Monday, May 4, 2009

:: Kesah Budak Hitam ....::

Sepuluh budak hitam
Main tepi jalan
Satu kenalah langgar
Budak hitam tinggal sembilan
Sembilan budak hitam
Main di atas papan
Satu sudahlah jatuh
Budak hitam tinggal lapan
Lapan budak hitam makan sangat gelojoh
Satu senak perutnya kini tinggal tujuh
Tujuh budak main pula tanam-tanam
Satu sudah lemas tinggallah enam hey...
Enam budak hitam
Makan buah kurma
Satu tertelan biji
Budak hitam tinggallah lima
Lima budak hitam
Main lompat-lompat
Satu patah kakinya
Budak hitam tinggallah empat
Empat budak hitam
Main biji saga
Satu termasuk di hidungnya
Budak hitam tinggallah tiga
Tiga budak hitam
Usik orang tua
Satu kena belangkung
Budak hitam tinggallah dua
Dua budak hitam main pula lempar batu
Satu jenduh kepalanya kini tinggal satu
Satu budak hitam sangat pula susah hati
Dia tak mahu makan lalu mati hey...
Hey budak hitam... budak hitam... budak hitam



Budak hitam yang aku kenal aku panggil sebagai Mr Doul. Walaupun dia hitam tapi GF dia sangat puteh melepak! Siapa kata orang berkulit gelap tak ada orang nak?!!! Mr Doul dah macam abang aku sendiri. Dia adalah tukang sorak aku...dia juga tukang kutuk aku..dia boleh menaikkan semangat aku dan menyebabkan MORAL aku jatuh bila-bila masa yang dia suka!

Aku kenal dia dalam 6 tahun yang lepas. Di Friendster!!! Bukan semua orang dalam dunia maya ni tak boleh dipercayai ada jugak yang baik.

Mr Doul adalah seorang orang yang suka bekerja sendiri. Dia ada macam-macam bisnes dari bisnes makan ke bisnes dunia IT ke bisnes hartanah ke bisnes penciptaan produk produk baru untuk IKEA bla bla bla bla MINUS FAHSION industry. Sorry to say Mr Doul adalah seorang yang FASHION DISASTER!!!!! [maaf to mr Doul kiranya anda terbaca menda ini]

Sebagai seorang adik, setiap kali aku ada skandel atau BF baru aku akan bawak mengadap Mr Doul. Dia akan bagi review - macam dalam majalah pulak. If dia tak berkenan dia akan cakap secara terus tulus dan mulus dengan aku. Dia akan sakitkan hati aku ke tahap maksimum sebab dia tau aku takkan amik port!!!

Aku tau dia tak suke tengok aku nanges nanges. Tapi dia tau aku ni DEGIL jugak. Siapa tak sayang adik kan?!!! olololololololooooooooooooo!!!!

Mr Doul juga sebenarnya sebelum ini tak berapa nak mengaku yang dia akan jatuh cinta lagi hinggalah satu hari dia berkenalan dengan seorang kawan aku ni [woot!!! kawan aku lagik!].
Maka dengan itu mereka pun bercinta. Terpadamlah segala kesah lama yang mengerikan bagi Mr Doul. Dia pun dah happy. Semoga mereka berdua akan berkahwin tak lama hari dan membuat join venture perniagaan mereka nanti.


Seterusnya : Mrs. Doul in da house!!!!!!

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...