Tuesday, November 30, 2010

Our true love story {CST PRODUCTION}


Secangkir Teh ...
Sepotong Sandwic
...
Sundea Strawberry
dan 
Hello Kitty 


ia bermula dengan Saya dan Kamu. Kemudian kepada Honey dan D(Dear) akhirnya kepada Cinta dan Kasih...maka terpartilah sebuah janji untuk setia sampai syurga yang Abadi..InsyaAllah..


Hari itu indah ... tak sejuk manapun. Tapi bila skali skala angin bertiup terasa dingin juga. Indah bumi Tuhan. Hijau...sejuk mata memandang.


Rasa tenang seketika di sini. Hmm..aku dah banyak hari/minggu/bulan berfikir tentang hal yang satu ini. Infact aku tak berhenti berfikir sejak bulan 12[december] lagi! Pasal apa? pasal aku yang asyik la keciwa ..asyik la kenal dan berkenan dengan orang yang salah dan asyik kene 'lipat' dengan lelaki-lelaki yang confirm bukan THE ONE!



Akhirnya aku buat keputusan untuk redha dan berserah sahaja pada takdir. Aku dah amik keputusan untuk lupakan saja mamat yang sakitkan hati aku tu for good. THE END! [kira macam mood tengah kecewa giler la ni tapi leh tahan lagik] Biar dia dan mereka-mereka ini jadi kawan sahaja. Aku dah malas nak sakit hati lagi. Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!




Teh kelat kelat masam manis tu terus aku hirup. Berangan. Sambil berSMS dengan seseorang teman/sahabat. Aku suka sama dia sebab dia macam GURDIAN ANGEL aku!

Selalu bagi aku semangat dia sering buat aku ketawa dengan lawak spontan dia tu. Selalu bagi aku sebab untuk lihat semua benda disatu sudut yang teramat positif!


"Errmmm...boleh saya duduk sini? Tempat lain dah penuh"

Terkebil kebil aku pandang mamat yang berkacamata itu. Aku senyum. Memanjangkan leher memandang sekitar aku.

"Duduklah..." aku senyum pada mamat yang berkacamata nih. DAP!!!!! hati macam kene renjatan elektrik sekejap.....erm......macam kenal!!!

Mamat tadi senyum. Terus pandang tempat lain dengan muka merah padamnya.

Aku buat tak tau.

"Hai....." katanya tanpa memandang ke arahku

Aku pandang dia dengan memek muka aku yang pelik.

"Hai..." aku balas

"Kamu tak kenal saya?" dia tanya

"Heh?!!!!" aku buat memek muka lagi

"Kamu nih......." dia tunduk pandang meja

"Heh?!!!!" lagi skali memek muka pelik aku berbicara

"Saya la.........." katanya bila aku berkerut-kerut muka pandang dia

Aku diam......aku pandang dia....ermmmm SIAPA DIA NI???? Macam pernah tengok...tapi.....ermmm takkan la!

"Nampak kereta tu????" dia menunding jari ke arah sebuah kereta yang jauh di bawah bukit merentas kebunan teh yang menghijau.

Aku pandang kereta tu. Dari jauh pun dah boleh nampak warnanya. Aku pandang dia. Aku pandang kereta tu lagi skalik. Aku pandang dia pulak. Rasa macam nak pengsan!!!!!



************************************************************************

"Kamu tak cam muka saya ke?" dia tanya lagi sambil senyum malu-malu

"Erkkk.........." aku masih lagi rasa nak pengsan
Apa gurdian angel aku buat kat sini??? Apsal muka dia dalam gambar lain dari kat luar?
"Kamu lupa? Kamu tadi bagitau kat saya kamu kat mana? Saya risau ... saya tak nak kamu sorang sorang kat sini. Jadi saya datang la. Rumah saya 30minit je dari sini"
Aku masih lagi kaget sebab aku terlupa yang aku ada bagitau dia aku nak ke mana. Tak sangka pulak mamat berkacamata ni adalah Guardian Angel aku yang nampak SUPER NERD/GEEK dalam gambar tapi kat luar lain pulak!!!!!
"Saya belikan kamu sandwic..kamu belum makan kan??" Dia senyum.
"Kenapa kamu sanggup datang sini untuk saya?" aku tanya dia
"erm.........................." dia diam. Muka dia merah. Dia pandang tempat lain. Pemalu sungguh mamat ni!
"Kamu makan ye...nanti perut kamu masuk angin" dia tolak bungkusan sandwic tadi pada aku. Aku senyum dah orang suruh makan..bedakl saja lah!!!

