Thursday, March 31, 2016

:: Tempat Mustajab Berdoa ::





sumber : Tabung Haji


watermark

:: What's in My Bag? - Throwback ::


a throwback, what's in my bag!

Hahahahahah~



p palang s : memang ada orang tanya apa sebab ada spanar dalam handbag ai...spanar tu banyak gunanya.... :)

watermark

Wednesday, March 30, 2016

Monday, March 28, 2016

:: Review - Hotel B2@Samui, Chaweng - Koh Samui::



Ni lagi satu

hotel review yang setahun ai perap sampai basi! Hahahahaha
Hotel ni....adalah hotel ke 4 yang ai pilih lepas bermacam hotel ai booked n cancel sebab tak confident. Tapi ada bagus dan tak bagusnya hotel nih. Macam yang boleh korang baca kat bawah ni.....




Hotel ni ada dua blok satu blok lama satu blok baru. Blok baru tu setingkat aje nampak macam ok berbanding blok lama.


//Entrance & kawasan parking B2, yg tinggi blok lama yg putih blok baru//

Lantai hotel blok lama ni kayu parkey (tah betul ke tak eja) je ada yg dah tertanggal dsb. Bilik pulak tak tau la sebab banyak pokok ke apa ke senang sangat masuk serangga, kumbang berbagai la rasa mcm dok dalam hutan pun ada. Tapi pokok2 tu bagus sebenarnya buat hotel ni redup dan sejuk dan wangi.



Internet ada kat depan reception sahaja. Breakfast..oklah menu simple yang penting makan ditepi pantai.
Bos hotel peminat hello kitty..bagus itu yang membuatkan ai suka! Hahahahaha



//pantai Chaweng tak secantik Lamai//

Cerita Chaweng Beach kat SINI

Kalau orang tak biasa pegi kawasan ni dari jeti nak ke hotel ni leh buat sesat sebab hotel ni memang letaknya di tengah2 Chaweng yang busy nak mati tu..tapi lorong nak masuk hotel ni macam tersorok sikit dengan signboard yg kecik pulak tu. Landmarknya BANK, tepi bank tu je lorong masuk kebelakang. Next time pegi nak stay kat hotel sebelah B2 pulak (Evergreen Resort tak silap).



Tidor malam?? Oklah..kadang2 terganggu dengan bunyi jet kapal terbang tu je.
Harga murah je dalam RM80.

Nak kemana-mana leh jalan kaki, kalau malas naiklah motor.
watermark

Saturday, March 26, 2016

:: Bersih 2016 ::


Tajuk nak gempak...hahahha
saja je nak ajak korang cuci mata.
Iolls kat sini ngah cuci mata dengan kekuningan yang ada.
Bersih mata rasanya..ahaks!






Baru ai sedar ai suka tengok bunga kecik2 kaler kuning. Tapi ai ni bukan peminat kaler kuning pun~
watermark

Friday, March 25, 2016

:: Cerita Anak Panda Malaysia #Throwback ::



Cerita anak panda Malaysia di Majalah Tiga




kata my brotha anak panda yang "tak bernama" ni derang kat zoo panggil ChiChi (macam nama hamster kitaorang)



watermark

Thursday, March 24, 2016

:: Review - Hotel Coconut Beach Lamai, Koh Samui ::


Setahun ai perap review nih! Hahahahaha

Ni sebenarnya sebuah pending review yang lama sebab tak perasan sebenarnya entry tak publish lagi. Padahal review ai kat trip advisor lama dah publish..macam malas pun ada nak taip pepanjang. So ai kongsi la sikit-sikit mana yang patut ok.



Serius ai cakap, kalau uolls pegi Koh Samui, uolls better stay kat Lamai berbanding Chaweng. Lamai ni tenang sangat berbanding Chaweng dan yang penting pantainya bersih berbanding Chaweng yg dah macam dekat PD je rasanya.

Ok back to cerita Hotel Coconut Beach Lamai nih. Asalnya tapak hotel ni adalah kebun kelapa. Akhirnya dijadikan hotel. Hotelnya bagus. Reception sangat friendly. Kawasan sekitar hotel pun bersih sangat. Bilik luas dan harganya sangatlah murah!!!

