Friday, July 6, 2012

:: Adab Menyambut Kelahiran Bayi menurut Islam Part 1 ::


Antara adab-adab yang disunatkan dalam Islam adalah seperti berikut :


1) Melakukan sujud syukur sbg tanda kesyukuran.suami boleh lakukan  di mana sahaja dia berada ketika itu.ia elok di lakukan sebaik saja ank keluar dari rahim ibu.perbanyakkan bacaan zikrullah.(tasbih,takbir,tahmid)


2) Sunat diazankan di telinga bayi supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yg di dengar oleh bayi.


3) Memohon doa keselamatan untuk anak sepaya dijauhkan dari gangguan syaitan.Jangan sesekali melakukan amalan meletakan gunting,paku dan sebagainya lagi d bawah bantal bayibertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis.Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan khurafat.


4) Sunat memberikan ucapan tahniahkepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak.disarankan mereka yg brkunjung melawat bayi menghulurkan buah tangan seperti hadiah,wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.




5) Tanam uri segera kerana ia adalah benda kotor dan najis.Uri trsebut tidak perlu dbersihkan seperti yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat yg membersihkan uri dengan garam dan asam.sebaiknya bungkus terus dan segera di tanam.Jangan percayakepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain seperti pensil,buku,paku kerana percaya memberi nasib yg baik kepada bayi.amalan itu boleh merosakkan akidah.




6) Sunat menamakan anak yg baru lahir dengan nama yg elok dan membawa makna baik kerana nama itu yg akan dipanggil di hari akhirat kelak.nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yg boleh.


7) Sunat melakukan tahnik atau belah mulut bayi baru lahir.tahnik ialah mengunyah buah kurma dan dletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi.Tahnik brtujuan memohon kepada Allah supaya anak yg dilahirkan mempunyai lidah yg fasih dan terkawal lidahnyadaripada menyebut perkara-perkara yang tidak brfaedah dan mendatangkan maksiat.


8 ) Sunat membuat aqiqah


9) Mencukur jambul atau rambut anak yg baru lahir.menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat.menggunakan buah kelapa dan segala campuran seperti garam,beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dbenarkan kerana amalan ini di ambil daripada budaya Hindu.


10) Mengkhatankan anak.hadis daripada al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kkambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh.perkara ini menjadi sunat bg kaum perempuan.Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bg perempuan.


trimas : PA&MA edisi Januari 2012 (Ustaz Abu Hasan)

5 comments:

S.n.Fariza said...

terima kasih.
tp ada stgh keluarga masih amalkan perkara yg boleh bw khurafat.
nk buat cmana kan...

doakan yg baik2. Amin

cha said...

mak i ckp tahnik tu elok kasik org2 alim mcm ustaz yg buat

♥ ROS ♥ said...

Aih uri kna basuh la kak sbb ustaz ade ckp.. Sbb xnak bg bbau darah..tkut haiwan liar korek :) garam n asam tu untuk kurgkan bau hanyir :p klu buh oaku, pensil suma mmg khurafat..moga kita dilindungi :)

cik hani said...

Hi pn hani...cik hani di sini..hikhik..from hk love to another.hikhik

Syima Syaz said...

teringt pakcik dulu masukkan pensil dan buku note kat uri anak dia...rasa gelihati sbb percaya kat benda2 tahyul...ayah i tak tau tu..kalau dia tau sure bebel 11 hari...

bila i tanya my mum, uri i dia tanam mana, dia jwp dia flush kat jamban.malas nak layan la tu....geram!

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...