[ini gambar paksa..hahah dia suh amik gambar time nih]




Lepas berHi-Tea ...sambil bersembang…
"Saya nak bawak kamu jalan jalan. Tak nak kamu sedih sedih dah...ingat tak kamu janji sesuatu pada saya?"
“Apa dia?”

“Hai..lupa ke? Saya kan kawan kamu yang ke-400 kat Facebook. Kamu janji nak belanja saya makan strawberry sundaekan?”
Aku senyum aje. Memang aku dah janji siapa jadik Friend ke-400 dalam Facebook aku..aku nak belanja strawberry sundae.
“Jom la kita pegi makan. Saya dah tak sabar ni!” katanya sambil tarik tangan aku.


[inilah strawberry sundae yang disyaki buat kami jatuh cinta]


[Incik Pinky yg tak sabar-sabar nak makan strawberry sundae..dia tak sedar aku amik gambar ni. sampai la..dia tak tau!! hahahaha~]

Dia terus mengambil hati aku yang kelat-kelat masam sejak dua menjak nih. Lawak dia yang spontan dan kadang-kala sengal tu buat hati aku senang.
Sepanjang perjalanan ke
Big Red Strawberry Farm aku banyak diam. Sedang mentafsir apa yang sedang berlaku. Tapi aku turutkan aje dia. Tak kesah pun. Walaupun inilah pertama kali kami berjumpa bertentang mata. Aku ni jenis yang ramah mesra alam. Dia lak jenis malu-malu kucing.

Petang itu angin dingin mula bertiup. Dingin. Boleh tahan bendul lawak mamat nih [kata aku dalam hati]. Aku akui aku happy sangat sangat! Sebab ada orang yang happykan aku tatkala ini.
Dia bawak aku jalan sana sini. Belikan aku itu ini aku tak mintak pun.
Last last sampai malam kami berjalan jalan.
"Rasa macam tak nak bagi kamu balik je" katanya sambil mengiringi aku ke kereta aku.
"Kenapa?"
"Ermmm.....tak de ape ape la....kamu tunggu sekejap ye.." dia berjalan menuju ke arah keretanya
"Ni untuk kamu...." dia menghulurkan sejambak bunga dan sebuah patung gebu hello kitty yang hampir separa saiz aku.
Reaksi aku?? Mejerit la....apa lagi! Aku mana leh tengok hello kitty!!!!!
Dan oppsssss....aku terpeluk dia pulak sebab aku terlampau xcited!!!!
"Kamu tau....?? Saya suka kat kamu....." dia pandang aku.
"Erm...." terkedu bila dia cakap macam tu
"Saya sayang kat kamu lebih dari kamu tau.....dah lama saya simpan. Saya tak faham kenapa exbf kamu kene buat kat kamu macam nih..look at you....you are a nice person.Orang sepatutnya hargai kamu. Saya nak jaga kamu....boleh?"
Aku telan air liur berkali kali...
Apekah????

***************************************************************************************************************************

Aku pandang dia macam tak percaya. Dia tarik tangan aku. Duduk melepak kat planterbox.