Cara nak ke hotel ni senang je, mana-mana tuk-tuk/taxi or kereta sewa kalau sebut Coconut Beach Lamai mesti tau punya. Room service memang ada. WiFi ada jugak tapi kalau dalam bilik connection agak poor berbanding korang duduk kat area lobi. Bilik ada TV, safety box and mini fridge.

//ni view dari bilik kitaorang//

Bilik yang ai stay sepatutnya katil queen sebijik je. Tapi disebabkan derang tersalah sikit bagi bilik yang ai book kat orang lain. Derang upgrade bilik ai tanpa ai perlu tambah apa2 lagi dah. Heh...best tak? Range harga hotel pun dari RM200-RM400 je semalam.



Nak ke pantai jalan kaki je, nak p urut ada tu dekat pantai. Keluar dari lobi pergi ke arah swimming pool, jalan sikit je kat situlah pantai and cafe serta tempat urut.

 //serius best lepak2 tepi pantai nih//



Mak cik urut pulak mmg pandai urut terutama urut org2 pompuan nih..sekali dia  betulkan peranakan..memang terasa lainnya! Kalau korang tgk gambar kat atas tadi ada pondok bumbung putih, haaa tu la tempat urut.


//Ni la mak cik urut tu, pandai speaking//




Ok..lupa nak cerita. Bilik air/tandas tak ada hos paip ye. So sebagai orang Malaysia kita terpaksalah mencari alternatif cara lain untuk memudahkan 'urusan' sisa kumbahan. :P



Makanan halal? Korang kena pegi pasar malam. Ada mak cik Islam jual makanan. Selebihnya mendamaikan. Ada apa-apa soalan? Tanya je...yang penting Koh Samui susah nak jumpa orang Malaysia.

watermark

Tuesday, March 22, 2016

:: Aquaria KLCC - Snippets ::




Pegi dah lama tapi tak de kesempatan nak bercerita, nak tulis panjang jugak kot. Tapi kat tripadvisor dah review dah hahahahaa...

tak pe tak pe blanje gambar 2 keping dulu. 
Nanti kita sambung cerita ok,!



ikan zaman dinasor nih




Mimi ngan bersembang dengan penyu


watermark

Monday, March 21, 2016

:: Senarai Milkbooster Malaysia - Review ::




1) Umma Lacto
Rasa : Sedap
Harga : RM55
Keberkesanan : Tiada

2) Ephyra
Rasa : Tak Sedap, rasa macam oren berperisa cengkerang
Harga : RM100++
Keberkesanan : Tiada

3) Habassyi Oil 
Rasa : Ok. Sedap dalam kapsul, telan je.
Harga : RM50+
Keberkesanan : Tiada

4) Milky Momma
Rasa : Ok
Harga : RM
Keberkesanan : Tiada

5) Susu Kambing
Rasa : Sedap
Harga : RM20++
Keberkesanan : Tiada

6) FrisoMum
Rasa : Sedap
Harga : RM+++
Keberkesanan : Tiada

7) EnfaMama
Rasa : Sedap
Harga : RM+++
Keberkesanan : Tiada

8) Domperidone Tablet
Rasa : Tak rasa apa
Harga : Free from hospital
Keberkesanan : Tiada

Kenapa tau ai sibuk mencari mencuba dan memakan/meminum kesemua 'milkbooster' di atas? Sebab konon nak bagi susup melimpah ruah tak muat peti ais seperti yang digembar gembur review serta testimoni dalam internet. Hasilnya MENGECEWAKAN!!!!!!
Sebab masa ai duk room in dalam NICU susu ai drop sangat tak banyak nak buat stok pun tak dapat sebab sikit. So konon nak banyakkan try la yang num 1,2,4 dan 6. Tak ada hasil. Keluar dari hospital cuba yang lainnya. Sama jugak tak ada perubahan. Lastly, ai makan je macam biasa. minum horlicks dan hot choco and makan bayam bebanyak. Kalau makan bayam nampak la lebih sikit dari biasa.

