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari ......(sebut nama anak)....

Gesaan Aqiqah :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Kerkakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu".

Muttafaqun A'laih

Antara hikmah aqiqah adalah :

Membiiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia. Melindungi diri dari gangguan syaitan.

Bercukur rambut.

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut adalah :

Hikmah kesihatan.

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata:

Maksudnya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak". Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

Khurafat yang perlu ditinggalkan.

Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka".

Mengkhatankan anak.

Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan :

Maksudnya : "Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita". Riwayat Abu Daud

Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah :

Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit. Membersihkan diri dari kekotoran.


6. Menyusukan Anak.

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:

Maksudnya : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu".

Imam As-Syafie berkata

"Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan".

Kelebihan menyusukan anak :

Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.

Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.


sumber : http://www.masjidnegara.gov.my
Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Thursday, July 12, 2012

:: Cerita Pregnant part Last ::

Pejam celik pejam celik ai dah pun sampai 'di akhir garisan' dah nih. Counting days for a new start and for a new family member in my life!
Tak banyak ragam bila berada di minggu 28-36 ini. Kecuali untuk TAK LENA TIDO, PERUT SENTIASA MENGERAS, BABY MAKIN LASAK.

Selera makan jugak kurang, tapi berat tetap naik! Sekarang dah tak leh nak makan portion besar/banyak dah. Makan skit je dah 'FULL HOUSE'.
Kalau dah terlebeh FULL maka dengan itu MUNTAH la jawapnya.
Malam pulak dihiasi dengan tidur tak lena. Kalih kanan tak kena kalih kiri tak kena, terlentang? Lagi tak kena gaya!
Kekerapan ke toilet tengah malam makin dekat-dekat jaraknya. Kadang-kadang rasa sesak dada. Kesian Incim Pinky kadang2 terkejut bangun tengah malam dok dengar wife dia ni ngadu sakit.
Memang tak sampai hati nak buat dia terjaga dari tidur, tapi tu la..... T_T

Check up pulak so far, macam biasa dah masalah biasa = HB! layankan aje.
Sekitar minggu ke 28-35 ai memang bergerak aktif buat aktiviti luar. Memang sengaja aktifkan diri, boring asyik nak duduk aje.

Sekarang dah bulan July. memang kena berehat sepenuhnya dari dunia permotoran terutamanya. Bila-bila masa dari sekarang InsyaAllah..bakal bersalinlah diri ini.
Beg pun tak kemas-kemas lagi! Last minute shopping pun masih berlangsung! Hahahahhaha..nasib baik tu hari MIL buatkan barut baby - tak yah beli! :P

Harapan ai adalah semoga ai selamat bersalin dan dalam keadaan sehat. My Baby also ai berdoa semoga sehat dan sempurna hendaknya - amin~

Dikesempatan ini..ai ingin meminta maaf kiranya ada salah silap terkasar bahasa segala pada anda semua...


p palang s : Citer Preggy part 1 disini
                      Citer Preggy part 2 di sini


Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Wednesday, July 11, 2012

:: Pada Suatu Masa Dahulu ... ::




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Friday, July 6, 2012

:: Adab Menyambut Kelahiran Bayi menurut Islam Part 1 ::


Antara adab-adab yang disunatkan dalam Islam adalah seperti berikut :


1) Melakukan sujud syukur sbg tanda kesyukuran.suami boleh lakukan  di mana sahaja dia berada ketika itu.ia elok di lakukan sebaik saja ank keluar dari rahim ibu.perbanyakkan bacaan zikrullah.(tasbih,takbir,tahmid)


2) Sunat diazankan di telinga bayi supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yg di dengar oleh bayi.


3) Memohon doa keselamatan untuk anak sepaya dijauhkan dari gangguan syaitan.Jangan sesekali melakukan amalan meletakan gunting,paku dan sebagainya lagi d bawah bantal bayibertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis.Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan khurafat.


4) Sunat memberikan ucapan tahniahkepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak.disarankan mereka yg brkunjung melawat bayi menghulurkan buah tangan seperti hadiah,wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.




