Friday, August 7, 2015

:: Threatened Miscarriage - Dugaan Mengandung ::


Boleh ai katakan pregnancy kali ini tak sekritikal yang pertama. Memang ai mabuk-mabuk jugak tapi Alhamdulillah tak de la sampai warded. Berat tetap turun pada trimester pertama. Ai siap buat list makanan yang bila ai makan ai kompem muntah so ai boleh avoid makanan-makanan ini.



Pregnancy kali ini ada dugaannya yang tersendiri juga di mana doktor sahkan ai ada fibroid pulak. Berkali doktor tanya betul ke masa lahirkan Mimi ai bersalin normal? YES....memang normal. Doktor macam tak percaya pulak. Ai pun baru tau ai ada fibroid. Period ai normal. Tak pernah overflow. Tak ada senggugut. Dari manakah datangnya fibroid ini? Wallahu'alam.....ai sendiri tak pasti. Korang ada petua tak nak kecutkan fibroid or hilangkan fibroid or tips mengandung ngan fibroid nih? Ai kalau boleh tak nak la bersalin c-sec (macam menakutkan aje.... T_T). Doktor kat KKIA/HKL keep on menakutkan ai dengan kata ai akan kena c-sec. Doktor private pulak keep on cakap...fribroid tu leh berubah kedudukan...tunggu je. Peluang bersalin normal masih ada kata doktor Norliza.

Minggu ke-16, ai kena warded sebab bleeding tetiba. Doktor cakap ai stress dan terlampau kuat bekerja. Memang pun ada org kat opis ni yang membuatkan ai jadi stress melampau. Seminggu jugak cuti rehat. Cuak tau bila di diagnosis sebagai "threatened miscarriage". Walhal, masa tu ai tak rasa sakit perut dan sakit-sakit lain, rasa macam biasa je.

Masa cek "threatened miscarriage" ai tak tau la dekat 7-8 kali jugak la kena seluk. Hadoi la...memang redha je la..3-4 doktor jugak la yang menyeluk. Sumpah ai cakap dari ai leh relax sampai ai rasa stress kena seluk bila dah stress seluk pun menjadi sakitlah!

Habis cerita "threatened miscarriage" pada minggu 16. Ai pun cubalah untuk tak stress semasa bekerja walaupun ai di tekan2 dengan pelbagai jenis ugutan dari 'mereka'. Ai amik pendekatan buat tak tau. Bumi Allah luas.

Satu la yang ai perhatikan pregnancy kali ni ai tak suka melawa, masa pregnantkan Mimi ai sangat suka melawa. Secalit eye liner pun ai tak lalu nak pakai. Contact lense pun tak nak pakai...biarlah rabun tak nampak pun tak pe. Berjalan, bercuti pun ai dah tak suka. Masak memang tak la....tengok dapur pun nak muntah.

Entah lah makin menjadi-jadi malas time mengandung kali ni. Jumpa orang pun kalau boleh tak mau.Incik Pinky pun dok komplen cakap apasal la bini dia ni jadi malas berganda-ganda. Tak leh nak buat apa dah...yang best ai suka makan nenas start minggu ke 18 sampai sekarang. Cuma ai tak makan pulur nenas (bahagian yang keras). Sebab doktor kata boleh je kalau nak makan.

Jadi kalau korang kat luar sana ada tips/petua pasal fibroid tu kongsi la ngan ai ye..memerlukan sangat nih.......trimas.

watermark

11 comments:

  1. loo..
    pregnant keeee?
    tak tauu pon..
    hihi..

    tahniah..
    jaga diri dan kandungan elok2..

    semoga selamat melahirkan..

    takpela czer ke normal ke..
    asal beby selamat...

    ReplyDelete
  2. Allah, semoga dipermudahkan awak, and lg 1, awak jgn takut or stress kalau doc kata kena czer, czer x lah seteruk yg disangka, sy czer, tp ok je, x rasa kita x tau kan, but pada sy, czer ok je.hehe.

    ReplyDelete
  3. Dugaan ibu mengandung... saye kalau asyik duk melawa... confirm baby girl... btw semoga dipermudahkan.. :-)

    ReplyDelete
  4. @Ina Yusoff - aah..hehehhehe lagi 3 bulan je nih...

    SAfura - ok trimas bg semangat... xoxo

    Mama Darwish - kita tunggu sama2 ye tgk sapa yg keluar nanti ..hehehehe

    ReplyDelete
  5. @Ina Yusoff - aah..hehehhehe lagi 3 bulan je nih...

    SAfura - ok trimas bg semangat... xoxo

    Mama Darwish - kita tunggu sama2 ye tgk sapa yg keluar nanti ..hehehehe

    ReplyDelete
  6. ada sesetgh fibroid tu dia akan kecut sendiri...sentiasa foloup lah dgn doc..semoga jalan awak dipermudahkan ye n tahniah utk 1nd pregnancy :-)

    ReplyDelete
  7. U, i pun ada fibroid :)), nasihat I JANGAN risau mengenai fibroid ni, berapa saiz fibroid U?

    ReplyDelete
  8. Walaupun i ada fibroid dan membesar ketika pregnant, alhamdulillah I dapat bersalin normal, actually bergantung kepada kedudukan fibroid U

    ReplyDelete
  9. wahhh bestnyaaaaaa................i nyer 6x5 @Shura

    Trimas Mila.....xoxo

    ReplyDelete
  10. wahhh bestnyaaaaaa................i nyer 6x5 @Shura

    Trimas Mila.....xoxo

    ReplyDelete
  11. Tahniah ye...saya dulu pun ada fibroid cuma x tau je...fibroid tu kluar sekali ngan baby masa lahir cuma tergantung je x kluar habis...last g hospital semula..doktor just potong yg tergantung tu...

    Dulu pregnant anak lelaki pun malas kemain...masuk dapur pun x boleh...pakai bedak pun malas..alah pun teruk

    Maybe baby boy kot nie...hehehe

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post