Monday, May 4, 2009

:: Miss JoJo ::

Aku tengah boring ni...dan aku telah berfikir untuk menulis tentang orang yg CLOSE dalam hidup aku. Aku nak mulakan dengan BESTEST GF aku. Panggey je dia Ms Jojo (real name pon ada JoJo). Aku kenal dia pertama kali waktu aku kat TTDI. Aku tengok minah yang berambut wavvy berkarat tu...dengan skirt kembang dia warna putih. Aku tanya kat mamat sebelah aku.
Aku : Weh..tak pernah nampak pun minah tu kat area ni?Mamat : Oooh baru datang sini minah tuAku : woot! ko kenal ke?Mamat : Tak...tapi aku dengar orang panggey dia Sissy...Aku : Hoh?!! Sissy??!! What kind of name is dat?Aku : Mana nak tau...ko tanya la dia.


Aku peratikan aje minah yang terkinja-kinja berlari ke arah sebuah kereta waja...seketika kemudian ada lelaki keluar hulurkan sejambak bunga dan bukakan pintu kereta. - BF dia kot ~ WHATEV!!!

Aku ni memang memilih waktu berkawan. Aku bukan nak sangat rapat ngan Minah 'Sissy' ni mula-mula. Kawan biasa-biasa sudah...tah macamana leh pulak terapat sejak aku terjumpa dengan dia masa aku ngan kawan-kawan aku meronggeng kat PD.Last-last dia telah menjadi BFF aku sampai sekarang rasanya dah 7 tahun kot....hebat?! Yeah...sangat HEBAT!!!!
Kitaorang dah lalui banyak perkara...dia tengok aku bertukar BF..aku tengok dia bertukar BF...nanges sama-sama, ketawa sama-sama. Makan ..tido...membiol sama-sama. Senang citer dia tau aku cenggane..aku tau dia cenggane..pai la skang ni dia dah nak kawin pon ngan Mr John dia....


Cakap pasal Mr John. Akulah yang kenenkan derang berdua. Dulu pekerjaan tetap aku adalah Ms Matchmaker..tapi pai skang aku tak de BF tetap pon..sumpahan agaknyer!
Perkara yang paling aku tak boleh lupa pasal aku ngan Ms JoJo adalah sewaktu orang ingat aku ngan dia LESBIAN dan Ms JoJo merupakan seorang JANDA yang mempunyai 2 orang anak lelaki!!! Wakakakakka mcm harem je gossip tu!!!


Aku jugak pernah menolong Ms JoJo memerangkap ex-BF nyer berlaku curang yang mana aku sendiri telah menawarkan diri untuk membuktikan kecurangan BF nyer itu!!!

Lately..dia busy aku pun busy. Kali terakhir aku jumpa dia masa malam bday dia...ingatkan nak buat suprise party but dia bawak adik dia lak..so lepak NZ sudah makan kuey teow. Tapi ada benda KELAKAR berlaku bila sebelah tayar keretanya termasuk ke dalam longkang. Nasib baik ada abam-abam berbadan GETAH BUKU datang menolong....ekekekekekke go go go JoJo!!!!!
Kadang-kadang rindu zaman kitaorang 'bujang-bujang' dulu. Skang dia dah kompem tak bujang dan takkan bujang. Tinggal aku je la yang bujang......huhuhuuhuhuhuu..


Tak pe janji aku sayang Ms JoJo aku. FOREVER!!!!

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...