Monday, October 30, 2017

:: Tamrab Muslim Restaurant, Hat Yai, Thailand ::

Ini bukan pertama kali ai ke sini tapi baru kali ni rasa rajin nak menulis tentang Tamrab Muslin Restaurant ni.

Kalau korang nak ke Hatyai dan duduk bermalam di sana, pastikan korang cari peluang untuk bersarapan di Tamrab. Sebabnya? Makanan pastinya halal dan sedap.


Dekat sini hidangan paling famous adalah nasi kerabu daging bakar dengan mee celop! Selain dari tu ada nasik lemak, roti canai, pulut ayam, nasik campur dan macam-macam lagi la. Kalau tengahari ada masakan panas - TOM YAM PUTIH dia sedap boh!



Harga makanan pulak bermula RM1.50. Teh tarik kat sini jugak cukup power.
Selain dari tu restoran ni bagi akses Wi-Fi percuma. 



Cara nak ke sini tak susah, kalau korang duduk hotel Kosit & Aloha hotel (jalan kaki je). Hotel lain boleh naik tuk-tuk tapi biasanya korang akan nampak bas-bas pelancongan Malaysia depan kedai nih.



 

Macam ai sendiri memang kalau sarapan pagi tu tak de tempat lain dah ai akan pergi memang sini la tempatnya sedap nasi kerabu depa is my favorite!
watermark

Friday, October 27, 2017

:: Bukit Tinggi, Pahang ::



Cerita Bukit Tinggi ni, cerita last minute jugak. Disebabkan tak tahu nak pergi mana sebab Ahad ada dekat KL kitaorang pun buat plan nak pergi bawak mak ayah pergi Kuantan tapi last-last sekali tukar plan terus pergi jalan-jalan Bukit Tinggi.





Bukit Tinggi bukan ada apa sangat pun kecuali nak jalan-jalan tengok keadaan sekeliling. Sekali lagi jadi tour guide untuk day trip kali ni.

Bertolak dari KL jam lebih kurang 1000. Kepada sesiapa yang tak pernah pergi Bukit Tinggi anda di nasihatkan untuk makan kenyang-kenyang atau bawak je bekal. Sebab kos makan dekat Bukit Tinggi memang sangat mahal kecuali korang berniat nak belanja makan semua orang.Rate makan kat sini untuk seorang campur gst ngan air minum dalam RM30++ sekepala. WESTERN je semua kecuali korang nak makan ais krim Mat Kool beharga RM4.50


Dulu kat atas Bukit Tinggi ni memang ada kedai makanan/masakan melayu yang harganya boleh tahan sesuai dengan tempat. Tapi sekarang dah tak de tak tau kedai tu pergi mana.


Sekali lagi, memang ramai jugaklah yang bertandang ke Bukit Tinggi hari Ahad tu. Jalan memang tak jem tapi......orang ramai terutama kat Japanese Village tu. Lepas tu Botanical Garden yang atas sikit dari Japanese Village tu dah TUTUP ye sebab ai nampak macam bumbung-bumbung kat situ dah roboh.  Maka bersedialah untuk bersesak di tempat yang lainnya.




Cuaca? Biasa-biasa.
Angsa dalam tasik kecik tu masih manja macam dulu...hahaha.


Antara tempat yang korang atau selalunya orang pergi kalau ke Bukit Tinggi ni :




Colmar Tropicale (yang bangunan ala-ala kat oversea orang cakap)
Japanese Village (sila la pergi hari biasa kalau tak ...tak de la korang nak rasa pakai kimono :P)



Botanical Garden - MAAF time ai pergi baru ni TUTUP dah
Tatami Spa - TUTUP jugak masa ai pegi

Tempat yang lain macam horse trail, rabbit park ni ai rasa better uolls pergi farm in the city. Jujur tak pendapat ai? Hahahahahaha.....



[Incik Pinky...manjang dia je posing, kita tak de pun gambar....nasib seorang photographer part-time macam ai.... :( ]


watermark

Thursday, October 26, 2017

:: Cameron - September 2017 ::



Haa.....tak tahu trip yang keberapa kali untuk 2017. Kalau tak disebabkan nak ambik gambar outdoor pengantin baru sambil bawak derang jalan (dan seorang lagi pasangan tambahan) mungkin akan kembali ke Cameron Bulan November sebab bz yang amat sangat.





So, disebabkan plan tersangat last minute terkena pulak waktu penjawat awam dah gaji, hotel rata-rata dah penuh. Makanya terpaksa book sahaja hotel yang mana ada.

