Thursday, October 26, 2017

:: Cameron - September 2017 ::



Haa.....tak tahu trip yang keberapa kali untuk 2017. Kalau tak disebabkan nak ambik gambar outdoor pengantin baru sambil bawak derang jalan (dan seorang lagi pasangan tambahan) mungkin akan kembali ke Cameron Bulan November sebab bz yang amat sangat.





So, disebabkan plan tersangat last minute terkena pulak waktu penjawat awam dah gaji, hotel rata-rata dah penuh. Makanya terpaksa book sahaja hotel yang mana ada.

Kali ni kami duduk di Hotel Pop Ash dekat Brinchang, sederet dengan Hotel Jasmine (use to be my fav), Hotel Remix, Hotel Brinchang.



Sekali lagi la ai cerita, Brinchang sekarang bila malam DAH MATI sebab Pasar Malam Brinchang dah bertukar lokasi. Mana lokasinya? Korang boleh klik dekat SINI. Dengar cerita tahun depan akan bertukar lokasi sekali lagi dari Golden Hill ke mana...? Entahlah!




Dan ini juga kali pertama dalam sejarah beratus-ratus kali naik Cameron ai boleh tersangkut dalam jem yang MAHA dasyat turun dari Big Red Farm makan masa 2 jam++ sungguh tak ku sangka! Serious sepanjang pengalaman ulang-alik Cameron hampir setiap bulan belum terkena lagi jem macam ni!



Mujur 3 pasangan yang ai bawak semua okay-okay belaka. Dah macam pemandu pelancong rasanya.



Masa yang ada kat Cameron Highland memang digunakan sebaiknya dengan mengelak pergi ke tempat-tempat yang memang confirm sesak. Buat yang mana WAJIB pergi sudah sebab nak kejar masa sama 2 hari 1 malam je kot (Jumaat & Sabtu).





Singgah Cameron Valley, Ladang Boh Sugei Palas, Pasar Malam Brinchang, Kea Farm, Big Red Starwberry Farm, Makan stim boat & shell out.






Ai cakap kat derang next time nak pergi kita plan je p hari yang tak super peak. Yang penting masing-masing puas hati sebab depa dok borong sayur starwberry segala sampai penuh 2 bijik kereta!



No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post