Thursday, August 27, 2015

:: Bayi dalam kandungan kecil (SGA) ::

Apakah bayi SGA?


Bayi normal dilahirkan dengan berat badan anggaran 3.4 hingga 3.5 kg, tetapi bayi SGA dilahirkan lebih kecil berbanding bayi normal pada usia kandungan yang sama.

Definisi

Bersaiz kecil berbanding usia kehamilan:

Berat lahir kurang daripada 10 peratus bagi usia kehamilan (minggu kehamilan).

Berat dan saiz bayi ini kecil, kurang dan 90% berat bayi pada usia kehamilan sama.

Berat bayi berada lebih daripada0% berat badan di bawah garisan pembesaran bayi dalam kandungan.





Apakah jenis-jenis bayi SGA?

Bayi SGA:

Cukup bulan atau pramatang.

Bayi cukup bulan tetapi beratnya kurang daripada 2.5kg.



Jenis-jenis bayi SGA:

Setara- pembesaran keseluruhan yang seimbang

Tidak setara - contohnya kepala lebih besar berbanding dengan bahagian tubuh lain.



Apakah yang menyebabkan SGA berlaku?

Sebab-sebab:

Keturunan - ibu bapa yang bersaiz kecil akan melahirkan bayi yang kecil juga

Pembesaran kandungan yang terbantut (IUGR).



Apakah pembesaran dalam kandungan yang terbantut (IUGR- Intra Uterine Growth Retardation)?

Pertumbuhan bayi dalam rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Faktor yang mengganggu aliran darah kepada bayi dalam rahim ibu boleh menyebabkan IUGR.



Apakah faktor-faktor risiko penyebab IUGR?

Faktor risiko seperti berikut :

Faktor Ibu

Ibu hamil yang terlalu muda atau ibu yang telah lanjut usia

Ibu yang menghidapi tekanan darah tinggi

Kandungan gula dalam darah yang tidak terkawal

Sakit buah pinggang yang kronik

Jangkitan kuman

Kekurangan zat makanan

Ibu yang merokok



Faktor bayi

Kandungan kembar

Jangkitan kuman

Kecacatan semasa lahir

Kromosom yang tidak normal



Faktor Uri (Placenta)

Uri yang tercerai daripada rahim sebelum waktunya (abruptio placenta)

Uri terletak di bahagian bawah rahim (placenta praveia)

Gangguan aliran darah ke uri



Apakah sifat-sifat bayi SGA?

Bayi SGA yang cukup bulan, kelihatan matang tetapi bersaiz kecil dan mungkin mempunyai sifat-sifat berikut:

Kelihatan cukup bulan (matang)

Kurus, kecil dan kurang tisu lemak

Kulit berkedut

Keseluruhan badan kemerahan

Mengalami gangguan pernafasan

Kelihatan lesu disebabkan kekurangan gula dalam darah



Apakah kemungkinan masalah yang akan dihadapi oleh bayi SGA?

Komplikasi awal: Hypoglysemia - Kurang gula dalam darah

Policytemia - Berlebihan sel darah merah dalam darah

Hipotermia-tidak dapat mengekalkan suhu badan

Mengalami gangguan pernafasan

Jaundis

Ketidak seimbangan garam galian dalam darah (electrolyte unbalance)

Kebiru-biruan akibat kurang oksigen

Tidak stabil semasa kelahiran





Komplikasi lewat: Bergantung kepada sebab berlakunya SGA, Contoh - Kes kromosom yang tidak normal seperti Sindrom Edward's boleh menyebabkan risiko kematian pada minggu pertama kelahiran.





Sebahagian bayi ini akan membesar seperti bayi biasa manakala sebahagiannya mengalami pembesaran yang lambat.

Berisiko mengalami penyakit kronik ketika meningkat dewasa seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung.



Bagaimanakah cara mengendalikan bayi SGA?

Rawatan khas mengikut keadaan berdasarkan dan keperluan bayi tetapi kebanyakan bayi ini memerlukan:

Pengawasan kadar gula dalam darah

Penyusuan yang awal dan kerap kali



Sebahagian bayi mungkin perlu dimasukkan ke wad bayi (Neonatal) untuk:

Pemberian susu berkalori tinggi melalui tiub

Air dektros melalui intravena

Bantuan pernafasan

Pertukaran darah

Rawatan fototerapi untuk jaundis



Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan SGA?

Penjagaan semasa mengandung sangat penting :

Awasi kesihatan ibu

Rawat ibu bermasalah seperti tekanan darah tinggi

Pantau pertumbuhan janin dalam kandungan

Periksa uri bagi mengesan keluar biasaan

Kesan kecacatan pada janin

Rancang kelahiran yang selamat



watermark

1 comment:

eliana said...

oo. nice info. rupanya ada kategori baby SGA eyh. Aritu anak buah lahir kecik jgk. 2.5kg. tu pon induce. mmg sbb faktor kecil.before tu si mak warded dalam 2 minggu dah. then sampai due date terus induce. Bahaya jgk rupanya baby SGA ni. Tapi alhamdulillah baby skrg dah 3bln. sihat. tapi berat xnaik sangat..

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...