Kali ni kami duduk di Hotel Pop Ash dekat Brinchang, sederet dengan Hotel Jasmine (use to be my fav), Hotel Remix, Hotel Brinchang.



Sekali lagi la ai cerita, Brinchang sekarang bila malam DAH MATI sebab Pasar Malam Brinchang dah bertukar lokasi. Mana lokasinya? Korang boleh klik dekat SINI. Dengar cerita tahun depan akan bertukar lokasi sekali lagi dari Golden Hill ke mana...? Entahlah!




Dan ini juga kali pertama dalam sejarah beratus-ratus kali naik Cameron ai boleh tersangkut dalam jem yang MAHA dasyat turun dari Big Red Farm makan masa 2 jam++ sungguh tak ku sangka! Serious sepanjang pengalaman ulang-alik Cameron hampir setiap bulan belum terkena lagi jem macam ni!



Mujur 3 pasangan yang ai bawak semua okay-okay belaka. Dah macam pemandu pelancong rasanya.



Masa yang ada kat Cameron Highland memang digunakan sebaiknya dengan mengelak pergi ke tempat-tempat yang memang confirm sesak. Buat yang mana WAJIB pergi sudah sebab nak kejar masa sama 2 hari 1 malam je kot (Jumaat & Sabtu).





Singgah Cameron Valley, Ladang Boh Sugei Palas, Pasar Malam Brinchang, Kea Farm, Big Red Starwberry Farm, Makan stim boat & shell out.






Ai cakap kat derang next time nak pergi kita plan je p hari yang tak super peak. Yang penting masing-masing puas hati sebab depa dok borong sayur starwberry segala sampai penuh 2 bijik kereta!



Wednesday, October 25, 2017

:: Wedding Photoshoot : Cameron Highlands ::


Setelah berbincang-bincang dan tak tau nak ke mana. Sekejap nak ke Bukit Tinggi la, Putrajaya la, Gombak je la, Batu Muda la last-last sekali ai suruh budak-budak ni kemas beg jom la kita p amik gambar dekat Cameron Highlands sambil derang leh pre-honeymoon!

Settle!

Maka terambik la antara gambar-gambar berikut.













ai memang multi-task.
Kalau korang cari photographer biasa-biasa pompuan contact la ai ye. Hahahahaha~

Monday, October 23, 2017

:: Ubat Periuk @ Ubat Piok Kak Kabu ::


Hey hey hey....apa khabar semua?
Hari ni ai nak tanya korang, korang pernah dengar ubat periuk? pernah rasa? minum? pernah? tak pernah?

Meh ai nak cerita pasal ubat periuk by Kak Kabu sikit...sebab rasanya orait dan korang tak perlu takut kalau nak mencuba.



Ai last minum ubat periuk ni masa anak yang 1st, anak kedua tak sempat nak minum apa pun sebab berpantang dalam hospital. Anak Prem la katakan.

Seriously ubat periuk Kak Kabu ni TAK PAHIT, rasa macam teh cina gitu so korang tak perlu takut kalau nak mencuba rasa.




Effectnya mungkin lain orang lain. Pada ai badan terasa 'warm', badan ringan sikit adalah keluar angin jugak dari badan ni. Yang bagusnya dari segi energy booster. Bila badan rasa ringan energy pun bertambahlah kan?


**nak tambah sikit, ni tips dari arwah nenek dulu. Rempah ubat periuk yang korang dah rebus ni ada jugak korang leh modified balik tau..jemurkan je semula lepas kering korang leh masukkan dalam bengkung (bengkung lama ada macam compartment untuk letak herba-herba) bagi panas badan katanya. Lagi satu leh buat mandi jugak! - I pernah cuba berkesan!

Meh kita tengok sikit apa kandungannya.

Kandungan Ubat Periuk Kak Kabu:
• Bidara putih
• Sepang dara
• Bunga cangkok
• Sambiloto
• Misai kucing
• Kayu sepang
• Kederang
• Dan banyak lagi











Ubat periuk TIDAK BOLEH DI AMBIL oleh:


  • Mengandung
  • Breastfeed mom pada G6PD baby
  • Sakit kronik yg perlu pantauan doc sentiasa
  • Kanak2 yg belum akil baligh atau bawah 16 tahun



Ianya BOLEH DIAMBIL oleh:


