Sunday, September 14, 2014

:: CABARAN 30 HARI: HARI 11 : Kenangan Yang Tak Dapat Dilupakan Zaman Kanak-Kanak ::


Dalam banyak-banyak entry macam susah je entry bertajukkan yang ni.
Kenangan lucu zaman kanak-kanak. Maaflah, tak banyak kenangan masa kanak-kanak yang ai ingat mungkin sebab my short term memoty lost akibat kepala terhentak kat stereng dulu.......jap nak cuba berfikir dengan kuat......................



....................selepas berjam-jam memikirkan perkara ini. Perlu ai cakap ai tak ingat langsung!
So..ai rasa ai perlu tukar tajuk dari LUCU ke yang paling tak dapat lupa. Aci tak?


Okay ceritanya cenggini, sebab betul...ni memang paling tak dapat lupa siap terbayang-bayang dimata sampai hari nih. Peristiwa ni berlaku masa ai darjah 2. Ai sekolah semua perempuan ye. Ada dua orang kawan ai nih, sorang ai label dia as O dan sorang lagi M.

Satu hari ni O beli sharpener baru, kalau korang pernah guna sharpener yang macam ni, korang memang legend!


O pun kecoh la yang dia ada sharpener baru. Dia siap tunjuk kat semua orang. Ai pun layan tak layan la dia....agree kan aje. Lepas tu O pegi la kat M, dia siap buat demo kat M. M malas nak layan dia. Adegan ni berlaku depan pintu kelas. O desak M untuk tengok betapa tajamnya pensil yang dia baru asah tu. Sekali lagi M buat tak tau.

Tah kenapa O naik hangin, mungkin sebab M tak layan dia. Tak semena-mena O cucuk kepala M dengan pensil tadi. Depan ai ok! Bersembur darah keluar dari dahi M......!!!!!!!

Lepas dari tu terus O blah dengan tak de perasaannya.....

Itulah kenangan masa zaman kanak-kanak paling ai tak dapat lupa....ngeri tak? Hehehehhehehe




watermark

No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post