Thursday, May 31, 2012

:: Mendobi Part 2 ::

Balik dari kerja semalam...sambil babysit Zahra, basuh baju baby...
ai suka sangat baju Tolly Joy punya detergent tu...sedap sangat!!!!!



cuci cuci part 2


dah last parat dah untuk baju....booties & mittens belum cuci lagi


banyak rupanya baju ai beli....tu la...main grab je!
ok..sila jangan beli lagi dah lepas nih...tunggu dia besar skit lak nanti.... =)

dats all for now..dua hari dah citer pasal basuh baju je...hik3

ok..assalamualaikum n bai..~




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Wednesday, May 30, 2012

:: Mendobi Part 1 ::

Mak cakap..baju anak cuci tangan..baju derang very delicate...
Basuh la..
walaupun mendung tak bererti hujan semalam...ku gagahi demi yang tersayang...heheheh
seronok je tengok baju comel-comel...alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahai anak omak!




terima kasih kepada cecair pencuci Tolly Joy!

episod ini belum berakhir....sekian


Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Tuesday, May 29, 2012

:: Review : 3D/4D scan with Ms Jezzlyn ::

Date : 120512
Time : 1630
Venue : Klinik Fauziah & Rakan-rakan
Sonographer : The famous Ms Jezzlyn

Pengalaman pertama buat 3D/4D scan.
Tak susah nak cari klinik fauziah nih. Kalau sesapa tahu kawasan ampang nak menghala ke bukit ampang tu memang sangat la senang. Klinik Fauziah ni betul2 dekat simpang 2nd last sebelom simpang naik ke bukit ampang.
Landmark kedai Baby Manjaku di sebelah kiri jalan. Pandang kanan kat tepik lite terus leh nampak Klinik Fauziah.

Kami tiba awal jugak la before 1630 kat klinik. Duduk menunggu dengan penuh kesabaran sebab ramai jugak tengah menunggu. Walaupun appointment dah dibuat, memang tak semestinya kita masuk ON TIME sebab manalah tau orang yg sebelom kita tersasar sikit jadualnya.
Mungkin sebab baby susah nak nampak. So tak pe..sabar je tunggu. Dalam kul 1700 nama di panggil. Masuk dalam bilik Ms Jezzlyn dengan senyum senyum sengeh sengeh. Comel rupanya tuan punya badan (Ms Jezzlyn) ni.
Nampak peramah dan sememangnya peramah. Masuk-masuk je, tanya khabar mama n baby. Wahhhhh......!!!

Dia mintak baring atas katil yang ada. Papa dia suruh duduk menghadap monitor ke-2. Dia pun terus je buat apa yang patut, letak gel kat atas perut bla bla bla.
Dia bagi greeting kat baby dalam perut ni sambil pegang perut..alaaaaaaaaaaaaaahai sweetnya (tapi dia tak kawen lagi ok). Mula-mula buat details scan.
Dia terangkan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bagi dengar heart beat baby...masa tu Allah je yang tahu perasaan ni macamana bila kita dengar bunyi jantung anak dalam perut nih!!! Kuasa Allah......

Ms Jezzlyn terangkan lagi kedudukan dia, detail tulang belakang dia, jantung dia, perut dia, kaki, tangan, kepala..semua-semua la secara detail. "semua atas graf! good..good.." katanya.
Sambil dia terangkan selang-seli dia pujuk n cakap ngan baby. "Baby...mama baby n kakak n papa nak tengok baby nih...tunjuk muka tau..tau" memang ai gelak la. Kelakar pun ada Ms Jezzlyn nih!
Sambil scan sambil sembang sambil buat lawak. Itulah perwatakan Ms Jezzlyn and ai sangat senang dengan cara dia. Bila baby tak duduk dia. Dia pujuk lagi.
Dia suruh ai mengiring skit dan terus scan lagi. Sambil pujuk lagi supaya baby jangan lasak sangat. Susah nak nampak muka.
Mana tak nya tangan kaki habis naik ke kepala. Bukan main lagi buat aksi akrobatik.