"Kamu nampak saya macam tak serius?" Dia tanya
"Saya pernah rasa apa yang kamu rasa....mengharap dan tak dihargai...." katanya lagi
Dia ni orangnya tutur katanya sangatlah lembut. Kalau orang tak kenal mungkin orang ingat dia ‘lelaki lembut’.
Aku tak tau nak kata apa. Tapi hati aku bunga bunga......
"InsyaAllah..saya akan jaga kamu..hargai kamu...saya akan jadi yang terbaik untuk kamu...." dia menyambung
Woooooooooooooooooooooooooooooooooot!!!!
"Sekarang kamu balik ok...kamu nak jalan jauh lagi nih. Jangan bawak kereta laju-laju tau nanti....saya dah sampai rumah saya bagitau kamu ok....sayang kamu!" dia cuit pipi aku.
Sepanjang perjalanan aku balik ke kuala lumpur....aku diiringi oleh SMS SMS romantik...
Haihhhhhhhhhhhhh ape la naseb??
Dan tetibe lagu LUCKY berkumandang kat radio ape tah.....
Petanda apakah ini?

*************************************************************************************************************
Selang sebulan (lebeh kurang) selepas itu dia datang ke rumah. Secara macho dan gentleman nya dia berjumpa ayah aku. Menyuarakan isi hatinya. Nak melamar aku katanya. Dua minggu kemudian. Ibu bapanya datang ke rumah merisik pula (4 April 2010). Dan 1 May 2010 kami bertunang dalam majlis yang meriah dan di raikan oleh kedua-dua belah keluarga kami dan tak lupa kawan-kawan kami. Tak sangka dunia ni kecil aje. Rupa-rupanya member-member dia…member-member aku juga!













Ini semua gara-gara aku 'main' kereta dia juga 'main' kereta [kemungkinan]. Sama-sama ada kereta bertemakan Hello Kitty. Dia aktif AutoShow aku lak suam-suam kuku 'main' autoshow ni. Gara-gara Hello Kitty jugaklah kami mula berkenalan sebenarnya [myspace dan FB tu adalah batu loncatan]. Sampaikan barang hantaran pun mostly bertemakan HELLO KITTY!!




[TiTi (nama ni aku yang bagi) - Kereta Incik Pinky ]



[KureSya - ini kereta aku]



Mula-mula PM PM je. Tak sangka pulak gurauan aku kat komen statusnya yang berbunyi "Please call me. I Need you here.." yang di balas aku dengan
" nak suruh call nombor tepon tak bagi...." di ambil serius. Dia PM aku nombor telefonnya. Sungguh lurus bendul! Aku pulak gelak terbahak-bahak time baca PM dia kepadaku. Adeyh la mamat ni bendulnya!!!! Last-last aku start main-main missed call. Dia pulak main telefon-telefon + SMS.

Bila dia bukak cerita semula rupa-rupanya. Status dia hari tu adalah umpan nak tarik perhatian aku. Sebab dia tau aku ni suka sangat komen status-status orang. Oh..tipah tertipu rupanya!! Tapi tak pe..tertipu ada baiknya. Aku suka dia tipu aku hari tu kalau tak..tak la aku berstatus TUNANGan orang sekarang ni menunggu detik menjadi ISTERI je lagi nih!

***************************************************************************************************************************
FYI,
Aku adalah jenis insan yang akan tunjuk bakal BF atau BF aku kepada kawan-kawan..untuk tujuan VERIFICATION/ QUALITY INSPECTION tapi entah kenapa kali ni aku nak sorok mamat yang sorang nih. Tak de REASON yang kuat pun but just nak remainkan suasana MISTERI tu barangkali. Dan nak suprisekan diaorang-diaorang ni semua. Sampai aku terpaksa abaikan mereka-mereka semua buat sementara waktu. Maafkan aku ye kawan-kawan ape-apepon aku sayang korang!!! Sape pon tak tau citer pasal Incik Pinky ni kecuali sorang BFF aku iaitu cik Vin! Itupun dia tau sikit-sikit je...ke aku cakap kat dia aku skendel ngan Incik Pinky ek? Hahahahahahahhaha...

