Thursday, December 31, 2009

:: Happy B'day Mr Kitty ::

Seawal jam 1400 aku dah start meROGER semua budak budak untuk suprise party yang tak berapa nak suprise untuk Mr Kitty. Habis 30 hengget kredit aku call orang itu ini. Nak setup tempat masa bla bla bla...

Mr Kitty lunch kat umah aku. Aku masak. Telur Bistik kegemaran dia...ade air asam...ikan keli goreng dan ayam masak black pepper. "Mesti awak masak tak sedap" katanya. Sepinggan penuh nasik habis!!! Tak sedap kew??!! ekekekkekekek

Petang dia bawak aku keluar sekejap. LEpas tu hantar aku balik. Aku mula kaloot. Aku call aunty Mona aku...suh buat sebijik KEK HIJAU untuk Mr Kitty. SIAP! Sementara tu aku melarikan diri ke JJ - nak beli JAM! Kuat bebeno hati ni kata HE WILL LIKE IT!!!!
Sambil sambil tu aku macam biase meROGER semua orang untuk standby kat Bangi - trimas to BOBO yang seponser kedai makan anda untuk kami melepak!

Jam hampir hampir 2330. Aku dan Mr Kitty sampai ditempat kejadian. Walaupon kereta asing asing tapi tak pe. At least aku dapat pancing dia datang - sorang tanpa membawa sebarang awek lain yang pelik pelik!! (walaupon rancangan asal dia .. dia cakap dia nak g amik 'kawan' dia - JANGAN HARAP)

Alasan dia nak naik kereta lain lain : NANTI KALAU AWAK BAWAK KEK...SAYA NAMPAK LA.....!!!

Tak de makne...dia jugak yang mintak kek dari awal minggu itu hari. Humph!!!!!

Sampai je tepat kul 0000 - 31 December 2009. Kitaorang memulakan acara memotong kek berwarna HIJAU. Nasib baik orang tak g usha apa aku tulis kat kek tu!! :P
Dia pon potong kek dengan HAPPYnya... - FIRST TIME potong kek tu!!! Trimas kepada diri aku!! Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~

Aku lak lepas tu kasik hadiah kat Mr Kitty. Dia dipaksa untuk bukak pwesent tu depan semua orang!!! Aku awal awal dah sorok kad...nnt kantoi lak derang suh baca depan depan semua orang! Paper bag hijau...pembalut hadiah hijau...kotak hadiah pon hijau. Dia bukak... - JAM!!! Muka agak suprise. Dia pandang aku. Aku senyum je.

Lama jugak sesi bersembang sembang. Tup tup dalam 30 minit selepas itu. Satu serangan berupa TEPUNGAN hinggap di atas kepala Mr Kitty. Sorang demi sorang kecuali aku 'bersedekah' tetibe datang SARAH JANTAN pelepetttttt!!!! kene SEBIJIK TELOR atas kepala. Datang sorang lagik...HAMEKKKKKKK mendapat!!! Mr Kitty dah bertukar menjadi hantoo komkom!! Puteh melepak bersama bau telor..adunan yang HEBAT!!!!
Mencicit Mr Kitty lari. Dua tahun lepas katanya dia kene campak dalam kolam kat masjid putrajaya. Tadi mujur je nak ke longkang!!! Hayyooooooo!!!!

Balik dari sana another suprise waiting for him...dia memang terkejoot beruk ngan hadiah yang satu lagi. Sebab dia memang nak sangat sangat barang tu. Aku bagi JIWA dan RAGA aku kat dia....ecewahhhhh!!!!


tak de la..mana ada...aku bagi dia PLAT ADJUSTER impian dia!!!!
Kat tepi jalan tu jugak berenti. Bebetul kat tepi tiang tepik lite. Bersemangat dia memasang benda alah tu!

Well...ni aku baru pai umah skang kul 0600. Jap lagi baru nak tido. Hope dia ske ngan suprise and muh pwesent. Anyhow..Happy Bday My Mr Kitty, semoga murah rejeki and panjang umur and May God bless ya...


Loads of Love,
Ms Kitty - xoxo -

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...