Yang paling best baby asyik nak menguap aje. Patut la dia tak nak dok diam, kacau dia time dia tidur rupanya. Hahahahahha...Ms jezzlyn tak putus asa. dia terus pujuk n pujuk n pujuk. Siap cakap "Baby..bagun la kejap...kejapppppppp je...akak nak tunjuk baby kat mama ngan papa nih"
ala alalalalalalallaa....so cute!!!!

Alhamdulillah, baby makan la jugak pujukkan tu. Walaupun dia asyik nak menguap aje.
Rasa macam tak puas tengok baby dalam monitor, dengar heartbeat dia, tengok kelasakan dia, tengok dia menguap, tengok jari2 kecil dia..tapak kaki dia. *cair cair cair*

Lepas habis scan, Ms Jezzlyn burnkan imej n video dalam CD. Dapat several printout. Handover pada kami.
Bayaran RM100 je untuk service yang superb!!!!

dan lepas tu kami kuar dari klinik makan - kedai makan depan klinik tu sedap ok!! siakap 3 rasa n sup campur dia sangat BEST!!!!!!!
Lepas makan kami pun balik dengan happynya! Dan sampai je kat umah terus transfer file dalam hard disc n tengok berkali-kali-kali-kali lagi...*MELTING*

jadi sesapa yang nakkan 3d/4d scan kat KL/Selangor, yes..i highly recomended Ms Jezzlyn nih. Tapi kena booked/buat appointment la dengan dia sebab dia macam buat freelance kat klinik2 yang tertentu.



Cenggane nak contact dia? Detail adalah seperti berikut :

Klik Facebook 3D/4D Scan Malaysia
Lepas tu klik kat link untuk buat appointment. Siap!




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Monday, May 28, 2012

:: Cerita Pregnant part 2 ::

Minggu 17-Minggu 24 :

Trimester kedua pun dah bermula. Masa ni adalah masa-masa yang best. Baby membesar mengikut jadual. Mama dia pun membesar mengikut jadual. Kehidupan kembali aktif.
Rambut dah tak gugur lagik makin rasa lebat n cepat panjang adalah pai setiap kali p saloon mesti kene tanya.."makin panjang rambut..tak nak potong ke?". Keadaan kulit semakin ok tak macam
1st trimester dulu.

Tendangan baby bertambah kuat. Makin aktif. Sampai waktu scan minggu ke 22 dia tak nak duduk diam langsung. Leh nampak tangan kaki bergerak-gerak tak berenti. Joget2 keseronokkan dalam perut mama dia nih!

Baby....Baby....


Walaupun waktu minggu 20++ dah tak leh nak jalan laju sangat sebab kalo terlampau laju mula la rasa nak tershishi la..sakit montot la. tapi tak pe, aktiviti harian mesti terus berjalan!
Aktiviti mingguan pun perlu diteruskan. Kena aktif jugak skali skala, bersukan kecil-kecilan. Perut dah mula nampak. Seronoknya!!!

Checklist untuk barang baby pun dah mula dicompletekan satu per satu. Start minggu ke 22 rasanya macam setiap minggu mesti pegi shopping barang baby walaupun untuk hanya sepasang baju! Hehehehehe

Minggu 25-now :

Dah stat tak berapa nak lena tidur malam. Kadang-kadang sebab baring tak kena gaya..ngiring kiri tak kena, kanan tak kena terlentang lagi tak kena. Baby mesti mcm tak suka. Kena ada 'post-post' special. Baru la nak lena mata nih.
Kalao malam mesti dah stat terjaga nak pegi shishi sekali dua.

Selera makan oklah..tak de la tak lalu nak makan ke apa ke. Cuma tak BOLEH.. TAK BOLEH nak makan kat rumah sangat. Nasi..lauk ke apa ke..TAK LALU. Tapi kalau makan kat luar, memang mabeles selera tekak nih. But Say NO to nasi.
Seminggu tu dalam sekali je jamah nasik. Selebehnya makan pizza la, KFC la, Johnny's la, sushi, namakan aje restoran2 dalam shopping mall semua suke!!!
Allergic selain nasik adalah aiskrim, tutti frutti, kentang goreng - ohhhh my baby hate this!! hate this a lot!!!!!!!!

