Wednesday, December 30, 2009

:: Demi Waktu ::

Aku sebenarnya tak de la baru balik dari LCCT. urusan kat LCCT dah lama habis. Cuma aku baru sampai umah je..akibat berdeting tak sedarkan diri sambil main mespes kat kedai mamak!!! wakakkakakkaa

Oklah....cenggini citernyer. Tadikan aku g anta Cik Oren ngan Cik Catz kat LCCT.
Kesian sama Catz menangis nangis tengok BFnya yg bakal ditinggalkan di Kuala Lumpur!
Kelaka pon ada sweet pon ada. Yang bestnya MR Kitty makin hari makin bertambah mesra dengan kawan kawan aku!!!!

Hmm......pelik? YE BENAR!!!!

Dah la first time jumpe tunang Cik Puan Nane...haihhh bukan main ramah mesra lagikkkkk. Siap bergurau senda.

Selepas hantar Cik berdua tu ke balai pelepasan (ewahhh)...kitaorang pon nak balik.
Sampai kat pintu keluar..tetibe Mr Kitty peluk bahu aku...
"Awak..mekdi jom...." dia tarik aku. Aku ikoot aje. Langkah kami dibontoti oleh BF Catz.
Sampai kat kaunter leh pulak Mr Kitty melatah " SET AYAM PECIK DUA!" dia jerit.
Mujur tak satu mekdi dengar. Dah kakak kat kaunter tu tergelak gelak.
Lepas tu dia leh terkejut lagik..dah dia orger STARW SEKILO. Habis satu kaunter tergelak.
Tetibe dia mintak TAPAU KAKAK CASHIER. Ape la penyakit terkejoot Mr Kitty tuh!!!
Balik dari LCCT...Incik Tajj (tunangan Cik Puan Nane) membawa kami berDINNER kat DENGKIL.
Lepas tu aku anta BF Catz balik umah. Lepas tu aku pon mulakan sesi melepak bersama Mr Kitty sebab appoinment dia ngan kastermer dia telah di kansel....

Baru je nak melepak....tau tak sapa call???
SAIKO!!!!!
Cakap punya cakap sembang punya sembang....sekali BERGADUH!!! (macam biasa la Mr Kitty dengan SAiko tuh)
Tup tup si SAIKO nak bercakap ngan aku. Aku dah ready dah if dia nak carik gado.
Aku HELLO secara lembut dua tiga kali...tiada sambutan.
Aku HELLO sekali lagi baru dia nak cakap. Ingatkan dia nak MAKI HAMUN aku...tak de lak..tak berani kott.
dia cuma cakap : ko suruh kitty tu jangan marah marah aku leh tak?
aku : dia marahkan ape??
saiko : entah dia tu....aku cakap baik baik nak marah marah aku lakk
aku : mood dia memang tak berapa nak elok skit hari nih....bincang la leklok
LEpas tu aku pass hempom kat Mr Kitty sebab Mr Kitty dah bagi signal nak tepon dia balik.
Tetibe..Mr Kitty menjerit sedikit. Marah betul dia. Terus letak telefon.
Tak lama lepas tu satu SMS sampai berbunyi " Ko pegi la kat pompuan tu kalau pompuan tu boleh buat ko rasa tenang. Dia boleh bahagiakan ko. dia segalanya. Dia baik. Aku jahat"
Mr Kitty lak selamba balas : Memang dia leh buat aku tenang. Ko semak!

Aku tak cakap apa dah sebab sebenarnya aku mengantuk dan mamai akibat ubat seseme yang aku makan awal petang tadi.
Last last kami melepak sambil main mespes di selangi oleh panggilan telefon serta SMS dari Saiko.
Sementara itu aku dan Mr Kitty sempat bergurau senda maja kasar dalam Mespes.
Asyik la dia ungkit dia nak plat adjuster. Padahal aku nak belikan dia Jam....hmm....
mana satu nak bagi neh????!!!

Esok aku dah start cuti. Esok ada plan nak ronda Hafkat bersama Mr Kitty.
Dia pon tadi waktu nak balik bergaduh lagi dengan Saiko bila Saiko tepon dia. dan maki maki aku.
Tapi tak maki aku direct...maki aku kat telinga Mr Kitty. Elok elok mood orang tu besh dah jadik tak besh!

Aku pon dah pai umah. Aku call MR Kitty bagitau la aku dah pai. Suara Mr Kitty MANDOM (tak de mood).
Aku tanya kenapa?
Mr Kitty cakap : Ade ke si Saiko tu kata awak ngan saya kat atas ni dalam bilik! Gila betul barua tu!
Aku cakap : dah la tu awak. Awak rehat la..banyak sangat benda awak pikir nih. Dia tu suruh la banyak banyak mengucap....
Mr Kitty : ye la....awak tido k...selamat malam.



Ehhh sebelum aku terlupa ....
Tadi masa kat bulatan yang nak ke arah downtown tu..Mr Kitty tetibe tutup radio time tu lagu DEMI WAKTU. Aku lak tancak menyanyi bersama.
Adekah dia terasa lalu mengOFF radio aku?????
Mr Kitty : saya nak tanya awak satu soalan boleh?
Aku : silakan
Mr Kitty : dah lama saya nak tanya nih
Aku : jemputlah tanya, jangan malu malu
Mr Kitty : saya pelik la
Aku : awak pelik pasal ape?
Mr Kitty : saya tak tau ngan tak faham cenggane awak leh sampai skang tahan hati dengan saya
Aku : *diam*senyum
Mr Kitty : saya dah banyak sakitkan hati awak tapi awak tetap nak ambik hati saya..selalu cenggitu
Aku : *diam*senyum*
Mr Kitty : Kenapa awak???
Aku : *pandang Mr Kitty* awak dah tau sebabnya. *senyum*


Dan perbualan berkenaan tidak lagi disambung. Sebaliknya hati aku berkata.
"Saya nak awak berubah menjadi yang terbaik untuk diri awak..untuk Agama awak..untuk family awak...dan mungkin untuk saya. Saya tak pernah berhenti berdoa awak..."

Fuyooooooo Romantik tak aku?? hak hak hak!!!!

ok ...
aku
nak
tido!!!!

p palang s : lagu DEMI waktu asyik bermain main je nih!

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...