Ini review jujur ai ye. Mungkin badan ai tak berapa nak sesuai. Kalau kat orang lain tak tau la. Kbai!
watermark

Friday, March 18, 2016

:: Review BoboiBoy The Movie ::

Kali ni ai nak review BoboiBoy the movie.






Ai pegi menonton dengan Mimi kat TGV Au2 sebab ada Family hall. Senang sikit Mimi nak jerit nak gelak kuat2 suka hati dia. Dia nak lompat ke apa ke biaq p kat dia sebab FAMILY HALL budak leh buat apa sahaja!

So, ni antara movie yang memang ai tunggu - memandangkan ai memang suka animasi. Overall out of 5, ai bagi 4.5 stars. Jalan cerita ringan - senang nak faham. Tak berapa nak mengantuk. Yang penting movie ni even dia animasi, tersentuh hati kecil ai bila ochobot berkecai!!! kecai!! kecai!! waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ochobotttttttttttttttttttt!!!!



Part paling kelakar ai rasa dalam movie ni bila Encik Bos nyanyi lagu C I N T A K I K I T A cinta kikitaaaaaaaaaaaaaa. Ramai tak perasan dia sebut K I K I tu hehehe.



 inilah K I K I T A A A A A A kecintaan Encik Boss





Tapi...yes ada tapinya. Watak Tok Aba sangat kureng, padahal habis kedai Tok Aba.




Mungkin lepas ni production BoboiBoy kena fokus banyak pada musuh utama BoboiBoy si Encik Bos tu dalam misi "merampas semua Koko di muka bumi ini! Hahahahaha".





Dan dalam movie ni jugaklah baru ku tahu betapa kelakarnya Cikgu Papa Zola tu..kaki selfie rupanya..time kena tangkap ngan orang jahat pun leh selfie lagik ..haih~



Watak Gopal jugak macam tak berapa nak sentuh sangat eventhough pada ai Gopal ni power tau. Haaaa...sotong kurita goreng tepung uolls!



Antara part yg menggegarkan hati nih bila Boboiboy transform jadi KUASA 5!!! 5 baq anggggggggggggggg!!!!



Sound effect tak berapa membingitkan. Soundtrack best!
So...sila la p bawak anak-anak tengok kalau ada yang belum p tengok!



sumber gambar : Google

watermark

:: AL- FATIHAH - Dato Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia ::


Pagi tadi ternampak kat twitter Misha Omar




Kembalinya seorang komposer terkenal ke Rahmatullah...




