Wednesday, September 24, 2014

:: Bertemu selepas 11 tahun terpisah ::





11 tahun kami terpisah kerana seorang LELAKI, akhirnya pagi ini aku jumpa balik dia. Aku jerit nama dia terus aku peluk. Rasa macam dah tak nak lepas lagi. Ya Allah.....trimas so much for reunite both of us. Alhamdulillah....

Syukur sangat dapat berjumpa kembali dengan Rida....aku selalu ingat kat dia. Cuma aku sedikit terkilan sebabnya kami berpisah kerana angkara seorang LELAKI yang dinamakan SUAMI. Suami Rida tak suka kami berkawan, sebab aku ingat lagi katanya aku ni bagi pengaruh kuat kat Rida. Aku masa tu cuma nak Rida tegakkan hak dia..tu aje.

Sempat dia bercerita dia dah berpisah dengan suaminya yang kaki pukul dan panas baran tu. Syukur aku dengar. Tapi dia sampai sekarang masih lagi berhubung dengan suami dia sebab anak-anak. Tapi suami dia masih lagi dengan perangai lama - biarkan!

Yang penting aku dah bertemu kembali dengan kawan/sahabat aku yang aku sudah kenal hampir 16 tahun.

Tak sabar nak dating-dating...............~


watermark

3 comments:

Cik Nadyya said...

susahnya kalo laki panas baran.. mnakotkn je..

Mila Hilas said...

sory lah nak bertanya..kwn awk cerai fasakh atau cerai biasa?? amik masa lama x? ( Sbb kwn sy ad mslh utk mtk cerai..dia takut kalo amik masa lama, nanti takut suami dia apa2 kn dia)

Shark Kay said...

wow..
mmg lama tue 11 tahun
umur masih panjang untuk berjumpa.

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...