Tuesday, May 29, 2012

:: Review : 3D/4D scan with Ms Jezzlyn ::

Date : 120512
Time : 1630
Venue : Klinik Fauziah & Rakan-rakan
Sonographer : The famous Ms Jezzlyn

Pengalaman pertama buat 3D/4D scan.
Tak susah nak cari klinik fauziah nih. Kalau sesapa tahu kawasan ampang nak menghala ke bukit ampang tu memang sangat la senang. Klinik Fauziah ni betul2 dekat simpang 2nd last sebelom simpang naik ke bukit ampang.
Landmark kedai Baby Manjaku di sebelah kiri jalan. Pandang kanan kat tepik lite terus leh nampak Klinik Fauziah.

Kami tiba awal jugak la before 1630 kat klinik. Duduk menunggu dengan penuh kesabaran sebab ramai jugak tengah menunggu. Walaupun appointment dah dibuat, memang tak semestinya kita masuk ON TIME sebab manalah tau orang yg sebelom kita tersasar sikit jadualnya.
Mungkin sebab baby susah nak nampak. So tak pe..sabar je tunggu. Dalam kul 1700 nama di panggil. Masuk dalam bilik Ms Jezzlyn dengan senyum senyum sengeh sengeh. Comel rupanya tuan punya badan (Ms Jezzlyn) ni.
Nampak peramah dan sememangnya peramah. Masuk-masuk je, tanya khabar mama n baby. Wahhhhh......!!!

Dia mintak baring atas katil yang ada. Papa dia suruh duduk menghadap monitor ke-2. Dia pun terus je buat apa yang patut, letak gel kat atas perut bla bla bla.
Dia bagi greeting kat baby dalam perut ni sambil pegang perut..alaaaaaaaaaaaaaahai sweetnya (tapi dia tak kawen lagi ok). Mula-mula buat details scan.
Dia terangkan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bagi dengar heart beat baby...masa tu Allah je yang tahu perasaan ni macamana bila kita dengar bunyi jantung anak dalam perut nih!!! Kuasa Allah......

Ms Jezzlyn terangkan lagi kedudukan dia, detail tulang belakang dia, jantung dia, perut dia, kaki, tangan, kepala..semua-semua la secara detail. "semua atas graf! good..good.." katanya.
Sambil dia terangkan selang-seli dia pujuk n cakap ngan baby. "Baby...mama baby n kakak n papa nak tengok baby nih...tunjuk muka tau..tau" memang ai gelak la. Kelakar pun ada Ms Jezzlyn nih!
Sambil scan sambil sembang sambil buat lawak. Itulah perwatakan Ms Jezzlyn and ai sangat senang dengan cara dia. Bila baby tak duduk dia. Dia pujuk lagi.
Dia suruh ai mengiring skit dan terus scan lagi. Sambil pujuk lagi supaya baby jangan lasak sangat. Susah nak nampak muka.
Mana tak nya tangan kaki habis naik ke kepala. Bukan main lagi buat aksi akrobatik.

Yang paling best baby asyik nak menguap aje. Patut la dia tak nak dok diam, kacau dia time dia tidur rupanya. Hahahahahha...Ms jezzlyn tak putus asa. dia terus pujuk n pujuk n pujuk. Siap cakap "Baby..bagun la kejap...kejapppppppp je...akak nak tunjuk baby kat mama ngan papa nih"
ala alalalalalalallaa....so cute!!!!

Alhamdulillah, baby makan la jugak pujukkan tu. Walaupun dia asyik nak menguap aje.
Rasa macam tak puas tengok baby dalam monitor, dengar heartbeat dia, tengok kelasakan dia, tengok dia menguap, tengok jari2 kecil dia..tapak kaki dia. *cair cair cair*

Lepas habis scan, Ms Jezzlyn burnkan imej n video dalam CD. Dapat several printout. Handover pada kami.
Bayaran RM100 je untuk service yang superb!!!!

dan lepas tu kami kuar dari klinik makan - kedai makan depan klinik tu sedap ok!! siakap 3 rasa n sup campur dia sangat BEST!!!!!!!
Lepas makan kami pun balik dengan happynya! Dan sampai je kat umah terus transfer file dalam hard disc n tengok berkali-kali-kali-kali lagi...*MELTING*

jadi sesapa yang nakkan 3d/4d scan kat KL/Selangor, yes..i highly recomended Ms Jezzlyn nih. Tapi kena booked/buat appointment la dengan dia sebab dia macam buat freelance kat klinik2 yang tertentu.