Senarai lagu ciptaan Dato Adnan Abu Hassan :
  • Dalam Gerimis - Kumpulan Visa
  • Perjalananku - Jamal Abdillah
  • Dari Mata Penaku - Jamal Abdillah
  • Kasih Ku - Rahim Maarof dirakamkan semula oleh Amy Mastura
  • Di Sini Buat Pertama Kali - Azlina Aziz
  • Hitam Putih Kehidupan - Sheila Majid
  • Memori - Sheila Majid
  • Camar Yang Pulang - Aishah
  • Kasih Kita - Aishah
  • Kasihnya Balqis - Aishah
  • Sudi Katakan Sudi - Hasnol
  • Laguku Untukmu - Hasnol
  • Aku Dan Duniaku - Sudirman
  • Kul It - Sudirman
  • Kasih Tak Berpinggir - Ramlah Ram
  • Berbalam Cintaku - Rozita Izlyn
  • Cintamu Muzik Di Hatiku - Anita Sarawak
  • Kasih Tak Kesampaian - Alleycats
  • Warkah Berlagu Pilu - Felix
  • Ku Ingin Lari - Khadijah Ibrahim
  • Flora Cinta - Min Malik
  • Di Sini Bersemi - Farahdhiya Mohd Amin
  • Aku Di Sini - Noor Kumalasari
  • Di Persimpangan Dilema - Nora [[1]]
  • Renungan Terakhir - Nora
  • Gubahan Rindu Puisi Syahdu - Fauziah Latiff
  • Batas Menanti - Fauziah Latiff
  • Aku Sebutir Pasir - Fauziah Latiff
  • Tua Mengejar Kita - Fauziah Latiff
  • Tiada Noktah Cinta - Fauziah Latiff
  • Jerat Percintaan - Siti Nurhaliza
  • Azimat Cinta - Siti Nurhaliza
  • Wajah Kekasih - Siti Nurhaliza
  • Redha - Rahim Maarof
  • Embun - Sheila Majid
  • Puncak Kasih - Ziana Zain
  • Kesuma Hati - Ziana Zain
  • Rindu Padanya - Camelia
  • Getaran Cinta Di Jiwa - Liza Hanim
  • Hakikat Cinta - Dayang Nurfaizah
  • Hembusan Asmara - Dayang Nurfaizah
  • Kerana - Erra Fazira
  • Sampai Bertemu - Erra Fazira
  • Berteman Sepi - Erra Fazira
  • Hasrat Perindu - Mas Idayu
  • Layar Battuta - Noraniza Idris
  • Bunga-bunga Cinta - Misha Omar
  • Tiada Lagi Tangisan - Misha Omar (dirakamkan semula oleh Aishah)
  • Halaman Cinta - Misha Omar
  • Cinta Seorang Teman - Bob Yusof
  • Dambaan Pilu - Khai
  • Tangisan Dalam Kerinduan - Farah Diana Anuar
  • Antara Dua - Farah Diana Anuar
  • Jalan Terakhir - Farah Diana Anuar
  • Memori Cinta Luka - Nassier Wahab
  • Alam - Krisya
  • Gemersik - Krisya
  • Alam Maya - Mazleela
  • Andaiku Dibelaimu - Arnieza Amir
  • Antara Waktu Dan Usia - Siti Nurhaliza
  • Selembut Sutera - Nurfatimah
  • Asmara Di Hati - Sheila Abdull
  • Ke Pusara Sepi - Nurul
  • Andai Kau Mengerti - Vince
  • Bagai Dihiris Kaca - Khai
  • Bahtera Cintamu - Liza Hanim
  • Kerana Terlalu Menyintaimu - Liza Hanim - OST KL Menjerit
  • Benang Kasih - Syura
  • Bersatu Dalam Rindu - Misha Omar
  • Bunga-Bunga Berguguran - Intan Sarafina
  • Kembali - Intan Sarafina
  • Cinta Hanya Sandaran - Siti Nordiana
  • Cintamani - Ziana Zain
  • Dahan Kasih - Anis Suraya
  • Debuan Kasih - Syazliana
  • Dendam Dalam Diam - Nora
  • Di Sisimu - Camelia
  • Dunia Remaja - Eka
  • Halaman Pertemuan - Ety Farhana
  • Harmoni - Genuine
  • Hati Yang Sepi - Saidatul Erma
  • Hatiku Perlabuhan Sepi - Syaliaty
  • Kali Pertama - Fairuz Hussein (dirakamkan semula oleh Dina)
  • Kasih - Deeya Rashad
  • Kasih Yang Terluka - Izzla
  • Katakanlah Cintamu - Jeniffer
  • Kau Kasih Ku Sayang - Asha Malik
  • Ke Hujung Impian - Aqasha
  • Mimpi Tidak Selalunya Indah - Shima
  • Percintaan Dalam Tangisan - Zehra Zambri
  • Perjalanan Hidup - Norafizah
  • Pesona Bicara - Sarah
  • Rindu Datang Bertamu - Liza Hanim & Anis Suraya
  • Rindu Di Antara Kita - Siti Nurhaliza & Ciang Teng
  • Sejernih Airmata - Martinie
  • Selamanya Tak Akan Berakhir - Ashira
  • Teman Baru - Anna
  • Selembut Sutera- Nurfatima



watermark

Tuesday, March 15, 2016

:: Gambar Terkini Nur Hamidah Bayi Terselamat Tragedi Highland Tower ::


1993-2016, dah 23 tahun berlalu (hampir).
Baby yang terselamat dalam runtuhan Highland Towers dah besar pun. Ajaibnya kuasa Allah...


Waktu petugas dapat keluarkan Mida dari runtuhan







dah kini.......





FYI, Mida dan ibunya kini tinggal di Indonesia. Mida ni skang dah jadi jururawat/bidan.






watermark

Top Post