Sampaikan acara merisik pun dibuat secara rahsia dari semua orang yang tau orang yang ada DALAM RUMAH di HARI KEJADIAN je. Dan 7 hari sebelum aku bertunang aku sibuk mintak maaf ngan orang itu ini sampaikan semua naik pelik dengan perangai aku. Semua jadik kalut/takut sebab aku mana pernah secara serius meminta maaf macam nak 'pergi'. Last-last aku send secara PRIVATE kad jemputan tunang aku kepada GANG YAMCHA FAMILY aku dan jugak mereka yang rapat dengan aku. Dan aku diserang bertubi-tubi dengan macam-macam soalan! Tapi aku tak jawap pun...aku suruh 'datang je....datang je'.

Sewaktu majlis pula, masing-masing tak nak balik selagi majlis tak habis. Sebab? Nak tengok/cari yang mana satu orangnya (Incik Pinky). Aku pulak senyum dan terus tersenyum sambil menjawap 'Kalau korang pandai..korang cari la yang mana satu...' Dalam ramai-ramai tu sorang je yang teka betul. Tapi aku tak bagitau dia pun orang yang dia teka tu BETUL. Aku diamkan aje.

Tapi sekarang derang semua dah kenal la dengan dia. Itupun baru jumpa dalam sebulan dua yang lepas. Dan bagi diaorang CINTA aku dan Incik Pinky ni masih lagi satu MISTERI. Sebabnya setiap kali berjumpa mesti derang akan tanya 'Cuba korang citer cenggane korang leh terjebak berdua bercinta-cinta nih?'. Aku seperti biasa.. SENYUM.


..dan akhirnya aku terpanggil untuk TULIS cerita ini atas sahutan CST Production.
*************************************************************************************************************


Ramai berkata aku dengan dia berbeza. Aku ni ala-ala tomboy dia pulak lembut dan sopan santun orangnya. Termasuklah mak ayah kami yang berkata begitu. Kontra macamana pun kami. Aku boleh panjat bumbung rumah dia panjat tangga pun kecut-kecut perut. Alhamdulillah dalam perkenalan yang singkat ini nampaknya kami serasi. Senyum-senyum sendiri aku time tulis entry ni.



Sekarang ni kami agak sibuk mencari duit, ye lah bulan April nanti kami bakal bernikah. Sibuk membuat persiapan sikit-sikit. Tak sabar pulak rasanya nak menjawat gelaran PUAN! Hahahahahaha.

Apa-apa pun aku berdoa agak kasih ini berpanjangan sampai syurga. Bercinta bertahun tak guna juga kalau tengah jalan entah ke mana. Biarlah perkenalan kami yang singkat yang bermula dari Myspace melarat ke offer aku untuk friend ke-400 di Facebook, melarat ke sundea strawberry di Cameron Highlands. Dan InsyaAllah ke jinjang pelamin dan sampai syurga hendaknya. Doakan semoga jodoh kami kekal sampai syurga ya! Amin.

..dan aku tak pernah lupa katakan padanya setiap hari..."Kasih..pandanglah langit..walaupun kita berjauhan di langit itu pandangan kita tetap bertemu" - yesss...aku seorang yang ROMANTIK, dia sendiri akuinya..(kawan-kawan aku cakap aku ni SUPER JIWANG! -terima. sebab memang betul!).

[Latest : Nov2010 - GH]




Walaupun tempoh perkenalan kami agak singkat…so far kami serasi..walaupun cinta ini cinta jarak jauh [KL-Taiping]. Gaduh-gaduh manja.. Tu biasa la…Hadapi dengan senyuman je. Aku percaya CINTA akan datang dengan BESTnyer lepas kami bergelar suami & isteri nanti...InsyaAllah. Ye la..sekarang pun kami sedang dalam proses mengenal hati budi masing-masing. Sometimes LOVE COMES WHEN YOU LEAST EXPECTED IT!!!

Maka sebelum ai wrap citer ai..hopefully uolls ske la kat citer bukan rekaan ai ni...ini betul-betul kejadian!!! hehehehehhe....semoga kita semua diberkati Allah hendaknya. Amin...and before i wrap up the STORY ....YES salah satu sebab kami jatuh Cinta  adalah kerana keGILAAN kami berDUa terhadap HELLO KITTY!!! 