Cenggane nak contact dia? Detail adalah seperti berikut :

Klik Facebook 3D/4D Scan Malaysia
Lepas tu klik kat link untuk buat appointment. Siap!




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

16 comments:

Asz Miza said...

One day ingat nak g buat dengan Jezz jugak la..ramai kata dia memang best..last week i g wat, tapi CD habis then suh dtg this week. Semalam i dtg doc kata dia lupa save and offer buat 3D 4D lagi sekali tp foc..sekali bila buat baby sampai sudah takmo tunjuk muka walau dah pujuk2. Mcm mana nak kasi dia tunjuk ni eh? Ada idea?

Shakina Farhan said...

semua org ckp ms jezz ni sgt best..huhu..tp xd rezeki buat ng die..xpela janji dpt tgk baby..

S.n.Fariza said...

:)) bestnya...
take care ye

cik lin butterfLYNN~~ said...

wah bestnyer.. i pun teringin jugak nak buat 3d/4d scan nih,nak buat sekali shj,kena tgu smpi cukup 24weeks dlu,another 12 weeks to go,hehe.. masa u buat ni brp weeks??

Hunny Kitty said...

asz - jezz mmg best ok..pandai pujuk baby..heheh comel je

kina - u dah buat ke?

fariza - trimas

lin - i buat masa 27w

Syima Syaz said...

ok...muktamad i nak buat dgn jezz. tp not this week la.tgg 30weeks..

Reena said...

Mesti excited kan bila dah dapat tengok baby dalam perut? Tengok scan hitam putih yang biasa tu memang tak puas. Hehehe... :)

Hunny Kitty said...

syim - tak rugi u buat ngan jezz...dia pandai pujuk baby..n kalao tak nampak dia akan usaha sampai nampak jugak

Hunny Kitty said...

reena - mmg pun rasa mcm nak beli je satu mesin tu leh sentiasa skodeng ada dia buat hehehe

cik lin butterfLYNN~~ said...

syim, u nk tgu smpi 30 weeks?! it's not advisable lah.. I msg org 3d4d,dia ckp:
1st scan: (22-25wk): see more baby movement, might scan the whole body baby, can c more in hand & legs movement, but the baby might look skinny a bit, but its edi cute.
2nd scan: ( 26-30wk): more to baby face as the baby look more cubby, but leg & hand scan depend on the liquour enough or not....
(30-35wk): harder to scan depend on air ketuban only.. the chances to take a bit low compare to <30wk, but the baby will look more cubby...

cik lin butterfLYNN~~ said...

syim:: lorr,i igtkn u br nk buat time 30weeks tu,sorry2,i xtaw.. sbb kat comment u td tu x mention pun yg u buat utk 2nd time td just utk tgk muka baby,i igtkn u nk buat 3d4d bg nmpk full baby,hhe.. bkn ape,sbb org 3d4d tu ckp klu 30w n above takut dh xleh nmpk baby, tu yg i t'paksa btaw u td tu,takut u blk dgn tgn kosong,hhu.. tp klu u just nk tgk muka baby je tu ok kowt wat masa 30w,hhe,just it's harder to scan depend on air ketuban kan

Syima Syaz said...

sb raden dah tau...so tak perlu kot nak cerita ulang2 lagi.

sorry la agak terkasar bahasa

cik lin butterfLYNN~~ said...

xpe syim, it's ok, i fhm, just a lil misunderstanding je, hehe..

nt bila u dh buat 3d4d scan tu nt share lah pic dia,teringin nk tgk muka your daughter,mst comey jugak cam her mummy,hee ;)

tiramisu said...

Yang, scan 3d/4d ni pon x nmpk bird or flower baby ke? Baby kepit ek? Hehe...

Hunny Kitty said...

dia tak kepit pun...dia suka menerajang n berkayuh2 ala2 pelumba basikal gitu...tak nak dok diam..

bayi ibu said...

terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...