Monday, May 4, 2009

:: Dia gadis mata sebaris!!! ::

Perkenalan kami bermula di dunia internet. Aku tak kenal dia tapi dia tak berapa suka dengan aku pada mulanya - ini semua akibat cakap cakap orang yang dengki dengan kelawaan aku. Tapi aku bukan kesah sangat sebab , apa ada hal?!! Aku bayar cukai Mek Di aku sendiri okay!

Maka di satu ketika yang aku sudah lupa tarikhnya kerana benda ni berlaku hampir setengah dekad yang lalu kami bertemu dan dia cakap aku ni BESH la!!! Itu la lain kali jangan dengar caka- cakap ayam orang orang yang tatau siapa aku ni...kan??!!! Orang kata - tak kenal maka tak cinta.

Gadis kacukan melayu+korea+cina ini ternyata mempunyai mata yang unik = MATA SEBARIS pabila senyum/ketawa! Hebat bukan?!! Dialah Ms Vie yang sangat di minati ramai dan di dengki dengan ramai juga.

Dia adalah peneman setia aku sekiranya aku nak buat cross country atau nak travel mana-mana la. Most of the time kami akan berborak tentang CINTA. Kitaorang suka bercinta. Dia ni ramai skandel [jangan marah Vie...] . Part yang terpelik adalah peminat dia adalah semua LAKI orang tak kira bangsa dan agama. Dia memang terror!!!! Takooot mak nok!!!

Tapi aku rasa macam dia akan berkahwin dengan sorang mamat Pemandu Heli nih. Sesway sangat dengan dia kerana mereka berdua bermata SEBARIS. Nanti dapat anak semua macam dalam citer ATASINCHI or HAGEMARU....wakkakakakkakakkakakka!!! Takkan nak anak macam dalam citer Shin Chan kot?!!! Wakakkakakakkaka...!!!

Gadis mata sebaris ini juga mempunyai satu perangai yang tah bila agaknya akan di reduce....kira macam jualan murah la....HOT TEMPERed!!! Perghhhhhhhhhh!! dia nyer Marah kadang-kadang menyebabkan hidung aku berdarah atau aku mempunyai banyak PELUH BESAR di belakang kepala aku tapi mata aku takkan sebaris la...!!!

Gadis mata sebaris ini juga boleh menanges dengan tiba-tiba. Nak kata cenggeng macam aku...rasanya tak. Hmm....dia juga amat hebat dari segi menakoot-nakootkan pehak lawan terutama client-clientnya dari kampeni aku bekerja!

Kepala otak gadis mata sebaris ni memang cool sebab dia tak kesah aku nak buat apa pun asalkan aku tak kene tangkap polis. Trimas pompuan mata sebaris kerana sentiasa menyokong aku. Walaupun susah nak jumpa dia ni kerana dia busy melayan skendel skendel dan juga kekasih kekasih gelap dan terangnya namun kami tak pernah tak berbicara [ewahhhhhhhh].

Apa lagi ek??? Hmm..yang penting dia ni besh la serba serbi sebab dia garang aku lembut hati [statment ini dikeluarkan sendiri oleh gadis mata sebaris pada tarikh 1 May 2009 yang lepas].

P palang s buat Ms Vie yang kompem baca entry nih : Sila berhenti meminta selimut toto untuk diletakkan di dalam kereta aku. Trimas!!!


Coming up : Kesah budak itam.....

2 comments:

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post