  • Anak dara
  • Bakal Pengantin (lelaki perempuan)
  • Suami Isteri
  • Mak ayah yang dah uzur yang sakit-sakit sendi
  • Wanita yang TTC (try to conceive untuk ikhtiar hamil)
  • Wanita yang tidak berpantang
  • Bersalin caesarean
  • Period tak regular
  • Kencing Manis / Darah Tinggi / Gout
  • Peranakan jatuh
  • Sakit tumit
  • Breastfeeding Mom
  • Dan seperti yang tertera di poster khasiat ubat periuk (warna purple)






Cara pengambilan :


  1. Rebus sepeket ubat piok SEPERIUK air hingga didih (tak boleh direbus separuh-separuh kerana terdapat kadungan herba yang banyak dalam sepeket)
  2. Minum 2 kali sehari – secawan pagi, secawan malam
  3. Lebihan air dalam periuk biarkan tetap dalam periuk dan JANGAN simpan dalam peti ais.
  4. Bila nak minum, terus panaskan
  5. Kalau air kurang, boleh refill sampai 10 hari
  6. Tak boleh rebus cuma sekali dan buat stok berbotol2. Sebab setiap rebusan akan keluarkan lebih banyak pati.






Rasanya?


  • Tak PAHIT – rasa macam teh cina je pun
  • Ubat periuk Kak Kabu ni BUKAN JAMU ye tapi minuman herba je pun. So kalau BF mom boleh amik asalkan tak de G6PD.



(minum panas-panas sedap weyyy...habis segelas terus kuar angin!)


>>> Tips

Sekiranya korang masih tak boleh telan ubat periuk, JANGAN BUANG. Korang boleh campur air masak hingga rasa dia mild / cair / hingga anda boleh minum air rebusan ubat periuk tu. Boleh juga ikut sukatan dalam mug – 1 senduk pati, 3 senduk air masak.



Ini antara 3 jenis Ubat Periuk keluaran Kak Kabu.


  1. Ubat Periuk Rebus (RM17/pek)
  2. Kapsul Remah (RM60/ 60 biji)
  3. Maajun (RM50/ 30 biji)




INFO TAMBAHAN


  • KekabuOnlineDotCom juga ada menjual Mandian Serum untuk mandian dalam pantang RM25/pek (untuk 5 kali mandi) - ni paling BEST!!!
  • Manjakani Serapat untuk wanita yang berkahwin dan boleh dijadikan masker (RM30 / 30biji / 15 hari). 300% tiada campuran dan hanya ada herba Manjakani & Akar Serapat sahaja. Digalakkan pengambilannya dengan ubat periuk untuk kesan yang SUPERB! BF mom boleh ambil.
  • Tongkat Ali (RM35 / 30 biji / 15 hari). 300% dari akar tunjang Tongkat Ali dan lebih berkesan dari kopi 3 in 1 campuran Tongkat Ali yang cuma ada berapa persen sahaja ekstrak Tongkat Ali.
  • Tongkat Ali boleh diambil oleh kaum lelaki dan perempuan.
  • BF mom boleh ambil.
  • untuk wanita yang dah hilang rasa enak bersama suami (mati putik), boleh ambil tongkat ali untuk kembalikan semula rasa bahagia rumah tangga.
  • Harga Mampu Milik:
  • 1 Pek RM17 (tidak termasuk postage) untuk kegunaan 10 hari.





Dapatkan #UbatPiokKakKabu seperti info di bawah:

Facebook – Kekabu Online Dot Com

Instagram – @kekabuonliendotcom

Order click  – www.wasap.my/60164356165

Ratusan testimoni di instagram @KekabuOnlineDotcom under hashtag #FeedbackUbatPiokKakKabu




Friday, October 20, 2017

:: Mimi The Little Explorer ::


Suka Mimi bila ai tunjuk dia gambar ni, mula ikut mama pergi discover island 8 bulan......sampai sekarang masih suka-kannya lagi.





watermark

Thursday, October 19, 2017

:: Majlis Nikah - Najwa x Fauzee ::


Majlis seterusnya antara Najwa & Fauzee. Majlis bertempat di Surau Taman Pelangi Jaya, Kuala Lumpur.

(nampak tak betapa busynya kehidupan...hahaha)

Makeup by : Mimie Romyza - Teratai Kencana
Photographer : Syahoney Kitty Shoppe







watermark

Wednesday, October 18, 2017

:: Railay Beach Sunset ::

From my recent trip. Nanti kita cerita ya. Masih dalam mood nak cuti² bermalas²..bag pun belum unpacked dah dekat 2 minggu! Hahahahah




Top Post