Thursday, March 10, 2016

:: Memelihara Burung Tekukur/Merbuk ::

Korang ingat tak cerita nih. KLIK SINI

Ceritanya cenggini. Rasanya dah dekat 2 tahun burung-burung merbuk/tekukur suka sangat bersarang, bertelur tak tau berapa keturunan dah kat umah ai tu.

Ai bukan tak suka burung-burung ni singgah kat rumah tapi ai ada anak kecik yg premature. Ai takut hama dan kuman dari najis burung tu masuk dalam rumah (bawaan udara) dan nanti akan membawa masalah kesihatan.

Masuk kali ni tak tau la dah keberapa ekor anak burung anak menetas.

Kisahnya ai dah CLEAR sarang derang yang lama. Sebabnya sarang tu dah terlampau lama. Najis-najis burung dah menggunung sampai ai dah tak leh nak bukak tingkap ruang tamu sebab kotor sangat. Rasanya sarang tu aje pernah menempatkan lebih kurang beberapa kali penteluran/penetasan/pengeraman. Mungkin dekat 20 ekor dah anak burung silih berganti menetas kat situ. Najisnya pun dah menggunung rasanya sampai beberapa inci. Kotorkan?

Sekali lagi bukan ai dengki, tak de niat pun nak musnahkan rumah derang. Tapi sebab dah kotor sangat, ai terpaksa bersihkan. Lagipun ai nak bawak Bidadari balik rumah tu. Ai pun masa nak bersihkan ai pastikan anak-anak burung dah pandai terbang dan cari makan sendiri.

Bila ai dah bersihkan, tetiba masa ai balik baru-baru ni dia bersarang pulak kat kawasan tingkap bilik pulak, tepi pasu. Huuuuuuuuuuu..ingatkan dah tak de rupanya ada. Tak leh nak halau sebabnya dia bertelur nih.



Agak-agak korang ada idea tak nak buat cenggane? Or ada sesapa peminat tekukur/merbuk yang nakkan burung ni?

Ai punya idea adalah buatkan rumah burung untuk dia...tapi tu la nanti masalah najis berlambak tu pasti kembali...

ai ada anak kecik weyhhhhhhhhhhhhhhhhh~

p palang s : Orang susah-susah nak tangkap/bela burung merbuk/tekukur untuk buat pertandingan. Ai? berHuhuhu

watermark

1 comment:

miss eimanhikmah said...

burung mmg suka duk kt tingkap..tempat aim kucing nak main2 dgn burung2 tu..hehehe

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...