Masa minggu ke 26 my hubby BFF banje makan tutti frutti - dalam hati dah ckp jgn nak mkn banyak2 2-3 sudu tak pe. Keluar je dari tutti frutti, depan2 tu jugak muntah! Hamekkkk...rasakan!
Selain dari tu permintaan makanan yang jarang2 di makan memang banyak. Layankan aje tekak ni, makan mana yg selera. Jangan tak makan langsung!

Minggu ke 27 - pegi scan for 3D..seronok sangat dapat tengok baby. The sonographer is a cute lady n cara dia memang best (yg ni nanti i review). My hubby dari duduk tgk monitor sampai berdiri-diri la punya xcited tengok anak dia nih! Hehehehehehe
Kemuntahan biasanya akan berlaku bila terlampau kenyang, makanan tidak menepati citarasa dan bila makan iron tablet!!

Baby semakin aktif, kadang2 tersedu2 (comel je)....tak sabar rasanya nak tunggu dia. Kadang-kandang bila tengok/renung lama-lama perut nih leh nampak kejap terbonjol sana-sini. Leh nampak macam siku/lutut dia terbonjol bergerak2 (heheheheh seronoknya!!!!!!!) sampai senget benget perut mama dia nih...






Semoga dia sentiasa sehat dalam perut mama dia, n mama dia mestilah kuat semangat n kuat buat kerja n mengaktifkan kehidupan tanpa melasak sangat!
Masih ada baki May n June untuk terus bergerak aktif sebelom menghentikan aktiviti permotoran bila July tiba nanti.

Doakan kami anak beranak sehat n kuat n sempurna ya...

kalau ada cerita tak tercerita tu..nanti2 la citer. 'Till then...assalamualaikum!

p palang s : ni sambil menaip ni layan baby joget dalam perut sambil dia buat somersault….ngeeeeeeeeeeeee~dan as for now ai tidak berpacking apa2 lagik untuk my bag ke hospital..sekian :P


p palang s : Citer Preggy part 1 disini

Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Friday, May 25, 2012

:: Segmen : Post my blog feed!! ::


KLIK gambo di atas untuk JOIN
antara syarat :
  • Buat 1 entry bertajuk "Segmen : Post my blog feed!!" , buh header blog maera sprt diatas beserta link ke entry ini. pastu nak bebel ape2 kat entry tu, ikut suke anda la ye
  • Follower must be lower than 500
  • Terhad utk 20 blog saja
  • Tarikh tutup : Selagi masih ada tempat kosong




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

:: Tazkirah : Bencana Lidah Ke Tujuh ::

Bencana Lidah ketujuh: Berkata kotor, memaki dan lidah yang cabul. 

Sifat-sifat ini juga amat dilarang oleh agama, dan ia dikira antara sifat-sifat yang tercela yang bersumber dari kejahatan dan kedurjanaan.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Waspadalah kamu dari kata-kata yang kotor, kerana sesungguhnya Allah Ta’ala tiada suka kepada kata-kata yang kotor dan perilaku yang cabul.” 



Rasulullah s.a.w. pernah melarang para sahabatnya supaya jangan memaki kaum Musyrikin yang terbunuh di dalam peperangan Badar, sabdanya: Janganlah kamu memaki-maki mereka itu, yakni orang-orang Musyrikin yang terbunuh di dalam peperangan Badar itu, sebab caci-makimu itu tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada mereka, malah sebaliknya kamu akan menyakiti hati orang-orang yang masih hidup (dari keluarga si mati itu). Ketahuilah bahwasanya kata-kata yang kotor itu adalah suatu kejahatan.

Sabdanya lagi dalam sebuah Hadis:

“Bukanlah seorang Mu’min itu yang jadi pencaci, pelaknat, bukan yang suka berkata kotor atau yang lidahnya suka menyebut kata-kata yang hina.” 

Lagi sabdanya:

“Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang bercakap kotor, berlaku cabul, suka berteriak-teriak dalam pasar.” 