5) Tanam uri segera kerana ia adalah benda kotor dan najis.Uri trsebut tidak perlu dbersihkan seperti yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat yg membersihkan uri dengan garam dan asam.sebaiknya bungkus terus dan segera di tanam.Jangan percayakepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain seperti pensil,buku,paku kerana percaya memberi nasib yg baik kepada bayi.amalan itu boleh merosakkan akidah.




6) Sunat menamakan anak yg baru lahir dengan nama yg elok dan membawa makna baik kerana nama itu yg akan dipanggil di hari akhirat kelak.nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yg boleh.


7) Sunat melakukan tahnik atau belah mulut bayi baru lahir.tahnik ialah mengunyah buah kurma dan dletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi.Tahnik brtujuan memohon kepada Allah supaya anak yg dilahirkan mempunyai lidah yg fasih dan terkawal lidahnyadaripada menyebut perkara-perkara yang tidak brfaedah dan mendatangkan maksiat.


8 ) Sunat membuat aqiqah


9) Mencukur jambul atau rambut anak yg baru lahir.menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat.menggunakan buah kelapa dan segala campuran seperti garam,beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dbenarkan kerana amalan ini di ambil daripada budaya Hindu.


10) Mengkhatankan anak.hadis daripada al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kkambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh.perkara ini menjadi sunat bg kaum perempuan.Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bg perempuan.


trimas : PA&MA edisi Januari 2012 (Ustaz Abu Hasan)

Wednesday, July 4, 2012

:: The Chronicles of Cinta Hello Kitty ::

Bermula dengan ini




Kemudian ..

Selepas itu :



tak lama lagi....

Tq so much Ya Allah untuk kisah ini....


p palang s : Boleh baca citer kami kat sini


Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Tuesday, July 3, 2012

::Fakta menarik : Apa Anak mama dah tau buat masa dalam perut? ::

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.



6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Sunday, July 1, 2012

:: KARNIVAL MESRA RAKYAT – MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA ::

KARNIVAL MESRA RAKYAT – MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

VENUE: DATARAN PETALING JAYA (BERHADAPAN AMCORP MALL PJ)
DATE: 7 July 2012
DAY: SATURDAY
REGISTRATION: 10.00AM – 3.00PM

JUDGING AUTO SHOW: 3.00PM
JUDGING AUDIO & LIGHTING: 8.00PM
PRIZE: 11.00PM
ENTRANCE FEE: RM50 (FOR EACH CATEGORY)
NOTE: EACH PARTICIPANT CAN ONLY TAKE ONE CATEGORY FROM MAINCATEGORIES + ONE MORE FROM 2ND CATEGORIES.
Main Categories (Please don’t bring your “PROP’S” & “CAR ACCESSORIES” due to our limited space.

1st RM500 + Trophy + Cert
2nd RM300 + Trophy + Cert
3rd RM100 + Trophy + Cert
4th Trophy + Cert + Hamper
5th Trophy + Cert + Hamper
1. Proton Standard
2. Proton Modified
3. Perodua Standard
4. Perodua Modified
5. Open Standard
6. Open Modified
7. Open Extreme
8. National MPV Standard Modified
9. Hello Kitty
10. VIP
11. Split Fire2nd Categories: Design, Audio and Lighting (By hearing and CD from Judge)

1stRM500 + Trophy + Cert
2nd RM300 + Trophy + Cert
3rd RM100 + Trophy + Cert
4th Trophy + Cert + Hamper
5th Trophy + Cert + Hamper

1. ICE 2 woofer
2. ICE 4 wooferJudge Choice (Selected from main categories participant)Trophy + Cert only
1. Best MIRA Look
2. Best JDM
3. Best Sport Rims
4. Best Sticker
5. Best Air Brush
6. Best Cleanliness
7. Best Body Kit
8. Best Interior
9. Best Lighting
10. Best Audio Design.

FOR MORE INFO CALL: RIZZ IDRIS 012-6713713



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...