Wednesday, March 9, 2016

:: Solat Gerhana Matahari ::


Hari ni 9 March 2016
Gerhana Matahari berlaku...
Yang seronoknya Masjid kat opis ni anjurkan solat gerhana matahari berjemaah...adoiyaiiii bestnya. Tak dapat nak join sebab nanti tak memasal bos cari lepas tu ai tak de lepas tu tettttttttttttttttttttttttttttt.

Gambar gerhana matahari memang tak dapat nak capture sebab tak ada proper tools walaupun camera bersepah.

Ni je la yang dapat ai share



Solat Sunat Gerhana Matahari
.
Melakukan ‘Solat Gerhana Matahari’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Kusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat (lelaki atau perempuan), sama ada orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba. Disunatkan mandi sebelum dirikan solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
.
Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan secara bersendirian Walau bagaimanapun yang lebih afdhal dan utama adalah ditunaikan secara berjamaah di masjid yang didirikan Solat Jumaat.
.
Sebaiknya dibacakan khutbah setelah selesai solat seperti mana pada solat hari raya. Isinya diarahkan kepada keterangan tentang gerhana, isu-isu semasa ataupun hal-hal bermanfaat yang menjurus kepada anjuran taubat, sedekah, persatuan, amar ma’ruf nahi mungkar.
.
.
Waktu Solat Gerhana Matahari
.
Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari waktunya bermula ketika ternyata sedang berlakunya gerhana matahari sehingga selesai gerhana matahari tersebut. Iaitu dengan berakhir, tamatnya gerhana itu atau sehingga jatuhnya matahari dan hilangnya gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.





watermark

No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post