Batasan bercakap kotor itu, memadailah dengan membicarakan sesuatu perkara dengan menggunakan ibarat-ibarat yang buruk yang tak senang didengar oleh telinga. Hal-hal serupa ini sering berlaku sekitar membicarakan tentang persoalan-persoalan seks dan liku-likunya. Ibarat-ibarat yang keji itu sering menjadi permainan di mulut orang-orang yang memang buruk kelakuannya, yang biasa diperbualkan antara sesama mereka. Manakala orang-orang yang baik perilakunya sentiasa menjaga diri dari menyebut kata-kata yang kotor serupa itu. Andaikata perlu disebutkan juga, maka mereka tidak pernah menyebutnya secara terang-terangan, malah mereka menggunakan kata-kata sindiran atau kata-kata semakna dengannya saja.

Berkata Ibnu Abbas r.a.: Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Hidup, Maha Mulia dan Maha Pemaaf. Digunakan maksud persetubuhan itu dengan perkataan bersentuh kulit.

Maka perkataan-perkataan seperti masis atau mas (menyentuh), dukhul (masuk) adalah kata-kata yang dipakai untuk maksud bersetubuh atau berjimak. Ini semua untuk menjaga bahwa kata-kata yang dipakai dalam al-Quran itu jangan ada yang berbau kotor.

Di sana ada banyak lagi ibarat-ibarat yang kotor, yang tidak layak disebutkan disini, kebanyakan daripadanya digunakan dalam caci-maki, ataupun untuk menunjukkan tanda tidak senang kepada orang yang dilemparkan kata-kata itu. Apabila orang itu merasa malu jika kata-kata seperti itu dilemparkan kepadanya, maka janganlah hendaknya ia berani menyebutnya secara terang-terangan kepada orang lain. Sebab semuanya itu merupakan perkara-perkara yang keji yang harus dijauhi.

Dan punca dari segala kelakuan ini, sama ada bertujuan untuk menyakiti orang lain, ataupun tersebab oleh kebiasaan yang dihasilkan oleh percampurgaulan yang tak sihat dengan orang-orang yang buruk akhlak dan kelakuannya, yang sudah sememang menjadi tabiat mereka suka mencaci-maki dan berbuat pekerjaan-pekerjaan yang keji.

Sekali Peristiwa datang seorang Arab dusun kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata: Wahai Rasulullah! Berikanlah aku suatu wasiat!

Maka Rasulullah s.a.w. pun bersabda:

“Hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah. Kemudian sekiranya ada orang yang memalukan engkau lantaran sesuatu keaiban yang diketahuinya ada padamu, maka janganlah hendaknya engkau membalasnya dengan memalukannya lantaran sesuatui keaibannya yang engkau mengetahui pula, kelak bencananya akan tertimpa atas orang itu, manakala pahalanya pula akan dicatitkan bagimu. Juga jangan sekali-kali memaki sesuatu.” 

Setelah mendengar wasiat Rasulullah s.a.w., maka orang dusun itu pun berkata pula: Sesudah itu saya tak pernah memaki-maki lagi.

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:

“Pencacian seseorang Mu’min adalah fasik (perkara jahat) dan pembunuhnya adalah kekufuran.” 

Lagi sabdanya:

“Orang yang memaki kedua ibu bapanya adalah terlaknat.” 

Dan pada riwayat yang lain:

“Seberat-berat dosa besar, ialah bila seseorang itu memaki-maki kedua ibu bapanya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah seseorang itu akan memaki-maki kedua ibu bapanya? Jawab Rasulullah s.a.w.: Bila seseorang memaki-maki bapa orang lain, maka orang itu akan membalas memaki-maki bapanya pula.”



