Friday, August 14, 2015

:: Kuala Lumpur Banjir Kilat - Ogos 2015 ::


Al-kisah..............toyyibbbbbbbbbbbbbbb...al-kisah maka tersebut lah kisah...sang kancil datang beramai-ramai...hehehehhe

Semalam antara pengalaman yang agak teruk sepanjang pregnancy kali ni. Tak sangka hujan lebat yang leh dikatakan SEKEJAP petang semalam mengundang kacau-bilau di Kuala Lumpur.

Macam biasa ai balik naik komuter dari KL Sentral arah Batu Caves. Waktu arrival agak delay tapi cuma beberapa minit - dah biasa tak kisah. Masuk je dalam coach...komuter tak bergerak hampir 20 minit. Announcement pun lambat bagitau yang ada kerosakkan teknikal bahagian pengaliran kuasa elektrik. Aircond pun tak ada, mujur pintu tak tutup. Tak berapa lama lepas annuncement, tren bergerak macam biasa. Sampai aje antara stesen Bank Negara dan Putra, tren stop tengah landasan lebih 30 minit. Ai dah sakit pinggang dah dok lama sangat. Sabar lagi. Announcement tak ada jugak. Last-last dengan tetiba tren reverse balik ke arah Bank Negara tanpa pengumuman. Sampai je Bank Negara baru ada announcement. Katanya tren tak leh meneruskan perjalanan. Sebab? Tidak diketahui, orang ramai terpaksa keluar dari tren dan tukar platform. So, sepenuh-penuh gerabak pun keluar la berbondong-bondong memenuhi platform dah rupa macam kat MUMBAI!


See...macam kat MUMBAI..cuma tak de orang nak panjat naik bumbung je















Rupanya mana-mana tren yang menuju ke arah Rawang/Batu Caves memang tak leh melalui kawasan/rel/route yang biasa sebab banjir kilat. T_T...terdengar katanya akan ada lencongan yang mana tren hanya boleh sampai ke Taman Wahyu sahaja. So, lama jugak ai cuba reboot otak ai nak cari alternatif...baru teringat kat Sogo ada STAR..makanya berjalan kakilah ai dari Komuter Bank Negara ke STAR Bandaraya.



Teruknya rupa KL semalam, banjir..jem..pokok tumbang semua ada. Semua orang kompem lambat! Dah tak tau la nak kata apa lagi pasal banjir kilat yang menyusahkan warga KL nih...sistem saliran dah tak betul..pembangunan rakus sangat inilah jadinya tambah lagi orang tak nak jaga alam sekitar. Yang sedar beberapa kerat je. Dah jadi macam nih....bising tak de kesedaran termasuk pemaju yang rakus yang pentingkan keuntungan.



air sungai naik tinggi........jalan kuching stuck ada banjir kilat jugak



Malas la nak komplen banyak nanti kena GAM..tak memasal pulak. So redho..moga Allah lindungi kita semua. Amin.






Bawah : jambatan baru untuk potong jalan dari Sogo rasanya dah ditenggelami air awalnya.....



P palang S : dengarnya sampai kul 10 malam tadi komuter belum restore operasi..so how?


watermark

1 comment:

izzeyda said...

itulah terlalu banyak pembangunan dan pemaju serta sikap manusia itu sendiri mempengaruhi terjadinya banjir kilat nih..

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...