Monday, October 30, 2017

:: Tamrab Muslim Restaurant, Hat Yai, Thailand ::

Ini bukan pertama kali ai ke sini tapi baru kali ni rasa rajin nak menulis tentang Tamrab Muslin Restaurant ni.

Kalau korang nak ke Hatyai dan duduk bermalam di sana, pastikan korang cari peluang untuk bersarapan di Tamrab. Sebabnya? Makanan pastinya halal dan sedap.


Dekat sini hidangan paling famous adalah nasi kerabu daging bakar dengan mee celop! Selain dari tu ada nasik lemak, roti canai, pulut ayam, nasik campur dan macam-macam lagi la. Kalau tengahari ada masakan panas - TOM YAM PUTIH dia sedap boh!



Harga makanan pulak bermula RM1.50. Teh tarik kat sini jugak cukup power.
Selain dari tu restoran ni bagi akses Wi-Fi percuma. 



Cara nak ke sini tak susah, kalau korang duduk hotel Kosit & Aloha hotel (jalan kaki je). Hotel lain boleh naik tuk-tuk tapi biasanya korang akan nampak bas-bas pelancongan Malaysia depan kedai nih.



 

Macam ai sendiri memang kalau sarapan pagi tu tak de tempat lain dah ai akan pergi memang sini la tempatnya sedap nasi kerabu depa is my favorite!
watermark

2 comments:

hainom OKje said...

Tak pernah lagi sampai Hatyai...
Nasi kerabu tu my faveret tu. Lebih lebih lagi kalau banyak lauk. Wallah

hainom OKje said...

Tak pernah lagi sampai Hatyai...
Nasi kerabu tu my faveret tu. Lebih lebih lagi kalau banyak lauk. Wallah

Top Post