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Thursday, May 24, 2012

:: Cerita : Barang Baby 3::


romper untuk my baby. mak ckp tak yah beli banyak2 tak terpakai nanti..
baik mak! (abaikan imej di kiri dan kanan..fokus kat tengah je)

ai dapat romper ni dengan harga yang amat berbaloi sekali..tak sangka jadi member leh dapt diskaun banyak la jugak! hehehehehe~




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Wednesday, May 23, 2012

:: AUTOSHOW SEMPENA JUTAAN BELIA 2012 ::

TEMPAT: Presint 4 putra jaya
TARIKH: 26hb Mei 2012 / SABTU
MASA: 01.pm ~ 09.30.pm
PENYERTAAN: RM35 + Free Gift
CONTAC: 017-6549244 Rizalman

KATEGORI AUTOSHOW:
1.) PERODUA MODIFIED
2.) MIRA LOOKS
3.) PROTON MODIFIED
4.) OPEN/EXTREME

HADIAH:
No1 ~ No3 -> Wang Tunai + Trofi
No4 ~ No5 -> Trofi

PILIHAN KHAS JURI:
1.) PERODUA STANDARD
2.) PROTON STANDARD
3.) OPEN STANDARD
4.) OLDSKOOL
5.) V.I.P STYLE

AKTIVITI:
SABTU 26 / 05 / 2012 ( 01.pm ~ 10.pm )
MASA: 01.pm ~ 04.pm = PENYERTAAN AUTOSHOW
05.pm ~ 07.pm = JURI
08.pm ~ 09.pm = DEMO (SPLIT FIRE )
09.pm = HADIAH

AUDIO SHOW SEMPENA JUTAAN BELIA 2012

TEMPAT: Presint 4 putra jaya
TARIKH: 27hb Mei 2012 / AHAD
MASA: 01.pm ~ 09.30.pm
PENYERTAAN: RM35 + Free Gift
CONTAC: 017-6549244 Rizalman

KATEGORI AUDIO:
1.) AUDIO 2 WOOFER (SPL)
2.) AUDIO 4 WOOFER (SPL)

HADIAH:
No1 ~ No3 -> Wang Tunai + Trofi
No4 ~ No5 -> Trofi

AKTIVITI:
AHAD 27 / 05 / 2012 ( 01.pm ~ 10.pm )
MASA: 01.pm ~ 04.pm = PENYERTAAN (2 WOOFER dan 4 WOOFER)
05.pm ~ 07.pm = JURI
08.pm ~ 09.pm = DEMO LIGHTING
09.pm = HADIAH




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

:: Tanpa Kata Rabunya ::


=)




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Tuesday, May 22, 2012

:: Cerita : Barang Baby 2::




kisah berlaku di JCard Member Day - Wangsa Maju




hampir penuh setingkat drawer baby


antara barang yang diborong tanpa belas kasihan (n pemantauan incik pinky)




yang tengah2 tak beli kat JJ..saje je enterpremkan...hehhehehe


dalam semua-semua tangkapan hari tu...this is my fav!


rasa mcm lazat sangat baju nih! hahahhahaa~






Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Monday, May 21, 2012

:: Cerita : Barang Baby 1::


Tu hari bershopping kat ikea..




tup tup berkenan tgk bath tub baby nih...tanpa banyak soal terus amik!! hahahahhaha.
kelebihannya? NON SLIPPERY..dah test dah buat2 ala ala menggelungsur dalam bilik air..ternyata ianya 'stick' di lantai!
dalam pun tak slippery...baguih beli nih!
selain tu kepada yg malas nak beli bakul baju kotor baby ke ape ke..bath tub ni leh di gunakan sebagai bekas baju kotor baby..hehehehehe


(nadya...nadya...berkenan tak tengok yang nih?)




jalan punya jalan punya jalan dalam ikea...setelah mensurvey beberapa jenis/rupabentuk drawer/almari untuk baby, last-last kami berdua berkenan kat yg nih..so belilah. n incik pinky dengan jaya dan bergayanya memasangnya. (dalam ni dah selamat letak kain baju baby dah pun.....nanti citer lain)


itu ajelah sorotan dari ikea...selebehnya acara makan!
sekian~









Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Friday, May 18, 2012

:: Gambar Makanan Sejak Preggy ::


meatball @ ikea


beskut femes ames



kenny rogers



nasi daun pisang



sangat suka makan satey


cakoi...oh cakoi...kalao cicah kari ikan tenggiri lagi sedap ok


tauhu sumbat..ni belom tauhu bakar sotong lagi


yummeyh ice choco ngan telo hayam


speg


roti canai/roti telor


lemon lemon


wan tan mee dry


lontong seminggu at least sekali mesti kene!


nasik beringin




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...