Monday, March 21, 2016

:: Senarai Milkbooster Malaysia - Review ::




1) Umma Lacto
Rasa : Sedap
Harga : RM55
Keberkesanan : Tiada

2) Ephyra
Rasa : Tak Sedap, rasa macam oren berperisa cengkerang
Harga : RM100++
Keberkesanan : Tiada

3) Habassyi Oil 
Rasa : Ok. Sedap dalam kapsul, telan je.
Harga : RM50+
Keberkesanan : Tiada

4) Milky Momma
Rasa : Ok
Harga : RM
Keberkesanan : Tiada

5) Susu Kambing
Rasa : Sedap
Harga : RM20++
Keberkesanan : Tiada

6) FrisoMum
Rasa : Sedap
Harga : RM+++
Keberkesanan : Tiada

7) EnfaMama
Rasa : Sedap
Harga : RM+++
Keberkesanan : Tiada

8) Domperidone Tablet
Rasa : Tak rasa apa
Harga : Free from hospital
Keberkesanan : Tiada

Kenapa tau ai sibuk mencari mencuba dan memakan/meminum kesemua 'milkbooster' di atas? Sebab konon nak bagi susup melimpah ruah tak muat peti ais seperti yang digembar gembur review serta testimoni dalam internet. Hasilnya MENGECEWAKAN!!!!!!
Sebab masa ai duk room in dalam NICU susu ai drop sangat tak banyak nak buat stok pun tak dapat sebab sikit. So konon nak banyakkan try la yang num 1,2,4 dan 6. Tak ada hasil. Keluar dari hospital cuba yang lainnya. Sama jugak tak ada perubahan. Lastly, ai makan je macam biasa. minum horlicks dan hot choco and makan bayam bebanyak. Kalau makan bayam nampak la lebih sikit dari biasa.

Ini review jujur ai ye. Mungkin badan ai tak berapa nak sesuai. Kalau kat orang lain tak tau la. Kbai!
watermark

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...