P palang S : kepada semua LELAKI yang pernah ai cintai....semoga korang bahagia-bahagia aje..and trimas for all the memories and lies and experience..nice knowing uolls..ai akan jemput uolls ke kenduri ai nanti okkay!!!
www.facebook.com/cstproduction <-------------- Click Here for more info
Dan dalam hati aku bersyukur sangat-sangat Allah temukan aku dengan Incik Pinky. Sebab dalam kesusahan dan kekecewaan aku selama nih Allah kurniakan seseorang yang aku rasa tenang bila aku dengan dia. SENYUM.

ikhlas,




23 comments:

Khumaera Ismail said...

suweet~!! gudluck dear.. =)

Dia.Honey said...

hai khu....trimas

F A R Y N said...

aku pun ingat2 lupa sbb ko dah tak syg aku :(

deatH_luVer said...

honey!!!!!!!!!!..
hepy for yOu!!..

Iena said...

ya, cinta sesudah kawen sgt best... :)
gud luck...

Dia.Honey said...

vin!! alahh jgn la cenggini..aku cinta kat ko la...waaaaaaaaaaaaaa


DL : trimassss

kak iena : hehehehe hope so..tak sabar dah nih

kdee said...

good luck :)

Shadow Master said...

erm...thx coz sudi baca blog saya tu...erm nk tanya..psal comment2 awk kat blog saye tu...
1-kat entry "mulut je berani,tp jasad"...awk de ckp psal ade ssuatu kat pokok...kat mane 1 pix yg ade pokok tu..?sbb byk sgt la pokok dlm pix ni...
2-kat entry "destinasi seram"..kire awk prnh pergi la rmh frenzy tu kat blkg zoo..?leh x awk kasi "arah" nk ke sana..?sbb dah hmpir 1tahun saye mencari rmh tu..but still xjmpa2 gak...xpun awk je la yg bwk saya ke sana...:-)
3-kat entry "mana 1 rmh ni?"..adik awk keje kat zoo negara..?wow..leh la die tnjuk rmh tu kat saya...
4-kat entry "duo HT"..wow..prnh masuk eh..?ala,rugi gile video tu dah hilang..dah la kna rasuk...tp klu leh,try la carik balik..kot2 leh jmpa ke...

anyway..thx coz sudi kongsi pendapat n cerita kat blog saye ni...thx skali lagi..:-)

p/s:awk ni gemar ngan benda2 seram ke..?

Arya E-ra said...

so sweet..

lovelyadibah said...

oo-mm-gg!!!suka sangat!!:) kiut:)

Dia.Honey said...

e-ra : trimassssss

adeeb : ape yg kut tuh?? hik3

roe233 said...

hi honey,

just to let u know that ministry of moment pun tgh buat contest. winner gets a photography package worth RM2,000. Jemput join ya? Contest details di blog roe :)

anyway, all the best with the CST contest ;)

Dia.Honey said...

hai roe..noted and thanks =)

nina syakina said...

wahhh.... so sweet... slmt mnuju ke hari bahagia,,,.. huhu

Dia.Honey said...

trimas cik Nina.....~

Dayangku Army said...

Cerite kamu comel...Kamu memang PINK!!!

Cheers,
Amysue

Dia.Honey said...

trimas cik Amy!!! ekekekekkee

Aida Awie said...

sweetnye citer kamu.. i like!

Hunny Kitty said...

sweet ke?? trimas trimas

mentari alam lembayung alam said...

suke tgok..alhamdulillah..semoga berkekalan hinggga ke sorga..

tersenyum duk baca..bets nye..
macam cerita2 drama d tv.. ;p

SITI ZALIKHA ZAINAL ABIDIN said...

sis raden galoh ke?

Anisah rahim said...

sweet giler korang ni,kalau dah jodoh tak ke mana.hehehe

Zushazrina Zulkifli said...

alhamdulillah.seronoknya baca kisah bahagia orang..semogabahagia hingga ke syurga.. amin :)

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...