Friday, October 27, 2017

:: Bukit Tinggi, Pahang ::



Cerita Bukit Tinggi ni, cerita last minute jugak. Disebabkan tak tahu nak pergi mana sebab Ahad ada dekat KL kitaorang pun buat plan nak pergi bawak mak ayah pergi Kuantan tapi last-last sekali tukar plan terus pergi jalan-jalan Bukit Tinggi.





Bukit Tinggi bukan ada apa sangat pun kecuali nak jalan-jalan tengok keadaan sekeliling. Sekali lagi jadi tour guide untuk day trip kali ni.

Bertolak dari KL jam lebih kurang 1000. Kepada sesiapa yang tak pernah pergi Bukit Tinggi anda di nasihatkan untuk makan kenyang-kenyang atau bawak je bekal. Sebab kos makan dekat Bukit Tinggi memang sangat mahal kecuali korang berniat nak belanja makan semua orang.Rate makan kat sini untuk seorang campur gst ngan air minum dalam RM30++ sekepala. WESTERN je semua kecuali korang nak makan ais krim Mat Kool beharga RM4.50


Dulu kat atas Bukit Tinggi ni memang ada kedai makanan/masakan melayu yang harganya boleh tahan sesuai dengan tempat. Tapi sekarang dah tak de tak tau kedai tu pergi mana.


Sekali lagi, memang ramai jugaklah yang bertandang ke Bukit Tinggi hari Ahad tu. Jalan memang tak jem tapi......orang ramai terutama kat Japanese Village tu. Lepas tu Botanical Garden yang atas sikit dari Japanese Village tu dah TUTUP ye sebab ai nampak macam bumbung-bumbung kat situ dah roboh.  Maka bersedialah untuk bersesak di tempat yang lainnya.




Cuaca? Biasa-biasa.
Angsa dalam tasik kecik tu masih manja macam dulu...hahaha.


Antara tempat yang korang atau selalunya orang pergi kalau ke Bukit Tinggi ni :




Colmar Tropicale (yang bangunan ala-ala kat oversea orang cakap)
Japanese Village (sila la pergi hari biasa kalau tak ...tak de la korang nak rasa pakai kimono :P)



Botanical Garden - MAAF time ai pergi baru ni TUTUP dah
Tatami Spa - TUTUP jugak masa ai pegi

Tempat yang lain macam horse trail, rabbit park ni ai rasa better uolls pergi farm in the city. Jujur tak pendapat ai? Hahahahahaha.....



[Incik Pinky...manjang dia je posing, kita tak de pun gambar....nasib seorang photographer part-time macam ai.... :( ]


watermark

1 comment:

  1. Salam singgah. Awak dijemput join GA saya! Banyak hadiah nak bagi hihi :)

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post